Friday, April 1, 2011

TREND atau KESEDARAN SENDIRI??

Assallamualaikum. Sekalung doa kesejahteraan buat blog walking sekelian. ^__^. Entry kalini nak menghurai panjang puisi yg ana pernah karangkan tahun lepas utk dijadikan panduan buat sahabat-sahabat yg baru memulakan langkah berniqab :-


Jika kau mahu berniqab...

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

BERNIQABLAH KRN ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UTK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SBNRNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

**********************************************************************

Terus terang ana suka sangat bila ramai muslimah yg forward puisi ini sebagai bahan rujukan pada ukhti-ukhti muslimah yg lain. Tapi sayang-sayang ku sekelian, baca, dan praktikkanlah. Kita ini senantiasa dipandang. kesalahan kita senantiasa dikenang. walaupun kesilapan kita itu 2-3 tahun yang lalu. Ia tetap akan segar seperti baru semalam terjadi.

CINTA atau NAFSU?


Ini pun dah jadi trend sekarang. Semenjak dua menjak ni, apatah lagi bila facebook ada function 'in relationship/status'. Come on la sayang-sayang cda..anda-anda ini amat berharga. Cinta anda sangat mahal dimata Allah SWT. Jangan lalai. Lalai.Lalai.Lalai. Ayuh kita berubah!!

Kita ini antara contoh untuk membimbing 'kanak-kanak ribena' yang perlukan pimpinan dari kita. Kalau kita sendiri hanyut dek nafsu hati. Maka sampan yg kita dayungkan untuk kawan-kawan kita pun akan hanyut punah ranah macam kita. Bangun, Bangun, Bangun. Lelaki bukan segalanya. Melainkan dia adalah suami.

Ana nak berkongsi sedikit iktibar. Rata-rata sahabat semua tahu ana pernah kecundang dalam pertunangan. Betapa lalainya ana. Betapa teruknya diri mungkir janji pada Allah. Janji nak taat pada Allah. Tapi hanyut dalam ikatan pertunangan. Kononnya nk sampai ke jinjang pelamin lah. Sudahnya, tak jadi jugak kan...Ambil iktibar ini sahabat-sahabat...Ana nak kita jadi kuat. Bukan wanita yg lemah dipergunakan, dijatuhkan maruah. Lelaki kalau dia nak tutup kesalahan, dia akan tunding jari pada kita. Dia akan kata bahawasanya dia nk menguji kita. Tapi psikologi ni akan memunah ranahkan hati kita!!! Bangkit. Bangkit. Bangkit!! Kita tak boleh diperdaya. Niqab kita adalah tanggungjawab kita.

Wanita yang cerdik dan solehah akan bangkit dari kegagalan. Tapi sekali kebangkitannya, adalah kebangkitan yang maksimum!!! Kita akan terjebak dengan lagha..lagha..lagha..wahai sayang-sayang muslimahku sekelian jika kita rela cinta dan nafsu menguasai diri kita!!! Lelaki boleh jadi pemimpin jika dia adalah seorang suami yg sah dan halal. tetapi kebarangkalian yg tinggi utk menjadi virus pada kekuatan iman dan diri apabila dia adalah bukan mahram kita. naudzubillah!!!!!

Betulkan apa yg terbiasa ukhti muslimah, dan biasakan apa yg betul...

MAHSYUR atau TIDAK DIPANDANG?


Di laman sosial skang dh jadi trend. Pom Pang Pom Pang cite pasal Allah & Rasul. Cite pasal takut Allah etc. Tapi kita benar-benar memperkatakannya?? Ayuh niqabis. Anda perlu kehadapan bukan mundur kebelakang. Jangan leka dengan pujian. Tapi seharusnya pujian itu ibarat belati tajam. Samada ia adalah satu senjata utk menikam hati kita dari beribadat pada Allah swt atau senjata utk mempertahankan pendirian kita?

Dah keluar macam-macam ayat orang yang nak memburukkan niqabis. Pakai niqab mata cantik. Ana faham. Kita terbelenggu dek dilema. Pakai nampak cantik. Tak pakai lagi runtuh iman muslimin-muslimin yang ada. Tapi wanita ini adalah perhiasan dunia. Dan lelaki pula memang mudah tertarik pada kecantikan. Cuma, bekalkan diri anda dengan ilmu!! Penuhkan iman anda dengan ketetapan pendirian!!! Ukhti-ukhti muslimah ku sayang semua nya cantik. Percayalah. Tak perlu dipuji. Tak perlu dipandang pun, kalian tetap cantik dipandangan mataku.

