Wednesday, September 7, 2011

BILA KAWAN MAKAN KAWAN....

bismillahhirrahmanirrohim.....

dh lama tak update fb. blog. twitter. myspace dan ym. harini on9, bersepah2 notifications,msj,follower,komen,wall post etc. dan bila dicongak...penuh dgn tatabahasa yg punya persoalan meragukan..........

belum pernah dalam sejarah hidup, sy hilang kepercayaan. maaf kata pengantar 'saya' dan bkn lagi 'ana'. sy cuba buang persepsi buruk sangka tu jauh2. tp ternyata, episod ditikam dari belakang berulang dan berulang kali menusuk tepat dlm hati ni. sy nk tnyalah pd si fulan...puas sudah memalukan maruah sy? puas hati menjaja cerita buruk ttg sy? puas hati menghancur leburkan bait2 persahabatan sy? puas kah kamu merobek-robek hati sy? dan sy tetap berdiam diri? ibarat timun dilanggar durian...dilanggar sakit,terlanggar juga sakit??? sudah puas menyebar gambar-gambar sy dan buat cerita umpatan sesama sendiri dan merasakan diri lebih hebat dr sy? tepukan gemuruh utk kamu wahai si fulan. sy tahu kamu membaca entri sy.....sungguh hebat kamu menjadi sahabat yg istimewa dihadapan....tp rupanya gunting dlm lipatan. menjadi org yg diselubungi dgn kebaikan...rupanya dendam kesumat beraja dihati. kalaupun sy tidak sempurna,sy tidak hebat. sy tidak alim. sy tidak serupa bikin. sy teruk. sy hina. dan penghinaan itu biarlah dari Allah sahaja. krn Dia yg mencipta sy. krn Dia yg beri sy segala yg sy ada. jd bukan hak kamu mhina sy. namun apa daya wahai si fulan, mulut,jari,akal dan hati kamu............indah khabar dari rupa. sungguhla kenapa cemarkan persahabatan. knp untai sikap jijik. bkn sy membenci kamu. tp sy membenci perbuatan kamu.

jgn kamu menyelak tabir kain sy. kain kamu sendiri yg tercela wahai si fulan.......jgn sehingga ramai lg org hilang kpercayaan pdmu wahai sifulan..berubahlah.bertaubatlah. dalamnya luka ini,moga ia cepat sembuh wahai si fulan..jgn kerana dendam kamu bersifat durjana......semoga bingkisan ini sedarkan kamu....berpurdah belum tentu syurga itu milik kamu,jika akhlak dan peribadimu tak seiring dgn pakaianmu. jika kau rasa sedih,rasa gusar,rumahtangga mu porak peranda...lihatlah keaiban yg kau lakukan...sungguh Allah Maha Mengetahui dan Adil dalam memberi balasan sejak dr dunia hingga akhirat. ingatlah do'a org yg teraniaya tidak disia-siakan oleh tuhan......ingat pesan terakhirku...niqabmu belum menjamin akan syurga. maka dgn itu, mohonlah maaf dan bersihkan namaku......sekian~