Friday, February 8, 2013

Bila Kita Berjaya Yakinkan Insan Yg Tersayang...


Assalamualaikum semua sahabat² blogger yg Cda kasihi. Terima kasih kerana setia membaca, baik yg silent reader ataupun yg jelas meninggalkan komentar.

Cda tak tahu nak gambarkan perasaan harini bagaimana. Biasa mmg langit cerah. Tapi harini cerah lain macam walaupun hujan lebat dan mendung. Tapi pada perspektif Cda, sangat cerah... 

Semalam, Cda nyatakan buat ke berapa kali entah, pendirian Cda dan ulasan yang berulang kali kepada zauj tentang niqab dan akan permintaan Cda. 

Semalam, 7 Februari 2013, keluar sendiri dari mulut zauj. "Abang izinkan sayang berniqab, dengan SYARAT. Istiqomah. Jaga lidah. Jaga mata. Banyak menambah ilmu..walaupun masa tu abg xde." Menitis airmata. Saya memang nak ia keluar dari mulut zauj sendiri. Bukan dia tak suka saya berniqab. Tapi sebab dia tak pernah berkahwin dgn perempuan berniqab....hehe :)

Dia perlukan penyataan keyakinan daripada saya, kenapa saya perlu berniqab dan kenapa niqab lebih baik dari tanpa niqab. Saya tak putus asa cerita hari-hari. Saya share artikel. Saya print entri dari sahabat-sahabat. Saya share link tulisan saya. Share link perkongsian rakan² blogger ttg penulisan saya dalam niqab. Dan penjelasan dari sumber hadis..akhirnya, dia akui. Dia kini yakin kenapa wanita sehingga jatuh hukum WAJIB berniqab. Di zaman ni...zaman penuh maksiat.

Allahurabbi..wa syukurillah........rasa tak cukup sujud syukur. Cukuplah zauj mempercayai saya. Dan memberi keizinan. Bahkan dia sendiri menyatakan perkataan yg sangat-sangat tersentuh di hati saya :

"Isteri abang sentiasa dengar cakap abg. Bila abg kata jgn keluar, syg tak keluar. Nak ke surau pn sms abg. Bila nampak je abg makan luar, syg akan catatkan apa makanan yg abg suka makan...penuh nota dalam tab tentang kesukaan abg dan apa yg abg tak suka. Syg ikut keinginan abg. Apa yg abg suka. Belum pernah abg dengar sayang nak itu, nak ini selain dari bergurau....apalah nak dibandingkan dgn satu permintaan syg utk istiqomah berniqab. Abg tahu inilah keinginan syg yg paling besar.......selagi syg tak melanggar syariat dan perintah Islam dan Allah."
 
Sahabat-sahabat. Jangan takut berterus terang, dan jgn berputus asa dan nyatakan pendirian. Aja-aja fighting!!!

*Misi saya dah terlaksana. Bagaimana misi anda? ^_~