Thursday, January 31, 2013

Muka Buku Dan Saya

Saya selalu jeles tengok status sahabat-sahabat saya. "bestnya, husband awak selalu balas post awak dalam fb. kalau awak cakap something, mesti dia ada borak sama kan...walaupun duk serumah.." -.- taip sambil jeles.

Satu hari saya tanya zauj.

"Abang..kenapa abg jarang online? Kalau online semata-mata nak download football manager 2013 tu. Pastu kalau on facebook pn sebab nak tgok group bola. Sayang tagged pn mmg bertuah kalau abg jawab...."

Pastu zauj starlet (jentik) jari telunjuk. Mengaduh sakit padahal tak sakit pun..

"Nak tau eh? Sebab...abg tak suka menghabiskan masa dengan baca pasal rungutan org, umpatan org. Bengang je, fb...salah je, fb...biasanya perempuan la..rimas pulak baca. Dari baca dan menyakitkan hati baik tak payah. Kenapa abg tak balas di fb? Sebab abg punya words very limited edition...hahahaha......."

Dia hirup air. Pastu sambung lagi.

"Yang indah semua dari isteri abg. Dan kata yang indah pun, tak layak untuk orang lain baca kecuali hanya utk pendengaran isteri abang. Takut nanti kalau abang asyik di fb sayang. Sayang tulis komen je, abg balas..orang ingat abg ni xde keje lain ke. Ke tak percaya pada isteri sendiri. Lagipun, sayang kan tengah luangkan masa dgn kawan-kawan. Tak fair la abg ganggu masa untuk kawan-kawan. Lagi pun, biarlah orang ingat abg ni kolot. Abg rela....prinsip abg senang, born as an educated by brain, not by glamorous. Biar abg jadi tulang belakang dalam tulisan sayang. Abg lebih senang tak terlalu bergantung pada fb....faham dh kan sekarang..."

Gullpp.....saya menelan air liur. Ye zauj. Saya faham. Saya ingat. mampu ke saya jadi macam kamu fb takde pun life must goes on. Eh..bolehla..setahun saya boleh buat kot? Haha...

Itulah perempuan kan...tibe² teringat masa walimah saya, zauj malu pakai baju pengantin hehehe....


 

Eh dah nikah? Part 2

*Tak suke jangan baca. Entri kalini memenuhi permintaan rakan-rakan yang tanya macammana saya boleh nikah dengan Mr. Momo aka Johari tu. Dan kenapa senyap je. Hehe =)

Ok, saya nak cerita selepas saya bertunang la kan. Sebab apa nak cite lepas tunang? Ala..tunang kali ni simple je. Tak macam dlu. Abah saya sampai buka khemah nak jamu orang makan. Majlis kalini mak & abah alhamdulillah dengar nasihat saya. Saya minta cuma mak, n abah, dan keluarga saya sahaja. Tanpa saudara mara lain. Atau sekampung yg datang. Saya taknak jadi buah mulut lagi. Akhirnya mereka akur. Alhamdulillah..semuanya simple. Saya beli kain satin kosong merah. Jahit baju kurung biasa. Beli tudung labuh awning, jahit veil sendiri yg kosnya RM25 dan mekap sendiri. (=

Bulan satu saya start belikan kasut untuk hantaran.

Bulan kedua telekung, al-quran dan sejadah =)

Bulan ketiga gadget.

Bulan keempat beli beg, jam, buku.

Bulan kelima jatuh sakit. Masa nak ambil ubat di KJMC, saya jatuh dan pengsan. Kena tahan wad. Zauj saya masa tu menangis tunggu saya. Saya tau pun dari nurse Hazwani. Sikit² nangislah tunang aku ni. cakap mcm tu dalam hati. Haha! Dia beli mee goreng, sebab saya tak lalu makan nasi yang ada ubat. Terok kan! Hari-hari kena masukkan tiub kat badan sebab susah bernafas. Bila dia tengok, mesti dia nangis. Hehehe...biar dia sedih tengok. Sok kalau dah takde, dia xlah nangis lagi. Dah bese tengok saya sakit. Dia kena biasakan diri. Sbb sya dah bgtau, dia kena tabah hadapi org yg sakit. =)

bulan keenam birthday saya. Dia belikan hp. Tapi tak boleh pakai. Tu utk hantaran katanya. Start booking pakej. Start discuss dengan company utk dapatkan tajaan sbb saya bercita-cita nak promosikan bas OKU rapidkl pada masyarakat melalui walimah saya. Hehe...dan permohonan diluluskan.

bulan ketujuh, mak saya dah start bagi kata putus. Dia tak mahu saya nikah pakai niqab. Sob..sob..saya akur sebab masa tu zauj pun sokong..masa tu saya rasa nak lari. Saya kecewa. tapi saya tak tunjuklah. Kenapa x boleh. zauj saya cakap, dia akan bagitahu selepas nikah. Sebab kalau saya tahu sekarang, dia takut saya tak faham. Saya sabar tunggu. ada lagi 5 bulan lagi...nak putus boleh je nie saya fikir..ughhh susahnya.

Saya dah 7 bulan hidup mcm hidup yg dulu, tanpa niqab. Rasa sedih je. tapi takpe. niqab tak wajib. pujuk hati kuat gile -.-

Bulan ke tujuh, saya beli kain baju utk perkahwinan. dan semua set hantaran saya dah start siapkan utk dua-dua belah pihak. ujian HIV. mashaallah...susahnya. padahal ujian ni senang je pn nak buat. bayangkan, kena tgu sebulan katanya? saya terus refer klinik panel, dia suh ambik di klinik saya buat checkup, lpas tu endorse pn klinik yg buatkan. ambik cuti sehari. tgu giliran pyalah lama kat klinik kjaan. pufffffggrrrr.... 0_o padahal rupanya nak sign tu x sampai 10 second???? pastu HIV form settle. ok. semua dah ready.

bulan ke lapan saya booked photographer, design, banting banner, photobooth, gift semua buat sendiri!!! Super woman la masa tu T_T

masuk bulan ke sembilan, saya jatuh sakit lagi. kali ni, saya kena tahan lagi lama. zauj jarang jaga, sebab dia ada latihan terbang masa tu. dugaannya. dalam saya dok wad, apply borang nikah. nasib zauj tlg bawakkan lappy ke wad sebelum tu. dah submit semua, saya keluar uruskan borang. beri pada zauj untuk pengesahan dari TUDM.

bulan sepuluh saya just check list utk pastikan semua dah settle. mmg dah settle. tau tak apa yang tak settle lagi? borang nikah...dengan kad kahwin!!!!!

terus drive ke melaka sbb cawangan di kl lembab. hanya kerana kad yang saya order RM0.19 sekeping dorg buat sambil lewa je. menangis-nangis ke melaka. saya ditemani mak dan zauj masa tu. mengamok-ngamok. ok, dia janji pada 1hb november, kad akan delivery. dia janji tau!! saya balik KL.

pada bulan kesebelas, saya tak puas hati. kad saya tak delivery lagi. mgu kedua,pegi melaka, rupanya kad tak send lagi. dah siap pon. ok..saya ada dua minggu je nak send kad. rushing balik n9 utk edar kad, then balik KL. then post kad guna poslaju je esoknya. ada satu lagi masalah masa tu. apa dia?? BORANG NIKAH TAK DAPAT KELULUSAN LAGI...arghhh 2 minggu je lagi nak nikah ni. kenapa...kenapa...kenapa!!!

saya menangis semahu-mahu. saya dah cakap, taknak kawen. taknak kawen dgn keputusan buru-buru!! saya dah cakap, tak mahu org utara dah. saya dah cakap, tak alim pun takpe....saya taknak kecewa lagi. haa..sampai macam tu sekali saya pya kecewa...

