Tuesday, August 31, 2010

Bergembiralah Walau Diduga..


RAMADHAN YANG BERLALU

Asyik menatap keratan gambar tahun lepas. Tak sedar airmata menitik laju deras. Ana terbayang akan kisah-kisah yang dilewati pedih hingga ke saat gembira. Betapa jauh sudah menapak,mendaki dan lelah itu diusap merdu oleh bisikan hidayah dari Allah swt. Sungguh Dia tak pernah menghampakan hati ini dalam mendidik jiwa supaya kembali padaNya.....

Ramadhan lalu juga saksi perubahan yang ana lakukan demi suatu penghijrahan yang tak bertepi. Teringat kisah selepas berbuka bersama rakan sepejabat semasa berkhidmat untuk Distributor Celcom dulu. Ana,boss department, Hana dan Ayu berbuka di One Utama. Restoran Jetty itu masih berbuku dalam sanubari. Detik bermulanya ada tergelincir dan kepala belakang terhentak kuat di lantai batu....

Raba belakang kepala takde kesan darah. Cuma berdengung ditelinga sedikit. Dibiarkan sahaja. Sehinggalah setahun selepas kejadian, ana mengalami simptom-simptom yang kurang enak. Mula-mula sakit yang keterlaluan dibahagian belakang kepala. Dan akhirnya sehingga menangkap bahagian mata. Sakitnya sekarang sudah tidak ikut masa. Ikut 'dan dia' lah nak datang time bila.

BUKAN ALASAN

Walaupun lama menderita. Hati ini kuat mengajar jiwa. Apapun yang berlaku, jangan abaikan segala yg diusaha utk penghijrahan dlm hidup. Jgn berhenti ta'aruf dengan sesiapapun agar memupuk hati yang kosong dengan ilmuNya. Ana tetap berdiam diri dan berdiam menceritakan siapa diri ini satu masa dahulu. Memang payah semasa mula-mula cuba meyakinkan masyarakat akan penghijrahan ini. Sehingga pernah dilabel 'sesat' oleh teman-teman sepermainan. Tidak kurang juga dengan jolokan 'sudah insaf'. Ye, mmg ana insaf. Insaf dari hidup dalam kejahilan. 

Sehingga ana disihir dan berbulan tidak bekerja, tidak mampu mengangkat tangan sendiri. bahkan mandi pun ibu yang terpaksa angkat dan siramkan. Betapa dugaan Allah benar-benar menguji iman. Tapi disebalik ujian terselit hikmah yang sangat bermakna. Sehinggakan sebaldi darah dimuntahkan pun, ibu ana tak pernah mengeluh. Dialah ibu tempat mencurah segalanya. Isi hati ini juga dia yang simpan jauh dalam lubuk hatinya. Walaupun ibu pernah tidak bertegur seharian kerana menanam niat untuk berniqab hingga akhir hayat. Akhirnya kerana dia ibu dan dia mengerti inilah yang terbaik buat anak bongsunya. 

Pernah di umpat fitnah dari jiran sekeliling. Dikatakan mengamal ilmu hitam. Malah diejek berwajah hodoh selepas putus tali pertunangan dahulu; disumpah orang. Ya Allah, itu dugaan yang bersilih ganti dimana terpaksa ibu dan abah menanggung, apatah lagi abg long membawa diri merajuk di kawasan ini hingga membeli rumahnya yg baru.Abg Ngah pula, berminggu-minggu tidak menegur sapa dek kerana mulut yang mencaci adiknya dgn penuh dusta dan fitnah.

Tapi kami tidak menyalahkan mereka. Situasi perit itu yang membuka jalan mereka bersyak wasangka. Biarlah, akan terpadam nyalaan ghibah itu satu hari nanti fikirku...

