Friday, July 30, 2010

KISAH KECELAKAAN YANG TIMBUL AKIBAT DARI SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG


       Diriwayatkan dari Hammad bin Salamah dia berkata : "Ada seorang lelaki yang hendak menjual hambanya, maka datang seorang lelaki yang hendak menjual hambanya, maka datang seorang lelaki yang hendak membeli budak lalu berkata : "Aku lihat budak ini tidak ada celanya."

         Kata orang yang hendak menjual budak itu : "Sebenarnya budak ini tidak apa-apa celanya, tetapi dia adalah seorang yang suka melaga-lagakan antara satu dengan lain."

         Oleh kerana orang yang hendak membeli budak itu tidak mengambil berat tentang perangai budak itu, maka dia pun membeli budak itu.

           Setelah beberapa hari budak itu tinggal bersama dengan tuan barunya, maka satu hari dia memberitahu isteri tuannya :"Wahai puan, sesungguhnya suami puan itu tidak sukakan kepada puan; sebaliknya suami puan hendak menjadikan puan sebagai kulinya. Adakah puan hendak suami puan itu menyayangi puan?."

        Kata si isteri itu : "Ya, katakan kepadaku bagaimanakah caranya supaya suamiku itu akan sayang kepadaku."

          Lalu budak itu berkata : "Wahai puan, puan hendaklah mengambil pisau dan cukurlah janggut suami puan sewaktu dia sedang tidur."

        Setelah budak itu berkata demikian kepada isteri tuannya itu maka dia pun pergi berjumpa dengan tuannya lalu berkata : "Wahai tuanku, sesungguhnya isteri tuan itu sedang merancang untuk membunuh tuan. Adakah tuan hendak melihat buktinya?."

Berkata tuan budak itu : "Ya, katakan padaku bagaimana kamu hendak membuktikannya."

Budak itu berkata : "Tuan berpura-puralah tidur, tuan akan lihat sendiri nanti."              

      Kemudian si isteri pun datang dengan membawa pisau untuk mencukur janggut suaminya, apabila suaminya melihat isterinya membawa pisau dan menghampirinya; tanpa periksa maka dia merampas pisau dari isterinya lalu dia membunuh isterinya yang tidak berdosa.

      Setelah peristiwa ini sampai pada pihak keluarga si isterinya, maka berlakulah pergaduhan sehingga menyebabkan banyak nyawa yang turut terkorban.

           Inilah akibatnya dari sikap suka melaga-lagakan orang, adalah berbahaya kita berkawan dengan orang yang suka melaga-lagakan orang, sebab lambat laun kita akan ikut perangainya.

Allahu'alam..

No comments: