Showing posts with label Mana milik kita?. Show all posts
Showing posts with label Mana milik kita?. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Cabaran Menentang Nafsu

Sahara - Astro Prima - Drama Melayu - Pakai Niqob - Pakai Sarung Lengan - Cukur Kening

Kenapalah cerita ni yang mak buka....tolonglah makkk....org dah sebu kat ruang tamu ni. Dok menahan hati dari memaki hamun pelakon² tu. arghhh.....

Siapa ada tengok cite Sahara ni? Terus-terang saya nak bagitau. Tips-tips menonton cite ni. Pegi dekat remote control. Tekan button off kat remote astro tu. Pastu tutup plag dan tidor...zzz..

Sahabat-sahabat perasan tak siapa jadi pengarahnya? Ok belakanganya ada nick Dinesh. Indian - non muslim. No wonder la kan ada bab-bab "i love u...aku cinta padamu..." Huwaaaaa...sedihnya cerita mcm ni dibuat untuk tanda sebagai Islamik sangat.

kenapa..kenapa..kenapa. Sambil menghentakkan kepala kat skrin monitor. Heuheuheu....

Akhir sekali. Majulah drama melayu utk Niqabis. Pakai niqab pun sampai nak terlondeh dari batang hidung. Huaaaa..macam mana ni...padanlah org banyak tulis kat forum-forum, org pakai niqab ni kebanyakannya dah terlanjur, tunjuk bagus, tak baik pun bla bla bla...Macam mana nak suh pengarah ni stop buat cite-cite merepek camni ekk? Tettt............... T_T


Monday, January 14, 2013

Diet? Islam lama dah amalkan.....

Saya berasa nak hapdet. Nak jugak hapdet bab kurus murus ni. Hehe...bukan sebab saya rasa saya dah kurus? Bukan sebab saya nak kurus? Bukan sebab saya ghairah nak tunjuk kat org saya dah kurus? Atau mahu kurus. Semua pun bukan. Saya selesa menjadi diri sendiri. Tak perlu promote ape² produk kurus pada saya. Saya tak teringin nak menjamahnya. Bukan saya tak pernah makan ubat kurus. pernah je. Tapi bila zauj dah tegur saya......Saya tergamam dan saya berasa inilah pesanan berapi dan pedas paling saya tak percaya keluar dari mulut seorang lelaki.

"Kenapa nak kurus?"
"Errr....nak cantik?"
"Dah cantik. Nak cntik macam mana lagi?"
"Cantik? Ish..gemokla abang...."
"Kita menikah bukan sebab sayang kurus, bukan sebab sayang hot."
"Tapi...tak menariklah gemok."
"Kalau betul nak kurus, perlu ke nak makan ubat kurus, diet supplementary dan segala 'jamu' yang tak tahu kebenaran khasiatnya? Kan ada cara Islam yang lebih praktikal? Kenapa orang perempuan susah sangat nak ikut cara Islam. Islam dah ada dulu dah supplement-supplement kurus ni. Tinggal lagi nak buat dgn tak aje."
"Hah..yeke bang? Err...tak pernah dengar punnnnnn??? Ubat sumber dari habbatus sauda ke?"
"Lagi bagus sebelum habbatus sauda. mmg Hsauda tu bagus. Tapi yang ni lagi bagus....Cepat Kurus dan banyak pahala!!" 
"Wowww...nak bang..beli lah...beli lah...berapa harganya!"
"Tak payah bayar...free aje...."
"Baiknya hati zauj aye nie.....bila nak pegi beli?"
"Takyah pegi..hari ni Ahad kan? Ok esok Isnin...Sila Puasa Sunat."

T_T Terdiam saya kat tepi meja solek.........TEPAT,PADU,SETEPEK kena kat muka saya.

Allah,Allah,Allah...........jauhnya saya tinggalkan ajaran Islam. Bila lama² saya bertanya dan zauj menjawab soalan² saya. Baru saya sedar..........

Sedang kami membaca surat khabar diruang halaman....

"Dah baca paper harini?"
"Belum....tengah korek pasu. Dah berlalang pasu ni haaa....Kenapa bang? Cube cerita.."
"Dari cantik dah jadi hodoh...."
"Haaa...apa yg hodoh? Bak paper tu. Org kena simbah asid ke?"

Saya ambil surat khabar yang dihulur zauj..Saya amati. Takde pulak kisah org cacat kena simbah asid ke. Jatuh bangunan ke. Yang ada iklan ubat kurus. IKLAN UBAT KURUS???

"Nampak?"
Saya gelengkan kepala..
"Sebelum kurus, cantik je pakai tutup aurat. Walaupun gemok. Tapi Allah bagi Nur pada wajah. Cuba lihat lepas kurus? Dah macam sarung nangka kena balut. Tunggu nak pecah je lagi."
Melopong mulut saya......
"Tengok pula yg sebelah tu. Syg sendiri bgtau abang, kawan² seni solekan dulu selalu pegi make-up model yang nak masuk iklan majalah-paper. Produk kecantikan. Tapi pakai produk MAC, kryolan, bla bla bla.....memanglah jerawat tu bersih licin. Dah kena tampal kat bedak tebal 18 inci tu..Mana cantiknya? Mana aslinya? Seronok pulak org tgok kite dah kurus....heuheuheu..."
Telan air liur saya, sambung korek pasu....huaaaaaaaaaaaa.....terkena lagi.

Baru kini saya faham. Kenapa semasa dalam proses khitbah dlu, zauj saya diam je bila saya kata tak makan. Tapi bila saya kata makan acaiberry, dia call mak suruh mak buang produk² tu. Dia bagitahu mak, berapa banyak pun harga produk yg saya beli dia sanggup bayar gantirugi. Dulu saya marah. Saya ingat dia bukan calon sesuai untuk jadi zauj. Rupanya dia bentuk saya dari awal untuk saya buat yang dah tersedia. 

So Muslimah-Muslimahku Sayang........Perlu ke nak cakap kat org, "kurus tak saya?" atau "saya nak kurus. sebab saya nak bakal imam saya terpesona dgn saya." Pada saya, lelaki yang benar-benar gentleman tak loghat sangatla sampai nak yg perfect. Sebab kalau dari awal kamu blh rasa dia demand. Dont worry...banyak lagi lelaki ok :)

Daaa......

Sharing Is Caring :)

"Kak Cda, boleh tak adik nak share artikel dalam blog akak?"

"Syukran, mohon copy paste di Facebook ana ya?"

Acapkali saya terima mesej² ini di facebook, di blog, di twitter dan private message saya. Terus-terang saya katakan, saya tiada masalah untuk menerima perkongsian dari sesiapa pun. Bahkan saya pernah mengarang sebuah puisi mengenai Jikalau Kau Mahu Berniqab. Hasilnya karya itu tersebar mewangi di blog-blog baik para sahabat, ikhwan wa akhowat dan siapa sahaja yang merasakan kata-kata itu menepati piawaian hati masing². 

Saya tidaklah berasa terancam dengan sharing sahabat² muslimahku sayang. Sekiranya tulisan saya memberi manfaat dan impak dalam hidup kalian, bukankah itu satu petanda yang baik untuk menyemai rasa kasih sayang kita semua?

Sahabat ikhwan saya, sayap timur selalu berpesan : "Kadangkala, teguran Allah itu datangnya dari Teman-Teman. Terimalah ia..". Memang saya akui. Kadangkala, saya juga terpukul dengan teguran sahabat². Makanya, jangan segan..jangan malu. Kalau nak share, silakan. Tidak ada had untuk sharing. Kerana saya tidak dididik untuk kedekut ilmu. Bahkan, sesiapa yang sudi untuk share ilmu dengan saya, amatlah saya hargai. Sejujurnya, ambillah...saya tidak berasa kecil hati ataupun berasa tercuri atau dicuri karya. bahkan saya berasa terharu kerana ada yang sudi membaca dan menerima nasihat saya.



