SESUNGGUHNYA perhatian dan penjagaan terhadap hijab adalah langkah pertama untuk konsisten dan istiqomah bagi seorang wanita, yang bermaksud bukan hijab biasa dan ikut-ikutan sahaja yang justeru menambah fitnah bagi mata-mata liar.
Tapi yang kumaksudkan adalah hijab seperti yang sempurna menjadikan wanita terhormat dan dihargai, sebagaimana firman Allah swt tentang wanita-wanita mukmin dalam ayat hijab : "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu".
Maka apabila orang melihat seorang wanita yang mengenakan hijab syar'i yang sempurna dengan cepat mereka boleh mengetahuinya sebangai seorang wanita yang baik-baik sehingga mereka tidak akan berani mengganggunya.
Alhamdulillah negara kita para wanitanya memakai hijab yang sempurna yang menutup wajah. Meskipun banyak usaha dari beberapa kalangan untuk melepas penutup wajah sebagai langkah awal dalam usaha jangka panjang melepas hijab seluruhnya akhirnya telanjang dan bercampur dengan lelaki lain ditempat-tempat umum, pantai-pantai dan sebagainya sebagaimana yang terjadi di banyak negara yang mereka telah berjaya merealisasikan keinginan mereka. Tetapi Alhamdulillah para wanita di negara kita sedar benar dengan apa yang direncanakan oleh para musuh meskipun mereka bertopengkan agama, dengan penampilan sebagai pemberi nasihat.
Kisah yang akan aku ceritakan kepadamu merupakan perumpamaan yang baik bagi gadis-gadis negeri Muslim ini.
Allah mengkehendakiku pergi ke Saudi untuk kontrak kerja dengan sebuah perusahaan. Pada awal-awal kerjaku, aku diharuskan mengikut adat dan kebiasaan negara setempat. Oleh kerana itu aku mengenakan penutup muka. Aku terus seperti ini sehingga waktu pulang ke negeriku.
Di bandar aku melepas penutup muka dan hijab, tiba-tiba ada seorang muridku yang akan bepergian ke negeriku untuk menghabiskan cuti. Aku sangat gembira melihat muridku, tapi setelah mengucapkan salam aku dikejutkan dengan ucapannya : "Wahai guruku, aku tidak pernah menyangka anda mengenakan hijab yang berbeza dengan sewaktu mengajar." Aku menanyakannya : "Mengapa kamu berkata demikian. Aku selalu menunaikan segala kewajipan-kewajipan agama seperti solat,puasa dan meninggalkan perbuatan mungkar." Dia menjawab : "Apa yang anda kenakan itu juga sebuah kemungkaran."
Pada waktu itu aku merasa bersalah kepada muridku yang belum genap berusia 16 tahun. Dialah yang menasihatiku dan menunjukkanku ke jalan yang benar.
Aku benar-benar merasa hina dan berharap seandainya aku ditelan bumi kerana sangat malu kepada Allah swt.
Sejak waktu itu aku memutuskan untuk mengenakan hijab sebagai bentuk ketaatan kepada Allah swt dan untuk menjaga kehormatanku dari pandangan orang-oran asing.
Alangkah baiknya apa yang dilakukan muridku yang baru berusia 16 tahun. Seharusnya setiap Muslim berasa bangga dengan adanya pemudi-pemudi sepertinya di masyarakat dan berdoa kepada Allah swt agar menjaga wanita-wanita muslim dan puteri-puteri mereka dari setiap kerosakan. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment