Friday, July 30, 2010

KISAH KECELAKAAN YANG TIMBUL AKIBAT DARI SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG


       Diriwayatkan dari Hammad bin Salamah dia berkata : "Ada seorang lelaki yang hendak menjual hambanya, maka datang seorang lelaki yang hendak menjual hambanya, maka datang seorang lelaki yang hendak membeli budak lalu berkata : "Aku lihat budak ini tidak ada celanya."

         Kata orang yang hendak menjual budak itu : "Sebenarnya budak ini tidak apa-apa celanya, tetapi dia adalah seorang yang suka melaga-lagakan antara satu dengan lain."

         Oleh kerana orang yang hendak membeli budak itu tidak mengambil berat tentang perangai budak itu, maka dia pun membeli budak itu.

           Setelah beberapa hari budak itu tinggal bersama dengan tuan barunya, maka satu hari dia memberitahu isteri tuannya :"Wahai puan, sesungguhnya suami puan itu tidak sukakan kepada puan; sebaliknya suami puan hendak menjadikan puan sebagai kulinya. Adakah puan hendak suami puan itu menyayangi puan?."

        Kata si isteri itu : "Ya, katakan kepadaku bagaimanakah caranya supaya suamiku itu akan sayang kepadaku."

          Lalu budak itu berkata : "Wahai puan, puan hendaklah mengambil pisau dan cukurlah janggut suami puan sewaktu dia sedang tidur."

        Setelah budak itu berkata demikian kepada isteri tuannya itu maka dia pun pergi berjumpa dengan tuannya lalu berkata : "Wahai tuanku, sesungguhnya isteri tuan itu sedang merancang untuk membunuh tuan. Adakah tuan hendak melihat buktinya?."

Berkata tuan budak itu : "Ya, katakan padaku bagaimana kamu hendak membuktikannya."

Budak itu berkata : "Tuan berpura-puralah tidur, tuan akan lihat sendiri nanti."              

      Kemudian si isteri pun datang dengan membawa pisau untuk mencukur janggut suaminya, apabila suaminya melihat isterinya membawa pisau dan menghampirinya; tanpa periksa maka dia merampas pisau dari isterinya lalu dia membunuh isterinya yang tidak berdosa.

      Setelah peristiwa ini sampai pada pihak keluarga si isterinya, maka berlakulah pergaduhan sehingga menyebabkan banyak nyawa yang turut terkorban.

           Inilah akibatnya dari sikap suka melaga-lagakan orang, adalah berbahaya kita berkawan dengan orang yang suka melaga-lagakan orang, sebab lambat laun kita akan ikut perangainya.

Allahu'alam..

10 PERKARA MENYEBABKAN DOA TIDAK DIKABUL




Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata : "Wahai penduduk Bashrah, hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara sebab itulah doa kamu tidak dikabulkan."

1. Kamu semua mengetahui marifat Allah, tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hakNya.

2. Kamu semua membaca al-Qur'an tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Qur'an.

3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu semua MENINGGALKAN SUNNAHNYA.

4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.

5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga, tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkan syurga.

6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari api neraka Jahannam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu ke dalam neraka Jahannam.

7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.

8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.

9. Kamu semua telah merasai nikmat pemberian Allah SWT tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10. Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati di antaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar dari itu.

Renung-renungkan kesalahan diri kita...baru kita renungkan kesalahan orang lain. Muhasabah untuk diri sendiri sebenarnya......



AMARAN DAN NASIHAT RASULULLAH S.A.W. SEBELUM WAFAT

     


Ali bin Abi Talin r.a. berkata: "Setelah turun Surah Idza ja'anashrullahi wal fath, baginda Rasulullah SAW ketika itu sedang sakit, dalam sakit itu baginda Rasulullah SAW keluar dengan kepala yang diikat iaitu pada hari Khamis, beliau memasuki masjid lalu naik ke atas mimbar dan beliau duduk di atas mimbar.

     Muka baginda Rasulullah SAW yang pucat dan dengan mata yang mengalirkan air mata, baginda Rasulullah SAW pun memanggil Bilal bin Rabah dan menyuruh Bilal berseru di Madinah bagi mengumpulkan orang ramai bagi mendengar wasiat baginda Rasulullah SAW yang terakhir.