CAHAYA KUNJUNG TIBA

Setahun menimba pelbagai pengalaman, onak dan duri. Dari satu tingkat ke tingkat yang seterusnya. Allah bukakan jalan membina masjid atas cintaNya. Ditakdirkan ana ditunangkan dengan lelaki yang pertama kali bertemu dia melamar ana pada ibu dan abah. Akhirnya kami ditunangkan pada 19hb June 2010. Walaupun ada suara yang mengatakan ana gila kerana menerima lelaki yang tidak dikenali dan menerima pelawaan ibu abah yang juga baru mengenali dia. Tapi ana yakin, inilah jawapan istikharah yg Allah berikan. Bagi ana, bercintalah selepas nikah. Biarlah apa yang mereka katakan tentang pilihan ana.

Tapi setenang air dikolam, pasti ada gelora. Ana juga tidak terlepas dalam gelombang bikinan manusia. Tapi hati ini pasrah. Pasti ada sesuatu yg berharga Allah mahu sampaikan. Mungkin ujian ini yang Allah nk tunjukkan sebelum memasuki bahtera yang lebih besar. Ana palingkan jiwa meratap padaNya. Kuserahkan segalanya pada Dia. Pandulah iman ini dalam menuju jalanMu. Amin.

SABARLAH DENGAN UJIAN

Belum pun reda dengan gelombang, satu hari selepas balik dari kerja diparking staff Stesen LRT Kelana Jaya. Ana pengsan sehingga jam 8.45mlm. Walau berseorang, ana tahu ana tidak sendiri. Allah bantulah diri ini. Ana memandu kereta pulang kerumah. Takut kejadian berulang lagi. Ana telan bermacam-macam pil. Poston, Panadol dan air panas bergelen-gelen. Dan mata tertidur dek kerana kesan ubat.

Keesokannya di kaunter, ibu ana menelefon mengkhabarkan abah dirompak. Kepala ni terus jadi berpinar. Ya Allah, selamatkanlah ibubapa ku. Janganlah mereka diuji pula. Biarlah semua itu hanya di letak padaku. Hati jadi tidak tenang dalam menjalankan tugas. Resah gelisah bersemadi dalam hati. 

Balik kerumah terus tanya keadaan. Banyak juga yg habis dirompak. Sungguh ujian kami selepas abah sudah ditamatkan kontrak dengan RapidKL. Roadtax kereta ana dan abah pula tamat pada tarikh yang sama. Kebetulan lusa abah ada interview dan kemungkinan akan diterima masuk bekerja terus. Maka ana pun terpaksalah berkorban lagi demi kekuatan mencari rezeki untuk diri dan keluarga.Pinjam duit abang-abang dan ibu. Alhamdulillah, Allah tetap mengizinkan rezeki itu datang. Abah diterima kerja, ana pun dapat OT lebih.

Tapi sangka panas hingga kepetang, ibu pula pitam kerana darah tinggi naik mendadak. Pagi itu tugas mula jam 8.30pg. Kunci kaunter pun pada ana. Kredit pula sudah nazak. Mahu tak mahu, ana gagah juga hantar ibu di hospital. Dan terpaksa tinggalkan ibu dan minta dia pulang sendiri. Mungkin pagi itu nasib tak berapa nak baik, ada customer buat panggilan complain kata kaunter lambat buka.Ana pasrah bila di keluarkan warning letter. Malah menerima juga apabila dikatakan sebagai seorang yang bodoh kerana diupah sebagai pekerja. Ana terima, kerana memang salah ana. Tidak memberitahu boss ana, ada hal kecemasan. Panik sungguh ya bila ibu sendiri sakit dan kita sendiri. Abah baru memulakan tugasnya. Tak sampai hati nak menganggu masa kerjanya. Biarlah..

Akhirnya, ana terpaksa akur krn kesilapan ini ana terpaksa menanggalkan tudung labuh dan niqab dari kerja. Dan terpaksa memakai tudung singkat utk memenuhi citarasa boss dan company. 'Ya Allah sekali lagi, ampunkan diri ini. Izinkanlah aku merasa nikmat menutup aurat ini lagi. Janganlah ditarik nikmat ini. Betapa pedihnya menerima hukuman ini...'

