Tuesday, May 4, 2010

Perbezaan Cabaran Student Dan Wanita Bkrjaya dlm Berniqab

Bismillahhirrahmanirrahim..

Dah lebih seminggu rasanya tak aktif blog. tak update cerita2 terbaru sepanjang melalui pengalaman kerja ditempat baru sebagai Customer Service untuk RapidKL. sebelum ni bertugas sebagai operasi di Celcom berbeza dgn pengalaman sy di RapidKL. Kali ni sy membuat pengkajian mengenai bezanya cabaran berniqab bagi seorang pelajar dan wanita yg sudah bekerjaya...

Hari pertama memulakan tugasan saya di Stesen Kelana Jaya Line, saya menjadi perhatian bagi orang-orang bukan Islam. Perkara tu dah lama saya jangkakan. Kerana tak semua rakyat Malaysia mendapat maklumat yg tepat mengenai Niqab atau lebih dikenali sebagai Purdah. Kebanyakannya disogokkan berita-berita palsu dan mendiskriminasikan wanita-wanita Islam atas nama 'Terrorist' atau 'Pengganas'. Maka lahirlah pengganas-pengganas liar yg menamakan diri sebagai pejuang Islam, padahalnya Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap ekstremis tanpa sebab yg munasabah. seperti contoh, mengebom diri. label ini secara tidak langsung mencacatkan perjalanan wanita-wanita Islam umumnya yg berniqab. Impak ini mereka tidak pandang. Malahan mereka bangga apabila title 'syahid' bakal diraih. yakinkah anda akan mendapat title ini? Wallahualam....hanya Allah berhak melabelkan siapa hambaNya yg terpilih. Oleh kerana aspek-aspek inilah, sy tidak menyalahkan 'mereka-mereka' yg memandang pelik pada saya.

Berbalik pada cerita perbezaan yg sudah saya telusuri sepanjang berada di kaunter Customer Service. Banyak sudah sy bertanya. Rupa-rupanya, cabaran berkarier tetap lebih tinggi dari bergelar seorang pelajar. Seperti yg selalu sy update di laman facebook sy, ramai pelajar-pelajar UIA istiqamah dalam pemakaian mereka semasa di kampus. dan apabila keluar menikmati perjalanan harian mereka di luar kampus. Berbeza bagi bekas-bekas pelajar UIA yg mendapat tawaran disektor awam atau kerjaya yg melibatkan sektor-sektor perhubungan awam. begitu juga seperti doktor,guru sekolah,engineer, dsb..mungkin ada yg masih istiqamah. seperti doktor di Pusat Rawatan Islam, guru sekolah agama dsb. tetapi bilangannya amat kecil. boleh dikira dgn jari kalau diletak nisbah sekalipun. seperti yg sy sempat bertanya krn mereka tertarik dgn kerjaya sy yg memerlukan komunikasi bersama pelanggan. ada yg bertanya bagaimana pandangan majikan. disini sy tegaskan, jangan tunduk dengan pandangan org lain klu anda rasa pemakaian anda bukan penyebab kematian org yg melihatnya. maksud sy, org takkan mati kalau tgok kita berniqab. kecuali kalau si pemakai tu ada senjata yg blh mencederakan org. tiada alasan untuk seseorang mengatakan 'NO' utk niqab! Kalau penggunaan mask H1N1 dibenarkan, mengapa tidak niqab (dh ada satu reason kan)? Jawapannya mudah, sy jawab tugas sy adalah menjalankan kewajipan utk menerangkan fungsi pass rapidKL. bukan fungsi tubuh badan dan wajah sy. cukup sekadar pelanggan boleh mendengar suara sy utk mendengar penjelasan dan eye-contact, sy rasa ia tidak menjejas kredibiliti sebagai seorang pekerja.