     Apabila Bilal melaksanakan seperti yang diperintahkan oleh baginda SAW, maka berkumpul lah semua penduduk Kota Makkah yang terdiri dari budak-budak, orang dewasa lelaki dan perempuan. Kesemua mereka keluar dengan terbuka dan begitu juga dengan pasar menjadi kosong. Bersesaklah masjid sehingga penuh. Kemudian baginda Rasulullah SAW berkata kepada para jemaah: "Berilah peluang kepada orang-orang yang di belakang supaya masuk ke dalam."

     Setelah itu baginda Rasulullah SAW pun bangun berdiri sambil menangis beliau mengucap: "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un." Baginda Rasulullah SAW bersyukur kepada Allah SWT sebagaimana lazimnya dan membaca selawat utk semua nabi dan diri baginda sendiri.

     Selepas itu baginda SAW pun bersabda : "Sesungguhnya aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim dari bangsa Arab Makkah dan tiada nabi sesudah aku, wahai semua manusia dengarlah bahawasanya diriku telah diberitakan akan mati, dan telah terlalu dekat akan meninggalkan dunia ini, dan aku juga telah rindu kepada Tuhanku, dan sedihnya aku meninggalkan umatku. Apakah yang akan mereka katakan pula sepeninggalanku, Ya Allah selamatkan,selamatkan."

     Sabda baginda Rasulullah SAW : "Wahai sekalian manusia dengarlah wasiat terakhirku kepada kamu semua dan ingat-ingatlah serta sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir kerana ini adalah wasiatku yang terakhir. Wahai manusia, Allah SWT telah menjelaskan kepada kamu semua dalam kitab al-Quran yang diturunkannya tentang yang halal dan yang haram, yang harus kamu semua lakukan dan yang harus kamu semua tinggalkan, oleh itu hendaklah kamu semua gunakan yang halal dan tinggalkan yang sama sekali haram dan percayalah pada yang musyabih dan lakukalah yang muhkam (tegas) dan jadikan ia sebagai peringatanmu yang berupa contoh-contoh itu."

     Setelah itu Rasulullah SAW memandang ke langit sambil berkata : "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan maka saksikanlah."

     Bersabda Rasulullah SAW lagi : "Wahai manusia awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat yang menyesatkan yang jauh dari tuntutan rahmat Allah SWT dan syurga bahkan ianya dekat kepada neraka. Oleh itu hendaklah kamu semua menjaga jama'ah (kumpulan) dan hendaklah istiqamah (tetap jujur dan lurus) kerana ini akan mendekatkan diri kepada Allah dan syurga dan yang menjauhkan dari api neraka. Sabda baginda SAW lagi : "Ya Allah, aku telah menyampaikan. Wahai manusia, takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah dalam menjaga agama dan amanat yang telah diamanatkan kepada kamu. Takutlah kepada Allah. Takutlah kepada Allah dalam memelihara hamba-hambamu, hendaklah kamu memberi mereka makan dari apa yang kamu makan, begitu juga dengan pakaian, hendaklah kamu memberi mereka pakaian dari apa yang kamu pakai dan janganlah kamu memaksa mereka melakukan sesuatuyang mereka tidak kuat untuk melakukan, kerana mereka itu juga dijadikan dari daging dan darah, yakni makhluk yang sama dengan kamu. Dan ingatlah mereka yang aniaya pada mereka (hamba-hambamu) maka akulah lawannya pada hari Kiamat nanti dan Allah SAW hakimnya."

     Baginda SAW menyambung lagi : "Takutlah kamu kepada kepada Allah dalam memelihara isteri, tepatilah mahar yang telah kamu janjikan pada mereka dan jangan menganiaya mereka, nescaya kamu akan diharamkan dari hasanat-hasanatmu pada hari Kiamat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia hendaklah kamu menjaga dirimu dann keluargamu dari api neraka, dan hendaklah kamu mengajar mereka akhlak sopan santun, sebab mereka itu adalah bagai orang tawananmu dan amanat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari keturunan Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir itu beerti taat kepadaku, dan sesiapa yang taat kepadaku beerti taat kepada Allah, dan sesiapa yang menentang mereka beerti menentang aku, dan mereka yang menentang aku beerti maksiat kepada Allah. Ingatlah jangan keluar dari mereka, dan jangan memutuskan janji-janjimu pada mereka, ingatlah saya telah menyampaikan."