Ana cuba mencari teman perkongsian, tapi sahabat-sahabat ana dalam exam dan presentation. Tak mungkin hati ini tega mengganggu mereka. Ana cuba telefon tunang ana. 'Ahh...aku hanya tunang. Mengapa harus dilebihkan. Selesaikanlah sendiri'. Biarlah. Laluilah sendiri. Memang kami jarang berhubung kecuali bertanya khabar keluarga masing-masing. Tidak ada istilah romantis antara kami. Hanyalah satu ikatan perkenalan keluarga kami. 

BERSILIH GANTI 

Akhirnya, kemuncak kesakitan dikepala ana berkeputusan untuk leraikan. Ana segera buat check up. Head scanning mengesahkan darah beku yang menyebabkan darah berkumpul dan menyebabkan ada yang pecah sehingga menyebabkan ana haid sehingga tiga minggu akibat saluran yang tidak sempurna. Doktor memberi ana ubat pil untuk memecahkan darah beku. Mereka beri ana masa 30 hari untuk menjamin kesahihan darah itu pecah atau dibedah.

Pagi tadi kepala memang macam nak pecah. Diiringi demam panas. Ana bertindak mengambil MC dan buat checkup sekali lagi. Surat dihantar ke hospital pakar. Dan keputusannya harus ditunggu lagi untuk pemilihan tarikh dibedah. 'Ya Allah aku terima jika ini yang terbaik. Aku terima jika ini caranya menebus dosa-dosaku yang tidak terhitung dijari. Bahagiakanlah kedua ibubapaku. Bahagiakanlah sahabat-sahabatku.Bahagiakanlah setiap teman-teman yang tidak putus membina semangat ini Ya Allah. Jika tanpa mereka, mungkin aku terus kesunyian dalam melalui ujian-ujianMu. Sungguh Ramadhan ini sangat bermakna dalam hidup ini. Macam-macam perkara yang kupelajari dariMu melalui mereka-mereka. Terima kasih Ya Allah, jika tanpa ujianMu ini pasti aku leka. Lalai dengan dunia yang fatamorgana'

BERBAHAGIALAH HATI

Walaupun kita diuji diduga, jangan merasa diri paling sedih, diri paling malang. Ada ramai lagi insan yang lebih menderita dari kita. Inilah tarbiyah yang ana terima dariNya. Bahagialah hati jika diuji kerana ini tandanya Dia mengasihi dan menyayangi kita. Dia memelihara kita dari rasa riak, ujub, takabur dan bangga dengan siapa diri kita. Maka berbahagialah hati dengan segala yang dikurniakanNya. Selagi Dia mengizinkan kita berada disini dibumi milikNya....


Saturday, August 28, 2010

KASIHMU SAHABAT, MENTARBIYAHKAN DIRIKU...

Sungguh berharga Ya Allah,
tatkala aku ketandusan belaian kakak dan adik,
kau anugerahi aku sahabat-sahabat yang ternilai kasih dan sayangnya...

Sungguh bernilai Ya Allah,
mereka ku lolong lebih dari permata mewah dunia,
tak perlu digilap ia tetap bersinar di bawah payungMu Ya Robb...

Aku rindu
Aku kasih
Aku jadi kuat
Kerana anugerah bertuah ini Ya Allah..

Benar
Memang Benar...
Engkau lebih tahu apa yg terbaik buat hambaMu
Tidak aku menyesal tidak punya keluarga yg ramai
Kerana aku punya sahabat yg tak lekang dakwah dibibir mereka..
Ulas bicara mereka penuh tarbiyahkan diri..

Alangkah bersyukurnya aku,
Dalam hiba aku meratap sendu
Kerana hikmahMu saling lengkap melengkapi..
Apalah daya jika aku tanpaMu
Apalah makna jika aku hidup tanpa kasihMu
Sungguh aku percaya
Inilah anugerah paling berharga yang harus kujaga
Untuk aku berijtihad...
Dan disamping mencari pengertian bermujahadah!

Buat sahabat-sahabat yg tersayang,
Dampingilah aku terus..
Kerana aku dahagakan tarbiyah dari kalian..

Yang menyayangi kalian..

Syahida
17 Ramadhan 1431H
9.05am




Cda ♥ Nur


depan fakulti engineering UIA



kat depan kafe dgn jie ^_^

Dedikasi istimewa buat sahabat-sahabat :



Jie Nazirah, Norhayaton, Toiyibah Zafirah, Masyitah, 

 Insyirah, Fauzani, Fara Dalila & Rafiah


Kalian berharga dalam Fastabiqul Khoirat

Wednesday, August 25, 2010

RAGAM RAMADHAN


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ramadhan tiba lagi. Semasa ana menulis, Ramadhan sudah 15hari menjengah. Nabi s.a.w. ada menyatakan sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan ia dijauhkan dari api neraka!


ramai jemaah tarawikh malam ramadhan


Seperti biasa rumah Allah pasti penuh,padat dan bersesak-sesak tatkala tibanya malam sebelum 1 Ramadhan. Sayangnya, tidak dapat diketahui, mengapa ye 10 malam terakhir Ramadhan, sukar dilihat kelibat anak-anak belia, muda remaja berkunjung kerumah Allah ini malahan melipatkali gandakan amal ibadah justeru dapat mengaut untung pahala berganda dari Yang Maha Esa pada masa ini...


selamat dah yang lain-lain pegi mana entah..



Sedangkan kompleks-kompleks membeli belah, bazaar-bazaar di ibukota semakin rancak hingga ke pagi. Sehinggakan tiada ruang seinci pun untuk bernafas segar. Fahamlah ana bahawasanya sibuk bershopping raya. 


kak cik, tok lang, mek ngah sume kena beli ni..



Kita sedia maklum, Ramadhan ini memang dinanti-nantikan ramai pihak. Tapi dari kategori yang berbeza. Apa yang berbeza tu sahabat-sahabat? :-

a. Menanti Ramadhan untuk makan juadah yg dibulan puasa shj.
b. Dapat main mercun dan bunga api.
c. Dapat balik awal kalau kerja waktu office hour.
d. Dapat menipu atas nama Ramadhan dan Syawal.
e. Mengejar pahala wajib (puasa + solat) dan pahal sunat (tarawikh,dhuha dsbnya).
f. Dapat melebihkan masa untuk bertadarrus.

APE NAK JADI NI. MAMPU,ISLAM TAPI TAK MAHU PUASA?!

Tak kiralah apa jua asbabnya, hanya si empunya diri dan Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Sedar atau tidak, bilangan yg menanti Ramadhan ini lebih kepada persiapan menanti Syawal. Tak sabar-sabar nak siapkan baju raya, beli sehingga 7-8 pasang walhal duit simpanan sudah kering akibat ditarah selalu. Itu tak termasuk langsir, alas meja, alas kaki, sofa baru itu dan ini serba baru. Al-maklumla, budaya masyarakat Melayu ni lebih kepada bangga dengan sesuatu yg baru dan mahal walaupun membazir. 'Biar pape, asal begaye' bak kate Si Yob!

DISPLIN KITA

Jam 7.30ptg macam satu target bom. Sampai azan dilaung, maka meletup la ia! Benar, makruh melambat-lambatkan waktu berbuka. Tapi kalau dah sekali buka dilantaknya ayam golek seketul, murtabak 4 keping, kuih 5 biji, air sirap 3 gelas, nasi lauk ikan bakar dan mcm2 lagi, dimana perginya nikmat puasa tu. Apa pengertian kita mengenai menahan lapar, dahaga & nafsu? Sedang enak menjamah juadah, dimana letaknya keprihatinan kita pada mereka yg tidak merasa lazatnya makanan yg kita sedang enak santap?? Sayangnya, mudah kita cemari displin yang siang tadi kita berusaha mendakinya. 


sapedek ke melantak ni



Akhirnya, tergadailah solat Maghrib dek kerana bulatnya perut berifthar ikut nafsu.

