Selamat berblog-walking kawan2,sahabat2, rakan taulan.
Baru-baru ini kita dikejutkan dgn berita penyebaran gambar perubahan Nur Amalina pelajar cemerlang Malaysia di United Kingdom melalui laman sosial peribadi Facebooknya. Rata-rata menjadi buah mulut orang. Ada yg maki hamun, caci hina beliau dan keluarga beliau sehingga ada yg tergamak mengeluarkan statement ibunya tidak reti menjaga dan mendidik anak. Astaghfirulallahal'azim..berderau darah membacanya. Inilah busuknya kemajuan teknologi, perkara aib cepat disiarkan. Bukan saya menyebelahkan tindakan Amalina yang membuka aurat. Sudah tentu saya berasa kecewa dgn tindakannya! Tapi jangan kita heret keluarganya sekali. Kita hanya akan menambah beban lara dihati keluarganya. Bukankah seharusnya kita mendo'akan Amalina, saudara kita yg pernah menjadi contoh generasi kita dalam pendidikan diberikan jalan hidayah dalam menjadi seorang muslimah yang berjaya dunia akhirat?
Kita bercakap-cakap tentang dosa Amalina. Jangan......kita hanya akan lebih memburukkan keadaan. Kita bantu dia dengan mendo'akan Allah jgn tutup pintu taubat buatnya. Jgn sempitkan pemikiran agama yg pernah diraih A1 dalam SPMnya dahulu....Dia telah pun melakukannya mungkin krn tiada pantauan disana, tidak ada bimbingan, apatah lagi majoriti pelajar-pelajar yang belajar dgn nya kemungkinan bukan beragama Islam. Tapi kita yang sudah tahu ni seharusnya mencegah rakan-rakan kita memfitnah, mencaci, mencarut...krn kita tak langsung membantu kawan2 kita ni tak jadi mcm dia..Dia buka aurat, kita kutuk dan caci dia...sama-sama dapat saham. Dimana yang kita kata betul? Pada asalnya nak ubah, tp kita juga yg hanyut! Allah..Allah....
Lalu, timbullah perkara fitnah. Nak menyedapkan cerita. Nak sesakkan traffik blog supaya org baca dgn memfitnah Amalina sudah failed dalam pelajarannya di UK. Lihat, kita baca lagi dan kita dapat saham lagi dengan sebarkan pada semua cerita aib saudara kita sendiri....Kita ni nak tegur dia pn tak dapat, apalagi nk sentuh dia (yg muslimah). Jadi apa untungnya kita maki dia dalam facebook? Buat page group bencikan dia? Maki dalam blog2 yg siarkan gmbr dia? Tidak ada untung melainkan tangan, lidah dan mata ini sendiri pergi menegur dia....Selain dari itu..kita ada senjata berbisa... DO'A! Kenapa yang nk penatkan jari maki dia? Hina dia? Sendiri pn berbuat salah....sama macam dia.
Mungkin ada silap saya dalam menegur, tapi sy taknak kita do'akan saudara kita yg buruk-buruk. Kita hanya akan menjauhkan dia dari kebenaran Islam dan Allah swt.
Semoga senario yang saya cuba sampaikan dapat diterima umum. Kerana sy berpegang pada kata-kata hikmah yang memberi kesan dalam hidup saya - "Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan."
Para sahabat yang dirahmati Allah selalu hendaknya, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan kehati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yg baik, maka hndaklahia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendakla ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan." (HR Ibn Mas'ud r.a)
2 comments:
Betul tu..doa yang trbaik..insyaAllah..Allah nak uji dia tu...sama ada ingat atau tak kat Dia bila dah berjaya..
p/s : panjang betul perbincangan tu..adeh
salam.. terkilan bila dgr.. Tapi itulah kalau benarlah biarlah keluarga di yg first bertindak.. Bila anak buat hal ibu bapa dicari dan di salahkan.. Jadi soal ni biar ibu bapa dia yg mula bertindak.. Harap kalau benar semoga dia berubah dan kembali ke pangkal jalan..
Post a Comment