     Rasulullah SAW menyambung lagi : "Wahai manusia, hendaklah kamu cinta kepada keluargaku, ahli-ahli Qur'an dan para ulama-ulamamu, jangan sekali-kali kamu membenci atau hasad dengki pada mereka, jangan kamu menghina mereka, ingatlah sesiapa yang cinta pada mereka beerti cinta kepadaku dan sesiapa cinta kepadaku, maka Allah cinta kepadanya, dan sesiapa yang membenci pada mereka bererti membenci padaku, dan sesiapa yang benci padaku maka benci pada Allah. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia jagalah solat lima waktu dengan menyempurnakan wudhunya dan menyempurnakan ruku', sujudnya. Wahai manusia keluarkanlah zakat hartamu, ingatlah sesiapa yang tidak mahu mengeluarkan zakat maka tidak dikira (anggap) solatnya, dan siapa yang tidak dikira (anggap) solatnya, maka dia tidak beragama, dan tidak dikira puasa dan hajinya dan juga jihadnya. Ya Allah saya telah menyampaikan."

     Sabda Rasulullah SAW lagi : Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji keatas orang yang berkuasa perjalanannya dan sesiapa yang tidak mahu melaksanakannya maka bolehlah dia pilih apakah dia akan mati seperti Yahudi atau Nasrani atau Majusi kecuali yang uzur kerana penyakit atau kerana raja yang zalim. Ingatlah bahawa mereka tidak akan mendapat syafaatku dan tidak akan minum dari telagaku. Ingatlah sayan telah menyampaikan. Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT akan mengumpulkan kamu semua pada hari Kiamat disuatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik, ingatlah saya telah menyampaikan."

     Rasulullah SAW bersabda lagi : "Wahai manusia, jagalah lidah kamu, keluarkan airmata kamu, tundukkan hatimu dan letihkanlah badanmu serta berjihadlah melawan musuhmu, makmurkanlah masjidmu dan ikhlaskan imanmu. Nasihatlah teman-temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu dan jagalah kemaluanmu, bersedekahlah dari hartamu, jangan hasut-menghasut nescaya akan hilang hasanatmu (pahala), jangan ghibah (mengumpat) nescaya binasa kamu. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia berusahalah kamu dalam memerdekakan budak-budakmu (hamba-hamba), dan berbuatlah kebaikan untuk kekuranganmu dan hajatmu. Wahai manusia jangan menganiaya, sebab Allah sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang menganiaya, dan kamu juga yang akan menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali, Allah tidak rela jika kamu melakukan maksiat. Wahai manusia sesungguhnya sesiapa yang berbuat kebaikan maka untungnya itu adalah untuknya sendiri, dan sekiranya sesiapa melakukan kejahatan maka kejahatan itu akan ditanggungnya sendiri dan Allah tidak akan menganiaya pada hamba-hambaNya, oleh itu jagalah dirimu dan hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah, dimana setiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya dan mereka tidak akan dianiaya.

     Akhir sekali baginda Rasulullah SAW bersabda : "Wahai manusia sesungguhnya aku akan menghadap Allah SWT dan aku telah diberitahu akan kedatangan kematianku, maka aku serahkan kamu semua kepada Allah iaitu agama dan amanatmu. Wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh."

     Setelah selesai sabdaan baginda maka baginda SAW pun turun dari mimbar dan terus masuk kedalam rumah dan tidak keluar lagi selepas itu.

Wallahu A'lam

(Di adaptasi dari penulis Salman Al-Farisi)
*************************************************************************

           Dalam kisah ini dapatlah kita mengkaji dan meneliti sebab-sebab mengapa Rasulullah SAW begitu mengambil berat masalah umat baginda, sebabnya baginda SAW adalah seorang nabi dan rasul yang tidak menyayangi diri sendiri tetapi beliau sayangi semua umat beliau, dan perjuangan Rasulullah SAW adalah semata-mata untuk membawa umat beliau semua kesyurga Allah.