zauj tenangkan kami sekeluarga. abah sampai naik HQ kat mindef,kl. jumpa pegawai-pegawai besar. diharuknya semua pegawai agama tak buat keje. dah sebulan fail atas meja tak sentuh. celik gak la mata pegawai sana. nama zauj terus jadi femes dalam kem. keh keh keh. tinggal seminggu je lagi nak nikah. saya pengsan kat rumah, sbb borang tetap x dapat. dikhuatiri saya tak jadi nikah pada 24hb tu. ambulans datang rumah. MA sedarkan dengan benda apa tah yang renjat saya. sakit tahap gaban punya. masa tu bilik dah tak rupa bilik. saya baling semua barang hantaran. saya buang baju kahwin. waaa..hebat tak saya amok? pastu pengsan...apepun tak bley -.-

MA tu maki² saya. dia maki sebab saya taknak bangun. saya lawan supaya biar saya pengsan. dia mrah..suh lawan perasaan kecewa tu. yelah MA....awak tak duk tempat saya. stress tau. org dah tau saya nak kawen, tibe² x boleh kawen. ini memang keje gileee...

saya sampai kat ICU, yang saya nampak semua penuh lampu. dorg korek mata macam saya ni tak nampak. tepuk bahu rasa nak tercabut. yang saya perasan, saya pekak masa dorg panggil saya. haha...nasiblah doktor, aku nak tidor lama.......x larat nak nangis dah. melainkan ko boleh sain aku pya borang nikah...

saya sedar, saya dah duk wad biasa. 2 hari je kt sg buloh, pastu zauj kata borang lulus. 2 hari lagi nak nikah. rasa nak kena ketuk je kepala pegawai tu. dah buat report dengan Zahid Hamidi pya fb baru nak jalan keje!

tibalah bertemu kadhi. tok kadhi saya mmg best. baik giler. sbb ape? Abah pencen TUDM, zauj TUDM, tok kadhi? bekas TUDM satu skuad dengan abah saya. so apa jadi? straight gileeee tgok borang. sampai cakap dengan penuh detail. ok baik sangat pakcik kadi nie. saya ni sakit tau. silelah kesian T_T

akhirnya settle. malam tu nk jumpa kakak saya. nak buat inai. tengah buat inai, mak andam saya call. dia bengang saya tak pick up fon seminggu, dia nak batalkan semua. baju nikah, pelamin, pakej semua lah. menangis lagi. aku sakit kau buat cengginih. zauj lah yang tenangkan. ok then settle. sampailah hari nikah. punyalah susah nak kahwin wehhhh...apesal org suka sangat nak kahwin???? kalau nak suh ulang balik, mmg takmau....tapi pastu baru saya sedar. Allah nak tunjuk sesuatu yang saya tak nampak selama ni hikmahnya.

selepas je nikah, zauj suruh saya kuatkan hati pakai tudung labuh untuk ke pejabat. jangan takut dah. dia tak mau tgok saya pakai tudung awning lagi. saya takut. kalau kena benti keje camne? dia bgtau, cakap perintah suami. tapi zauj kata "u belum tanya lagi kan....insha'Allah boss u bagi." ok saya terima cadangan dia. malam tu majlis khatam quran. saya pernah cakap dengan dia. saya nak majlis khatam saya dikhatamkan oleh dia sendiri. dia setuju. so, malam tu saya pun dengar bacaan dia. pertama kali saya dengar......sampai bekas ustazah saya menangis sebak. doa khatam dan doa majlis juga disempurnakan oleh zauj. saya tahu dulu dia memang pelajar sekolah agama. tapi tak semua yg sekolah maahad tu bagus bacaannya. mak saya pun menangis. malam tu saya sedar, Allah dah pilihkan yang terbaik untuk saya. sebenarnya Allah bukan tak dengar doa saya dulu. Tapi, Dia sedang merencanakan yg terbaik. Ya Allah besarnya kekuasaan Allah swt. Masa nak balik saya bersalaman dgn kumpulan ustazah saya dan kumpulan marhaban, ustazah saya bisikkan "alhamdulillah, 12 tahun yang lalu, awak pernah bgtau saya, bolehkah saya nak suami saya khatamkan saya? saya jawab, kalau diizinkan Allah kan...saya sebak, bukan sahaja Allah izinkan. Tapi Allah tunjukkan pada saya, bukan semua askar itu buta agama kan....suami kamu baik, ustazah tahu, jagalah dia, jaga akhlak kamu, jadi isteri solehah." dia cium saya, airmata dia merembes ke pipi saya. Saya betul² menangis sama masa tu. Insha'Allah ustazah...insha'Allah.




keesokan harinya saya disandingkan dalam bas. hehe masuk paper metro,kosmo,malaysiakini,borneonews,utusan,bernama,tv3,astro awani. oklah, tercapai niat nak promosikan bas OKU tu...

maghrib tu, saya berjemaah. pertama kali saya rasa nikmat berjemaah sebagai suami isteri. tenangnya....selepas jemaah, zauj bagitau dia nak dengar bacaan saya semula. saya menurut perintah. banyak bacaan saya yg dia betulkan. selepas tu kami berhenti untuk solat isya'. begitulah rutin saya. maghrib bila dia ada dirumah, saya akan belajar membetulkan bacaan. zauj akan baca tafsir, dan menjelaskan maksud yg lebih difahami melalui tafsir. seminggu selepas bernikah, zauj panggil duduk sebelahnya. masa tu saya tengah kemas tempat tidur. zauj pegang tangan saya. "tahu tak kenapa abang tak benarkan berniqab?". saya geleng kepala. "sayang kecil hati ke?". saya angguk kepala. zauj genggam tangan lebih erat waktu ni. "sebab, abg taknak sayang memakainya tanpa ilmu. bagi abg masa betulkan bacaan sayang. betulkan pemahaman sayang. menitis airmata saya...baru saya tahu kenapa selama setahun ni zauj sangat-sangat ambil berat akan kesihatan saya. sangat-sangat ambil berat akan pelajaran agama saya. dia tahu, saya bukan macam dia. dari tahun 1 sampai menengah dia memang sekolah agama. saya bukan sekolah agama. tapi saya dalam aliran agama. "abang bersyukur sangat sebab sayang putus tunang,sebab dari dulu abg mmg dah berniat..nak bimbing sayang. sekarang sayang dah pun jadi isteri abg...abg tahu sayang kecewa sgt bila ramai org yg berpeluang pakai niqab, tpi dia sia-siakan peluang. isteri abg berusaha nak pakai niqab. ramai orang tentang niat dia..tapi abg bukan salah seorang dari mereka. abg nak sayang jaga dgn bermula dari ilmu." saya cium tangan zauj. saya tahu, Allah sedang tunjukkan jawapan yg saya tanya padaNya kenapa mereka menentang niqab saya. baru kini saya sedar. 

Saya pun tutup akaun fb saya. Dan saya tumpu pada fastabiqul khoirat kerana zauj mahu saya teruskan niat utk membantu sahabat-sahabat yang baru nak berniqab. Tapi dia mahu saya tekankan soal ilmu. Sebab itulah saya selalu tekankan kenapa ilmu tu sangat-sangat penting. Sebab itulah saya sangat-sangat tersentuh, bila ada sahabat yg menghukum suami saya tidak sesuai dengan saya kerana tidak berjubah, tidak berserban. Sedangkan saya lah orang yang patut malu dengan dia. Walaupun pakaian saya begini, ilmu saya sedikit sangat. 

Selepas nikah ni, saya lebih tenang. Betul lah kata kakak saya. "Sebelum nikah banyak dugaan, sebenarnya Allah nak beri bahagia selepas nikah...insha'Allah. Akak pn macam cda juga dulu...." Hati saya berbunga. tak kisahlah orang kata saya asyik cerita hal seronok kahwin. Saya tetap nak cerita mmg nikah itu seronok. Bukan sebab hubungan badan! Tapi kerana kita mencurahkan kasih sayang antara satu sama lain. Berkongsi banyak perkara. BetuL!