Sekian Muslimah-Muslimahku Sayang.

Assalamualaikum...

Sunday, January 13, 2013

Mengapa Bertudung Labuh?

Labuhnya tudungku bukan untuk pujian,
Labuhnya tudungku bukan untuk menukar title kepada ustazah,
Labuhnya tudungku bukan kerana paksaan.....



Adakah ini yang muslimah-muslimahku sayang selalu perkatakan? Kalau benar, syukur Alhamdulillah. Saya bangga ada sahabat seperti muslimah-muslimahku sayang.

Entri kali ini saya nak berkongsi selembar cerita yang biasa-biasa sahaja. Tidaklah se-gah blogger-blogger yang top hingga masuk surat khabar dan jadi model-model ngetop tu. Cukup sekadar saya isi ruang-ruang ilmu kita bersama.

Tudung Labuh. Lagi-lagi tudung labuh. Saya akan tetap berkongsi sehingga muslimah-muslimahku sayang naik bosan. Biarlah bosan dan muak. Asalkan apa yang saya nak sampaikan dah bernanah dimata muslimah-muslimahku sayang. Ceritanya begini.....

Satu pagi yang tenang di waktu dhuha dalam surau pejabat saya.....

Staff praktikal 1 : "Kakak memang ke tempat kerja pakai tudung labuh ye?"
Cda : "Insha'Allah yea.."
Staff praktikal 1 : "Takpe ke pakai tudung labuh kat sini?"
Cda : "Hehe..kenapa pula mcm tu bunyi soalannya?"
Staff praktikal 1 : "Takdelah...sini kan moden. Banyak org yg pakai ikut fesyen. Takkan dorg x pandang pelik?"
Cda : "Dah biasa dah....sejak 3 tahun lepas. hehe...."
Staff praktikal 1 : "Kalau mcm tu, bolehlah saya mohon terus berkhidmat dekat sini lepas praktikal nanti. Ada kawan nak bertudung labuh."
Cda : "Siapa nama adik?"
Staff praktikal 1 : "Minah" (bukan nama sebenar).
Cda : "Minah....nnt pohonlah kerja disini. Ada dua perkara sebelum pohon utk disemai dalam diri.."
Staff praktikal 1 : "Apa dia kak?"
Cda : "Pertama.....kalau nak bekerja, niatlah sesungguhnya adik bekerja kerana Allah swt. Kerana rezeki datangnya dari Dia. Yang kedua, keluar hendaklah menutup aurat. Tutuplah aurat itu kerana Allah swt bukan ikut-ikutan. Kerana yang ikut-ikutan itu dipanggil trend..bila tiada lagi org ikutan, kita akan tinggalkan apa yang kita ikut. Tapi kalau kita yg ikut al-Quran, insha'Allah al-Quran tak akan luput sampai bila-bila."

Minah tersenyum mengangguk. Saya pun meninggalkan 'Minah' yang masih melipat telekungnya.

Di suatu petang sewaktu Asar bakal meninggalkan waktu lagi 2 jam.

Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Wehh..sah ke solat pakai mcm tu je?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Entahla...dah mcm ostazah aku tengokkan..."
Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Pelik lah saya tgok kak....dia ni je yg selalu solat mcm ni?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Tunjuk alim la teww".

*Saya mendengar 'pujian' ini ketika saya sedang membetulkan sejadah dan belum lgi melafaz niat asar....Lalu saya tersenyum dan meneruskan solat walaupun suasana surau agak hingar*

Usai solat...

Cda : "Assalamualaikum...saya minta maaf sangat, tapi nak tegur sikit boleh? Saya harap sangat-sangat tak tersinggung."
Staff praktikal 2 : "Apesal??" (sambil dahi berkerut)
Cda : "Kalau boleh....lepas ni nak berbual, berbual la ditempat meja sendiri ye. Kasihan kawan-kawan, susah nak khusyuk bila dgr org berbual. Silap-silap bacaan pn tunggang langgang...Ini surau.."
Staff lama : "Yelahh...bukannya ckap ape pn...nko tu, cube bawak bertobat sikit. Solat pakailah telekung. Ikut sangat Amerika tu. Dorg tu ppuan pon boleh jadi imam lelaki. Berlambak telekung kt sangkut tu haa..pilih aje..Takyah nak tunjuk sangatla nko tu alim..."
Cda : "Maaf ye kak, adik...saya mmg ada telekung sendiri. Tapi saya hanya pakai dirumah. Kat luar memang saya pakai mcm ni. Tak perlu susah-susah nak lipat, nak bawa beg. Saya pun x perlu bawak beg make-up. Nak touch up itu ini. Cukup pakaian yang suami saya beli ni sebagai kain solat saya. Sebab syarat sah solat bukan telekung...tapi MENUTUP AURAT. saya minta maaf kalau saya tegur tadi tersinggung. Tapi tak elok. sebab kalau kita dalam masjid, buat hingar dan berbual perkara lagha...dah lama Nabi SAW atau para sahabat halau kita. Sebab masjid bukan pasar..samalah surau. Tempat beribadat...maaf ye."

Saya pun meninggalkan mereka yg sedang tacap menacap itu.

Mungkin silap saya menegur, tapi kalau saya tak tegur, hati saya akan memberontak kenapa saya tak menegur. Tapi inilah senario sebenar kita dekat mana-mana.

1. nak pakai tudung labuh, tapi tunggu ada org pakai baru nak pakai.
2. telekung perkara wajib, kalau takde telekung, tak perlu solat.
3. rasa berdosa pula pakai tutup aurat dari buka aurat.

muslimah-muslimahku sayang.....jgn tunggu orang dah taknak kat kita baru nak pakai tudung labuh. baru nak ingat tuhan. Allah kan dah bagi tubuh cantik-cantik tak kira kurus atau gemuk. tahukah muslimah-muslimahku sayang bahawa saidatina aisyah r.a juga bertubuh gempal bersesuaian dengan kata beliau ketika baginda Rasulullah SAW menemani beliau ketika bepergian.

Aisyah berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila hendak safar (bepergian), baginda mengundi antara ister-isterinya. Maka siapa yang keluar undiannya, dialah yang safar beserta baginda." Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (2661) dan Imam Muslim (2770)

Bahawa Rasulullah SAW bersenang-senang bersama isteri baginda dalam perjalanan. Sesekali baginda berjalan bersamanya, dan sesekali baginda mendahuluinya.

Aisyah berkata, Aku keluar bersama Rasulullah (dalam sebuah perjalanan). ketika itu badanku masih kurus, lalu kami singgah disebuah tempat. Baginda lalu berkata kepada para sahabatnya, "Majulah kalian, yakni hingga tidak ada seorang pun melihat isteriku dan gerakannya saat berlumba". kemudian baginda pun berkata kepadaku, "Kemarilah hingga aku berlumba denganmu." Baginda lalu berlumba denganku dan aku mampu mendahului baginda. Kemudian dilain waktu aku keluar bersama baginda pada suatu perjalanan dan badanku ketika itu telah gemuk, lalu kami turun disebuah tempat dan baginda berkata pada para sahabatnya, "Majulah kalian." Kemudian baginda memanggilku, "Kemarilah, aku akan berlumba denganmu." Lalu aku katakan, "Bagaimana aku dapat berlumpa denganmu wahai Rasulullah, sedangkan keadaanku seperti ini?". Baginda menjawab, "Kamu pasti boleh melakukannya." Lalu baginda berlumba denganku dan baginda mendahuluiku. Kemudian baginda menepuk bahuku dan berkata, "(Kemenanganku) ini sebagai ganti dari (kemenanganmu dulu)." Hadis sohih, diriwayatkan oleh An-Nasa'i di dalam As-Sunan Al-Kubra (5/304) dan berada dalam kurung itu darinya. Dan lihat : Mushannaf Ibni Abi Syaibah (6/531) dan hal tersebut memiliki beberapa jalan (periwayatan).