           Cuba kita lihat kasih sayang seorang ibu atau bapa dengan kasih sayang Rasulullah SAW dengan kita. Apabila seorang ibu atau bapa menyayangi anak-anak mereka maka mereka akan membeli apa sahaja barang yang diminta oleh anak-anak mereka, tetapi dalam hal kasih sayang antara anak dan ibu bapa ada batasnya, apabila seseorang ibu atau bapanya itu berasa gembira dengan pencapaian anaknya dalam bidang pelajaran dan tidak mahu mengajar anaknya itu dengan pendidikan Islam maka ianya bukan dikatakan seorang ibu atau bapa itu sayang kepada anaknya.

            Sebabnya yang akan menjaminkan anak itu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan mengajar anak itu dekatkan kepada Allah, kalau anak itu cuma dididik dengan mempelajari pelajaran lain maka anak itu cuma dididik dengan mempelajari pelajaran lain maka anak itu akan jadi pandai dalam hal itu dan tidak tahu langsung tentang agama. Apabila ini berlaku maka inilah yang dikatakan seorang ibu atau bapa itu cuma sayang anak itu kerana dia menjadi pintar dalam bidang yang dipelajarinya.

           Dalam masa itu haruslah seorang ibu atau atau bapa itu sedar bahawa anak yang mereka tidak didik dengan cara Islam sebenarnya mereka tidak sayang kepada anak itu, seorang ibu atau bapa hanya dikatakan sayang kepada anaknnya apabila dia memelihara anak itu mengenal Allah dan rasul serta mendekatkan diri pada Allah, sebab yang dikatakan demikian adalah kerana Allah SWT telah terangkan kepada kita bahawa kita akan dibangkitkan kembali ke satu alam yang disebut alam Akhirat dimana di sana kita akan disoal satu demi satu, dan mereka yang tidak mengerjakan suruhan Allah akan dicampak ke dalam api neraka yang sangat pedih siksanya.

           Kalau seorang ibu atau bapa sayang kepada anaknya apakah dia akan membiarkan anaknya itu membesar tanpa mengenali Allah dan Rasul, apakah seorang ibu atau bapa berasa gembira apabila melihat anaknya tidak sembahyang, tidak berpuasa, tidak mahu mengeluarkan zakat, dan lebih suka hidup cara Yahudi dengan mengamalkan budaya-budaya karut dan fahaman-fahaman karut.

           Seorang ibu dan bapa juga dikatakan pengkhianat kalau hanya mereka sahaja yang mengamalkan agama tanpa mempedulikan tentang anak-anak mereka,padahal mereka itu adalah penentu kemanakah mereka hendak membawa anak itu, sama ada dekat kepada Allah atau dekat kepada neraka. Kalau ibu bapa bergembira anak-anaknya mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang besar dan mereka tidak mendidik anak-anak itu dengan agama Allah, dan apabila mereka (ibubapa) itu telah tua dan telah sedar mati itu terlalu dekat maka mereka tidak pedulikan anak uang mereka banggakan dahulu, sebaliknya mereka memulakan solat dan mengingati Allah, jadi dalam hal ini yang dikatakan pengkhianat ialah kedua ibu bapa kalau hendak berdakwah dengan anak rasa malu sebab diawal-awal lagi dia tidak diajar mengenali Allah dan Rasul. Ini bukanlah dikatakan sayangnya ibu bapa pada anak-anak mereka.

           Cuba kita lihat pula bagaimana Rasulullah SAW menyayangi umat beliau, baginda berdakwah demi untuk umat beliau suapaya smeua umat beliau memasuki syurga Allah, walaupun beliau cedera dalam menyampaikan dakwah tetapi beliau tetap berjuang hingga ke akhir hayat untuk mendekatkan umat beliau kepada Allah SWT.

          Rasulullah SAW telah mengajar segala yang perlu kepada kita supaya kita mengikut cara beliau dalam semua bidang, ini bertujuan supaya kita mendapat kejayaan didunia dan akhirat, kita juga harus mempelajari semua bidang yang perlu, sama ada bidang sains, bidang perniagaan atau bidang-bidang lain dengan syarat ianya tidak lari dari ajaran Islam.