SIAPA KITA DI BULAN RAMADHAN?

Apa yang anak-anak pelajari, mereka tahu tahan lapar dan dahaga sehingga waktu berbuka. Yang anak-anak WAJIB tahu juga sebenarnya, menahan nafsu dan gelora nafsu! Apa yg dimaksudkan oleh ana ni ye? Sahabat-sahabat, kita sedia maklum, dugaan dan cabaran kaum lelaki amatlah berat. Mengapa? Disana sini aurat wanita terbelah sana, terbelah sini. Terbonjol sana, terbonjol sini. Baik yang Islam, lebih lagi yang bukan Islam. Yang Islam (dalam IC ada ugamanya) trang tang tang sudahlah tidak berhijab (maaf jika kasar sedikit), jaga lah susur galur benang baju kalian sahabat. Sudah hari ke-15, seperti akal manusia dizaman batu. Orang zaman batu sahaja yang pakai pakaian tak cukup menutup yg patut diselindungkan. Malu-malulah pada pandangan mata yang liar. Kalau tak malu pada mereka, malu-malulah pada Allah. Kalau tak malu juga, simpan diri dalam kotak dan courierkan aje diri ke United States. Kan mudah. 

aurat sy, yg berhak je dpt tgok. rugi sy bg org lain tgok!

Kenapa ana begitu marah dengan tindakan membuka aurat ni? 

a. Kasihan yang berpuasa (lelaki) kurang pahalanya melihat yg tak sepatut dilihat. Malah dipujuk nafsu melihat lagi...

b. Kasihan yang berpuasa (pbuka aurat) menanggung dosa mbuka aurat, malah menanggung sebahagian lagi kerana penyebab kpd si (lelaki) berpuasa mdapat habuan lihat auratnya.

c. Kasihan yang mengumpat. Tak pasal-pasal dapat habuan free atas kelancangan lidahnya.

Apa kita ni suka ke jadi buah mulut orang? Janganlah sahabat. Inikan bulan Ramadhan. Hrmatilah kedatangannya. Tapi itu tak bermakna, bulan lain boleh buka aurat. Perintah tetap WAJIB dilaksanakan. 

MATA,HATI,JIWA DAN LIDAH TINGGAL DIRUMAH

Kalau boleh lah tinggal semua ni dirumah dan kita keluar, dah tentu mudah perjalanan menghadapi pancaroba Ramadhan tak gitu sahabat-sahabat? Tapi kalau tanpa ini juga, susah lah kita nak meneruskan perjalanan kita ye dak! 

Mata : Bukan suruh jalan pandang bawah semata, nnt terlanggar divider office, gamat satu company. Tapi alihkan pandangan dari melihat 'silap mata' sebab silap-silap juling mata ^_^'

Hati : Buang jauh-jauh rasa nak mencebik dalam hati. Bukan suh takde hati langsung. Tapi kawal hati dari bersangka buruk dan cakap buruk kat org. Kan pedih kalau kita tau org yg kita kata tu pun buat perkara yang sama kat kita (tu pn kalau ada kuasa psikik la...)

Jiwa : Sudah-sudahla sentimental tak kena tempat ni. Jiwang karat, melayan lagu macam nak pengsan. Kan baik jika jiwa kita diselaputi ayat suci al-Quran dan dzikrullah. Al-Mathurat juga bkesan boleh dikendong kemana-mana. 

Lidah : Inilah yang paling UTAMA susah nak dijaga. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Siapa? Byk persoalan kan? Pokoknya dari diri sendiri. Sudahlah berpuasa. Jangan dikurang-kurangkan pahala puasa tu. Silap-silap kita cuma lapar dan dahaga sahaja. Tapi habuannya ayoyo yilekk...So, apa yang kita kena buat? Mulailah cari dan gali aib kita sendiri dulu, perbaiki dan berhentilah bercakap buruk tentang orang samada perkara itu benar atau tidak. Untuk mengetahui dimana silap kita, rajin-rajinlah tanya pada musuh. Apa yang silap pada diri kita. Insan yang berhati mulia, takkan mudah melatah dengan kritikan yang diberi. Kerana setiap kritikan akan membentuk jati diri. 

psst...dah la itu,ini pulak!!
Sahabat yang dihormati, Taqwa adalah kekuatan dalam anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya yang ikhlas beribadah semata-mata mencari keredhaanNya, semakin tinggi taqwa kita, maka semakin hampir dan mulia kita disisi Allah s.w.t.



Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, " Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar."


Jadikanlah madrasah Ramadhan ini untuk sahabat bersihkan hati dari dosa-dosa dan jinakkanlah nafsu yang liar supaya ia ikut arahan iman, berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Apabila puasa mengikut sunnah Nabi, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim akan lebih teliti dalam tindak tanduknya.

Apabila sahabat berpuasa, puasalah segala-galanya :-
  • Berpuasa pada perut ialah tidak makan dan minum
  • Berpuasa pada lidah ialah tidak bercakap perkara lagha (sia-sia) atau mengumpat
  • Berpuasa pada telinga ialah tidak mdengar muzik lalai atau pbualan lagha atau lucah
  • Berpuasa pada mata ialah tidak memandang yang bdosa seperti aurat dan pndgn marah
  • Berpuasa pada kaki tidak menuju ketempat maksiat dan sia-sia
Jagalah masa sahabat, tinggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Bila sahabat dimarahi, bersabarlah dan katakanlah "Saya sedang berpuasa /  Aku berpuasa hari ini". Gunakanlah masa sahabat untuk membaca al-Quran,zikir selawat,solat2 sunat dsbnya. Tambahkanlah ilmu dengan mbaca hadis, tafsir al-Quran, buku-buku ulama' muktabar dan hadirilah mana-mana majlis ilmiah yang bermanfaat.

PERTOLONGAN CEMAS DI BULAN RAMADHAN

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, banyakkanlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Kerjakanlah solat tarawikh sepenuhnya 20 puluh rakaat (tidak ada salah pada 8 rakaat >,<) termasuk 3 witir. Janganlah kita merasa beban dengan ibadah sunat, kerana sesungguhnya satu amalan sunat yang saudara kerjakan akan mendapat pahala satu amalan fardhu. Dan satu amalan fardhu akan digandakan Allah SWT kepada 70 kali ganda. Inilah rahmat Allah swt kepada hamba-hambaNya dibulan paling berkat dan mulia ini.


"kumahu pahala itu Ya Allah"


Jangan lupa, intai-intailah malam Lailatul Qadar kerana dimalam ini amalan kita lebih baik dari seribu bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan ^_^


Jgn asyik ingat raya aje tau kawan2!!


as-syahida


Tuesday, August 24, 2010

Permata yang dicari, ukhuwah yang dinanti..

Fira : Salam kak, jadi ye hujung minggu ni jumpe kak jie kat UIA
Cda : Ye dik. Jgn lupa message mashie. Kata pd dia, akak jempu korg bdua dekat KTM Setia Jaya.
Fira : OK

Ana tersenyum manis tatkala menanti gathering kami berempat sabtu ini (21.8.2010).

********************************************************************
Fira : Kak, Kak Mashie ada presentation pagi. Kita gerak tengahari lah ye.
Cda : Ermm..oklah kalau mcm tu. Beritahu Kak Jie kita ambil dia tengahari. Sbb Jie kata, dia nak cari  jubah untuk raya rasanya..
Fira : Ok kak.

Kembali mengadap television drama sinetron 'Cinta Kirana'. Sambil-sambil melihat kisah Jejak Rasul Srikandi. Seusai berifthar bersama Ma, ana bersiap-siap untuk tadarrus dan tarawikh. 

Fira : Kak, nanti pergi Kedai Nur sekali nak pegi ambil tudung.
Cda : Ok.

