Thursday, March 17, 2011

KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN


Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria maka pada keesokan harinya akan penuh tangisan. Alangkah buruknya negeri dunia ini..............


- Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya.
- Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.
- Kunci syurga adalah Mengesakan Allah (Tauhid).
- Kunci iman adalah merenungkan ayat2 Allah dan tanda2 kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya.
- Kunci kebaikan adalah kejujuran.
- Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Qur'an, berdoa di mlm hari & meninggalkan pbuatan dosa.
- Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu bertanya & mendengar dengan baik.
- Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
- Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
- Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
- Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
- Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah SWT adalah berdoa.

"Dan bersabarlah kamu terhadap musibah yang menimpamu"

"......barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka......." (Surah Ath-Thalaq : Ayat 2)

Thursday, February 17, 2011

Kisah Taubat : Sampan Keimanan


Seorang wanita berkata : "Aku naik sebuah sampan untuk mengharungi lautan kehidupan yang cukup luas tanpa dayung agar aku lebih mudah sampai ke daratan dengan aman." Sampan kehidupan diterpa badai yang cukup dahsyat.

Hampir sahaj aku tenggelam dan binasa kerana maksiat dan dosa seandainya Allah tidak menurunkan rahmatNya. Aku terlempar ke sebuah sungai taubat yang jernih airnya,sehingga aku keluar sebagai orang baru.

Sungai ini telah mengikis habis segala kegelapan dan kesesatan jiwaku dengan mengganti untukku orang yang menguasai dengan cahaya keimanan. Sebelum aku tenggelam disungai tadi,syaitan sentiasa menghiasi kejahatann dari maksiat yang aku lakukan.

Aku menjadi penggemar muzik. Derhaka kepada orang tuaku dan bermacam-macam kekerasan yang lain. Seakan kedua telingaku terdapat penutup yang menhalang masuknya nasihat kedalam hatiku, menghalangku dari ketakburan dan berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Allah atas hambaNya.

Syaitan merasuk jiwaku dengan keangkuhan dan kesombongan yang menghalangku untuk bergaul dengan orang lain yang tidak sepadan denganku. Aku tenggelam dalam sungai kehidupan ini, setelah kutinggalkan bangku sekolah selama dua tahun berturut-turut. Akhirnyanya aku berhenti dari sekolah.

Sekolah kujadikan sebagai pasar untuk bertukar foto, dan untuk menawarkan fesyen pakaianku. Begitulah kehidupanku sebelum tenggelam,sebelum Allah menyelamatkanku dengan perantara seorang teman wanita yang istiqamah, yang mendesakku untuk bertemu......Dengan kehendak Allah dia mampu mempengaruhiku dengan usahanya yang keras.

Aku keluar dari sungai seakan-akan aku baru dilahirkan. Kini aku sentiasa mengharapkan redha Allah,kemudian redha kedua orang tuaku. Aku kembali kesekolah agar boleh menyelami lautan ilmu, agar aku boleh menceritakan kepada saudari-saudari muslimah dan manisnya taubat. Aku mengajak mereka agar membuang jauh-jauh segala jenis muzik dan filem,menggunakan hijab dan meninggalkan....dengan berbagai saranan yang aku boleh.

Aku telah membakar sampan kehidupan yang dulunya aku tumpang untuk berseronok dan kuganti dengan sebuah sampan keimanan dan kesabaran. Aku pegang erat-erat dayung harapan dengan satu tangan dari dayung ilmu dengan tangan yang lain, aku berlayar dengan sampan baru. Aku menyantuni anak-anak yatim dan menghiburkan mereka....

Membantu orang-orang yang memerlukan, cinta dan kasih sayang. Kini menjadi air sampanku, hembusan angin keimananmembawaku ke masa depan yang cerah. Duhai sampan kebanggaanku, aku rasakan  kebahagiaan didalamnya. Sampan keimanan yang menjadi bagian dari kehidupanku sekarang. Insya'Allah aku akan sentiasa berada didalamnya hingga bertemu dengan Ar-Rahman. Amin.

Insya'Allah ada jalannya Syahida...


Assallamualaikum, Sahabat-sahabat, saudara saudari seIslam yg amat cda kasihi....

Berat untuk menaip entry terbaru ini. Bukan kerana tidak sudi. Tetapi kekoknya tebal seinci. Lihat sajalah entry terakhir sebelum ini, berdepa lamanya ditinggalkan kosong. Meninggalkan seribu pertanyaan dari sahabat-sahabat kemana menghilang Cda selepas episod putus tunang dan sakit ujian dari Allah swt. Alhamdulillah, 'tsunami' itu tidak singgah lama. Alhamdulillah juga sudah ada jalannya.....

25hb Disember 2010, terlepasnya gadis ini dari tali yg digantung samada tunangan org atau tidak. Terima kasih pada pihak yg terlibat. Kerana memberi penghidupan baru pada ana. Allah sudah menetapkan jalan yg baik utk ana redahi sepanjang episod kelam itu. Ana akui, ana melarikan diri dari teman-teman facebook, group usrah fastabiqul khoirat dan teman-teman rapat ana..bahkan sahabat-sahabat satu sekolah ana yang mencari-cari di sms, call dan datang kerumah mencari ana...maafkan ana. Pakej suram tu termasuk sekali dengan jiwa......

Banyak yg ana timba, antaranya mengenali sahabat terulung a.k.a. sahabat susah senang, org yg cakap belakang, sistem jatuhkan kawan sesama sendiri sehinggalah ke penghasut paling terror! Apatah lagi ada satu ketika ana membuka satu lagi laman facebook atas nama ana yg lain. Ada yang menghina, ada juga yg hilang kepercayaan. Ramai yang tidak tahu ana bermula dari 'sifar'. Ana lahir di ibukota bandaraya Kuala Lumpur dimana 97% anak muda belianya yang jauh dari agamanya sendiri yakni Islam! Ana dibesarkan bukan dari keluarga yang dikategorikan berpendidikan agama yg tinggi. Bahkan abi ana bukan seorang ustaz, umi ana juga tidak berniqab. Malah ana akui umi ana tidak suka ana membuat keputusan bertudung labuh dan berniqab. Apatah lagi umi suka melihat ana berkebaya, berseluar ranggi satu masa dahulu. Ana harus akui itulah diri ana satu masa dahulu. Ana juga harus akui, ana juga pernah berada didalam kelompok anak remaja KL yang bersendikan cahaya malam. Dikala berusia belasan tahun, ana akui ana hidup dalam dunia yg diciptakan warga kota ini sendiri. Kerana pengalaman itulah ana bentangkan pada adik-adik. Ana sendiri terpanggil utk berubah dan seterusnya membantu adik-adik yg terperangkap dalam dunia yg mereka sendiri cipta.

Ana cemburu pada mereka yang punya keluarga yang mendidik mereka dari kecil sekolah agama, maahad, pondok dsbnya. Ana di Kuala Lumpur terpaksa belajar sendiri. Jika punya inisiatif sendiri utk belajar, maka terpaksa lah pohon tumpang belajar agama dikelas-kelas agama. Jika tidak memandang kearah bantuan rohani sendiri, maka tersasarlah kearah jalan yg tidak diredhai Allah. Ana memacu langkah sebagai pelajar jurusan agama di SMK Subang, dgn duit belanja RM2 sehari, ana pinjam nota dari ustazah praktikal. Sekolah ana dlu tidak ada kelas khas utk bahasa arab, pengajian sunnah & alquran serta tasawwur islam. tapi kerana minat yg mendalam utk matapelajaran PAI, ana tekad utk pohon pihak sekolah mengadakan subjek tersebut. Dan ana berjaya dalam SPM walaupun sebagai pelajar luar.

Natijahnya, ana seorang shj sebagai pelajar jurusan agama. Sedangkan sahabat-sahabat sebaya ana bidang2 kejuruteraan, mekanikal, sastera dll. Akibatnya, ana terumbang ambing sekali lagi dalam mencari arah kemana akan aku pergi selepas ini........