Untuk apa kemahsyuran? Untuk menunjuk pada dunia, siapa kita? Niqabis boleh!! Niqabis pun terror!! Niqabis pun hebat!! Saudari-saudari ku tercinta. Jangan menuju kelembah ujub,riak dan takabbur..itu adalah jalan seburuk-buruknya utk menempah tiket ke neraka. Cukup sekadar kita menjadi insan biasa. Tak perlulah kita tunjuk pada masyarakat kita lebih hebat dari yang tidak pakai niqab. Sesungguhnya itu mengecilkan hati sahabat-sahabat...

JODOH oh JODOH


Percayakah sahabat-sahabat, pakai niqab jodohnya lebih cepat dan berpusu-pusu dilamar org?? Maka dengan statement ini, makin ramai lagilah wanita-wanita tidak berilmu mula pakai niqab dengan gaya-gaya wanita jahiliyah..!!! Lelaki-lelaki pula cepat benar tertarik dengan si niqabis. Lagi-lagi tak terperasan pula si niqabis ini sebenarnya dalam gambar aje. Dengan ayat rutin "Mohon Doa supaya ana istiqamah + Ana belum ada kekuatan. Ini sebagai percubaan". Bagus sekali ayatnya. Tapi sayang-sayangku. Kalau nak istiqamah, bermula dari diri. Tetapkan pendirian. Kalau taknak pakai, tak payah pakai. Sudahnya anda-anda memakai tanpa ilmu. Tidak tahu APA SEBAB MUSABAB pakai benda tu. Rupa-rupanya nak pak ustaz, pak aji, pak sheikh etc dekat dengan dia. Orang akan mula hormati dia. Orang akan sanjung keagamaan dia. Dah menjadi trend di malaysia. Pakai tudung labuh, pakai niqab akan dipanggil YA USTAZAH...

Karkun-karkun, pak sheikh, pak aji,pak lebai pun meminanglah oleh kerana tarikan kesolehahannya. Tapi kita tak sedar dan ada yang tak tahu pun. SOLEHAHNYA WANITA BUKAN TERLETAK PADA PAKAIANNYA SAHAJA (ini pun perlu sbb tak perlu nk didik wanita tutup aurat!). Tapi, ia mengambil masa untuk mengetahuinya. Yakni dari pemakaiannya (aurat), pergaulannya (siapa kawan-kawan dia), pelajarannya (ilmunya baik dunia mahupun akhirat), budi pekertinya (akhlak,sikap etc), hatinya (nafsu & kawalannya), & agamanya.

Janganlah kalian dah menikah baru nak cerita keburukan si pasangan. Pasal itulah, pakailah kerana dah faham. Dah sedia. Dah reti diajar. Bukan nak pakai sebab nak cakap dengan orang "SAYA NI PAKAI NIQAB,KAWAN-KAWAN SY SEMUA ALIM-ALIM. Nooo!!!!!!

Bukak mata luas-luas. Anda sentiasa diperhatikan. Bukak minda luas-luas. Anda akan sentiasa dicabar perjalanannya. Jangan ambil hati dgn entry ni. Cuma nak cerita apa yg makin menular dikalangan kita si niqabis. Sekian...wassalam~

20 comments:

Tulip said...

sayang akk kerana Allah....akk lah sahabat akk yg paling comel :)

Fastabiqul Khoirat said...

peewit..syg kat ustazah firah gak hehe

Insyirah said...

hehehe...
sabar je la baca entry k.cda ni, sayang-sayangku sekalian tuh. tiba2 berbunga plak hati. *perasan*

Fastabiqul Khoirat said...

hakhak,cik puan syirah yg bum-bum kini. anda dialu-alukan perasan krn mmg anda mjadi kesayangan kak cda. hihihih...

sufygirl said...

slm ziarah cda sayang..:)

setelah sekian lama, akhirnya update juga blog..tahniah2! hehe..

tulip ni fira ke?
ape blog fira?

Fastabiqul Khoirat said...

wsalam jie...adehhhh tatau la budak kecik ni. bila click takleh nk bukak plak...jap lg cda rotan dia k kalau dia tak bg link.hihih

pengidamsyurga said...

wow!! ^__^ gorgeous... nak share blh ke ney?

