Thursday, May 20, 2010

PILIH LAH 'LIMA' APA YG ANDA MAHU KAN

Korang gerenti ada plan lima tahun kan? Takde? Ape nak jadi lah dengan korang ni. Ada? Alhamdulillah, baguslah! Dalam lima tahun dari sekarang, apa korang dok plan? Nak jadi kaya? Nak jadi orang berjaya? Apa nak jadi, jadilah!! Errr...dalam pada dok plan tu korang sure  ke korang hidup lagi masa tu? Hmmm....macam tu 'kalu' kena buat Plan B...^_^

PLAN LIMA WAKTU

Solat 5 waktu tempat terbaik untuk korang plan hidup korangPelan-pelan jaga iman dan amal sampai waktu solat seterusnya. Kalau sampai syukurlah, cepat-cepat tunaikan tanggungjawab sementara masih dikurniakan nyawa untuk beribadat. Kalau tak, at least korang dah buat yg terbaik. Turn org lain pulak solatkan korang.

PLAN LIMA MINIT

Kita selalu bertangguh bila bab beramal. 'Lima minit lagilah', 'cerita TV tengah best', 'kerja tengah banyak', 'mata tengah ngantuk', member tengah sembang...' macam la kita tengah yakin benar bahawa nyawa kita tak hilang untuk lima minit lagi. Dari lima minit, dia berkembang jadi setengah jam, lajak jadi sejam, sedar-sedar dah habis waktu solat. Bukan lima minit yang jadi persoalan, masalahnya lima minit lagi gerenti  ada benda lain yang menyibukkan korang, korang  hanya nampak yang lebih utama, sudahnya seruan Allah korang abaikan. Cantekkk....

PLAN LIMA SAAT

Percaya tak dalam lima saat macam-macam boleh jadi. Hati kita kalau nak berbalik sekejap je.  Jadi kalau korang tergerak hati nak beramal jangan dok lengah, buat je  terus sebab tak berapa saat lepas tu nafsu sebagai  'penasihat peribadi' akan buat kerja 'dia' supaya korang tak buat amar makruf yang terdetik kat hati sekejap tadi dengan seribu satu macam alasan yang mantap. Sebaiknya benda baik jangan dok plan-plan sangat, alamat tak jadi ler.. Untung ler mereka yang diilhamkan amal dan merebut peluang yang ada untuk melakukan amal. Yang selebihnya korang ada plan  nak beramal tapi sampai kiamat tak terlaksana. Rugi!!

PLAN LIMA RUKUN

Sebagai umat Nabi SAW kita kena plan lima rukun tu ditegakkan sepanjang masa, setiap denyut jantung, setiap kerdipan mata, setiap hembusan nafas. Tegakkan syahadah, solat lima waktu, puasa, zakat, haji bila mampu. Sekurang-kurangnya ada azam, bukan sekadar angan-angan. Zakatkan diri kita ke jalan Allah SWT. Puasakan nafsu kita, bukan tunggu bulan puasa aje.  Barulah sempurna syahadah kita, bukan sekadar sebutan di mulut sahaja. Yang lain jangan ler risau, Allah SWT dah plankan segalanya sebelum kita lahir kedunia lagi. Wallahua'lam.

No comments: