Sunday, June 6, 2010

Jika kau mahu berniqab...

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

ROZITA & SRIYANTI (INIKAH YG DIKATAKAN FESYEN)





BERNIQABLAH KRN ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UTK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SBNRNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

17 comments:

Hawa Mahabbah said...

Subhanaallah... terbaek!...
moga istiqamah...
Allahumma faqqihna fiddeen. Ameen.

-cik.dyanabahri- said...

Hmm. Terbaek kak.
Ada bait-bait yang ditulis mmg
tertuju kpd diri ini.
Terima kasih;p

*thumbs up*
hee.

شاح اندرني said...

Salam..Personaly Ana kata bepurdah ini hanya budaya arab. Tapi tidak bermakna yang memakai baik dan tidak memakai sebaliknya. Ada juga kekadang hawa sendiri menlabelkan yang pakai itu baik dan menganggap dirinya yang tak pakai itu tak setanding dengan yang pakai. Yang perlu diutamakan aurat itu. Pemakaian stokin kaki penting. Ada yang berniqab stokin kaki tak pakai. macam mana tu? Bagi hawa, kenalilah dulu aurat anda dan tutup aurat dulu. kerana itu tuntutan dalam Islam. Itu amat penting. Berniqab atau tidak tiada kelebihanmu. Mungkin kamu berniqab menutup mulut kerana elak fitnah atau elak penarikkan.

Nurul said...

kenapa kata berpurdah tu budaya arab ya? isteri2 Rasulullah wajib pakai. Maknanya tu budaya ke perintah Allah?

And saudara, pasal pakai stokin kaki tu, ada mazhab yg kata tak wajib. jadi tgklah mazhab mana ya? Just because org tu Islam dia x sama dgn Islam yg kita yakin amalkan ni, tak bermakna org tu kurang. Allah Maha Mengetahui. Wallahua'alam.

شاح اندرني said...

Salam.. Berpurdah salah satu budaya arab. Dan berkenan isteri Rasulullah pakai purdah itu benar. Pasal stokin itu wajib. Aurat wanita semuanya kecuali tapak tangan dan muka. Maka menutup kaki adalah wajib.. Ana tak bermaksud nak perkecilkan niqab. Cuma Ana nak seru dahulukan tutp aurat yang wajib terlebih dahulu

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

assallamualaikum sahabiah sekalian...1stly ana nk ucap terima kasih yg tak terhingga krn sudi membaca setiap nukilan blog ana termasuk ruangan ini. buat shah dan ukhti nurul, ana ada satu pandangan mengenai niqab @ purdah ini. apa yg ukhti nurul kata mengenai ia adalah pemakaian bagi isteri2 baginda Rasulullah SAW itu benar. dan yg shah isukan mengenai stoking itu juga benar.

jilbab,khimar,hijab,niqab ini adalah pakaian yg boleh menutup aurat dgn sempurna. yg kita selalu lihat adalah khimar,jilbab sentiasa dilitupi oleh para wanita di malaysia. (ana mbuat deskripsi ini krn kita semua adalah rakyat msia. utk masyarakat luar msia, mrk ada reason sndr). bahkan klu kita lihat sekarang, ada bmacam2 fesyen timbul diluar jangkaan. seperti tudung ekin (mcm rahib gereja), tudung yuna (mcm lampin bayi-nipis dn pendek), tudung lycra (bersanggul tinggi dan menyarungkan tudung seketatnya)..sedangkan kita tahu, aspek menutup aurat itu bukanlah btudung. bahkan yg banyak menconteng arang dgn maksiat lalu memakai tudung adalah bertudung yg begini. dan yg tertunjuk adalah pada muslimah yg memakai tudung labuh. tambah hina apabila mrk menunding pd yg bniqab. jadi disini, utk yg bertudung para muslimat lebih suka mengambil pendekatan tudung labuh adalah sebaik2 penutupan aurat seseorang wanita. insya'Allah. mengenai niqab tetapi tidak berstoking ye, ana bkerja bertemu pelanggan. beratus-ratus pelanggan arab ana sudah temui. ada yg bniqab itu bukan Islam. dan tidak memakai stoking. serta tidak mengendahkan lengan yg ternampak. bahkan mencukur kening! naudzubillah...ini perkara benar. tetapi bagi masyarakat arab, mrk sudah tbiasa oleh krn kaum lelaki arab nafsunya sentiasa mbuak2. membuatkan mrk menghindari dari pandangan lelaki bernafsu buas. bahkan antum boleh cari blog mengenai pengasas sendayu tinggi tpaksa memakai purdah (masa tu dia blum memakainya di msia)utk menunaikan umrah. begitu juga rozita che wan (yg telah mperlekehkan purdah itu sndr).ini krn mrk telah dinasihatkan ejen umrah mrk utk menutupi wajah dari mejadi buruan lelaki disana. berbalik di malaysia, tak perlu tya org luar. ana sudah mbuat banyak ptanyaan. ada yg menjawab "ana berniqab, krn dahulu ana sangat liat utk bangun solat subuh dan solat 5 waktu..apabila niat ana utk bniqab, ana merasakan ada kekuatan di niqab ini. ana berasa malu dgn kain yg sepanjang 1/2 meter ini dimuka tetap setia di wajah ana. tetapi jasad ana tidak setia sujud syukur kpdNya. maka setiap kali ana terlewat solat, ana akan beringat, jagalah nama baik niqabis yg lain". inilah satu contoh terbaik utk kita menangkis lekehnya berniqab. sedangkan hanya si pemakai dan Allah swt sahaja yg tahu niat seseorang. tak perlulah kita nk memperlecehkan niat seseorang. mengenai perbetulkan aurat pula. mmg benar perbetulkan aurat dari pakai niqab. itu ana akui benar. tetapi jika seseorang sudah berpakaian mengikut hukum syarak, tidak ada salahnya jika individu tsebut hendak memakai niqab. asalkan ia memakainya dgn rasa rela dan bukan paksaan. bahkan mrk mampu menghidupkan sunnah Nabi SAW. pernahkah kita terfikir, kenapa Rasulullah SAW meminta isteri2 baginda memakai niqab (penutup)wajah mereka sedangkan tidak wajib keatas umat baginda?. akal kita sndr dapat mentafsir betapa kasih dan sayang nya baginda kepada isteri2 baginda sehingga tidak mahu para sahabat terpesona dan mendapat apa2 perasaan zina thadap isteri baginda. dan begitu juga ada tembok pemisah diantara isteri baginda dgn lelaki selain nabi Muhammad SAW..masya'Allah tingginya budi pekerti Rasulullah SAW kita kan? jadi, kalau lelaki2 ini sayangkan para muslimah, tidak salah jika memberi sedikit semangat utk "memberatkan aurat" kami utk menghindar rasa nafsu iblis yg semakin besar dan melata di malaysia ini. apalah yg nak dibanding kan isu niqab ini dgn isu bertudung,memakai t-shirt dan jeans...apalah yg nak dibesarkan isu berbanding memakai tudung litup tetapi berkebaya dan memakai heels..

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

(sambungan komen)

yg bertudung, kajilah tudung anda. samada transparent ke didalam sehingga nampak leher. atau nampak ke bahagian yg sepatutnya hanya suami shj yg nampak walaupun hanya sekadar garisan shj? yg sudah bertudung labuh, check balik..sudahkah berlapik tangan lengan? sudahkah memakai stoking? sudah longgarkah pakaian? memakai seluar, labuh atau tidak baju yg menutupi tsebut...? yg berniqab kaji semula, bulu kening cukup atau tidak? kuku potong atau tidak? stoking kaki dan lengan ada x? bahasa, percakapan,pergaulan dibataskan atau tidak? kerana semakin berat menutupi aurat, semakin tinggi cabaran yg Allah akan tunjukkan. dan disebalik penyelesaiannya, tersembunyilah kematangan dalam menjawab soalan2 tajam dari si pembina mahupun penjatuh. jadi kita sama2lah muhasabah diri. bertudung bukan kerana utk menunjuk anda Islam. apabila sudah melitup bukan bermakna anda sudah alim. dan apabila sudah berniqab tidak menunjukkan iman anda lebih tinggi dari org2 yg lebih berhak. yg penting, amalan(ibadah), suruhan yg wajib, ilmu dan aurat hendaklah selari. seperti contoh, memakai pakaian yg tidak langsung menutup aurat tetapi melakukan ibadah(yakni solat 5 waktu). perintah Allah menutup aurat, tidak diikut, tetapi solat yg dituntut dilakukan. ibarat pohon rendang tetapi tidak berbuah. maka jauhkanlah diri kita dari jadi hamba yg derhaka kepada Tuhannya...! sesungguhnya antara kita memerlukan satu sama lain, utk memperbaiki dan mengimbangi mana yg kurang dan memanfaati mana yg lebih. krn kita semua nk masuk ke syurga Allah swt..tetapi, masuklah bersama-sama (menujulah bersama-sama)...wallahualam~

Nurul said...