Dari pengalaman mencari diri sendiri itulah ana mengkaji tudung-tudung dalam Malaysia yg dikatakan sudah menutup aurat. Disitulah ana mengenali tudung yuna, tudung ct, tudung ekin, tudung syria dll. Kerana ana pernah menggunakannya. Sehinggalah suatu hari ana berkhidmat di Syarikat telekomunikasi celcom, ana jatuh sakit di pejabat. Ana koma pada hari raya kedua pada tahun 2008. Punca akibat masalah pernafasan kerana ana mempunyai sakit athma semenjak berusia 12tahun. Dan ana tidak sedarkan diri hampir seminggu. Dalam koma ana, ana bermimpi bertemu seseorang dan kejadian itulah yang merubah seluruh hidup ana sehingga kini......

Ana akhirnya ditemukan oleh Allah keatas blog sahabat ana, Jie Nazirah. Dan dari dia lah ana mendapat jawapan kepada satu persoalan "kenapa aku tidak pernah merasa selesa bertudung yang org lain suka pakai di KL". Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yg kita tidak bisa hadapi..ana bertekad untuk bertudung labuh...terima kasih ya Allah kerana kurniakan Jie sahabat dunia dan kalau blh hingga ke syurga,insya'Allah....hingga kini ana terlalu menyayangi sahabat ini..

Dari perubahan itulah ana mula melalui liku-liku cabaran sebagai seorang muslimah yang berkarier dan muslimah yg berubah perilaku. Ana mula mencari guru dan belajar. Jie banyak membantu ana. Dan dia kenalkan ana dgn sahabat-sahabatnya yang lain...Dan cabaran pertama yang ana terima adalah dari keluarga. Umi ana berkeras minta ana berfikir untuk bertudung biasa kerana dikhuatiri menjadi buah mulut masyarakat. Ana tetap bulatkan tekad. Setiap hari didesak, diminta...ana cuma membatukan diri. Ya,tidak. menggelengkan pun tidak. Pendek kata ana hanya senyum dan berlalu. Ana tak mahu melukakan hati umi dan hati sendiri. Dan ana panjatkan doa setiap hari utk umi dan abah menerima perubahan satu-satunya anak gadis mereka....

Cabaran kedua yg digalas adalah dari majikan ana sendiri ketika itu. Perlahan-lahan ana dipinggirkan dari aktiviti pejabat. Ruang rehat yg panjang dihari jumaat utk ana bertadarrus sudah dipendekkan. Ana dan rakan sekerja wanita yg lain tidak dibenarkan rehat dari jam 12.30 - 2.30 ptg lagi. Ana akur. Kemudian ana diberi notis utk tidak lagi memasang ayat suci al-quran di pc ana dan tidak dibenarkan mendengar radio-radio islamik. Sungguh mencabar cabaran kedua ini. Sehinggakan sekecil-kecil kesalahan ana dipertikaikan. Ana pernah dimaki, dihina, dicaci dihadapan khalayak ramai hanya kerana ana sudah mula berjubah dan bertudung labuh. Ana juga pernah digelar membawa ajaran sesat ke pejabat dan ajaran al-arqam. Apabila ana masuk keruangan mesyuarat pekerja, ana pernah dilabel "ahli tarbiyyah". Kecil hati, terasa hati, sedih terluka semua ana sudah lama campak ketepi. Jie pernah beritahu berat cabaran untuk berubah. Dia juga pernah kata, "Kalau Jie, mgkn Jie tak sekuat cda. kerana Cda bukan mcm Jie yg memang dari kecil Jie macam ni. Tapi Cda melalui macam-macam dan baru sampai ketahap ni..."

Semasa tempoh cabaran kedua itu...ana tidak sedar rupanya ana sedang sakit diuji oleh Allah swt lagi. Akhirnya pengakhiran ana di syarikat itu, ana meletak jawatan dan jatuh sakit lagi. Cabaran ketiga menyusul. Kali ini lebih dahsyat, ana lumpuh seluruh badan. Ana tidak mampu bercakap. Bahkan mandi pun umi yang angkat dan mandikan....Makan juga bersuap. Setiap hari ana muntah darah. Sehingga sahabat-sahabat yang datang tidak mengenali Cda yang satu masa dahulu ceria dan berisi.....Abah membawa ana bertemu kiyai di Kajang. Disanalah akhirnya kami ketahui ana sudah disantau....Seksanya disantau hanya Allah yang tahu. Sakit pedihnya kerongkong bergesel dgn bulu,kaca dan sbgnya juga hanya Allah yang tahu...Tetapi sebagai orang yg berjanji mahu berubah kejalanNya, ana tetap harung dan ana pulih dari sakit ini...