           Cinta Rasulullah SAW pada kita adalah yang unggul dan tidak berbelah bagi, sebab itu Rasulullah SAW menyuruh kita membuat perkara-perkara yang dituntut, dan Rasulullah SAW sangat sayang pada kita dan baginda tidak sampai hati untuk melihat umat baginda berada dalam penyiksaan Allah di akhirat nanti. Sebab itulah walau pun baginda telah tahu ajal baginda telah dekat namun baginda menggunakan masa yang ada sedikit itu dengan memberi amaran dan nasihat terakhir, inilah yang dikatakan sayang dan sejati.

           Saudara-saudariku, hidup kita ini tidak akan kekal, satu hari nanti kita juga akan mati, oleh itu ingatlah segala pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan dekatkanlah diri kita kepada Allah, janganlah kita tangguh-tangguh lagi kerana mati itu terlalu dekat pada kita dan ia adalah perkara yang PASTI akan berlaku.

           Ya Allah peliharalah kami semua dari godaan dunia, peliharalah kami dari dunia yang penuh dengan muslihat, pimpinlah kami ke jalan yang lurus ke jalan yang Engkau redhai. Amin.

Terima kasih atas meluangkan masa membaca tinta ana......



 

Monday, July 19, 2010

Aku & Kenangan....

Tersenyum dengan telatah kawan-kawan....
Mereka mendiskripsikan diri aku ini ceria dan happy go lucky...
Benarkah..
Itu lah yg tersirat tidak pernah mereka mengenali...
Merekalah temanku di alam maya.
Ketawa bila ku taip 'haha'
sedih bila status ku berubah kata2 haru...
Sebaliknya....inilah teman baikku..
Laman maya.
Aku dibesarkan dengan keluarga yang kecil. Bertiga. Hanya punya dua abang.
Dari kecil, aku tidak ada gurauan seorang kakak ataupun adik...
Buku dan karangan adalah teman sepermainan..
Kerana itu, sehingga kini aku masih menyintai dunia puisi,cerpen dan diari hati sebuah tulisan..
Kerna itu adalah aku. Aku berbicara dengan pena. Bukan dengan manusia.
Pernah aku mengenali tapakan sebagai manusia alpa.
Sampai ke tahap aku di duga, aku kembali menapaki tuhanku Ya Allah.
Sungguh ku buta dalam cahaya.
Sungguh ku lupa tika bahagia.
Sedang Kau dekat bukan dimata.
SentuhMu erat dipinggir jiwa.
Hari ini airmata melimpah lagi....
Benar aku berdosa Ya Allah...Banyak lupa padaMu

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau kuhimpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu...
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu...


Hari ini kubiarkan semua berlalu dalam mimpi...
Allah beri aku kekuatan..
Moga-moga aku terus kuatkan hati dalam mengejar cintaMu..

Saturday, July 17, 2010

APA MAKNA CUKUP DAN MENCUKUPI?


RENUNG SEJENAK

  • Tiada percutian seindah menunaikan haji ke Makkah.
  • Tiada senaman sebaik-baik Solat Lima Waktu.
  • Tiada diet yang seimbang sebagus berpuasa di Bulan Ramadhan.
  • Tiada Role Model sesempurna Rasulullah SAW.
  • Dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT.


Dewasa ini, seringkali kita mendengar si fulan bercuti kesana kemari. Ke US, ke Afrika Selatan, ke China. Tapi sayang, duit yang dikumpul. Yang di peroleh, tidak pula mahu disemai untuk menunaikan ibadah haji. Dan membajai diri kehadrat Illahi…

Seringkali kita dengar ungkapan busy, tidak sihat, tidak ada daya atau kemampuan dsbnya lagi alasan-alasan meninggalkan solat. Tetapi berusaha mengikuti info tv dimana “20minit sahaja sudah mencukupi sehari untuk senaman badan; berjogging, bersukan, berjalan dsbnya.” Jika kita beri alasan sakit, mengapa Nabi Ayub a.s. mampu beribadah walaupun solat mata? Jika sibuk urusan kerja untuk hidup senang, mengapa Nabi Sulaiman a.s. tetap mampu beribadah kepada Allah ye? Tidak ada alasan untuk tidak bersolat. Malah jika dihitung, solat kita lebih praktikal dan konsisten berbanding senaman 20minit yg dianjurkan... Apakah kita lupa akan kelebihan solat?