Masha'Allah muslimah-muslimahku sayang, hebatnya baginda Rasulullah SAW ini. Walaupun Saidatina Aisyah R.A. itu gemukkah, kuruskah, baginda tetap menyayangi beliau tanpa belah bahagi. Malah tetap menjaga aurat isteri baginda. Lihat tu muslimah-muslimahku sayang betapa sayangnya Rasulullah SAW pada isterinya? Jadi mengapa perlu dipertikai gemuk atau kurus? hitam atau putih? jerawat atau licin? Yang pentingnya, siapa yang kamu pilih. apa yang kamu mahukan. siapa kamu dalam Islam? Semoga dapat menjadikan iktibar. Semoga kita semua istiqamah dalam menjadi muslimah yang disayangi Allah dan rasul.

Insha'Allah jumpa lagi next entri.

Assalamualaikum~

-sumber rujukan buku Indahnya Kehidupan Rumahtangga Nabi S.A.W. karya Sheikh Adib al-Khamdani-



Wednesday, January 4, 2012

Kisah Amalina yg jadi hangat. Dgr ke dia makian anda?? =.=


Selamat berblog-walking kawan2,sahabat2, rakan taulan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dgn berita penyebaran gambar perubahan Nur Amalina pelajar cemerlang Malaysia di United Kingdom melalui laman sosial peribadi Facebooknya. Rata-rata menjadi buah mulut orang. Ada yg maki hamun, caci hina beliau dan keluarga beliau sehingga ada yg tergamak mengeluarkan statement ibunya tidak reti menjaga dan mendidik anak. Astaghfirulallahal'azim..berderau darah membacanya. Inilah busuknya kemajuan teknologi, perkara aib cepat disiarkan. Bukan saya menyebelahkan tindakan Amalina yang membuka aurat. Sudah tentu saya berasa kecewa dgn tindakannya!  Tapi jangan kita heret keluarganya sekali. Kita hanya akan menambah beban lara dihati keluarganya. Bukankah seharusnya kita mendo'akan Amalina, saudara kita yg pernah menjadi contoh generasi kita dalam pendidikan diberikan jalan hidayah dalam menjadi seorang muslimah yang berjaya dunia akhirat?

Kita bercakap-cakap tentang dosa Amalina. Jangan......kita hanya akan lebih memburukkan keadaan. Kita bantu dia dengan mendo'akan Allah jgn tutup pintu taubat buatnya. Jgn sempitkan pemikiran agama yg pernah diraih A1 dalam SPMnya dahulu....Dia telah pun melakukannya mungkin krn tiada pantauan disana, tidak ada bimbingan, apatah lagi majoriti pelajar-pelajar yang belajar dgn nya kemungkinan bukan beragama Islam. Tapi kita yang sudah tahu ni seharusnya mencegah rakan-rakan kita memfitnah, mencaci, mencarut...krn kita tak langsung membantu kawan2 kita ni tak jadi mcm dia..Dia buka aurat, kita kutuk dan caci dia...sama-sama dapat saham. Dimana yang kita kata betul? Pada asalnya nak ubah, tp kita juga yg hanyut! Allah..Allah....

Lalu, timbullah perkara fitnah. Nak menyedapkan cerita. Nak sesakkan traffik blog supaya org baca dgn memfitnah Amalina sudah failed dalam pelajarannya di UK. Lihat, kita baca lagi dan kita dapat saham lagi dengan sebarkan pada semua cerita aib saudara kita sendiri....Kita ni nak tegur dia pn tak dapat, apalagi nk sentuh dia (yg muslimah). Jadi apa untungnya kita maki dia dalam facebook? Buat page group bencikan dia? Maki dalam blog2 yg siarkan gmbr dia? Tidak ada untung melainkan tangan, lidah dan mata ini sendiri pergi menegur dia....Selain dari itu..kita ada senjata berbisa... DO'A! Kenapa yang nk penatkan jari maki dia? Hina dia? Sendiri pn berbuat salah....sama macam dia.

Mungkin ada silap saya dalam menegur, tapi sy taknak kita do'akan saudara kita yg buruk-buruk. Kita hanya akan menjauhkan dia dari kebenaran Islam dan Allah swt.



babak 1

<>
babak 2



babak 3



mungkin ada silap sy. sy mohon maaf jika sy silap dlm menegur.


Semoga senario yang saya cuba sampaikan dapat diterima umum. Kerana sy berpegang pada kata-kata hikmah yang memberi kesan dalam hidup saya - "Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan."

Para sahabat yang dirahmati Allah selalu hendaknya, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan kehati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yg baik, maka hndaklahia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendakla ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan." (HR Ibn Mas'ud r.a)


Tuesday, December 20, 2011

Indahnya bila setiap hari,jam & minit kita menyebut namaNya - asmau'l husna~

Assalamualaikum warrah matullah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian...

Harini cda nak kongsi dengan sahabat semua rahsia di sebalik menyebut nama-nama Allah didalam solat,sujud kita,solat sunat,solat fardhu dan setiap perbuatan kita. Cda nak kongsi ni hasil daripada eksperimen dari dalam diri Cda sendiri melalui bacaan satu buku kecil bertajuk "Mukjizat Zikir-Zikir Asmau'l Husna" hasil karya Sharifah Nadiah dari Al-Hidayah Publications. Bukunya sangat kompak. Dan mudah untuk diikuti. Susun kata pengantar yang menambat hati. Dan berwarna pink pilihan ramai wanita-wanita...Apatahlagi isinya sangat bermanfaat dan mustajab utk pedoman hidup,muhasabah diri sehari-hari...

saiznya kompak dan mudah diletak kedalam poket.

Mari kita lihat apa yang selalu saya praktikkan bermula dari waktu Solat Fardhu - Subuh :-

Sebelum matahari terbit (sekitar jam 5pg - 6.30pg) :

1. Berzikirlah 'Yaa Hayy' sebanyak 500 kali - bagi memperoleh kedamaian
    * Kesannya : alhamdulillah, sepanjang hari sy lebih byk tersenyum dan berfikiran positif.

2. Berzikir 'Yaa Rahman' sebanyak 100 kali - bagi menghilangkan sifat lalai dan pelupa
    * Kesannya : alhamdulillah, sy tidak lupa untuk membaca al-quran, melakukan perbuatan mengikut      tertib bila melakukan kerja dirumah dan di tempat kerja. Bila ditanya satu2 soalan, lebih mudah mengingat dari yg sebelumnya - membaca al-quran selalu juga blh menguatkan daya ingatan kita :)

Selepas menunaikan Solat Subuh :-

1. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon kepada Allah agar diri kita disukai oleh semua makhluk Allah.
    * Kesan : Bila sampai dipejabat, alhamdulillah rakan-rakan yang tidak pernah bertegur sapa, menyapa dan bertanya dari jabatan mana. Berbual mesra. Menambahkan hubungan ukhuwah antara rkn seperjabat. Org-org yang bertemu lebih mudah menawarkan senyuman terhadap kita, dan kita juga jd tertarik tersenyum sama. Dan sikap positif ini melahirkan rasa semangat bekerja dan ikhlas dalam beribadah krn Allah Ta'ala atas perkara-perkara positif yang sampai.

2. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon dihindari dari malapetaka dan bencana.

3. Berzikir 'Yaa Samad' 125 kali - setelah solat Subuh dan sebelum matahari terbit dalam keadaan sujud, bagi memohon ditunjukkan kebenaran. Insya'Allah akan tampaklah kebenaran dalam diri seseorang.

4. Dalam keadaan masih berwudhu' berzikir 'Yaa Ahad' 19 kali - Insya'Allah do'a kita akan dikabulkan.

Selepas melakukan solat Dhuha :-

1. Berzikir 'Yaa Samii' setiap hari khamis sebanyak 50 kali atau 500 kali - memohon agar dimakbulkan do'a oleh Allah swt.
    *Kesan : Alhamdulillah, banyak kerja yang ditugaskan banyak yg dilaksanakan.

Dan...ada banyak lagi. Banyak manfaatnya bila menyebut nama-nama Allah yang kita cintai ini....Carilah buku ini. Dan manfaatkan apa yang difahami......Insha'Allah. Allah ada membantu kita dalam serba-serbi hal.. :)


Monday, December 5, 2011

Kenapa Wanita Mudah Menangis....?? Fikir-fikirkanlah~

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. “Ibu, mengapa Ibu menangis?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita”. “Aku tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas”. sang ayah menjawab, “Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan”. Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?”

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, “Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan”.

*semoga kalian lebih memahami mengapa airmata itu menjadi peneman wanita. bukanlah dia meminta simpati. tetapi dikala dia tidak lagi mampu melawannya..airmata itu sebagai benteng kepasrahannya...

Bersabarlah sedikit waktu......

Patah hati bukan putus cinta.....
Terkilan rasa bukan krn pacar diambil orang....
Kecewa jiwa bkn dek cinta manusia....
Hampa hati kerana terobek dek dunia....

Bertahun memperjuangkan hak wanita bertudung labuh di syarikat korporat. Nyata tidak ada yang senang dengan penampilan itu. Dari saat mula-mula bertemu hidayahNya hinggalah kehari ini, masih ada cebisan dan rentetan penentangan terhadap penentangan. Aku kah yang tersilap langkah. Iya, banyak langkah sumbingku. Aku sedarinya.

Pernah aku dipaksa hentikan alunan bacaan ayat suci al-quran di pejabat lamaku. Ditohmahnya aku mengadakan suasana pengebumian kerana memperdengarkan ayat suci al-quran itu dipejabat. Seolah-olah aku diberi tamparan hebat tepat kemuka kerana memperdengarkannya. Bukanlah dibuka seperti kedai kaset ilmiah. Cukup untuk halwa telingaku. Tapi hinaan itu seperti aku membuat jenayah. Aku masih bersabar. Dikoyak pula cetakan-cetakan hadis yang aku tandakan di notis board aku. Terhiris rasanya hati ini bagai ditoreh dgn belati tajam. Ya Allah apa salahnya pada tulisan cetakan ini...bisik hatiku. Menjadi rutin harianku, masa terluang diantara jam 12.30-2.30 petang pada hari jumaat akan aku alunkan suaraku yang tidaklah semerdu mana namun tetap bertadarrus di surau kepunyaan syarikat. Namun pada suatu hari, pihak Sumber dan Manusia syarikat mengeluarkan notis pekerja wanita tidak diberikan lagi rehat 2 jam oleh kerana tidak bersolat jumaat. Makanya pada jam 1 tengahari baru masuk waktu rehat sehingga jam 2 petang. Mengalir airmata ini.......tak mengapa,bisik hatiku. Lepas waktu kerja pasti boleh beribadah lagi bukan? Tidak disini, pastinya dirumah. Timbul pula isu lain. Solat tidak boleh melebihi dari 10 minit. Membazir waktu kerja katanya...Ya Allah, bagaimanakan mungkin solatku itu akan khusyuk dgn menyebut satu persatu bacaan dalam solatku utk memuji keEsaanMu Ya Allah? Aku dipukul badai lagi kerana agama.....Besar ujian tatkala aku masih merangkak dalam mengenal cinta Allah..Disitulah aku belajar erti sabar dengan tohmahan manusia. Setiapkali adanya mesyuarat jabatan, aku dipanggil dengan berbagai nama. Al-Arqam,muslimah bulan,hantu kum-kum,dbkl dan paling menyakitkan....tukang tarbiyyah dan jemaah islamiah. Terrorist kah aku kerana menutup aurat? Terrorist kah aku kerana mendengar ayat suci al-Quran? Terrorist kah aku bila aku cara hidupku dari seorang yang lupa dengan janji pada Allah,lalu kembali pada perintahNya? Aku bertanya soalan itu setiap hari dalam hidupku.......Pernah aku dipanggil kekamar ketua syarikat. Dipanggilnya aku dengan ejekan jelek.."engkau ni tak ubah macam pengemis. mintak simpati kat syarikat ni dgn cerita karut kau,kononnya mimpi org bagi tudung,so engkau pakai tudung. Aku tak kisah lah kau nk pakai tudung,tp tak perlulah nk ajak org lain pakai tudung. Kau ingat ni syarikat muslimah ke?" Masih terngiang di telinga. Masih aku rasa torehan pedih kata-kata itu. Salahkah aku bertudung labuh? Salahkah aku bila aku katakan pada mereka yang bertanya, aku menerima hidayah Allah dari mimpi panjang aku setiap hari,walau itu hakikat sbnrnya? Dan salahkah aku,bila aku tidak menyeru..tetapi mereka yang tergerak hati melihat perubahanku. Jika aku mampu berubah,mengapa mereka tidak? Allah yang menggerak hati mereka. Adakah itu juga salah aku? Ya Allah...dimana silap ku lagi? Telah aku cuba diam dari melawan.....Akhirnya aku tewas lagi. Lalu aku mengambil keputusan,aku keluar dari jabatan dan meletak jawatan. Walaupun puas dipujuk ketua jabatanku. Maafkan aku...aku sudah mencuba. Tapi perubahanku nyata menjadi duri dalam syarikat itu...biarlah aku berundur sebelum lebih banyak penghinaan terhadap agama yang aku cintai, nabi yang aku kasihi...aku berlalu kerana tidak aku mahu menjadi punca bangsaku sendiri membenci perkara yang dituntut oleh syariah agamanya sendiri. Cukup-cukuplah sampai disitu nistanya...