Cahaya itu datang selepas suram. Ana dipanggil untuk interview di syarikat kini untuk mengisi kekosongan customer service utk pass pelajar. Ana diterima baik. Bekerja dengan baik dan tiada masalah dgn pemakaian berniqab dan bertudung labuh. Malangnya satu hari kerana umi sakit, ana tidak punya kredit utk inform ketua jabatan. Kaunter pass dibuka lambat dari biasa. Jabatan terpaksa menjawab aduan pelanggan. Dan ana dikenakan tindakan displin. Akibat dari kesalahan terbabit, ana menghadapi cabaran keempat. Ana diminta utk meninggalkan tudung labuh dan bertudung biasa kerana jabatan mengarahkan untuk memakai t-shirt pass sahaja semasa bekerja. Tidak dibenarkan berbaju kurung selain t-shirt yang dibekalkan. Sebak tetapi ini lah satu-satunya laluan rezeki ana buat masa ini. Ana punya tanggungan kereta apatah lagi abah ketika itu sudah tidak disambung kontrak oleh tempat kejenya..kehidupan kami makin perit bergantung pada bantuan ana. Dan ana redha. Ana melawan kes itu dan masih dalam penyiasatan. Ana berdoa sehingga kini moga penarikan tudung itu dipertimbangkan dan moga bakal-bakal staff syarikat kini selepas ini yg mahu bertudung labuh dibenarkan. Dalam masa yang sama, ana di beritakan oleh doktor panel ana, ana menghidap Arteriovenous malformation atau AVM Disease. Dimana ana diberitahu saraf di bahagian otak ana tersumbat dan dikhuatiri pecah. Rupanya setahun yg lalu kejadian kepala ana terhentak di lantai One Utama telah menyebabkan darah beku. Dan ana kerap sakit kepala yang statik sehingga pengsan. Ana cuba dapatkan bantuan syarikat, tetapi ana cumalah kontrak sebelum tetapan setahun kemudian barulah kos pembedahan akan ditanggung mengikut terma dan syarat....Dan ana padamkan niat utk bedah dan hanya bergantung dgn ubat tahan sakit. Itu lebih baik...

Ana jalani hidup seperti biasa. Dan ketika itu sudah bergelar tunangan org. Kali ini cabarannya lebih hebat. Cabaran kelima, hubungan ana dgn khitbah dilanda ribut taufan. Selepas 2 bulan bertunang, kami memilih mencari haluan masing-masing. Ana akur sekali lagi. Mungkin ada kesilapan ana, ya ana kurang sempurna. Dan mungkin juga Allah tahu, kami bukan jodoh yang sepadan....Tetapi ana menderita di gantung tanpa khabar selama lebih 4 bulan. Sedangkan perjanjian menikah akan berlangsung lagi sebulan (disember). Sudahlah sakit, putus tunang pula. Bakal kehilangan kerja kerana tidak berdisplin. Dan kesempitan wang. Bertimpa-timpa dugaan ketika itu. Kalaulah iman yang cetek,naudzubillah...mungkin berbagai-bagai perkara diluar jangkaan berlaku....Ana teruskan langkah belajar dan mengakui kesilapan....

Sepanjang cabaran-cabaran ini, ana tetap menimba pengalaman berniqab,bersahabat. Disitulah bermulanya episod kehilangan teman-teman burgurau senda. Mungkin penampilan sudah tidak seperti mereka. Malu untuk bergaul dgn keadaan ana ketika kini...Tapi Alhamdulillah, Allah gantikan ana dgn sahabat-sahabat yg memimpin ana dgn kata-kata tarbiyyah yg tiada penghujung....Walau dalam hati banyak perkara yg dihadapi.