Berbeza dengan pelajar. Ramai yg berusaha mengedit gambar, istiqamah dalam pemakaiannya. Tapi antara sedar atau tidak, ada yg terpaksa berkorban. Belajar tinggi-tingi. Bila apply kerja, jadi jurujual kedai buku agama, kerja dengan jabatan-jabatan hal ehwal agama (beruntung jika anda berjaya!). Bagi yg tidak berjaya, terpaksalah terus dgn perjalanan menjadi seorang isteri yg taat pada perintah Allah dan setia menjalani tugas seorang isteri dirumah. Jumlah yg pelik memandang anda hanyalah rakan sekolej/sekampus anda. Tetapi tidaklah menjadi terlalu pelik kalau anda pelajar UIA,KUIZ, dsb. Cuma apa yg sy tahu, pelajar UPM ada yg tidak boleh mengenakan niqab. Tak pasti lah saya (tapi sy ada seorang kenalan yg sy panggil ukhti fauzani yg belajar di UPM Serdang, blh je bniqab?) Terpulanglah pada management. Kerana itu sy tegaskan sekali lagi huraian sy minggu ini, jangan mendabik dada mengenai istiqamah kalau perjalanan anda-anda belum benar-benar teruji. Kadang-kadang sy lihat di laman facebook, ada segelintir gadis berniqab (maaf,sy menegur bkn niat menyakitkan hati) terlalu lantang mengatakan dirinya berpaksikan agama Allah. Sedangkan integritinya belum tentu benar-benar kearah itu. Ingin sy peringatkan dirimu wahai gadis-gadis penaung isteri Rasulullah SAW, dirimu sentiasa dipandang masyarakat. sekelumit zarah pn kesilapanmu akan dibaca sehingga akhir hayat manusia. Tak kiralah kalau sikap kamu sebelum ini brutal, funky, rock atau selamba ya-ya. Ubah persepsi dan tingkahlaku itu. Ingat, anda bawa imej muslimah, pakaian isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. bukan pakaian tradisional kebangsaan kita. Kalau org pandang rendah pada integriti kita dan sikap kita, org akan pandang rendah pada keseluruhan bukan pada kamu seorang!

Kesimpulannya disini, kebanyakan yg berniat istiqamah dlm pemakaian mereka tiada pilihan dalam memilih kerjaya yg setaraf dgn bidang yg diambil. Melalui berbagai tohmahan dan diskripsi org luar mengenai pemakaian mereka. Penyelesaiannya, anda yg mengawal keadaan atau pandangan org yg mengawal anda? Tepuk dada, tanyalah iman..pilihlah mana yg anda mahu. Sy faham kalau ada lelaki-lelaki yg berkata, wanita tidak wajib bekerja. Yes. Bagaimana kalau yg berniqab itu tidak berbapa dan mempunyai bilangan adik beradik yg ramai. Adakah itu penghalang mereka utk meneruskan kerjaya? Dizaman serba moden ini, tidak ada satu pun yg boleh menghalang seseorang menegakkan prinsip kehidupan mereka. termasuk anda! Jadi kalau disebabkan hanya secebis kain dipasang di wajah org diskriminasi anda dan anda lumpuh dalam kuatkan langkah....bagaimana nk meneruskan kekuatan bagi cabaran yg lain? Tegaskanlah apa jua yg anda perlakukan selagi ia tidak melanggar syariat Islam. Inilah ujian-ujian anda yg Allah bakal turunkan. Samada memilih atau tidak. Mmg benar niqab tidak wajib. Tetapi kalau anda sudah sampai boleh menarik minat lelaki, jgnlah sampai menjadi penyebab kepada fitnah itu. Sesungguhnya fitnah kaum wanita itulah musibah paling besar buat kaum lelaki yg sudah Rasulullah SAW tinggalkan di zaman kita.