Sebulan lamanya aku membuat kerja secara free-lance. Akhirnya aku diterima bekerja di satu jabatan anak syarikat kerajaan. Sungguh gembira. Kerana aku dapat menyambung perjuangan ayahku untuk berkhidmat kepada syarikat ini. Aku gembira pada awalnya. Dapat memakai pakaian yang aku sendiri mahu. Dapat memakai niqab bebas kemana sahaja. Malah aku bertemu pelanggan harian juga menggunakan niqab. Kerana prinsip ku adalah produk yang ingin aku perkenalkan bukannya wajah. 2 bulan lamanya aku senang dengan perkhidmatan disini. Syukur alhamdulillah. Namun, tidak aku sangka....ada yang irihati. Aku ditegur oleh pembantu jualan senior disana. Front line perlu mengikut etika bekerja. Tidak perlu memakai niqab. Aku pasrah. Aku pujuk hati. Niqab sahaja. Insha'Allah tidak ada apa-apa. Telah sampai ujian dari Illahi..aku diduga lagi. Kali ini lebih hebat. Pengurus Jabatan aku sendiri memaksa aku memakai tudung singkat dan t-shirt serta seluar kerana mengikut jadual kerja. Ya Allahuakbar.....betapa peritnya ujian yang perlu digagahi. Diwaktu itu ibuku selalu tidak sihat,ayahku tidak dapat menampung kos keluarga kerana tiada pekerjaan. Dengan kereta ku tertunggak bayarannya. Masalah pertunangan. Aku pula disahkan penghidap Arteriovenous malformation atau AVM Disease. (Pernah disiarkan artikel mengenai penyakit ini satu ketika dahulu). Peristiwa yang bertimpa ini ditelan sebulat-bulatnya demi mencari sesuap nasi ketika itu. Aku gagahkan diri biarpun pahit utk dijamah. Aku yakin suatu hari akan timbul hikmahnya bakal ditunjuk olehNya. Insha'Allah...sekali lagi aku pujuk hati untuk terima kepayahan ini. Badai pun tiba, kali ini lebih hebat. Bertahun aku dipalit dengan tohmahan rakan-rakan. Menyelar aku cakap tidak serupa bikin. Menyuruh orang lain berniqab,sedangkan diri sendiri tidak memakai niqab. Pernah aku ditegur oleh seorang sahabat semasa datang menziarahiku di stesen tempat ku bekerja. "Menipu ni tak baik. Janganlah depan orang kau tunjuk baik...Aku cuma nasihat." Ya Allah, cekalkan hatiku Ya Allah...aku terima jika sahabatku menujah kata seperti itu padaku. Demi keluarga, demi rezeki untuk teruskan jalan ini...izinkan aku berkongsi ilmu yang aku ada. Izinkan aku bercerita pada mereka, kerana mereka punya kelebihan..punya lebih ruang...punya waktu dan punya segalanya bahkan mereka tiada halangan untuk menutup aurat. Jika aku ini dianggap menipu dan kotor, aku rela asalkan apa yang aku tahu...orang lain mendapat manfaat dan tidak menjadi seperti aku. Siapalah aku jika tanpa keizinanMu Ya Allah...semoga ujian ini sebagai semangat untuk aku tersenum dengan nasihat sahabat-sahabat. Tidak mengapa jika mereka tidak mengerti. Aku bukan siapa-siapa untuk diketahui. Aku cuma punya impian....sebelum aku menutup mata, rakan-rakan hawa disekelilingku sudah tahu betapa berharganya aurat itu dimataku.......Jika punya kesenangan, janganlah dilengah. Tutuplah auratmu. Kenanglah insan-insan yang jerih menentang penindasan itu.  Itu yang aku ucap bila hijab kukenakan di kepalaku. Kini, aku sedang menunggu keputusan untuk dibicarakan. Aku redha. Jika aku menang, aku menang untuk sebuah perjuangan. Tetapi jika aku kalah, aku tahu dimata mereka aku ini orang bawahan yang senang dipijak. Tapi sebenarnya aku keluar dengan perasaan bangga api juanganku sampai juga disitu. Dimana-mana pun aku akan pertahankan auratku....dan biarlah ia bermula dari diam-diamku...kerana disitu ada kekuatan. Semoga kalian yang punya kesempatan dalam melaksanakan surah An-nur itu..lakukanlah serta merta. Tidak Allah mempercepatkan sesuatu atau melambatkan sesuatu kerana Dia Adil SeAdilnya.....Insha'Allah aku akan temui harga cemuhan,tohmahan ini satu hari nanti. Walaupun ketika itu tidak ada yang berada dibelakangku lagi. Akan aku nanti hari itu....Insha'Allah...


*Airmata jika dikumpul boleh penuh dalam tempayan, tapi jika dosa bila dikumpul..ia akan jadi nanah dan parasit dalam diri....Semoga bertemu kebahagiaan dalam perjuangan. Pahitnya perjuangan pasti kan bertemu manis kejayaan. Ameen.

Thursday, July 21, 2011

Rela aku begini adanya....


Assalamualaikum wbt. sahabat-sahabat seiringan di blog, fb, tweeter, myspace etc la...lama berhabuk dah ohok-ohok batuknya blog ni terbiar sepi. Maaf,maaf,maaf...itu yg mampu ana ucapkan sebab ana agak sibuk dengan tugas-tugas yang harus dipikul. Kerja tetap..hehe. Itu pastilah. Amanah yang sudah ditermeterai setahun lebih yang lalu ^_~. Tugas part time sebagai photographer sambilan ^_^, baru selesai di Taman Medan mengambil majlis Pertunangan saudari kita Cik Hasliza. Mendapat undangan melalui teman sekerja di Prasarana Bangsar. Kecik molek manis orangnya. Mahu mengabadikan kisah-kisah istimewa dihari pertunangannya. Diserikan pula disebelah pagi dengan majlis berendoi dua bayi comel. Kemudian weekend di penuhi dengan aktiviti riadah. Al-maklumlah, pemilihan pemain syarikat dah nk berlangsung tak lama lagi. Ana turut mahu terlibat ^_~. Makanya terpaksa menye'stop'kan blogging time.



Apa ye nak dikongsikan artikel kali ini? Ermm...dua babak pertunangan ana bertugas. Sahabat-sahabat mula tweet, sms2...calling2...dan berfb sejenak..soalannya "Anti tak sudah-sudah menyaksikan pertunangan org lain. Anti bila lagi?" ermmm.... "Sedih tak tgok majlis org lain..?" hehehe..... "Bila lagi nak dirikan masjid tu ukhti. Calon dh bersepah di fb" ^__~

Ukhti-ukhti muslimah kusayang. Berasa sangat dihargai dengan soalan-soalan cepugangsa ni. Sebab kata-kata semangat ini boleh buat ana lagi nk bergiat cerdas mengmabil gambar2 muslimah yg ingin melangsungkan apa jua majlis...thehehehe....(lari soalan nampak!)

Ermm...sedih tu takla. Cuma bohong katalah kalau cakap, tak rasa ape-ape kan. Tapi mcm mana nk cakap ye...? Itu bukan pengakhiran hidup. Melihat org lain berasa bahagia dihari istimewa mereka pun dah cukup terhibur dan suka sangat. Apalagi kita salah seorang yg menggembirakan mereka kan. Bukanlah taknak mendirikan rumahtangga. Tapi untuk melangkah ke stage satu lagi ni bukannya mudah ye sahabat-sahabat. Terus terang ana katakan, perkahwinan itu mungkin kita dambakan yang indah-indah. Tapi tanggungjawab itu sebenarnya yang harus kita pikul. Itulah satu amanah yang paling besar dalam peringkat sesebuah kehidupan. Dimana kita ahrus belajar sabar, memahami dan memenuhi. Bukan itu sahaja. Sepanjang proses bujang kita, dimana ada ujian..dialam perkahwinan lah ujian itu akan lebih mencabar. Bila tidak bersedia atau terlalu terburu-buru...kita senang juga diburu dengan rasa pedih,sakit hati dan kecewa. Kepedihan putus tunang itu sendiri sehingga kini masih berasa diburu kehampaan. Tapi tidaklah sehingga menyesal. Ummi pernah berkata, "Jangan pernah menyesal dgn apa yg kita lalui. Bukan sahaja Nabi, bahkan Allah juga tidak suka akan ketidakredhaan kita pada takdirNya. Setiap penyesalan digantilah dengan ketaqwaan padaNya. Kerana Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat tiap-tiap hambaNya yg beriman dan bertaqwa padaNya." Sehingga kini, kekuatan kata-kata ummi yg ana papah setiap kali ada duri yg melintang diperjalanan ana. Ingin ana titipkan seuntai kata dari sahabat ana, "Janganlah anti berasa beratnya ujian Allah, atau pedihnya ujian dariNya. Tapi ubahlah persepsi, indahnya cabaran Dia atau inilah cabaran dari Allah." Indah bukan. Tersenyum manis tatkala mengimbau kata nasihat darinya :)

Ibu permata hati kita sampai bila-bila.