Semasa bgelut dgn masalah proses putus tunang itulah ana hilang arah. Ana mula menjauhkan diri. Mula bersifat pendiam. Mula mencari salah diri sendiri. Sugul,muram dan tidak berkeyakinan diri. Sehingga bertindak meninggalkan niqab seharian.....menangis sepuasnya. Minta dipimpin. Malahan dihimpit dgn desakan umi untuk bertudung biasa semula....Umi terus-terusan mengatakan penampilan ana,keputusan ana membuatkan tidak ada yg berkeyakinan pada ana...dan sekali lagi ana hilang arah....Sahabat-sahabat tidak lagi menjenguk. Ana hanya memandang sepi pada facebook dan blog ana. Kosong sekosongnya...Setiap hari pohon kepada Yang Maha Mendengar, permudahkanlah segala yg dilalui ini.....

Akhirnya sekali lagi, Allah membuat ana terfikir dgn segala yg Dia temukan pada ana. Dari setiap perjalanan yg ana lalui, apa yg ana tempuh selama ini. Perit jerih melalui cabaran dugaan ini. Kenapa mahu bertanya terus sedangkan insya'Allah ada jalannya.....ana akui laluan yg Allah beri walau nampak kecil, tetapi kadang-kadang itulah yg amat beerti dalam hidup ana. Ana tidak mahu tersasar lagi...Ana mengenali siapa kawan siapa lawan...tetapi dari situ juga ana belajar biarlah ia kawan, biarlah ia lawan. kerana kadang2 yang lawan akan jadi kawan, yg kawan bakal jadi lawan.....tohmahan,fitnah dan keperitan hidup tidak pernah mematahkan semangat gadis ini....

Diakhir tinta ini, maafkan ana jika ana tidak sesempurna sahabat-sahabat yg lain. Ana akui ana bermula dari sifar..tapi ana memaksa diri utk berdikari dan belajar mengenal Dia....apa yg ana perolehi kini adalah atas usaha mengenaliNya tanpa jemu. Kemana ana pergi, ana akan kenang apa yg ana pernah lalui..kerana itu, ana tidak pernah kekok dekatkan diri utk menegur anak-anak gadis yg merokok, anak-anak gadis yg berpeleseran dan bgaul dgn lelaki, dan anak-anak gadis yg terumbang ambing hidupnya. Kerana ana dibesarkan didalam suasana hiruk pikuk itu. Ana bersahabat dgn org2 itu. Ana pernah di anggap hina kerana bersahabat dgn org-org ini, tetapi jgn kita sesekali lupa......org yg dihina itu mungkin satu hari nanti lebih baik dari kita...Memang Allah Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Kaya.....jika Dia tidak menggerakkan hati ini.pasti ana masih hidup dalam buaian dunia.

Ambillah iktibar ini untuk sama-sama memperbaiki kesilapan masing-masing. Setiap kita tidak dilahirkan sempurna. Mungkin sahabat-sahabat punya cerita yang lebih perit. Mungkin cerita ana hanyalah sebuah cerita yang dipandang sepi....Tapi kronologi ini membuat kita semakin mengenali diri sendiri dan memahami maksud firman Allah swt : Sesungguhnya Allah Tidak akan Mengubah nasib Sesuatu kaum sehingga mereka Mengubah Keadaan yang ada pada diri mereka sendiri - Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Kerana lagu indah ini ana beranikan diri untuk kembali disini menaip secebis luahan hati....


"andainya kau rasa tak berupaya hidup sendirian tiada pembela, segalanya suram bagai malam yg kelam, tiada bantuan tiada tujuan, jgnlah berputus asa krn Allah bersamamu...insya'Allah, ada jalannya syahida...hati, sabarlah. ada hikmah Allah tetapkan tiap2 pjalanan utk kita jenguk kesilapan yg lalu dan utk kita akui kesilapan itu dan tidak mengulanginya lagi..disitulah yg kita panggil pengalaman. andainya dosamu berulang lagi, bagai tiada ruang utk kembali, dikau keliru atas kesilapan lalu, membelenggu hati dan fikiranmu, jgnlah berputus asa kerana Allah bersamamu!! insya'Allah...ada jalannya syahida!!"


-Jazakallahu khairan katsira-

Saturday, October 9, 2010

DOSA LIDAH : Janji Bohong

Bencana Lidah : Janji bohong 

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)


Sabda Rasulullah s.a.w. pula:

“Janji itu adalah pemberian.” 