Cepatlah nikah ye...



Eh dah nikah?

Assalamualaikum sahabat² blogger saya (=

Saya dah nikah? Dahla..saya nikah pada 24hb November,2013 yang lepas. Hehe...

Saat Sah Bergelar Zauj Wa Zaujah

Saya bernikah dengan lelaki pilihan keluarga dan memang pilihan saya sendiri juga. Kami ta'aruf dah lama. 6 tahun lamanya. Masa tu zauj saya masih lagi study dalam bidang aerospace di Kolej Tentera Udara, Alor Setar. Terputus hubungan setahun kerana dia menumpukan karier, masa tu adik bongsunya nak masuk belajar di Mesir. Jadi sebagai anak sulung, dia melupakan hasrat untuk bernikah. Apatah lagi adik perempuannya juga mahu melanjutkan pelajaran ke UUM. Dia memang harapan keluarga masa tu. Dia lupakan hasrat nak masuk UiTM Shah Alam dlm bidang yang paling dia minat, sains sukan. Sedih juga lah masa tu. Yelah, kita berkawan dah lama. Tapi masing² kena lupakan hasrat. Saya balik KL (masa tu baru start study di KUIN. Tapi tak lama. Tak sanggup nak hadapi tak jadi kawen (kononla kau kan!). Dari titik tolak inilah saya mulakan hidup baru. Saya belajar dari pengalaman lalu.

Kami bawa haluan masing-masing. Dia dan kariernya. Saya dengan penghijrahan saya. Tapi kami masih berhubung melalui myspace (zaman tu mspace top kate kau!). Dia masih ambil tahu perkembangan aktiviti saya. Apa yang jadi pada saya. Tapi saya, mati² x mahu ambik tahu dah hal mamat ni (poyo abes). Saya tekad, nak jadi muslimah yang baru!! Masa tulah sampainya perkara² teman baik saya pregnant luar nikah. Jatuh sakit dan mimpi yang bukan². Dan akhirnya saya berniat berniqab. 

Zauj saya start putus asa dengan hubungan kami semasa saya bertunang dengan org lain. Yelah, masa tu konon-konon saya terima siapa yang sudi terima saya. Langsung tak fikir keputusan ni tepat ke tak. Langsung tak tanya mak atau abah, abg long atau abg ngah. Memberontak! Yang penting lelaki tu suka aku pakai niqab! Tak halang aku pakai niqab! Haaa.....akhirnya, saya terkandas. Sebab saya tak fikir panjang. Dulu nasihat orang, jangan sayang sangat org. Nanti jatuh susah nak bangun. Allah nak tunjuk, bagi kat saya kesedihan yang amat sangat. Haaa...amek kau...!! Satu hari, saya lap tangisan saya sambil terfikir. "Allah tak pernah mungkir janji. Allah juga janjikan wanita baik itu, untuk lelaki baik. Mungkinkah aku tidak baik? Atau dia tidak layak untuk aku? Tapi kenapa aku mempersoalkan apa yang Allah tetapkan untuk aku? Sedangkan aku percaya, Allah sudah aturkan semuanya yg paling terbaik untuk hambaNya yang tidak berputus asa?" Selepas detik itu, saya bangkit sendiri. Saya tinggalkan sedih untuk lelaki jauh-jauh. Apetah lagi sahabat-sahabat saya macam tali yang kuat! Mereka menggenggam erat semangat untuk saya. 

Tapi...selepas itu, saya hilang dari dunia maya ni. Kemana saya pergi? Oh..tak kemana pun. Saya buat kerja harian. Saya kembangkan bisnes. Alhamdulillah sekarang saya ada kilang di Bukit Rambai, Melaka. Tak seronok pun jadi Pengarah Eksekutif. Jadi saya biarkan abg long uruskan syarikat, ayah saya memantau disana. Saya disini? Masih pekerja di syarikat swasta yang warganya tak tahu saya pemilik Ronas Niaga Enterprise Sdn Bhd. Disebabkan saya ada banyak benda nak buat, saya buka satu butik pengantin muslimah disini. Sebab saya berasa amat payah nak jumpa butik yang betul² muslimah di KL ni mengendalikan butik pengantin muslimah yang berpurdah!! 

Satu hari, semasa saya balik dari kerja. Masa tu saya dari Dang Wangi Station. Saya ada urusan dengan sahabat saya dari rail operation disana. Saya singgah di HR Steak House, Kg Baru. Tersangatlah lapar. Bekerja memang saya tak berniqab. Masa tu pula urusan mengendalikan pas-pas khas. Jadi, saya tak bolehla berniqab. Jadi saya makanlah di kedai steak tu sbb suasananya agak suram. Jadi takdelah orang perasan saya kan (konon sgt!!). Masa saya tengah tunggu order, saya pandang meja hadapan saya. Orang yang meja hadapan tu pun pandang saya serentak (macam cinta pandang pertama la kononnya). Saya tergamam. Orang tu membulatkan mata. Mashaallah...lamanya saya tak nampak wajah tu...Apa ujian lagi yang Allah nak beri ni..

Lelaki tu terus duduk depan saya. "Ida kan......??" errrrr........saya gugup. "Johari? Abg Joe????" Lelaki tu mengangguk. Ya Allah...keciknya dunia. Dalam banyak² tempat. Bleh plak jumpa mamat ni kat sini. Ughh tekanan!!

Borak punya borak haritu. Saya perasan, dia masih Joe yang saya kenal dlu. Tiba-tiba dia cakap "Ida, kita nikah nak...?" Ya Allah. Bercampur baur dalam otak n hati masa tu. Gile ke? Aku baru jumpa kau lepas kau kecewakan aku, tiba² ajak kahwin? Setahun lalu kau buat ape, sampai kau nak carik aku? Getus hati. Memang saya rasa macam², nak marah pun ada. Saya tinggalkan no fon. Sebab saya dah nak balik. Lepas dari tu kami cuma berurusan melalui sms. Sebab, walaupun ada facebook, dia ni manusia paling payah nak on fb. Tak tahulah. Tertinggal zaman ke, atau zaman tak suke dgn dia. Sampai ke harini plak tu perangai dia nie.

Saya ingat lagi, masa tu 1st May 2011 saya jumpa dia. Dah la penat keje masa public holiday. Ada orang bergurau plak. Saya cuma bgtau dia, saya nak dia fikir masak-masak dan beri sebab kenapa nak kahwin dengan saya. Lama....bulan 10 baru dia bagitahu. "Abang dah jumpa bakal isteri yang akan menjaga sihat dan sakit abang, susah dan senang abang, bakal kepada menantu mak dan abah abg, bakal kakak sulong kepada adik² abg, wanita yang terbaik utk keluarga abg,bakal ibu kepada bakal anak-anak abg nanti...." Gile kau tak cairrrrrr......? Mau aku terjun bangunan kalau tak lemah dengan pujukan ni dari sms. Lepas tu dia terus senyap. Saya pun senyap. Dia sms balik pada hjg oktober, suruh siapkan brg² hantaran tunang. Sebab rombongan dia akan datang pada 11 disember 2011. Rupanya dia dah call mak saya lebih dulu. Dan jumpa mak n abah untuk meminang saya. Melimpah-limpah airmata. Apa keputusan yang saya nak buat ni? Setahun yang lalu saya baru putus tunang....sekarang, saya nak jalin kasih lain pula? Betul ke takkan kecewa lagi?? Buntu sangat masa tu........

