Monday, April 1, 2013

Etika Muslimah?


Assalamualaikum saudara saudariku :)

Saya terima soalan di email.

Adakah kita ini layak digelar muslimah yang bermujahadah ke jalan Allah bila kita sudah bertudung labuh dan berpurdah?

Saya jawab ya dan tidak :)

Eh. kenapa pula?

Kerana jika kamu menutup aurat kerana  Allah swt. Alhamdulillah benar kamu sedang bermujahadah menuju kejalanNya. Tapi nanti dulu. Jalan terus ada simpang. Kalau belok, belum sampai destinasi. Jalanmu kabur dan perkataan yang hilang dalam diri sebagai muslimah adalah : ISTIQOMAH.

Ya! Istiqomah. Mudah diucap sukar dilaksana.

Saya bagi contoh paling kemas dan acapkali berlaku waima menutup aurat sekalipun. Ini realiti.

0545am : mata celik. belum azan. tidur semula.
0745am : tersedar dah terlepas subuh.
0845am : sampai pejabat lewat. kerja bertimbun.
11.30am : kerja tak selesai lagi. dhuha dah lama pergi. perut dah berkeroncong. sambung kerja.
1315pm : time lunch. terkocoh cari kantin. makan + bergosip.
14.15pm : tak sedar dah lewat. bergegas nk sambung keje.
16.00pm : baru sedar dzuhur tak selesai lagi. tgu sekejap. 4.30 boleh terus layan asar. layar fb jap :)
1630pm : pegi surau terkocoh nak berwudhuk. solat dzuhur gajah namanya.
1645pm : rilek dlm surau mcm takde keje. tgu asar katanya.
1715pm : selesai solat asar. jumpa mek. gosip kejap.
1730pm : turun kt meja. ohhhh...dah time balik :)
1740pm : jalan jammed.
1830pm : sampai rumah. mandi. berehat kejap.
19.00pm : layan slot akasia tv3. drama hot kata kan!
1930pm : azan maghrib dah panggil. tp time ni la pn tgah syok..
2000pm  perut dah start bunyi. keluar brg masak.
2015pm : aaaa...maghrib tak lagi!!
2030pm : layan facebook. layan youtube.
0030pm : mata dah ngantuk. terlupa nak isyak. terus lelap.

rasa-rasa pernah jadi tak macam ni? rongak ibadat sana-sini. jangan salahkan timing~
jangan pernah salahkan sibuk~
sebab selagi kita ada masa nak update itu update ini. sebenar hakikat kita TIADA ALASAN untuk skip ibadat!

itu contoh rutin.

belum lagi status harian.

saya rasa sekarang dah mula bercambah muslimah yang ayatnya maaf dibicara : BIADAB.

saya ambil contoh : kau jangan nak tunjuk baguih...KAU KACAK? KAT DUNIA JE BEB....tak lapaq aku kat hang....CINTA AKU HANYA MILIK ALLAH. hang boleh belah dengan islamik hang. konon nak taaruf la..tuihh

ini saya bikin sebagai contohla. kalau saya bagi link,ke print screen ke, itu aib namanya. anggap ini contoh. kalau pun pernah terjadi. diam-diam je siapa ye. mohon terasa kalau pernah buat.

saya sengaja bold. sebab saya teringin nak tanya, ape kepuasan yang muslimah-muslimah tersayang dapat? maaf kata dalam bicara ni. hanya PANDANGAN NEGATIF dari public. public yang anda cipta. kenapa saya kata cipta? kerana anda yang membenarkan mrk menjadi public anda semasa anda mnge'approve' mereka ini.



seharusnya, jadilah orang yg lebih sopan. walaupun hakikatnya sifat anda seorang yg kasar. sya juga kasar. saya akui, saya suka panjat pokok. saya suka bawak motor laju-laju. saya suka tonton filem aksi dri cinta. sya suka main game survivor dari barbie. saya suka aktiviti ekstrem dari berjalan pimpin tangan di taman bunga. saya juga bekas pemain bola sepak wanita dizaman sekolah dahulu. mgkn tak ramai kenal saya. dan tidak tahu bagaimana saya boleh jadi seperti sekarang. x perlu ceritalah. kita semua ada kisah tersendiri. pokoknya disini, adakah saya perlu bercakap biadab dikalangan orang-orang berilmu di fb? kalau pun mrk kurang ilmu, adakah saya layak untuk tidak hormat dalam melahirkan bahasa-bahasa yang biadab. kalau dato' a samad said, beliau panggil pelacur bahasa. berat tp tepat. jadi, marilah muslimha-muslimah sekelian. tidak salah kita hanya mencintai Allah yang satu. memang itu antara cara kita mengesakan Allah. tapi, tak perlu nk menunjuk sedemikian rupa. what a pathetic word comes out from a moslemah?

saya harap entri kali ini, muslimah sekelian dapat mengambil iktibar. saya suka nak peringatkan. Anda jika mahu bermujahadah, lawanlah riak dan takabbur dalam diri anda dahulu. Baru gelarkan diri sedang bermujahadah. Jangan kita menjadi ketam mengajar anak. Kita ini bagai buku bergerak oleh masyarakat. Bagaimana sebuah buku boleh jadi ajaran sesat kepada pembacanya, kalau penulisnya sendiri tak melakukan selari dengan akalnya.

Sekian. Wassalam.


Syukurlah! Syukurlah!



Bangun pagi. Ucaplah syukur kepada allah swt. 
Percayalah setiap pagi pintu rezeki kita dibuka.
Tetapi samada kita yakin bahawa rezeki itu dri allah atau dri kita semata.
Semua perkara yg kita lihat,kita pegang, kita nikmati, mrk rasai, segalanya...
Milik allah swt.
Jadi, janganlah sombong.
Jadi, janganlah angkuh.
Dengan berkata "tanpa aku, kau takkan kemana!"
Juga berkata "siapa yang bagi kau makan, klu bkn aku?"
Malah tega berkata "kau bukan siapa2, klu bkn aku yg naikkan!"
Ingatlah, nikmat hari ini boleh hancur seperti debu jika allah berkehendakkan apa yg Dia mahu. Tetapi kita, jgn bongkak dgn mengatakan "ini dan itu aku punya". Krn yg dtg itu dri allah samada kita mahu atau tidak. Sbb, allah blh mengadakan satu perkara dgn sekelip mata tanpa kita duga. Begitulah sebaliknya.
Jgn hrni kita megah akan kehebatan kita, esok kita papa kedana dunia akhirat.....
Berjuta manusia dalam kubur mahu kembali utk bersujud dan beribadat serta berdoa diampunkan allah. Krn mrk tidak sanggup melihat kita hdup dlm keadaan fakir ibadat. Tapi kita yg hdup tidak mengendahkan segala yg tbentang ini. Sesungguhnya, segala yg ada dibumi hanya milik allah swt. Kita hanya mengusahakannya shj utk menjadikan kita bsyukur dan beribadat kpdNya akan kebaikan yg diturunkan. Bukan dgn memakai pakaian allah kehulu dan kehilir...