Allah s.w.t, telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitabNya yang mulia dengan firmanNya:
“Sesungguhnya ia (Ismail) adalah benar janjinya.” (Maryam: 54)

Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata: Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahwasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku.

Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya: Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi Nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata: “Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu.

Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya ia akan berkata: Insya Allah. Cara beginilah yang lebih baik.

Sesudah berkata Insya Allah, jika ia memang faham bahwa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya, maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanat ia khianat.” 

Sabdanya yang lain:

“Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga ia menjauhinya lagi: Jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia mungkiri, jika membuat pengakuan ia belot dan jika menuntut ia curang.” 

Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, ia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya, ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.

Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orng itu tiadalah terkira seorang munafik, meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya, hendaklah ia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu, sebagaimana ia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga, iaitu dengan mencari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku, bila ia membuat sesuatu perjanjian, tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.



Sahabat..ketahuilah. Apabila dimungkiri itu, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri...

JANGAN HIDUP BAHAGIA ATAS AIRMATA ORG LAIN!

Lama berhabuk blog ni. Semua gara-gara kesihatan yang silih berganti datang. Selepas melalui perjalanan yang memedihkan. Ana bangun dengan semangat baru. Hampir juga nak membuka niqab dan kembali menjadi apa yang ana sudah buang jauh-juah dari hidup satu masa dulu....

Allah lah yang mengirim kekuatan.

Diberinya pengertian dibalik semua ini. Ana redha dengan keputusan bakal kembali menjalani harian sebagai orang bujang tanpa berstatus istimewa. Dan tidak ada lagi tema 'darah manis' yang blh dileraikan dibibir-bibir manis sahabat-sahabat disisi. Mulanya, airmata memang jadi teman setia. Apatah lagi saat itu dilanda badai dugaan Allah, disantau orang, dan darah beku yang sudah tidak terbendung lagi hingga dimarah Neurologist mengatakan ana terlalu memikirkan perasaan orang yang sudah tidak ada gunanya dalam hidup...

Sekali lagi, Allah kirimkan mereka-mereka yang menguatkan hati.

Turun naik pejabat kaunseling. Malah, rasa tebal dimuka setiap kali bertemu kaunselor sudah makin tipis dek kerana airmata tak pernah kering tertumpah dipipi acapkali ditenangkan. Apakan daya, ana berhati wanita..Pasti akan tiba saat dimana kesabaran itu tertancap juga durinya...

Puas mengenepikan perasaan sendiri. Akhirnya, hati terpaksa akur. Jiwa,hati dan perasaan akhirnya kosong. Kosong sekosong tanpa lagi doa "dia jodohku..." Bukan berputus asa. Tapi inilah harga pada sebuah penantian. Harga diri yang bersemayam akhirnya roboh dimalukan dgn hati mereka yang sewenang-wenangnya menghukum tanpa bicara..

Tak apelah....hari ini pasti kau bahagia..Pasti kau gembira, ketawa berdekah-dekah dan puas dgn keegoan. Tapi ingatlah, jangan sekali-kali merasa bahagia diatas keperitan org lain. Sebab Dia menyaksikan segala perbuatan kita. Lambat,cepat bukan pilihan kita...Tapi selagi ada ruang bernafas, datanglah kerumah utk minta maaf....sebab aku tak pernah redha dengan apa yg kau lakukan terhadap maruah keluarga aku...

Sunday, September 26, 2010

Jika ku imbas kisah lama.....

Semuanya indah semua....
Aku ini manusia biasa.
Punya hati dan perasaan.
Punya rasa marah dan kecewa.
Mudah sungguh orang menghukum diri ini
tanpa rasa hidup ini bagai roda..
Ia berputar.
Dan satu masa nanti roda itu akan kembali ketempat asalnya...
Ketahuilah..
Hari ini kau menyakiti hatiku dan keluargaku..
Satu hari nanti,
Allah akan menyakitkan hatimu lebih dari ini...
Aku percaya kesakitan ini tidak akan lama..
Aku tidak mengerti apakah salahku..
Sehingga dimalukan sebegini..
Hingga aku dipersendakan sebegini rupa..
Kenapa?
Kerna kau tidak dapat melihat wajahku?
Kerna aku tidak seperti mereka yg kau anggap dewi dunia?
Aku kecewa..
Harusnya kau yg paling mengerti..
Rupanya aku bersandar pada yg tidak punya harga...