Nasihat teman-teman saya, keluarga saya, malah selepas saya istikharah, apa sahaja saya nampak Johari. Saya buka tv, drama nya nama Johari. Saya baca novel, namanya ada Johari juga. Sampaikan saya mengemas bilik, gambar-gambar Johari yang saya simpan bersama copy-copy email dia dlu boleh terkeluar dari kotak. Setahun saya cari tak jumpa. Haritu boleh jumpa? Saya tak percaya lagi masa tu, itulah petunjuk istikharah buat saya. Sampailah bila hati saya terdetik, apa Johari buat sekarang? SMS dia akan keluar "Abang singgah rumah, hantar buah." Ek eleh dia nie...aku kat pejabat la..mencebik baca sms dia. Bawakkan kek la, lauk lah, rojak la, ikan bakar la....Tapi semua bagi kat mak. Sampai rasa macam ape² tah. Sampailah masa saya jatuh sakit dan dikejarkan ke wad. Saya tak sedarkan diri masa tu. Mak cakap, Johari jaga saya. Dia panggil nurse bila tangan saya gerak-gerak. Saya menangis masa tu. Dia sanggup tinggalkan kerja, sedangkan kerja dia kalau ditinggalkan dia kena hukuman. Semata untuk jaga saya. Mak dan abah berganti-ganti dengan dia. Sebab sorang je blh masuk. Masa tulah pintu hati saya terbuka untuk menerima dia. Selepas tu, saya dikhitbahkan. Saya mengaku sebelum ni ada satu lagi fb. Tapi fb tu pvt fb. Saya buat untuk rakan sekerja dan yang betul-betul saya kenal je. A few sahabat saya di fk mula buat spekulasi kata saya bercinta, saya keluar berdua-duaan. Sedangkan orang tak tahu cerita sebenar saya. Saya tak pernah keluar berdua. Kami keluar akan ada haikal dan naim, anak buah lelaki saya yang dah cukup sifat dan akil baligh. Kalau mereka takde, saya akan keluar dgn adik sepupu saya, Aida Mazlan. Kalau 3-3 ni takde, saya akan keluar sekali dgn Syaqilah Aqilah, kawan sekerja saya. Atau, Marz Lieyna atau Rienna Akhtar. Boleh terfikir tak macam mana seorang photographer suka nak ambik gambar sendiri? Jarang sangatlah photographer suka pegang kamera ambik gambar sndr. Biasanya ada assistant kan!. Itulah kisah sebenarnya. Tapi saya tak kecil hati pun org fitnah saya. Sebab saya memang dah lama sepikan diri dari blogging, fb dan twitter masa tu. Mungkin orang salah faham kan.

Masa pun berlalu pantas....

Lalu saya dinikahkan. 

Nanti la sambung part 2. Panjang sangat cerita dongeng nie. Heuheuheu...

Thursday, January 17, 2013

Doodle Muddle...



Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger saya sekelian.
Blog nie masih under construction tau.
Jadi banyakla perubahan² layout yang masih meong dalam kepala saya.

Tapi harini saya taknak cerita pasal niqab atau tudung labuh punya isu. (siapalah saya. nk cakap hal tu pn tak layak. siap ada yg buat entri kata saya ni hentam niqabis..T_T)
terus-terang kata, saya tak penah nak hentam niqabis. saya nasihat kerana saya sayang sangat².
ingat senang ke nak istiqomah kain seperca tu kt muka?
saya sendiri tak kuat woo..T_T
tapi takpelah. orang lain tak tau betapa saya sangat² sayang org yg pakai niqab. 
saya tak suka imej tu diperlekehkan hya kerana org² yg tak suka nak belajar dari kesilapan.
bukan saya tegur untuk jatuhkan semangat.
tapi pada saya, kalau tak kuat lagi..silalah off facebook,twitter. anda hanya mengurangkan tempoh pembelajaran.
saya bercakap atas dasar pengalaman.
betul!
sahabat² yg rapat di facebook, berapa lama tak nampak saya di fastabiqul khoirat
saya sendiri eksperimen kepada diri.
saya rapatkan diri dengan org² yg pandang rendah pada niqabis.
saya pya life masa tu sampai dicemuh oleh masyarakat yang kata saya ni sekejap itu, sekejap begini.
ada juga yang mana dekat dengan rumah saya,
sampai pelik kenapa saya berkawan dengan orang² yang jauh dari pakaian saya.
saya tak malu katakan saya berkawan dengan pondan jurumekap artis, model-model yang hanya berbikini dihadapan studio dan photographer, model-model yang dilabel 'muslimah'. 
seriously saya tak malu untuk jujur pada sahabat² blog saya.

kenapa?



ok..saya nak tanya, ada tak sahabat² niqabis kalau nampak orang pakai skirt pendek, baju spaghetti tank top berjalan sebelah sahabat²? macam mana nak tegur sahabat kita nie????
saya ada sorg sahabat yg dari seorang model, dia kini sudah berjubah, bertudung labuh, malah berniqab!
saya bukan kata saya yg ubah dia...tak. cite belom habis lagi.
dia berubah kerana dia melihat facebook fastabiqul khoirat. sebab laman facebook beliau bila dibuka, totally cerita pasal event, pertandingan catwalk situ,sini,sana. saya minta dia balaskan pvt msg customer² saya untuk date reservation. dua hari dia buat kerja tu dia jadi seronok.
beliau dari menelaah fb sampai buka google baca sirah nabi saw dan saidatina aisyah r.a. mashaallah sahabat. siapa yg gerakkan hati tu? bukan saya...Allah swt. dia sendiri yg nak mendalaminya.
saya cuma usulkan blog² sahabat baik saya.

banyak lagi kisah 'kehilangan' saya. saya biarkan org mencemuh, sekurang-kurangnya saya dapat bawa balik sahabat yg hanyut. saya tak buat ape. saya cuma buat perkara yg hari-hari saya buat. saya solat dgn kain tudung saya tanpa telekung. lebih gemar membahasakan diri saya daripada aku kepada rakan-rakan saya. 'aku' ni yg betul² rapat dgn saya. yg tido sebantal,makan sepinggan,mandi sebilik hehe (norhayaton..rindunya nak tdo gan mung (= hehe)

cukuplah kisah tu. saya tak kesah pun ape orang cakap. yg penting apa yg saya sampai dah terbuku dlm blog ni (=

enoughhh!!



okey!

bawah ni saya nak share hasil karya doodle saya. kalau ada yang nak, request kat saya melalui norsahida@prasarana.com.my okay hehehe (=

sekian



Wednesday, January 16, 2013

Pengantin Tak Berapa Nak Baru Punya Cerita...

"Kak Cda. Nak tengok gambar kahwin. Tengok kat cover photo fb je..nak tengok yang penuh"
"Mana gambar kahwin. Bagilah tengok...dekut.."

Antara bait-bait 'puitis' dari sahabat-sahabat saya di facebook. Hehe..bukan takmau bagi tengok gambar kahwin. Cuma saya ni memang peMalas upload gambar. Nak upload pun Malas. Apelagi nak tunggu 'dia' loading. Kesudahannya Dah sebulan nikah pun masih takde hati nak tunjuk kat orang gambar kahwin yang original copy. Semua yang di beri hanyalah hasil snap dari videocamera masa ditayangkan kat side photobooth majlis dulu. Hehe.....

Yang paling lucu, rakan-rakan sepejabat sampai merajuk tak dapat tengok album. Yelah, seorang photographer tak siapkan album kahwin. Muehehe...kelakar tak? Tak kelakar jangan sengih. HEHE...

Cerita yang saya nak kongsi ni berkait rapat masa berbual fasal album kahwin selepas Dhuha di surau pejabat. Jom ikuti kisahnya....

Kak Marziah : "Laaa....awak ke Shira (panggilan di dalam syarikat, sbb dlm satu jabatan dah ada dua nick cda). Akak ingatkan siapa...."