Wanita masakini amnya semakin ligat bersaing untuk menguruskan badan. Untuk kelihatan cantik, menawan dsbnya. Sehingga sanggup memaksa diri menelan segala ubat yang tidak ada manfaat ke atas tubuh pun. Impak yang sama, cuma perlukan satu suntikan sahaja sebenarnya. Apakah suntikan itu? SABAR. Ya, sabar dalam berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Bukankah ia lebih baik dari menyeksa tubuh. Tubuh ini untuk dipakai hingga hari tua saudara saudari ku…

Remaja,golongan dewasa dsbnya. Lebih gemar menjadikan selebriti,tokoh kafir terkenal, dsbnya untuk dijadikan role model (contoh ikutan). Jarang sekali mendengar remaja Bandar khususnya berkata “Nabi Muhammad SAW memang idola kita. Sebab tu kita pakai macam sunnah Rasulullah SAW kemana-mana.” Nampak janggal klu org ini berada di kelompok remaja elit rasanya. Sedangkan Rasulullah SAW contoh terbaik dalam psikologi, pemerintah,ketua keluarga, rujukan suami dsbnya.

Sudah semestinya Allah yang Satu. Sayang Allah nescaya insya’Allah, Allah syg kita juga.

Sekian.



Saturday, July 10, 2010

KACAP TERLABIK!!


Jika Perkahwinan kerana Allah swt dan Sunnah Nabi SAW, insya'Allah takkan jadi macam ni saudara,saudari ku sekelian...

Kisah Rabiatul Adawiyah


Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....

Berkongsi sedikit kisah mengenai seorang wanita yg aku anggap seperti Mentor untuk aku terus berjuang dalam Islam...


Kisah Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
 
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
 
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
 
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
 
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
Wassalam.
 
Kisah diceritakan oleh ustaz Daud Che Ngah.

إن شاء الله تعالى. الحمد لله رب العالمين.





PERISTIWA : Kenapa Tak Rogol Saya??

Kisah benar ini berlaku di US.



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.







Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.







Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.







Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.







Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.







Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.







Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.







Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).







Dia pun tanya perogol itu..







“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”



(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)







Perogol tu jawab:







“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”



(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)







Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.











p/s : MORAL CERITA INI???







Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.







"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."



[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]







Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...



semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...



sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….







semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….







Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..



moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...






firman Allah SWT Surah An-Nur ayat 31 :
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka (jangan melihat lelaki janabi) dan memelihara kemaluan mereka (tidak berzina) dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka menutup (aurat mereka) dengan JILBAB hinggalah menutupi dada mereka dan janganlah mennampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak lelaki mereka atau anak lelaki suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak saudara lelaki saudara lelaki mereka atau anak lelaki saudara perempuan mereka atau pelayan lelaki yang sudah tidak ada keinginan syahwat kepada wanita atau kanak-kanak lelaki yang belum mengerti tentang aurat wanita. janganlah kamu menghentakkan kaki agar diketahui (didengari) perhiasan yang mereka sembunyikan (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"

HARGA MALU DALAM DIRI WANITA


Dalam perjalanan balik dari pencarian kelengkapan perkahwinan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, kami sekeluarga balik kerumah melalui jalan Damansara. Petang itu, jalan memang penuh sesak. Apatah lagi hari sabtu merupakan hari cuti minggu rakyat Malaysia rata-ratanya.

Dalam sibuk menongkah arus kesibukan perjalanan, ana sempat menyaksikan panorama dan pemandangan Damansara disisi tingkap kereta. Dalam asyik meneroka, tiba-tiba terpandang pasangan dikereta sebelah yang sama-sama berhenti di traffic light. Ingatkan merapatkan muka kepada pasangannya sahaja. Lama ana perhatikan ggelagat mereka. Alangkah terkejutnya apabila tanpa segan-silunya mereka saling berkucupan dari bibir ke bibir dihadapan ana!!! Ana terkedu. Tunang ana yang seolah-olah memahami selepas melihat ana terkebelakang dengan tiba-tiba sambil mengurut-ngurut dada berkata : "Suami-isteri la tu kot....Biarkanlah mereka." Kata-kata Abang Firdaus diibaratkan mahu meredakan pemikiran kami sekeluarga yang pandangan sudah beku di sisi tingkap tersebut. Beliau cuba menenangkan kami. 