Monday, September 20, 2010

Sabar Itu Ada Kemenangan!

Yakinlah janji Allah SWT. Itu kata-kata yang selalu meniti dibibir ini.

Jam 0430am :-

"Astaghfirullahala'zim...petunjuk apakah lagi ni Ya Allah". Ana tersedak semasa tidur secara tiba-tiba. Terus sesak nafas seperti dipijak orang didada. Ana biarkan mata melewar sehingga ke jam 0950am melayan kerenah sahabat-sahabat di facebook....

Jam 1015am :-

Dada terasa di hentak-hentak. Terus capai handphone, beritahu abah yang ana diserang asma. Walhal abah sedang melayan tetamu diluar. Bersiap dgn tshirt muslimah, bertudung labuh dan sarungkan niqab. Batuk semakin menjadi-jadi. Berkokoh-kokoh tanda ada kahak.

Jam 1100am :-

Athma Bay, Hospital Sg Buloh. ibu menolak kerusi roda dan doktor mencapai Nab 365. Dah 30minit menyedut gas. Machine nadi dan oksigen tetap menunjukkan petanda tak bagus. Doktor menambah satu dos lagi. Masih tak surut sesak ini. Doktor inject di kanan tangan. Masih sesak. Akhirnya di inject kali kedua. Ana jadi lemah....

Jam 1730pm :-

Akhirnya doktor di Athma Bay menendang ana ke bilik pemeriksaan. "Lung okay, breath okay. Awak okaylah. Jangan main-main sakit ni." Doktor mengerut dahi. "Doktor, tahanlah saya di wad untuk pemeriksaan lanjut. Saya tahu saya sakit. Teruk doktor.." Tersekat-sekat ana bercakap krn sesak nafas. "No. Saya tak boleh tahan awak suka-suka. Awak sihat. Nak tahan apa? Kita tunggu perkembangan selanjut nanti. Jangan lupa, pam warna coklat 2x sehari. Warna putih pam setiap 1 jam. Dan ventolin yg biru, pam ketika kena attack". Doktor terus menyerahkan kad. Hati bertarung dengan hampa. 'Ya Allah...sungguh aku tak menipu!'

Jam 1830pm :-

"Kita pegi makan dulu ye. Dari pagi tak makan." Abah mengajak pekena roti canai. Ana pandang roti canai tu dah sama macam pam asma ana....No Appetite. Habis sahaja makan, berjalan dikit-dikit sebab nadi dan nafas laju macam nafas katak tercungap-cungap. Buka saja pintu kereta, habis muntah lendir kuning semua keluar. Hati berdetik...'Sakit lama aku datang balik ni. Siapalah yang khianat lagi ni. Ya Allah, berilah mereka hidayah Ya Allah. Jika mereka bahagia lihat aku derita, aku redha Ya Allah. Engkau Yang Maha Mengetahui..'

Jam 1915pm :-

Nafas makin pendek. Betul-betul macam katak dah kali ni. Kalau muntah toksah kata. Semua jenis cecair keluar. Siap berbulu-bulu pula yang melekat ditekak. "Mak...tolong hantar kan kita balik ke Kajang. Kita nak jumpa Pak Kiyai yang buang santau kita dulu...Memang dah datang balik ni.." Mak mengangguk. Abah bergegas balik rumah. Kasihan abah. Satu hari dia terpaksa ulang-alik dari tempat kerja. Bawa ke hospital. Sampai tertidur abah di ruang menunggu dek kerana terlalu lama. Ini pula nak ke Kajang. Sungguh, tiada yang dapat mengganti mak abah ana. Mereka payung terunggul tempat redup kasih ana dunia akhirat. Semoga dilimpah kurnia kasihNya RahmatNya pada kedua orang tua ku. amin.