Iliya : "Bila la aku nak pakai macam hang ni kan. Weyh mana album kahwin. Hang ni kedekut sungguhla. Hang kemut sangat awat. Hang jgn habaq kat aku yg hang tak siapkan lagi album hang tu."

Saya senyum je sambil menabur bedak Johnson & Johnson di wajah. 

Iliya : "hah...senyum tu betoila tuuuu.....biaq betoi hang nie. Teghokkkk....awat hang pakai tudung cam ni la nie. Bukan aku tak besa lah tgok hang pakai tudung besaq. Tapi besa hang kan pakai shawl labuh. Tak pun tudung syria yang labuh tu...awat..hang dah tak pakai ka macam tu??"

Cda : "Bukan x pakai dah. Aku pakai..tapi yang tu cuma aku pakai kat rumah. Mcm kalau adik ipar lelaki aku, pakcik-pakcik suami aku ada dirumah ke...nak gosok tudung kashibo mmg serius tak sempat. Jadi tudung2 tu sarung je. Senang nak capai. Nak masak ke, sapu rumah ke depan dorg, x jadi masalah..."

Iliya : "Laki hang marah kaa hang pakai macam tu kat luaq. Macam pi opis?"

Cda : "Takla..masa kitorang kemas-kemas baju untuk masuk kebilik baru. Dia yg asingkan tudung-tudung aku. Mana yang dia tak berkenan, dia asingkan. Pastu Memang 95% tudung aku semua diasingkan hehehehe...pashmina non-transparent je yang tak terasing sbb labuh gila. Aku tanya kenapa. Dia bagitau...tudung-tudung tu labuh. Tapi 'melekat'. Tergelak aku hang tau..selama ni kan aku pi keja pakai blazer. Jadi aku tak amik pedulikla...sebab aku kan tak boleh pakai tudung labuh dulu..."

Iliya : "Huii x buleh pakai kaaaa..? Aku baru jaa nak niat pakai tudung lama aku..."

Cda : "Pakai je...kalau kau jenis fighter la haha...."

Iliya : "Abehh..tudung labuh ni hat tudung labuh lama hang la??"

Cda : "Tak jugakk...ada yg zauj aku belikan. Ada yang kawan-kawan aku buatkan. Kalau aku keluar still pakai TL. Takde masalah. Cuma di pejabat je dlu. Skang aku dah jarang buat marketing so kelebihan utk pakai TL adalah lebih byak. Hehe...."

Kak Marziah : "Ada yang lebih utama...yang Shira tak sebutkan lagi pasal ape awak pakai TL kan?"

Cda : "Ehh..ape lagi nye kak...?"

Kak Marziah : "Kalau Iliya nak tau....Puan Shira kita nie sayang sangat-sangat zauj dia. Itu tandanya dia sayang sangat-sangat, sebab dia labuhkan lagi tudung labuh dia tahun 2013 ni. Sebelum ni kan kita nampak TL dia hanya paras pinggul. Ni dah sampai bawah pinggul..."

Kami ketawa sama-sama. Malu sampai merah-merah muka.

Cda : "Sampai orang cakap telekung berjalan la kan Kak Marziah..haha"

*******************************************************************************

fastabiqul khoirat + raudhatus sakinah + toiyibbah zafirah + jie nazirah + qalam mardhatillah


Saya masih tersenyum teringat kata-kata Kak Marziah pada borak-borak kosong lepas. Bukan tersenyum ape...saya tersenyum kerana ramai sahabat-sahabat saya juga yang terlalu sayangkan abah mereka, suami mereka, abang-abang mereka, adik lelaki mereka....wahhhh hebatnya sahabat-sahabat saya :)

Tuesday, January 15, 2013

Cabaran Menentang Nafsu

Sahara - Astro Prima - Drama Melayu - Pakai Niqob - Pakai Sarung Lengan - Cukur Kening

Kenapalah cerita ni yang mak buka....tolonglah makkk....org dah sebu kat ruang tamu ni. Dok menahan hati dari memaki hamun pelakon² tu. arghhh.....

Siapa ada tengok cite Sahara ni? Terus-terang saya nak bagitau. Tips-tips menonton cite ni. Pegi dekat remote control. Tekan button off kat remote astro tu. Pastu tutup plag dan tidor...zzz..

Sahabat-sahabat perasan tak siapa jadi pengarahnya? Ok belakanganya ada nick Dinesh. Indian - non muslim. No wonder la kan ada bab-bab "i love u...aku cinta padamu..." Huwaaaaa...sedihnya cerita mcm ni dibuat untuk tanda sebagai Islamik sangat.

kenapa..kenapa..kenapa. Sambil menghentakkan kepala kat skrin monitor. Heuheuheu....

Akhir sekali. Majulah drama melayu utk Niqabis. Pakai niqab pun sampai nak terlondeh dari batang hidung. Huaaaa..macam mana ni...padanlah org banyak tulis kat forum-forum, org pakai niqab ni kebanyakannya dah terlanjur, tunjuk bagus, tak baik pun bla bla bla...Macam mana nak suh pengarah ni stop buat cite-cite merepek camni ekk? Tettt............... T_T


Monday, January 14, 2013

Harta Tak Bawa Ke Liang Lahad.

Nak ketawa kecik boleh tak.....?
 
Hehe....Saya ni semenjak dah mendirikan rumahtangga, lebih gemar pergi kerja, pergi kelas, pergi pasar, jalan-jalan, pegi taman berjogging, bersukan atau ape sahaja naik motor. Motifnya malas nak bawak kereta. Tambah pula kalau weekend, takde keje kat site...kereta triton tu parking jelah kat rumah. Kalau ada nk hantar barang² ke port klang baru abah akan guna. Kalau tak saya biarkan tersadai kt parking rumah. Saga BLM pula saya bawak nk keluar KL aje. Takkan nak naik motor pula T_T
 
Nak dijadikan cerita. Masa meredah jammed nak ke tempat kerja di pasar seni, adalah satu kereta ni. rexxton kata kaww....bukak tingkap. Si perempuan sedang mengeringkan rambut. Dengan perlahannya (*sarcasm) dia cakap sambil kirai rambut dia...
 
"U see....Dah pakai jubah, dalam ada kain hitam, dalam tu seluar hitam pulak. U see tangan dia, ada sarung putih. U see siap stoking tebal....Tudung mak aih..labuhnya. sampai siap blh duduk atas tudung tuuu...Tak panas ke??".
 
"Hahahahahahaa......ostad dgn ostazah.."

Zauj saya usha jea....Usha macam seorang penolong PK Hem pandang student hehe...

Terus saya pujuk zauj. "Apa guna harta berkoyan abang...kalau tak sayang isteri. Biarkan tubuhnya dibogelkan."

"Apa nak dikecilkan hati ni. Esok lusa mengadap Illahi, naik kenderaan yang diusung aje pun. Itu pun title dah berubah. Takde lagi IR,DR.,Dato',Tan Sri. Yang tinggal.....selamat datang wahai jenazah".
 
 

Kami tersenyum dan menghirup udara seawal jam 7.00pagi #sejukkatanyapagi-paginie *sarcasm

Diet? Islam lama dah amalkan.....

Saya berasa nak hapdet. Nak jugak hapdet bab kurus murus ni. Hehe...bukan sebab saya rasa saya dah kurus? Bukan sebab saya nak kurus? Bukan sebab saya ghairah nak tunjuk kat org saya dah kurus? Atau mahu kurus. Semua pun bukan. Saya selesa menjadi diri sendiri. Tak perlu promote ape² produk kurus pada saya. Saya tak teringin nak menjamahnya. Bukan saya tak pernah makan ubat kurus. pernah je. Tapi bila zauj dah tegur saya......Saya tergamam dan saya berasa inilah pesanan berapi dan pedas paling saya tak percaya keluar dari mulut seorang lelaki.