Anonymous said...

abes tu...

kalo yg xbaik n sdang pbaiki iman cm sy ni...
xle pakai niqab la ye?
T_T

kalo pakai kang takot jd fitnah pd niqabis plak.
hurm.....

a wanderer. said...

wahh!

Fastabiqul Khoirat said...

abes tu...

kalo yg xbaik n sdang pbaiki iman cm sy ni...
xle pakai niqab la ye?
T_T

kalo pakai kang takot jd fitnah pd niqabis plak.
hurm.....

pada Tanpa Nama,

maaf, ana taktau lelaki/ppuan. adik/kakak. Islam/non-muslim.

cuba baca betul2 dan fahamkan. ini mengenai niqab yg dah disalahertikan oleh niqabis samada baru nk pakai, tengah pakai ataupun yg dah lama pakai. kebanyakannya yg masih bstatus BUJANG. bukan x bleh pakai. nak pakai, pakaila..tapi make sure DAH FAHAM, DAH BERILMU TENTANGNYA...berniqab bukan satu perkara mudah. kita mungkin pandang alah setakat pakai kain kecik je kat muka. cara nak berhadapan tu! cara pembawakan! cara menghadap soalan bertubi-tubi dari masyarakat. sudahnya yg tak kuat, mula bukak niqab. mula nak pakai itu ini...dah tak tetap pendirian. sebab tu kena BERILMU dlu. takdelah sampai nak suh pegi tanah arab belajar agama sampai pengsan baru lah namanya berilmu. tak..! cuma bg contohla. kalau kita beli handphone. kita tak pernah pakai handphone seumur hidup. sedikit sebanyak kita kena pelajari. pastu ada skill. ada jugak selok beloknya. kalau dah ada masalah, mcm mana nk cuba perbaiki. kalau tak blh perbaiki sendiri kena cari org yg pakar utk betulkan. mcm tu jugak nk pakai niqab. main pakai je..mcm seronok sgt. tp ilmu didada kosong. nk buat ape? perkara2 ini yg akan mencemarkan niqabis apabila gejala2 tak sihat menular, org lain terkena getahnya...jadi beringat. bukan tak blh pakai. pakailah..nak pakai sampai tertidur pn boleh. takde sape kisah de..tapi berilmu la walau sebesar pelepah kelapa..

ahLia shahril said...

sangat bermakna.. terima kasih share =)

Kasihiro said...

Assalamualaikum wbt, tahniah ..post yang mantop...teruskan brdakwah dan mnuntut ilmu..ilmu niqab i2 bukan sahaja prlu dijawab kpd manusia sahaja..ttpi diakhirat Allah swt juga akan brtanyakan ttg soal ini..
semoga kalian berada dalam rahmatNya.. ^^

ummu sajidah said...

mohon share ya ukhti...=)

m said...

semoga berterusan (istiqamah)

man said...

semoga berterusan (istiqamah)

nadhirah nashit said...

assalamualaikum k cda ku syg...(ha3...buat2 knl je nih..jgn isau, sy ni pompuan tulen tau, klau x, xhingin nye pggl akk syg..ha3)
herm...purdah..mmg tringin nk pkai..tp tkot la. so, buat yg wjb je dlu. nk pky pn xpe, x pky pn xpe kn?? tp lbh baik pky kot klo rasa ad keperluan utuk pky purdah ni..
ni hnye pndpt yg ntah pape je ni

Fastabiqul Khoirat said...

waalaikumussalam adik nadhirah :)

hehe ok2 akak dh dapt tgok kesahihan melalui DP blog ;)

terpulang...bknlah terletaknya iman seseorang melalui pakaiannya. tetapi jika tidak menutup aurat, kita sendiri sudah memahaminya. cuma niqab ini adalah satu bonus. bjiwa yg kuat pd siapa2 yg kuat mhadapi ujianNya :)

ash_mza said...

Pakai tudung labuh, pakai niqab akan dipanggil YA USTAZAH...

teringat pada panggilan ini. buat diri tersenyum sendiri.

Insan biasa dinobatkan ustazah. Allahu...

Rasa diri terpimpin untuk terus perbaik diri.

Anonymous said...

Assalamualaikum ...boleh berkenalan...? sudilah kirnya jadi kawan ana ..:)

Nowa said...

Ana juga baru dalam hal hal ini . Bimbing lah ana . Ana perlukan nasihat dan sokongan padu dari niqabis niqabis yang ada :)