Jam 2130pm :-

"Astaghfirullahala'zim....perempuan yang menghantar ni. Saudara mara kau jugak. Dia tahu kau dah sihat dari sakit dulu. Dia tunggu masa kau haid. Sebab pada yang Kiyai nampak, sepanjang kau bersih, dia tak dapat hantar. Sebab tadarrus dan solat kau membantu menjauhkan perbuatannya." Kiyai bercerita. Ana tengah terbongkok-bongkok masa ini mendengarnya. Alhamdulillah cepat ana kesan melalui rasa hati. "Kerapkali sebelum datang haid Kiyai, saya selalu mimpi, saya pakai telekung baru. Cantik berseri-seri. Hati saya tak sedap sangat. Petunjuk apa yang Allah nak bagi pada  saya." Saya terangkan lebih lanjut. Pak Kiyai mengangguk. Dipulangkan. Melawan pada saya. Sungguh letih bertarung...Ana takla jadi mcm dalam tv oasis tu sampai menjerit-jerit.Alhamdulillah, lapang dada ana. Allah itu Maha Besar! Ditambah pula dengan khabar tunang ana mengirim sms bertanyakan khabar...Ya Allah Ya Rahman. Tidak sia-sia aku diuji Ya Allah!! Ana menangis sepuasnya. Sungguh ana yakin dengan janjiNya! 'Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Pada wanita yang memecah belahkan hubungan ana dengan  khitbah semenjak 2 bulan yang lalu. Sungguh, ana maafkan. Tidak ada simpan dihati...Doaku, agar Allah tunjukkan dirimu hidayahNya dan semoga jodohmu dipermudahkan. Janganlah dihantar lagi ilmu pengasih dan penunduk pada tunangku..Kasihanilah dia.

Jam 0030am :-

Selamat sampai dirumah. Sudah mampu berbual dengan ibu dan ayah tercinta. Sungguh, balasan yang Allah tunjukkan hari ini tidak akan ana sia-siakan. Sahabat-sahabat tersayang tak putus-putus mendoakan. Kalian tahu atau tidak? Kalian anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk ana tidak tersesat jalan. Ketahuilah, cukup Allah bagiku..dan cukuplah kalian penyeri hidupku.

Tahajjud malam itu mendidik kita melepaskan lelah padaNya untuk bersujud dan menangis sepuasnya akan kelalaian pada hari itu dan sebelum-sebelumnya. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Allah juga menjanjikan yang terbaik buat hambaNya yang tidak berpaling dariNya walau diuji sekeras mana. Bohonglah jika ana katakan ana tidak pernah menangis keletihan dgn ujian. Tapi, kerana kata-kata sahabat...Ana bangun. Ana yakin ini semua akan berlalu. Allah Maha Melihat. Dia takkan bebani kita dengan perkara yang tidak mampu kita galas. Sahabat, biarlah diuji. Biarlah dugaan itu berat. Allah tahu dimana tempat yang lemah pada diri kita untuk diuji. Semuanya adalah kerana apa? Caranya Allah untuk melihat sejauh mana ketebalan taqwa kita padaNya. Tebal mana keimanan kita padaNya. Sahabay, jika ana mampu capai bintang di langit, sungguh...pagi ini juga ana kutip untuk hadiahkan pada kalian. Aku menangis kerana punya anugerah semahal ini dari Allah SWT.

Dan beringatlah pada yang menyekutukan Allah SWT. Tidak ada jalan bahagia selain kembali padaNya. Dia adalah segala-galaNya bagi. Selagi pintu taubat belum tertutup, bersujudlah padaNya. Akuilah dosa-dosa kita. Agar Dia pinjamkan kebahagiaan dan kekuatan pada diri kita.

1262 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang Sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seakan-akan air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerah-merahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya .



Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Jauhilah tujuh perkara yang membawa kepada kehancuran. Para sahabat bertanya: Apakah ketujuh perkara itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab: Yaitu: syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan agama, memakan riba, memakai harta anak yatim, membelot dalam peperangan dan melontar tuduhan zina terhadap wanita yang terjaga dari perbuatan dosa, tidak tahu-menahu dengannya dan beriman .

Cukuplah Allah penyelamat dan pelindung bagi kita semua. Amin.