"Kenapa nak kurus?"
"Errr....nak cantik?"
"Dah cantik. Nak cntik macam mana lagi?"
"Cantik? Ish..gemokla abang...."
"Kita menikah bukan sebab sayang kurus, bukan sebab sayang hot."
"Tapi...tak menariklah gemok."
"Kalau betul nak kurus, perlu ke nak makan ubat kurus, diet supplementary dan segala 'jamu' yang tak tahu kebenaran khasiatnya? Kan ada cara Islam yang lebih praktikal? Kenapa orang perempuan susah sangat nak ikut cara Islam. Islam dah ada dulu dah supplement-supplement kurus ni. Tinggal lagi nak buat dgn tak aje."
"Hah..yeke bang? Err...tak pernah dengar punnnnnn??? Ubat sumber dari habbatus sauda ke?"
"Lagi bagus sebelum habbatus sauda. mmg Hsauda tu bagus. Tapi yang ni lagi bagus....Cepat Kurus dan banyak pahala!!" 
"Wowww...nak bang..beli lah...beli lah...berapa harganya!"
"Tak payah bayar...free aje...."
"Baiknya hati zauj aye nie.....bila nak pegi beli?"
"Takyah pegi..hari ni Ahad kan? Ok esok Isnin...Sila Puasa Sunat."

T_T Terdiam saya kat tepi meja solek.........TEPAT,PADU,SETEPEK kena kat muka saya.

Allah,Allah,Allah...........jauhnya saya tinggalkan ajaran Islam. Bila lama² saya bertanya dan zauj menjawab soalan² saya. Baru saya sedar..........

Sedang kami membaca surat khabar diruang halaman....

"Dah baca paper harini?"
"Belum....tengah korek pasu. Dah berlalang pasu ni haaa....Kenapa bang? Cube cerita.."
"Dari cantik dah jadi hodoh...."
"Haaa...apa yg hodoh? Bak paper tu. Org kena simbah asid ke?"

Saya ambil surat khabar yang dihulur zauj..Saya amati. Takde pulak kisah org cacat kena simbah asid ke. Jatuh bangunan ke. Yang ada iklan ubat kurus. IKLAN UBAT KURUS???

"Nampak?"
Saya gelengkan kepala..
"Sebelum kurus, cantik je pakai tutup aurat. Walaupun gemok. Tapi Allah bagi Nur pada wajah. Cuba lihat lepas kurus? Dah macam sarung nangka kena balut. Tunggu nak pecah je lagi."
Melopong mulut saya......
"Tengok pula yg sebelah tu. Syg sendiri bgtau abang, kawan² seni solekan dulu selalu pegi make-up model yang nak masuk iklan majalah-paper. Produk kecantikan. Tapi pakai produk MAC, kryolan, bla bla bla.....memanglah jerawat tu bersih licin. Dah kena tampal kat bedak tebal 18 inci tu..Mana cantiknya? Mana aslinya? Seronok pulak org tgok kite dah kurus....heuheuheu..."
Telan air liur saya, sambung korek pasu....huaaaaaaaaaaaa.....terkena lagi.

Baru kini saya faham. Kenapa semasa dalam proses khitbah dlu, zauj saya diam je bila saya kata tak makan. Tapi bila saya kata makan acaiberry, dia call mak suruh mak buang produk² tu. Dia bagitahu mak, berapa banyak pun harga produk yg saya beli dia sanggup bayar gantirugi. Dulu saya marah. Saya ingat dia bukan calon sesuai untuk jadi zauj. Rupanya dia bentuk saya dari awal untuk saya buat yang dah tersedia. 

So Muslimah-Muslimahku Sayang........Perlu ke nak cakap kat org, "kurus tak saya?" atau "saya nak kurus. sebab saya nak bakal imam saya terpesona dgn saya." Pada saya, lelaki yang benar-benar gentleman tak loghat sangatla sampai nak yg perfect. Sebab kalau dari awal kamu blh rasa dia demand. Dont worry...banyak lagi lelaki ok :)

Daaa......

Sharing Is Caring :)

"Kak Cda, boleh tak adik nak share artikel dalam blog akak?"

"Syukran, mohon copy paste di Facebook ana ya?"

Acapkali saya terima mesej² ini di facebook, di blog, di twitter dan private message saya. Terus-terang saya katakan, saya tiada masalah untuk menerima perkongsian dari sesiapa pun. Bahkan saya pernah mengarang sebuah puisi mengenai Jikalau Kau Mahu Berniqab. Hasilnya karya itu tersebar mewangi di blog-blog baik para sahabat, ikhwan wa akhowat dan siapa sahaja yang merasakan kata-kata itu menepati piawaian hati masing². 

Saya tidaklah berasa terancam dengan sharing sahabat² muslimahku sayang. Sekiranya tulisan saya memberi manfaat dan impak dalam hidup kalian, bukankah itu satu petanda yang baik untuk menyemai rasa kasih sayang kita semua?

Sahabat ikhwan saya, sayap timur selalu berpesan : "Kadangkala, teguran Allah itu datangnya dari Teman-Teman. Terimalah ia..". Memang saya akui. Kadangkala, saya juga terpukul dengan teguran sahabat². Makanya, jangan segan..jangan malu. Kalau nak share, silakan. Tidak ada had untuk sharing. Kerana saya tidak dididik untuk kedekut ilmu. Bahkan, sesiapa yang sudi untuk share ilmu dengan saya, amatlah saya hargai. Sejujurnya, ambillah...saya tidak berasa kecil hati ataupun berasa tercuri atau dicuri karya. bahkan saya berasa terharu kerana ada yang sudi membaca dan menerima nasihat saya.



Sekian Muslimah-Muslimahku Sayang.

Assalamualaikum...

Sunday, January 13, 2013

Gadis berniqab alahai gadis berniqab...

Dah lama tak on fb Fastabiqul Khoirat. Jadi dah lama lah tak ambil perkembangan tentang gadis-gadis berniqab. Sahabat-sahabat niqabis saya pun dah ramai menikah. Jadi makin sepi kami dari memantau.

Bila saja saya dah mula aktif dalam blogging dan fb, nah...banyaklah ayat yang timbul.

Antaranya :

"Kau tak payah nak tunjuk terra sangat dgn bangga couple. Mak ayah bagi duit gi belajar, tapi sibok nak bercinta. So stupid!".

"Ana tak gemarlah lihat lelaki indonesia mesej inbox ana....itu ini. Tolong ambil perhatian, ana ni orang Malaysia. Dan ana tak minat nak berkawan dengan lelaki."

"Dimanakah kamu wahai bakal imamku. Aku setia menanti untuk menjadi pemilik tulang rusukmu...bla bla bla..."

Dan banyak lagi.......

Allah...Allah...Allah wahai Muslimah-Muslimahku Sayang...rasa nak menitik airmata membacanya. Rasa macam kena tampar berulang-ulang kali bila membacanya di facebook keluar di halaman utama. Saya nak ungkapkan rasa ini, tapi saya mohon maaf berulang kali saya tahu saya tidak layak menegurnya. Tapi, MALULAH PADA DIRI SENDIRI......

1. Seorang niqabis stupid kan org di facebook, wajarkah? Inikah bahasa paling sopan? Inikah tegur paling berhemah? Janganlah niqabis....takkan ini pun nak kena ajar....bukan ke awak ni masyarakat anggap buku bergerak? Allah...Allah...Allah.....

2. Macammana niqabis boleh kata tak gemar....sedangkan kalau tak di add, mana datangnya lelaki-lelaki ini??? Kalau tak diprivate inbox tu, mana datangnya mesej-mesej ini. Ini baru betul stupid....stupidkan diri dihadapan ajnabi, saudara mara, sahabat handai, rakan fb....