Hati ini seperti disiat-siat. Sudah di khalayak ramai, yang si gadis memakai tudung pulaaaa....Sudahla memakai tudung, buat macam tak bersalah bila berpandangan dengan kami. Boleh terus berkucup pula...Astaghfirullahala'zim...apa nak jadi dengan anak gadis Melayu kita ni. Ana ambil kata Firdaus. Kita Hussnuzhon.. Arrghhhh...mcm mana nak hussnuzhon ni. EEiii...getus hati berulang kali. "Kenapa la aku pegi tengok ye!!" Geleng kepala..

Bila pasangan ini mula menyedari kami sekeluarga menyorot mata tak sudah-sudah, mereka mula menjarakkan kenderaan dari kami. Teringat kata-kata Ummi tempoh hari : "Malu pada manusia dekat dunia sahaja, dik. Kalau malu pada Tuhan, mesti dia mengerti harga malu yang sebenar dalam diri wanita. Bila kita tahu dimana harga malu kita, mesti kita akan pakai selalu dan membendung gejala buang bayi serta zina..." Masya'Allah, kata ibu itu memang banyak gunanya...Baru ana faham maknanya 'MALU ITU PAKAIAN WANITA'. Kalau tak pakai, maka bertelanjanglah akhlak wanita tersebut nanti. Wallahualam~

Bezanya Wanita Muslim (menutup aurat) & 'Wanita' Pondan

     "Okey Emy, balik dulu.." Ana mengangkat tangan lalu melangkah dari kaunter meninggalkan Helmi selepas selesai bertugas pada petang Khamis itu. Seperti biasa, selepas menunaikan solat Asar di surau stesen, ana akan bergegas ke tandas untuk membetulkan tudung dan niqab. Semasa asyik membetulkan pin niqab, pintu dibahagian tengah tandas terkuak....

     "Okay..nanti Rina call you balik ye. Iyelah honey...Rina pun tak tertahan menanggung rindu." Hampir nak termuntah ana mendengarnya walaupun tidak mengerling langsung siapakah gerangan yang menjawab telefon sambil menapak keluar dari tandas tersebut. Ana masih sibuk menarik-narik niqab agar tegang dibahagian batang hidung, iyelah..bersesak-sesak didalam LRT. Nanti, time tulah nk membetulkan niqab yg tak center. 'Si kelibat' ini berada betul-betul disebelah ana. Dari kerlingan tepi mata sedang asyik menapuk-napuk bedak sampai debu-debunya bertempiaran ke sinki tempat ana berdiri. "Melampau pulak dierrrr......" Getus hati.

     Tiba-tiba mata ni seolah-olah macam teringin benorr nk memandang 'Si Kelibat" ni. Terbojol mata bila menyaksikan tepat kearah halkum dewata punya besar. Fikiran menerawang. Apesal bahu tak normal ni? Besar semacam...Dengan skirt pendek, betis besor. Aiik....Astaghfirullahala'zim..barulah ana perasan. "Makkk...Pondan!!!!" Jerit hari ana...Macam mana ni. Nampak akak cleaner ada sedang asyik mencuci tandas pertama. 

     "Eii...kamu ni lelaki kan? Kamu tau tak salah masuk tandas wanita? Tak malu ke?." Ana cuba memberanikan diri. Iyelah, nasib baiklah ana tak gondol pakai anak tudung je. Bukan ke tu nanti jadi kes aniaya? "I perempuan la nokk.." 'Wanita' celup ni dah mula menaikkan kening pada ana. "Astaghfirullahala'zim...jangan macam ni lah saudara. Awak ni Allah jadikan sempurna,elok,lengkap...Kenapa nk ubah2? Awak tau tak..kalau tadi saya betulkan anak tudung, awak secara free dh dapat tgok aurat saya, sedangkan itu bukan kerelaan saya kalau saya tahu awak ni lelaki. Kalau awak benar-benar nak jadi wanita sangat. Cuba pakai tudung! Saya nak tengok, agak-agak awak masih tak nak kekal sebagai wanita?? Awak ingat cantik ke jadi wanita macam ni? Terbonjol sana, terlopong sini...Ini bukan wanita...ini badut." Ana dah mula mencekak pinggang. Sikit berang sebab sudahlah dia melawan ana yg staff Stesen. Melanggar peraturan pula. Nak bicara soal jantina lagi tu...Isk..isk..isk...