********************************************************************
Pagi 21.8.2010 itu, ana bangun awal. Bersemangat nak ke gathering kami berempat. Sayangnya sahabat kami yang sorang lagi tak dapat sertai bersama sebab berada di UiTM,Perak. Takkan nak paksa dia balik sini semata-mata gathering yg tak sampai sehari ni. Kasihan kat dia. Lagi pula, Nur sekarang kena siapkan banyak assignment.

Ma : Dik, bawak mak pegi beli barang dapur. Boleh kita beli barang buat kuih raya sekali.

Alamak, agak-agak lama tak......Tanya hati ni.

Cda : Lama tak Ma...hehehe
Ma : Tak lah. Nanti Abah nak balik makan, kita dah takde lauk nak masak ni. Lepas tu, cepat kita 
        siapkan kuih raya, cepatlah kita siapkan keje-keje yg lain.

Nyata Ma sangat ambil berat kebajikan rumahtangga dan perut kami..Hehehe....

********************************************************************
Cda : Jie, tengahari nanti kalau kami dah gerak, Cda sms ok.
Jie : Oryte!

Berjanji dgn Fira di Subang Parade. Sebab last minutes Mashie kena present jam 3ptg. Kalau ikutkan aktiviti tak berjalan kalau tak bergerak ke UIA, nak tak nak akhirnya ana usahakan juga untuk minta Mashie turun di KL Sentral sahaja nanti. Kebetulan kami nak menuju ke KL.

Fira : Kak, Kak Mashie tak dapat datang. Dia kena gastrik.
Cda : Laa..yeke. Tak apelah. Kita bertiga ajelah nampaknya.

Kelihatan Jie dah turun dari biliknya. 2x jugak kami round-round sekitar mahallah di UIA. Sebab Mahallah Haleemah tersorok di balik Mahallah Maryam. Makanya kami gelak sakan berdua dalam kereta masa nak pick-up Jie. Hehe..

********************************************************************
Cda : Jie, kita bertiga je ni. Sebab Mashie kena gastrik...
Jie : Laaa..yeke. Jie ingat jumpa dia.
Fira : Dia baru sms tadi. Fira pun rindu kat Kak Mashie. Dahla Kak Nur kat Perak...
Cda : Kita ke Gombak dulu ye. Alang-alang Jie bolehlah tgok jubah kat sana.
Fira : Hooreyy!


Kami on the way tapi berhenti di traffic light merah depan Dataran Merdeka


********************************************************************
Lepas ni kemana destinasi kami? Azan Asar sudah pun melabuhkan tirainya. Kami bergegas ke arah highway KL. Hajat utama mencari masjid. Disebabkan yang paling hampir adalah Masjid Negara, jadi ana parking di pintu utama masjid. Cari punya cari bilik wudhu' wanita. Akhirnya bertemu dihujung masjid. Menaiki anak-anak tangga yang kira-kira 2 tingkat tinggi tangganya, mencabar kelelahan kami sebentar tadi. Masuk sahaja kerumah Allah diruang solah, angin air-cond menghembus wajah kami...Akhirnyaaaa..

Jie : Fira imamkan solat ni..
Fira : Kak Jie lah, akak yg paling tua kan dari Fira.
Jie : Eh budak ni...awak yg duduk tengah kan.
Fira : Takmau!
Jie : Dah..tukar tempat dgn akak.


atas bantuan photographer upahan tak bergaji ni.hehe


Ana hanya mampu tersenyum. Comel pula budak berdua ni gaduh manja. hihi..Seusai solat Asar, kami bergegas ke Sogo. Mencari tempat untuk berifthar. Jam di tangan sudah menunjukkan angka 6.45petang. Dikiri kanan jelas penuh dengan warga kota yang tak sabar-sabar nak berifthar walhal ada masa 1jam lagi. Kami dah gusar memikirkan dimana destinasi sebenar.

Cda : Kita berhenti di Food Court Sogo la ye..
Jie : Ikut je, Janji kita dapat berbuka.