3. Come onlah...bakal imam kamu tengah sedap main game PES 2012. Perlu ke nak cerita kat fb? Minta maaf saya nak tegur ni, zauj saya sendiri dengan rasa malu beritahu saya dia berasa zaman ni gadis niqabis macam muka tak tahu malu. Gatal miang sangat nak bersuami. Sampaikan takde rasa malu segan silu nak bercerita kat org bahawa kamu gadis berniqab dah sangat-sangat nak bersuami tapi takde yang berani nak pinang. TOLONG KAWAL NAFSU. TOLONG MALU DENGAN KAIN YG TUTUP MUKA KAMU....

Psstt..ada tambahan. Saya lihat dah ramai niqabis yang baru berniqab dengan tanpa segan silu memegang tangan abg angkat/bf/tunang dan bergambar malah berbangga menayang gambar tu. Ada pula siap bersayang abg cinta mati tak sanggup hidup mati tercekik buah durian kalau takde kamooo....saya baca rasa nak muntah hijau. Kalau dah macam tu, dengan segala hormatnya dipersilakan tanggal niqab. Anda belum istiqomah memakainya. Sekian.


Mengapa Bertudung Labuh?

Labuhnya tudungku bukan untuk pujian,
Labuhnya tudungku bukan untuk menukar title kepada ustazah,
Labuhnya tudungku bukan kerana paksaan.....



Adakah ini yang muslimah-muslimahku sayang selalu perkatakan? Kalau benar, syukur Alhamdulillah. Saya bangga ada sahabat seperti muslimah-muslimahku sayang.

Entri kali ini saya nak berkongsi selembar cerita yang biasa-biasa sahaja. Tidaklah se-gah blogger-blogger yang top hingga masuk surat khabar dan jadi model-model ngetop tu. Cukup sekadar saya isi ruang-ruang ilmu kita bersama.

Tudung Labuh. Lagi-lagi tudung labuh. Saya akan tetap berkongsi sehingga muslimah-muslimahku sayang naik bosan. Biarlah bosan dan muak. Asalkan apa yang saya nak sampaikan dah bernanah dimata muslimah-muslimahku sayang. Ceritanya begini.....

Satu pagi yang tenang di waktu dhuha dalam surau pejabat saya.....

Staff praktikal 1 : "Kakak memang ke tempat kerja pakai tudung labuh ye?"
Cda : "Insha'Allah yea.."
Staff praktikal 1 : "Takpe ke pakai tudung labuh kat sini?"
Cda : "Hehe..kenapa pula mcm tu bunyi soalannya?"
Staff praktikal 1 : "Takdelah...sini kan moden. Banyak org yg pakai ikut fesyen. Takkan dorg x pandang pelik?"
Cda : "Dah biasa dah....sejak 3 tahun lepas. hehe...."
Staff praktikal 1 : "Kalau mcm tu, bolehlah saya mohon terus berkhidmat dekat sini lepas praktikal nanti. Ada kawan nak bertudung labuh."
Cda : "Siapa nama adik?"
Staff praktikal 1 : "Minah" (bukan nama sebenar).
Cda : "Minah....nnt pohonlah kerja disini. Ada dua perkara sebelum pohon utk disemai dalam diri.."
Staff praktikal 1 : "Apa dia kak?"
Cda : "Pertama.....kalau nak bekerja, niatlah sesungguhnya adik bekerja kerana Allah swt. Kerana rezeki datangnya dari Dia. Yang kedua, keluar hendaklah menutup aurat. Tutuplah aurat itu kerana Allah swt bukan ikut-ikutan. Kerana yang ikut-ikutan itu dipanggil trend..bila tiada lagi org ikutan, kita akan tinggalkan apa yang kita ikut. Tapi kalau kita yg ikut al-Quran, insha'Allah al-Quran tak akan luput sampai bila-bila."

Minah tersenyum mengangguk. Saya pun meninggalkan 'Minah' yang masih melipat telekungnya.

Di suatu petang sewaktu Asar bakal meninggalkan waktu lagi 2 jam.

Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Wehh..sah ke solat pakai mcm tu je?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Entahla...dah mcm ostazah aku tengokkan..."
Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Pelik lah saya tgok kak....dia ni je yg selalu solat mcm ni?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Tunjuk alim la teww".

*Saya mendengar 'pujian' ini ketika saya sedang membetulkan sejadah dan belum lgi melafaz niat asar....Lalu saya tersenyum dan meneruskan solat walaupun suasana surau agak hingar*

Usai solat...

Cda : "Assalamualaikum...saya minta maaf sangat, tapi nak tegur sikit boleh? Saya harap sangat-sangat tak tersinggung."
Staff praktikal 2 : "Apesal??" (sambil dahi berkerut)
Cda : "Kalau boleh....lepas ni nak berbual, berbual la ditempat meja sendiri ye. Kasihan kawan-kawan, susah nak khusyuk bila dgr org berbual. Silap-silap bacaan pn tunggang langgang...Ini surau.."
Staff lama : "Yelahh...bukannya ckap ape pn...nko tu, cube bawak bertobat sikit. Solat pakailah telekung. Ikut sangat Amerika tu. Dorg tu ppuan pon boleh jadi imam lelaki. Berlambak telekung kt sangkut tu haa..pilih aje..Takyah nak tunjuk sangatla nko tu alim..."
Cda : "Maaf ye kak, adik...saya mmg ada telekung sendiri. Tapi saya hanya pakai dirumah. Kat luar memang saya pakai mcm ni. Tak perlu susah-susah nak lipat, nak bawa beg. Saya pun x perlu bawak beg make-up. Nak touch up itu ini. Cukup pakaian yang suami saya beli ni sebagai kain solat saya. Sebab syarat sah solat bukan telekung...tapi MENUTUP AURAT. saya minta maaf kalau saya tegur tadi tersinggung. Tapi tak elok. sebab kalau kita dalam masjid, buat hingar dan berbual perkara lagha...dah lama Nabi SAW atau para sahabat halau kita. Sebab masjid bukan pasar..samalah surau. Tempat beribadat...maaf ye."

Saya pun meninggalkan mereka yg sedang tacap menacap itu.

Mungkin silap saya menegur, tapi kalau saya tak tegur, hati saya akan memberontak kenapa saya tak menegur. Tapi inilah senario sebenar kita dekat mana-mana.

1. nak pakai tudung labuh, tapi tunggu ada org pakai baru nak pakai.
2. telekung perkara wajib, kalau takde telekung, tak perlu solat.
3. rasa berdosa pula pakai tutup aurat dari buka aurat.

muslimah-muslimahku sayang.....jgn tunggu orang dah taknak kat kita baru nak pakai tudung labuh. baru nak ingat tuhan. Allah kan dah bagi tubuh cantik-cantik tak kira kurus atau gemuk. tahukah muslimah-muslimahku sayang bahawa saidatina aisyah r.a juga bertubuh gempal bersesuaian dengan kata beliau ketika baginda Rasulullah SAW menemani beliau ketika bepergian.

Aisyah berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila hendak safar (bepergian), baginda mengundi antara ister-isterinya. Maka siapa yang keluar undiannya, dialah yang safar beserta baginda." Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (2661) dan Imam Muslim (2770)

Bahawa Rasulullah SAW bersenang-senang bersama isteri baginda dalam perjalanan. Sesekali baginda berjalan bersamanya, dan sesekali baginda mendahuluinya.