     "Kakak,makcik or whatsoever la...I ni dah lali dengan ceramah perdana you all's..You all's if nak buat forum, pegi tempat lain. Bagitau je yang you all's jealous dengan I, sebab I lagi mengancam dari You all's, kanKatalah ape pun. Ada aku kisahhh...???." Beliau menapuk-napuk bedak lagi. "Fine,saya pun dah tak mampu cakap ape dah. Sebab bila kita nasihat pun, yang awak dan kawan2 jenis awak ni cuma nak dengar orang macam kami ni tak tergugat dgn clone  mcm awak kan...Takpelah. Saya nasihat sbb sy rasa belum terlambat lagi. Tapi, macam yg saya selalu kata pada kawan-kawan 'lembut' sya lah..Sampai bila you all's ni nak stay jadi orang lain. Sampai satu saat dan masa, you all's akan kembali mencari yang benar. Tapi jangan sampai terlewat ye." Ana pun berlalu pergi.

     Kemudian dalam train, nak dijadikan cerita. Semasa train singgah di Stesen KL Sentral, masuklah sekawan 'mak nyah' dan berdiri bersama dengan ana di palang tempat ana berpaut. Mereka ini tak sudah-sudah bercerita mengenai itu,ini dan sebagainya. Kejadian pertama, tangan mereka ini hampir mengena tangan ana. Dan ana sudah memberi 1st warning. Kemudian semasa train berhenti lagi, seorang dari 4 orang 'mak nyah' ini terlanggar ana.. "Hey, boleh tak jaga perlakuan kamu!." Ana mula mempertahankan diri. Tidak sudah dengan kisah di tandas wanita. Kini golongan ini bertindak biadap pula di dalam train. "Elehh..sesama pompuan pun nak kecoh!" Seorang dari 'mak nyah' ini mencebik ana. "Awak bukan perempuan.." Ana memandang tepat kearah mereka. Setelah selesai kes tersebut, ana terus berdiam. Tetapi ternyata 'mak nyah' ini berkomunikasi dalam english pula. Di ayam-ayamkan ana ibarat memakai niqab, maka jelas seperti ana ini kekampungan tidak tahu bahasa luar. "Excuse me, do we know each other exactly? Am i disturbing your 'honey bunny' till you disgrace myself on public? Shame on you,dude!." Mereka hanya terkebil-kebil memandang ana dan berlalu di stesen Taman Jaya. Ana menarik nafas lega..Fuuhh. Alhamdulillah. Allah memadamkan api kemarahan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah....

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

***************************************************************************

Setibanya ana di Stesen Kelana Jaya, ana menaiki lif dengan ramai wanita Muslim yang rata-ratanya memakai skirt pendek. Mereka memandang ana atas dan bawah. Aikkk..hairan. Aku yg patut dipandang pelik, atau kalian yang harus kukatakan seperti pondan ganazzz yg baru kutemui tadi...Ana cuma mengurut dada utk menahan kesabaran. 

Benarlah kata teman ana. Kadang-kdang takde beza antara pondan/mak nyah dengan sahabat-sahabat wanita kita yang enggan menutup aurat. Kenapa pondan ini gemar berpeleseran? Selagi ada penasihat mereka. Selagi ada wanita asli pesaing mereka. Selagi wanita Muslim enggan menutup aurat ini masih tegar memilih kata 'belum sampai seru', selagi itulah kita tak dapat membendung kebiadapan si 'mak nyah'. Seperti yang ana jelaskan dari awal cerita tadi. Kenapa kita tak pernah lihat 'mak nyah-mak nyah' ini tidak bertudung lengkap menutup aurat ye??? Dah macam takde beza dah dengan wanita-wanita Muslim yang pergi keje, keluar shopping atau bersantai dengan skirt,short pant dan sebagainya. Kerana 'mak nyah' juga mampu menjadi mereka... itu pun wanita kita tak mahu sedar takde keistimewaan dah dengan membuka aurat. Malah memberatkan pandangan.

Pada 'mak nyah-mak nyah' yg tak diiktiraf dalam Islam ni. Sudah-sudahlah membelitkan fakta anda tu golongan 'TULEN'. Silap-silap ada yang keluar dalam surat khabar muka depan Metro. Siapa nak jawab tu nokkk.....?




 vs