Allahuakbar. Thanks for this very spot on opinion from Tuan Tanah. And I'm so sorry, I still won't say berpurdah tu budaya Arab. Kalau songkok and kopiah tu boleh kata budaya. Sebab sunnahnya Rasulullah pakai serban.

"Personaly Ana kata bepurdah ini hanya budaya arab" Please highlight PERSONALLY tu dan later on jangan ubah kepada hilang perkataan PERSONALLY dalam komen berikutnya.

I hope that you could distinguish between budaya and perintah Allah. I don't think bila Allah suruh isteri2 nabi pakai, ia jadi budaya pulak.

Up to an individual nak pakai or not. Saya ikut jumhur ulama yg kata niqab tak wajib. Tapi saya pilih untuk pakai. And akan rasa very offended bila org kata niqab tu budaya. Please ask org Arab mana 1 pakaian kebangsaan diorang. And by the way Arab banyak Arab. kenapa kalau budaya, ada yg pakai dan ada yg tak pakai?

Sorry, takleh tahan org pertikaikan purdah. kain sekeping kat muka yg org nak debat. Kain tak cukup berkeping2 xder pulak nak didebatkan sangat oleh kebanyakan org.

Tapi apa pun, xder org yg Islamnya lagi baik dr Islam lain semata2 sbb ilmu dia lebih. Biarlah Allah je tentukan.

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

to ukhti Nurul : ana suka kata niqabis itu adalah cabaran! ^_^ bukan mudah utk menjelaskan. tapi krn mereka belum berada di tempat kita. bagaimana utk menjelaskan betapa terpeliharanya wanita dalam Islam dan betapa indahnya apabila yg mrk rasa kolot dan ketinggalan inilah yg harus kita pertahankan. krn kalau bukan Muslimah (Islam) itu sndr yg kekal memakainya, adakah kita yakin bahawa bukan Islam akan memakainya?? Bukan mudah utk menjelaskan apa yg hanya niqabis rasa...duduk dan selamilah rasa nikmat berniqab ini. hanya yg mampu merasainya akan rasa betapa indahnya berniqab, bukan kah begitu ukhti nurul ^_^

Nurul said...

Subhanallah sis, u're so right. Tak kenal maka tak cinta. Org yg alami je yg boleh describe. I'm lurvin my niqab and I'm sure all my sisters out there yg pakai niqab atas pilihan sendiri pun rasa perkara yg sama. Kalau kita x cinta niqab kita tu, takkanla sampai menangis2 bila kena buka waktu konvo (patik la tu punyer cerita. hehe). Thanks sis for this entry. =) Allah with u.

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

nk minta ukhti tgalkan komen dlm noted group ini....http://www.facebook.com/profile.php?id=738238334&ref=ts#!/notes/hari-kiamat-sudah-hampir/pendapat-lebih-rajih-tidak-ada-kelebihan-berpurdah-berbanding-tidak-berpurdah/131303693564616

ربيعة القرسية said...

SubhanAllah.. sangat memberi kesedaran pd diri. Jazaakillahu khairan kathiran. Semoga sentiasa diberkatiNya,amin. :)

HaWa.. said...

Assalamu'alaikum.
Bagus anda punya dakwah tetapi alangkah lebih baik jika anda tidak mendedahkan aurat Rozita Che Wan yang siapa2 sahaja boleh melihatnya. Juga aib artis tersebut terdedah. Saya harap anda boleh memikirkan secara mendalam apa yang saya ingin sampaikan, maaf sangat saya sampaikan di sini.
Wassalam.

Fastabiqul Khoirat said...

assalamualaikum...terima kasih byk ukhti hawa.....ana tlepas pandang rupanya. maafkn ana sbb terkhilaf...ana akan edit gmbr tersbut supaya tidak kelihatan aurat RCW tbabit :)

HaWa.. said...

Wa'alaikumussalam :)
Alhamdulillah. Semoga berjaya.

kuseru namaMu kekasih said...

bagaimana jika kita berniqab di negara arab tetapi tidak berniat untuk memakai niqab di malaysia.?sebagai contoh dengan tujuan untuk mengelakkan daripada gangguan orang arab?

MUJAHIDAH said...

sye mintak izin untuk mengeshare:)