Soalnya, dari mana datangnya taqwa jika tanpa asahan iman yg menebal dalam diri. Jatuh bangun goyah perih setiap liku-liku perjalanan bukanlah penyebab hilangnya fokus kita cinta kepadaNya. Khitbah atau tidak, ana tidak pasti. Apa yg pasti ana tidak mahu lagi singgah ke alam pertunangan. Cukupla ia berlalu dengan jiwa-jiwa yang terluka. Doakanlah ana bertemu jodoh yang soleh, patuh akan suruhanNya, cinta akan nabinya dan bangga dengan agama yang dipelukinya....Jgn khuatir, cinta fana akan datang dan pergi berlalu mengintai muslimah srikandi yg bsendi agamaNya. Tapi cinta hakiki mendapat redha Illahi yg sebenarnya lebih dicari dan didaki oleh setiap muslimah yg mendambakan pintu-pintu syurga utk didiami satu hari yg dijanjikan nanti. Semoga kita semua senantiasa berada dibawah naungan rahmatNya..amin,amin..ya robbal a'lamin.

Monday, May 16, 2011

JIKA AKU SUDAH TIADA....

Bertebaran daun kering dalam perjalanan selepas gugurnya dari dahan....
Mungkin kita bersama hari ini..
Tapi tidak kupasti bagaimana kan terjadi hari esok...

Bilamana aku sudah tidak lagi disisi,
Jangan diratapi cinta yg bukan milik kita..
Semua harus berakhir namun bukan ditangan kita bagaimana ia berlalu...
Yang pastinya jangan ditangisi pemergian itu..
Mungkin nanti kita bersama diatas sana..
Biar aku setia menjaga cintamu sahabat....

Aku pinta, yg baik semasa hayatku kau titip sebagai kisah pedoman..
Dan yg buruk itu kau kuburkan terus bersama air kasih sayang dipusara ku...
Selamanya..

Bilamana jasad ini sudah kaku,
Satu yg banyak manfaatnya kupohon..doakan aku mengadapNya dengan penuh keyakinan..
Doamu kepada pemergian aku kepadaNya yg lebih aku mahukan...

Khabarkan pada teman-teman seperjuangan..
Gugurnya bunga mawar dalam juangnya srikandi itu..
Bukanlah beerti lilin nya terpadam sekali...
Nyalakan ia agar gegak gempita itu sampai biar hingga ke pelusuk lorong yg gelap..
Agar apa yg berguna itu sampai...
Jangan kau lupa sahabat-sahabat..Jika aku sudah tiada,
kenangan itu akan tetap tersemai didalam jiwa masing-masing..
Untuk saat ini didunia ini, mungkin kita tidak bersama lagi....
Tapi kita yakinlah berdiri diatas tali yg sama...
Pasti akan bersua suatu hari nanti..
Biarpun kita tidak akan kenal satu sama lain dimasa itu nanti...

Apa yg kutorehkan...harap ampunkan aku..
Apa yg ku terambil...harap dihalalkan...
Apa yg aku perkatakan....moga tidak merentap sanubarimu...
Izinkan aku mengucap sayangku pada kalian kerana menjadi sebahagian dari warna hidupku....
Inilah yg aku harapkan pabila aku sudah tiada....

As-syahida 11:53pm 15.5.2011

Sunday, May 15, 2011

Itulah tandanya sayang....


Assallamualaikum....have a nice weekends ye sahabat2. Ana baru keluar wad ^_^ maaflah pada sahabat2 yg kirim email dan msj di inbox fb. Ada soalan-soalan yang ana tak dapat nak update jawapan lagi. Masalah keuzuran yang tak dapat dielakkan.

Eh, kenapa penulis pilih tajuk sayang ni? Kalau yang jenis taksub ni...confirm "euwww pakai niqab sayang-sayang lagi...". Rileks..chill dear sahabat2ku. Sayang ni scoop dia besauu..Kenapa kali ni entry pilih title sayang? Senang je, bulan Mei ramai org tau hari ibu dan hari guru. Eventhough org cakap kita tak boleh merayakan hari ibu sebab (baca lah note2 kawan kita ye). Oke. Enough la hal program merayakan hari ibu ni. Yang intipatinya adalah ibu. Jasa ibu itu terlalu tinggi nilainya. Sedangkan wang ringgit bukanlah ukurannya. So, apa yg kita dah buat untuk ibu kita? Bagi ana, tak salah nak bawak ibu kita keluar pergi makan, bsiar-siar dan melebihkan masa pada hari tersebut kerana kalau bagi anak-anak yg berkerjaya mungkin saat-saat ini mereka peruntukkan untuk ibu 'satu hari suntuk'. Samada pegi tgok wayang, candle light dinner atau beli cake kecik dan makan bersama ibu. Itu atas diri masing-masing. Memang betul jugak hari ibu bukan hari itu sahaja. Tapi hari-hari adalah hari ibu. Ana bersetuju sangat.....Tapi kisah yang ana nk kongsi ni mungkin org lain dah merasainya.

"Seorang ibu boleh menjaga 10 org anaknya, tapi 10org anak itu belum tentu dapat menjaga ibunya dengan begitu baik..." Kenapa peribahasa ini dipilih? Pernah ke kita menjejakkan kaki di rumah penjagaan orang-orang tua? Pernah kah kita menyuapkan nasi kemulut org tua yg bukan ibu kandung kita sendiri? Ana dari usia 7 tahun telah dididik oleh abah ana singgah ke rumah pusat penjagaan orang tua di Kuang, Selangor berhadapan dengan rumah nenek ana. Abah ana mendidik kami adik beradik apabila ada rezeki lebih, singgah dan suapkanlah mereka nasi biarpun mereka dijaga baik oleh penjaga-penjaga disana. Kerana apa sahabat2? Kerana dari tangan yg menyuapkan inilah lahirnya kasih sayang....Sehingga ke hari ini, orang-orang tua ini masih menanti dengan penuh harapan agar anak-anak mereka datang dan menyuapkan mereka dgn tangan mereka sndr. Adakah kita sedar, bahawasanya hari ibu, hari bapa itu sangat dinantikan oleh mereka yang kurang bernasib baik ini dengan penuh pengharapan agar anak-anak mereka datang dan menghulurkan kasih sayang?? Cukuplah sekadar bertanyakan khabar ibu mereka...Apatah lagi luluh hati seorang wanita tua apabila dihantar ke Pusat Penjagaan ini kerana dianggap sial menyebabkan kematian anaknya sndr, namun wanita tua itu masih mengharapkan anak menantunya datang lebih-lebih lagi pada hari istimewa. Mungkin kita dengan angkuh berkata "dulu banyak dosalah tu, makanya Allah nak turunkan balasan yang setimpal.." sungguh kejam perikemanusiaan insan kini. Bukanlah ana suruh kita pegi sana semata-mata nak tunjuk kasih sayang kita. Tak perlu. itu hanya sekadar bingkisan cerita dari epilog kita mengharamkan hari ibu. Mungkin hari-hari adalah hari ibu...Tapi bagi wanita-wanita tua disana, itulah hari yg dinantikan agar anak-anak yg dilahirkan itu mengenang kesakitan mereka melahir dan membesarkan. Kalaulah kita ada sedikit kesedaran, melihat jalur tua diwajah mereka juga akan membuat kalian sebak...Adakah kita sedar, apa yang kita ada hari ini tidak ada pada orang lain? Selagi kita punya ibu, hargailah mereka...Jangan disakiti hati mereka. Biarlah seburuk mana pun, dia tetap ibu kita.

Teringat pula kisah dalam novel karya Kak Ha (Ustazah Fatimah Syarha) dalam tautan hati. Walaupun si anak seorang yang disegani dalam agama, ibunya yang jauh dari paksi agama tidak pernah diabaikan. Malah bilamana adik-adik juniornya mengutuk ibunya sendiri dia tetap menyanjungi ibunya. Dan dalam masa yg sama dia masih mendoakan hidayah buat ibunya. Adakah kita sudah menimbal iman kita dalam melihat setiap kesilapan kita dalam berkata-kata? Menunding kesalahan orang sedangkan kita berpeluk tubuh dan langsung tidak peduli dalam sensitiviti orang lain? Tanyalah diri sendiri, apa yg kita dah buat utk masyarakat. Adakah duduk didalam fb, post status-status keagamaan. Berbangga dengan orang lain bahwasanya kita hebat, kita mampu tegur orang dengan lantangnya dan kemudian disokong, di'like' postnya beratus-ratus orang. Hakikatnya, bila kita berdepan dengan masyarakat, kitalah yang paling kecil, kitalah yang paling kebelakang. Ayuh sahabat-sahabat...dekatlah dengan masyarakat. Kamu boleh mulakan dengan mereka yg tidak bernasib baik ini dgn hulurkan kasih sayang. Adakah sayang itu hanya luahan atau benar-benar keikhlasan?

Disini, ana ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada bonda ana yg tercinta. Biarpun berkali-kali jatuh sakit sampai meruntuhkan benteng kelopak matamu mak, mak tetap kuat menjaga anaknya. Tak sudah-sudah anakmu menyusahkan hati mak..Tapi mak tak pernah mengeluh. Cuma mak berkali-kali sebut "Inilah tandanya sayang mak pada adik...bila mak sakit, adakah adik akan buat ape yg mak buat pada adik ni? Sanggup ke adik jaga mak siang dan malam. Dan tak abaikan mak....". "Mak, biar susah mana pun kita...adik takkan tinggalkan mak dengan orang lain, walaupun ketika itu mak ditakdirkan tidak lagi mampu bjalan..Adik akan jaga mak mcm mana mak jaga kami adik beradik ketika susah dan senang mak. Ketika sihat dan sakit kami...Adik sayang mak..".

Semoga Allah kurniakan mak hati yg kuat, kesihatan yg baik dan keteguhan iman dalam diri mak. Semoga mak dapat berdiri setiap hari mengadap Allah dan mak terus jadi srikandi keluarga kita. Selamat hari ibu mak...didikan mak tak pernah adik.along dan angah lupa. Terima kasih mak.

Terima kasih pd adik wafa yg jaga kak cda sepanjang kak cda sakit. Yg inform pd kawan2 yg sms..terima  kasih byk2. Jasamu dikenang syg... >,<

Friday, May 6, 2011

Kita Bangga Bila Dipuji, Rasa Keji Bila Dihina (2)

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan tuntunlah hatiku

Kenapa ni Cda? Apa yang dah jadi...? Minggu ni je banyak artikel di facebook kamu penuh dgn note tentang poligami. Kenapa? Kenapa?? 

Aku bukan nabi yang bisa sempurna kawan....ku tak luput dari dosa...tapi kenapa perlu aku diduga dgn perkara yg menabrak hatiku ini??

Astaghfirullahala'zim..kuat Cda kuat...kamu bukan baru hari ini diuji...cuba ceritakan...

******************************************************************************************

Suka ke jadi bini no 2? SENSASI DAN HANGAT. mesti ramai yg tak suke persoalan tadi. bg cda..cda tak mahu. cda tidak memilih jawapan tidak suka. kerana poligami bukan sesuatu yg buruk..tetapi ia membahagiakan apabila kena pada caranya. 

So, kesimpulannya nk bgtau....suami org, tlglah jgn dekati aku. Banyak hati yg perlu aku jaga. Ibu ku ayah ku...Janganlah datang ke dalam hidup aku dan keluarga aku untuk berdusta. Sebab aku dh terlalu banyak menanggung cerita..Kanvas putih aku juga dah penuh dgn warna hidup yg aku tempuh setiap hari. Janganlah syarahkan aku tentang kebaikannya poligami itu. Aku sudah tahu. Tapi inilah pendirianku. Bukanlah aku menidakkan. Cumanya aku tidak rela menangis penyesalan dikemudian hari. Biarpun kau melihat aku sengsara atau menderita...ia bukanlah alasan untuk kau berdusta. Dan itu hanya menambah sakit dihati ini....Tolonglah jauhi dari menyakiti hati wanita ini lagi..Dan aku tidak perlukan simpati. Cukup dgn doamu untuk aku. Dan tidak perlu sia-siakan dirimu dgn menyakiti aku. T_T

******************************************************************************************

Ini yang cda cuba beritahu..

Apabila Satu Jiwa Satu Impian Diminta Menjadi Dua Jiwa Dua Impian....

oleh Fastabiqul Khoirat pada pada 05hb Mei 2011 pukul 10.01 ptg


 Dup Dap Dup Dap....
'Aku Terima Nikahnya'

Saat ungkapan itu dilafazkan, jantung berdegup pantas. Peluh menitik-nitik gara-gara rasa gelabah dan tak tentu arah. Al-maklumlah tangan digenggam kuat oleh Tok Kadi beserta jelingan tajam. Dikerumini pulak dengan ribuan telinga yang mendengar. Senyap sunyi bagai malaikat melintas. Kedengaran jelas getaran suara sang Adam melafazkan akad yang di akhiri dengan iringan doa dan senyuman tanda kesyukuran.

Alhamdulillah, termeterai sudah janji ikatan hati dua merpati sejoli. Eh, merpati ke?. Bahasa kiasan tu. Leretan senyuman  yang tak lekang dari bibir. Menampakkan kegembiraan yang tidak mampu dimadah dengan mana-mana perkataan. Bahagia diharapkan menanti sehingga ke syurga firdausi. Amin.

Kebahagiaan yang dinanti kadang-kadang disinggahi dengan taufan yang tidak pernah diundang. Meniup dan melenyapkan hati sang kekasih sehingga tsunami meruntuhkan tangga pada rumah yang terbina. Aduhai, sakitnya hati, sengsaranya jiwa tatkala kasih yang diseru menyinggahi hati yang lain. Apabila suami mengungkap kata 'bermadu', si isteri mengangkat tangan dan kaki. Berlari ke dapur mencari pinggan, mangkuk, periuk belanga dan segala macam barang yang sesuai untuk dilemparkan tanda protes. Tiada satu perkataan lagi yang dapat dikeluarkan melainkan airmata dan hentakan jiwa yang tak ketahuan. Bagaikan orang yang tiada akalnya akibat jiwa melayang bersama kasih yang terlerai.

POLIGAMI. 8 aksara yang mampu membuat lelaki ketawa tak berhenti, tersenyum sehingga menampakkan 32 batang gigi yang susunan nya belum pasti tersusun rapi. Namun 8 aksara ini memberi remukan jiwa buat sang bidadari. Bagai langit menghempap bumi, berdentum bersama kilat dan guruh yang bersatu menggegarkan tanah. Di sulami dengan hujan lebat berserta angin kencang yang mampu mengundang ribut taufan. Betapa dahsyatnya penangan 8 aksara itu buat para isteri. Aduhai. Mengapa kaum hawa begitu jelik dan marah apabila isu ini di suarakan?