Aisyah berkata, Aku keluar bersama Rasulullah (dalam sebuah perjalanan). ketika itu badanku masih kurus, lalu kami singgah disebuah tempat. Baginda lalu berkata kepada para sahabatnya, "Majulah kalian, yakni hingga tidak ada seorang pun melihat isteriku dan gerakannya saat berlumba". kemudian baginda pun berkata kepadaku, "Kemarilah hingga aku berlumba denganmu." Baginda lalu berlumba denganku dan aku mampu mendahului baginda. Kemudian dilain waktu aku keluar bersama baginda pada suatu perjalanan dan badanku ketika itu telah gemuk, lalu kami turun disebuah tempat dan baginda berkata pada para sahabatnya, "Majulah kalian." Kemudian baginda memanggilku, "Kemarilah, aku akan berlumba denganmu." Lalu aku katakan, "Bagaimana aku dapat berlumpa denganmu wahai Rasulullah, sedangkan keadaanku seperti ini?". Baginda menjawab, "Kamu pasti boleh melakukannya." Lalu baginda berlumba denganku dan baginda mendahuluiku. Kemudian baginda menepuk bahuku dan berkata, "(Kemenanganku) ini sebagai ganti dari (kemenanganmu dulu)." Hadis sohih, diriwayatkan oleh An-Nasa'i di dalam As-Sunan Al-Kubra (5/304) dan berada dalam kurung itu darinya. Dan lihat : Mushannaf Ibni Abi Syaibah (6/531) dan hal tersebut memiliki beberapa jalan (periwayatan).

Masha'Allah muslimah-muslimahku sayang, hebatnya baginda Rasulullah SAW ini. Walaupun Saidatina Aisyah R.A. itu gemukkah, kuruskah, baginda tetap menyayangi beliau tanpa belah bahagi. Malah tetap menjaga aurat isteri baginda. Lihat tu muslimah-muslimahku sayang betapa sayangnya Rasulullah SAW pada isterinya? Jadi mengapa perlu dipertikai gemuk atau kurus? hitam atau putih? jerawat atau licin? Yang pentingnya, siapa yang kamu pilih. apa yang kamu mahukan. siapa kamu dalam Islam? Semoga dapat menjadikan iktibar. Semoga kita semua istiqamah dalam menjadi muslimah yang disayangi Allah dan rasul.

Insha'Allah jumpa lagi next entri.

Assalamualaikum~

-sumber rujukan buku Indahnya Kehidupan Rumahtangga Nabi S.A.W. karya Sheikh Adib al-Khamdani-



Friday, January 11, 2013

Syirik Khafi (Syirik Tersembunyi) Batalkan Amal, Rosakkan Iman

Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati.

Kita begitu yakin dan mengakui masih kebal iman dalam diri dan sama sekali tidak syirik terhadap Allah SWT apabila tidak pernah menyembah berhala dan apa jua dewa. Sebabnya perbuatan tersebut sudah diketahui umum boleh menyebabkan seorang Muslim menjadi murtad dan keluar dari Islam. Mudahnya, kebanyakan masyarakat Islam meletakkan perkara itu sebagai sempadan dari terjadinya hal yang merosakkan keimanan. Dan ada juga yang faham, hanya perbuatan sedemikian sahaja boleh sebabkan syirik.

Itu syirik jali yang setiap umat Islam cuba elak daripada melakukannya. Tetapi dalam berjaga-jaga itu, syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar.
Menurut penerangan para Arifin Billah (pakar agama), antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah:

i) penyembahan kepada nafsu/diri sendiri
ii) penyembahan kepada dunia dan perhiasannya
iii) penyembahan kepada pangkat dan kekayaan
iv) penyembahan kepada kedudukan dan jawatan
v) penyembahan kepada wanita
vi) tawakal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk
vii) tawakal kepada kehebatan sains dan teknologi dan lain-lain
Segelintir umat Islam menganggap syirik khafi sebagai perkara kecil sahaja. Namun pandangan sebeginilah yang mengundang bahaya yang lebih besar. Menurut tafsiran ulama-ulama tasawuf, syirik khafi walaupun tidak membatalkan iman namun memberi kesan kepada amal dan boleh merosakkan keimanan jika dibiarkan berlaku dan menjadi pakaian umat sehari-hari.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar." (Riwayat Al Hakim)

Penyembahan kepada berhala-berhala hati ini juga menyebabkan manusia menjadi bongkak dan riak tanpa disedari. Terlalu yakin terhadap kelebihan diri sendiri. Perbuatan sebegini sebenarnya mengundang resah kepada Rasulullah sebagaimana sabdanya:

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)

Benar dalam kehidupan, kita selalu memandang hal yang besar tanpa mempedulikan perkara-perkara kecil. Namun perlu diketahui yang kecil dan halus itulah lebih mudah menyerang dan merebak sehingga akhirnya kita terperangkap tanpa sedar. Sungguhpun syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang, tetapi jika dibiarkan ia boleh mencederakan tauhid dan pengesaan terhadap Allah.

Jangan terlampau yakin bila kita tidak pernah menyembahkan tuhan lain selain Allah, kita bebas dari melakukan syirik. Ketahuilah bahawa perjuangan melawan sifat-sifat jahat dalam hati terutamanya syirik khafi adalah jihad sepanjang hidup. Jangan terhenti dari jihad ini kerana sejarah telah membuktikan manusia-manusia alim juga boleh tewas dengan rayuan iblis dan syaitan. Sehingga hati dan iman menjadi binasa.
Oleh itu berhati-hatilah dengan perbuatan, pengungkapan serta kata hati kita setiap hari. Apa jua yang terjadi dan berlaku semuanya atas kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Bukan atas kehebatan dan keupayaan diri sendiri, benda mahupun makhluk lain yang sebenarnya tidak punya kuasa apa-apa!

Bentuk-Bentuk Syirik Khafi

Terlalu banyak syirik khafi berlaku meliputi diri kita sendiri atau yang bersangkut dengan makhluk lain. Kebanyakannya berlaku dalam keadaan kita lalai daripada mengingat Allah.

1) Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah

Syirik khafi jenis ini sangat lumrah dalam urusan kehidupan seharian. Apabila seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak,atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan.
Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda lain yang di jadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dan sebagainya.

Contoh 1 :
Seorang lelaki yang telah sembuh dari sakit, merasakan ubat yang dimakan itulah yang menyembuhkan penyakitnya.

Contoh 2 :
Seorang Pengarah Syarikat yang berjaya membawa kejayaan kepada syarikat merasakan kejayaan tersebut dicapai hasil usahanya dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain.

2) Ujub

Menurut pengertian yang diberi oleh Imam Al-Ghazali ;
"Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan nikmat pada diri seseorang. Terjadi 'ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan."

Contoh 1 :
Seorang melakukan solat larut malam lalu berkata di dalam hati, " Hairan aku dapat melakukan ibadat yang begitu banyak."

Contoh 2 :
Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut.

3) Riya'

Riya' dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.
Tiga keadaan berlaku Riya' pada hati seseorang yang melakukan beribadat/melakukan kebajikan.
Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.;
1)   Pada permulaan melakukan ibadat.
2)   Ketika sedang melakukan ibadat.
3)   Setelah selesai melakukan ibadat.
Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya.  Tetapi gangguan riya' datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. Dengan demikian seseorang wajib berhati-hati dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat.

4) Takabbur (Membesarkan Diri)

Takabur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain.  Sifat ini lahir dari hati dan ada kalanya terzahir dalam perkataan dan perbuatannya. Takabur adalah mencabar kekuasaan Allah : Sabda Rasulullah SAW, Firman Allah idalam Hadis Qudsi,

"Takabur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan." (Riwayat Muslim)

Punca wujudnya takabur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.

1. Takabur dengan Ilmu.
2. Takabur dengan Amal
3. Takabur dengan tubuh badan – kecantikan,  kekuatan dan lain-lain
4. Takabur dengan harta,  anak dan kekayaan dunia.
5. Takabur dengan banyak pengikut
6. Takabur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabur dengan kekuasaan
- Artikel iluvislam.com