Untuk penutup cerita ini, sy tinggalkan anda (gadis berniqab) utk menilai dimana sebenarnya harus anda letakkan diri anda. Sebagai org yg menipu diri sendiri, berfesyen (trendy) atau yg tulus memilih ini jalan hidup anda yg telus. Jangan menjadikan niqab adalah satu kesusahan. Tapi niqab inilah sebenarnya kekuatan seseorang wanita tegas mempertahankan sesuatu yg org lain tidak ada hak utk lihat! Sekian, wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

buat sahabatku syahida,tintamu jadi panduan,garisan & pedoman..cabaranku sekian lama mnanti keizinan suami utk bniqab.pelbagai kata2 mnusuk2 hati kecil kerna mnganggp bniqab itu akn mnjarakkn kluarga & teman2..akhrnya aku d restui..mnitis airmata,sujud syukur aku pdNYA.muslimah bniqablah pd hati nescaya tidak sia2..

Fastabiqul Khoirat said...

buat sahabatku yg tidak bernama, semoga Allah melindungi dan membantumu dalam menguruskan istiqamah mu memilih utk menutup pandangan dari ajnabi....semoga rintihanmu Allah dengar dan setiap rintihan itu ukhti hargai...

Cik Muda Fathin said...

salam ziarah. berniqab itu memang memerlukan istiqomah yang jitu. Memang masyarakat akan pandang kita seperti memandang sesuatu yang pelik. Seolah-olah kita seperti memakai pakaian yang seksi pula, sedangkan wanita yang memakai seksi2 itu biasa bagi mereka. Inilah tanda2 khiamat.. Janganlah kita tunduk pada tohmahan dan cacian org. Kalau itu berlaku sekalipun itu hanyalah ujian dari Ilahi. Moga enti tabah dan istiqomah dalam mengharungi hidup ini. =) salam ukhwah Fillah..

Fastabiqul Khoirat said...

mohd farhan jamaluddin : terima kasih atas ziarah nya. terima kasih sekali lagi atas kata2 semangat dan doa dalam menerus mjadi niqabis. walau banyak mana pun tohmahan yg dilemparkan kpd niqabis, ana tetap ingat akan kata2 ustaz ana : "kalau kita merasa perit dan berat dlm menyampaikan dakwah, baginda Rasulullah SAW telah mendahului kita dalam segala kepayahan berdakwah. letakkanlah kepayahan sebawah-bawahnya berbanding Ya Rasulullah..."

Anonymous said...

salam akk :) sy bru berniqab pada umur 18 thn.lalu sy berazam utk terus istiqamah. ttp tdk djgka apbila sy plg ke tanah air. keluarga berasa krg gembira lantas menyuruh sy m'bkenya n jd sprti biasa.(sebelum pakai sy dh mnx izin ibu bapa dulu) mrk kt apbila plg kembli pkai la.tp d mlysia. xperlu. jd normal shja. sedihnya hati tatkala mndgr ;( ttpi sy xsnggup melwn ibu..akk :(

Fastabiqul Khoirat said...

waalaikumsalam adikku syg,
mulalah dgn pendedahan pada ibu dan bapa adik...

1. klu dgn family tdekat, hindari dahulu.
2. banyakkan ta'aruf dgn sahabat2 berniqab, dan ajak mrk ziarah keluarga. agar ada tarikan drpd keluarga adik.
3. jgn putus asa utk memujuk syg...
4. jgn berhenti doa dari Yang Maha Esa.

jika ada apa2 masalah, berhubunglah dgn akak kembali..

pendamba cinta Ilahi said...

assalamualaikum kak,,
saye nk tanye..cmne akak bleh pakai niqab??sy tertarik sgt dgn pemakaian niqab ni..sy nk pakai tapi sy xtahu ape niat sy yg sbnrnye..sy takut terslah niat kak..nk bt cmne ye kak..sy mntk pndgn akak..sy rase bile pakai niqab ni mmg rase terjage..sy suka sgt tgk org yg pakai niqab..akak,sy nk jdi wanita solehah..sy nk dijage seiring dgn akhlak yg baek..akak,fb akak ape??kalau boleh,sy nk berhubung dgn akak lebih lanjut..

Anonymous said...

Assalamualaikum..sy mmg niat nk pkai niqab sbb sy rase xselamat.org lelaki selalu pandang sy.sy jadi takut sbb segalanya bermula dr pandangan.dr mata turun ke hati.harap bantuan dan nasihat dr ukhti.