Dah lama tak on fb Fastabiqul Khoirat. Jadi dah lama lah tak ambil perkembangan tentang gadis-gadis berniqab. Sahabat-sahabat niqabis saya pun dah ramai menikah. Jadi makin sepi kami dari memantau.
Bila saja saya dah mula aktif dalam blogging dan fb, nah...banyaklah ayat yang timbul.
Antaranya :
"Kau tak payah nak tunjuk terra sangat dgn bangga couple. Mak ayah bagi duit gi belajar, tapi sibok nak bercinta. So stupid!".
"Kau tak payah nak tunjuk terra sangat dgn bangga couple. Mak ayah bagi duit gi belajar, tapi sibok nak bercinta. So stupid!".
"Ana tak gemarlah lihat lelaki indonesia mesej inbox ana....itu ini. Tolong ambil perhatian, ana ni orang Malaysia. Dan ana tak minat nak berkawan dengan lelaki."
"Dimanakah kamu wahai bakal imamku. Aku setia menanti untuk menjadi pemilik tulang rusukmu...bla bla bla..."
Dan banyak lagi.......
Allah...Allah...Allah wahai Muslimah-Muslimahku Sayang...rasa nak menitik airmata membacanya. Rasa macam kena tampar berulang-ulang kali bila membacanya di facebook keluar di halaman utama. Saya nak ungkapkan rasa ini, tapi saya mohon maaf berulang kali saya tahu saya tidak layak menegurnya. Tapi, MALULAH PADA DIRI SENDIRI......
1. Seorang niqabis stupid kan org di facebook, wajarkah? Inikah bahasa paling sopan? Inikah tegur paling berhemah? Janganlah niqabis....takkan ini pun nak kena ajar....bukan ke awak ni masyarakat anggap buku bergerak? Allah...Allah...Allah.....
2. Macammana niqabis boleh kata tak gemar....sedangkan kalau tak di add, mana datangnya lelaki-lelaki ini??? Kalau tak diprivate inbox tu, mana datangnya mesej-mesej ini. Ini baru betul stupid....stupidkan diri dihadapan ajnabi, saudara mara, sahabat handai, rakan fb....
3. Come onlah...bakal imam kamu tengah sedap main game PES 2012. Perlu ke nak cerita kat fb? Minta maaf saya nak tegur ni, zauj saya sendiri dengan rasa malu beritahu saya dia berasa zaman ni gadis niqabis macam muka tak tahu malu. Gatal miang sangat nak bersuami. Sampaikan takde rasa malu segan silu nak bercerita kat org bahawa kamu gadis berniqab dah sangat-sangat nak bersuami tapi takde yang berani nak pinang. TOLONG KAWAL NAFSU. TOLONG MALU DENGAN KAIN YG TUTUP MUKA KAMU....
Psstt..ada tambahan. Saya lihat dah ramai niqabis yang baru berniqab dengan tanpa segan silu memegang tangan abg angkat/bf/tunang dan bergambar malah berbangga menayang gambar tu. Ada pula siap bersayang abg cinta mati tak sanggup hidup mati tercekik buah durian kalau takde kamooo....saya baca rasa nak muntah hijau. Kalau dah macam tu, dengan segala hormatnya dipersilakan tanggal niqab. Anda belum istiqomah memakainya. Sekian.
3 comments:
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
@Saifudin abu izzudin :
what a wonderful miracle day :)
tetaplah menjadi pemangkin motivasi.
mimpi bukan penutup kenyataan.
hiduplah krn Pencipta.
krn motivasi memberi cahaya terus ibadat kepadaNya.
jazakallah sahabat :)
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu,
Saudari,
Saya tertarik dengan entri-entri berkaitan niqab yang dimuatkan ke dalam blog saudari.
Saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Mohd Hisyam, berumur 29 tahun, berasal daripada Kelantan dan sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah di UNITEN, pahang.
Saya sebenarnya sedang mencari calon isteri bagi mendirikan rumah tangga dan melengkapkan separuh daripada iman saya kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Saya tertarik dengan entri-entri tersebut kerana saya juga mencari calon yang berniqab dan berakhlak mulia berlandaskan manhaj ahlu as-sunnah wa al-jama’ah.
Memandangkan saudari juga memakai niqab, saya ingin bertanya sekiranya saudari ada mengenali rakan-rakan saudari yang berniqab dan sedang mencari calon suami. Sekiranya saudari ada kenalan seumpama, saya ingin memohon jasa baik saudari untuk memperkenalkan saya kepadanya.
Untuk pengetahuan saudari, latar belakang pengajian saya adalah seperti berikut:
1. SPM 2003 – Maahad Syamsul Maarif (Lelaki), Machang, Kelantan.
2. Program Tahun Asas (Perakaunan) 2005 - Universiti Tenaga Nasional, Pahang.
3. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) 2009 – Universiti Tenaga Nasional, Pahang.
4. Ijazah Sarjana Sains (Perakaunan) 2014 – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur.
Saya bukanlah seorang yang kaya dan saya ingin membentuk sebuah rumah tangga yang sederhana dan mudah sahaja. Saya juga bukan ahli agama namun saya berusaha untuk mempelajari agama kita berdasarkan kefahaman salaf as-solihin, mempraktikkannya dan menyebarkannya kepada orang lain.
Saudari tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk memenuhi permintaan saya ini. Saudari bebas untuk memilih dan saya akur dan berterima kasih kepada saudari atas apa jua bantuan (hatta doa sekalipun) yang diberikan. Namun, ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk mencari jodoh saya.
Sekian, terima kasih.
Post a Comment