Ramai lelaki yang menyalahtafsirkan erti sebenar poligami. Ramai juga yang menjadikan isu poligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi SAW. Wah, bab kahwin cepat pulak nak ikut sunnah, bab solat, puasa, zakat liat pulak nak mengikut. Poligami adalah satu hukum yang telah tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran yang membolehkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Firman Allah swt:

Dan jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil terhadap anak-anak atau perempuan yatim (jika kamu mengahwininya), maka kahwinlah dengan perempuan lain yang menyenangkan hatimu; dua, tiga, atau empat. Jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil (terhadap isteri yang terbilang), maka kahwinilah seorang saja, atau ambillah budak perempuan kamu. Demikian ini agar kamu lebih dekat untuk tidak berbuat aniaya” (An-Nisa` 3).

Merujuk kepada firman Allah SWT, poligami merupakan satu kemudahan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Seharusnya poligami dilaksanakan bukan atas tujuan nafsu semata. Poligami menuntut keadilan yang mana sikap adil itu amat sukar untuk dilakukan sebagaimana firman Allah SWT:

”…Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja…” (An-nisa':3)

Isteri yang satu pun belum tentu pasti dapat merasai keadilan dari suami, inikan pula seandainya memiliki isteri lebih dari satu. “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian…” (An-nisa:129).

Hati wanita ini sangat rapuh apatah lagi disaat kasihnya terpaksa dikongsi. Sifat cemburu yang ada dalam diri seorang wanita amat sukar untuk dikawal bila mana melihat kekasih hatinya berpacaran bersama si dia. Biarpun di bibir mengatakan ikhlas menerima, redha memadu kasih namun realitinya tidak. Malahan sifat kecemburuan ini turut terjadi pada Ummul Mukminin kita, Aisyah RA jua para isteri Nabi. Biarpun Allah memuliakan dan mengangkat darjat para isteri Nabi namun masih terselit juga perasaan cemburu dalam merebut perhatian suami.

Aisyah mengakui cemburunya pada Khadijah. Beliau pernah berkata, " Hanya pujian yang terbit dari bibir Nabi Muhammad setiap kali nama Khadijah disebut. Pada suatu hari, saya tidak dapat menahan rasa cemburu saya. Saya terus berkata, "Wahai pesuruh Allah, mengapa tuan asyik mengenang perempuan yang sudah meninggal itu? Bukankah Allah sudah memberimu pengganti yang lebih baik?" Nabi Muhammad menjawab,

"Allah tidak memberiku pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepada Allah semasa semua orang menidakkanku. Dia mempercayaiku semasa orang mengatakan saya berbohong. Dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa semua orang enggan memberi. Dan daripadanya Allah memberiku zuriat, sesuatu yang tidak Dia anugerahkan kepadaku daripada isteri-isteriku yang lain." (Hadis ini dicatat oleh Ahmad).

Inilah hati wanita. Betapa Aisyah mencemburui Siti Khadijah biarpun jasadnya tidak kelihatan. Betapa sukar dalam memahami hati nurani kaum Hawa. Begitu juga hubungan Aisyah bersama para isteri yang lain yang sentiasa mencemburui dalam meraih perhatian suami.

Poligami bukanlah perosak kepada kehidupan alam rumah tangga. Janganlah kita sebagai khalifah Allah mengharamkan benda yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Atas kuasa apa yang menyebabkan kita menidakkan, memprotes soal poligami yang jelas diterangkan hukumnya dalam kalam Allah. Tetapi, marilah kita menafsir erti sebenar poligami yang dimaksudkan. Poligami dibolehkan atas tujuan membantu dan menyelamatkan maruah wanita seperti ibu tunggal, tahanan wanita di medan perang, menikahi atas kerana perlindungan dari segala bentuk kezaliman dan perzinaan. Buat para suami jua sang Adam, pemimpin yang dicipta oleh Allah dengan kelebihan akal dan kekuatan, renungkanlah kewajaran hatimu sebelum bertindak untuk berpoligami. Selidiki hatimu adakah jiwamu terdorong oleh nafsu sehingga membawa ke arah poligami? Adakah kamu menggunakan kelebihan ini sebagai satu platform untuk membangkitkan segala kelemahan dan keburukan isterimu? Adakah mampu untuk kamu memberikan keadilan yang sewajarnya sehingga hati isteri-isterimu tenang tanpa sebarang sengketa mahupun perbalahan jua tanpa setitik pun air mata mereka tertitis di pipi? :

Nabi Muhammad SAW begitu marah apabila melihat Fatimah menangis kerana mengetahui Ali bin Abi Thalib RA ingin berpoligami. Lalu Baginda berseru: " Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku, ku persilakan mengahwini puteri mereka. Ketahuilah puteriku itu bagian dariku, apa yang mengganggu perasaannya adalah juga apa yang menyakiti hatinya adalah hatiku jua."

 Buat para isteri jua bidadari duniawi, janganlah meletakkan hukum Allah ini sebagai kecaman. Memberontak dan membantah sekeras-kerasnya mengenai poligami. Seandainya itu terjadi, penuhi hati dengan kesabaran diri. Tahu, ianya amat sakit. Tahu, ianya amat pedih. Tahu, ianya bagai nyawa yang hilang. Tetapi kita harus ingat setiap yang ada di dunia bukan hak milik kita tetapi hak Allah. Semuanya kerana Allah. Apa guna kita meraung, merayu, menangis bagai 'Kassim Selamat'. Memperlihatkan kelemahan diri sebagai wanita yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Selidiklah segala kekurangan diri dan berbincanglah dari sudut hati ke hati. Jangan ada unsur serang-serangan sehingga meletuskan peperangan. Jangan. Banyakkan menginsafi diri dan serahkan pada Illahi. Kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perkara yang tidak kita ketahui.

Rasulullah SAW sebenarnya telah hidup secara monogami selama 28 tahun bersama isterinya Siti Khadijah. Pasangan ini hidup dalam rukun damai selama lebih kurang 25 tahun sehinggalah Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun dan ketika itu Baginda berusia 50 tahun. Selepas kematian isterinya, barulah Rasulullah memulakan hidup berpoligami atas kehendak Allah SWT. Namun isteri-isterinya terdiri daripada janda dan ibu tunggal melainkan Aisyah RA. Ini menunjukkan Baginda berkahwin bukan atas nafsu tetapi atas niat pembelaan dan perlindungan.

Marilah kita merenung sedalamnya apa yang diperkatakan mengenai poligami. Poligami bukan diharuskan tetapi dibolehkan. Dibolehkan bagi mereka yang benar-benar memahami konsep poligami yang telah di syaratkan ketetapannya. Ianya meliputi tanggungjawab, keadilan, didikan, kasih sayang yang tidak berbagi jua bebanan yang amat tinggi. Bagi yang merasakan diri mampu, maka di bolehkan tetapi seandainya ia mengheret kepada kesengsaraan dan penderitaan maka jauhkan. Hargailah perhubungan yang telah sedia ada kerana itulah ikrar janji yang pernah dilaungkan di dalam rumah Allah dalam meniti kehidupan bersama dunia jua akhirat. Wujudkanlah keluarga bertunjangkan agama kerana itu yang lebih utama.

Semoga Allah melindungi kita agar sentiasa berada di bawah naunganNya. Amin.

Nota: Janganlah di isukan lagi hukum-hakam mengenai poligami tetapi perhalusi makna dan kesannnya.

Syahida:
1. Gusar dengan dunia poligami.
2. Nasihat untuk diri sendiri walaupun diri belum dimiliki.
3. Bakal mujahid ku... mengertilah. Aku bukan nk ditonton tp didik aku sehingga aku menjadi isteri mu yg solehah...jika aku tidak baik, maka kau didiklah aku mjadi baik. jika aku tidak pandai, didiklah sehingga aku pandai...tegurlah agar aku sentiasa jadi mawar mekar dihadapanmu nnt....as-syahida T_T