Sepanjang perjalanan kaki kami, diperhatikan meleret oleh mata-mata yang memandang seperti kami insan yg tersesat jalan. Yelah, Sogo kan kompleks yang agak mewah, mungkin kami ni nampak tak sesuai disitu. Tapi, hello jangan ingat poket sebelah kantung aje. Hak individu rasanya ^_^

DI Food Court atas pun kami menjadi perhatian. Ada yang tersenyum, tak kurng juga ada yang memandang dengan jelingan. 'Ku tak kisah semua itu' hati ini bermonolog sendiri. Apatah lagi, ada kekuatan 2 orang sahabat ni.

Jie : Penuhlah. Dah la kita jadi perhatian kat sini. 
Cda : Betul tu Jie, kita turun bawah la. Kat bawah area-area TAR pun ada jugak.


"Payah betul di KL ni Jie.."
Masing-masing mengangguk-angguk. Kami pun kebawah. Sampai di Secret Recipe keadaan sama juga.. Memandangkan jam sudah menunjukkan 7.00ptg, tak hairalah kami dah kelewatan mencari kerusi. Ana mengambil keputusan untuk beli sahaja kek sorg sepotong dan air untuk berbuka dimana-mana sahaja. Kami pun bergerak ke Taman Tasik Titiwangsa. Damai dan tenteram. Cuma insan-insan bercouple kami buat-buat tak endah. Seusai berifthar bersama walaupun dgn sepotong kek. Masing-masing masih mahukan nasi. Orang Melayu la katakan. Manakan hilang nasi dibibir walau di bumi America sekalipun.

Jie khusyuk tengok org beli air.hehe
Hasil dari Secret Recipe. Choc Indulgence + Marble Cheese + Strawberry = SEDAP


Selesai solat Maghrib, kami bergegas ke Kg. Baru. Niat untuk belanja sahabat-sahabat ini dah lama tertanam. Maka ana niatkan untuk makan bersama mereka. Apatah lagi bukannya hari-hari. Jarang sekali kami bertemu. Pertemuan pertama hanya di Cafe UIA. Pertemuan kali ini sungguh bermakna. Kerana kami habiskan masa agak lama berbanding yg pertama. Tapi sayang, tanpa 2 lagi sahabat, rasanya ada kekurangan dalam pertemuan kami.

********************************************************************
Cda : Jie, Cda hantar balik UIA terus yea. Sbb takut sampai kat rumah lambat.


Jie mengangguk tanda setuju. Kami tiba agak lewat kerana jalan agak jammed. Jam 11.45mlm kami tiba di Mahallah Maryam. Jie mengajak kami ke biliknya. Pengalaman baru lagi ke sana ^_^'

Disana, dapat dua pengalaman baru. Jahit niqab untuk kedut di hidung dan jahit zig-zag di jahitan tepi nya. Berharga sungguh. Siap dah practic. Ana pun turunkan sikit ilmu yang tahu sikit pasal Adobe Photoshop. Tak la mahir. Tapi sekadar bagi info sahaja pada Jie ^_^"

SELAMAT MALAM JIE...


********************************************************************
Mata tak larat nak memandu sehingga ke Puchong. Maka ditakdirkan malam tu Fira kena tidur rumah...hehehehe

P/s: Betapa ana sungguh sayangkan persahabatan ini. Betapa bersyukurnya Allah swt beri kami anugerah persahabatan ini. Terima kasih Ya Allah, terima kasih semua....

Teman, aku ingin....
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatn dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.


Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga,


Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.


Serta senyuman Syed al-Quth,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak tersenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.


Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.


Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.


Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaluman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi diabad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.


Aku ingin kita sepermaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban keperigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.


Aku ingin pusara ita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi...
Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat di Mahkamah Mahsyar nanti....insya'Allah.


Allah, temukan kami kembali di gathering berifthar dirumah adik Insyirah Solehah. amin

Tuesday, August 10, 2010

Welcome To My Life Buddies...

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud 
That no one hears you screaming

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you 
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like


Welcome to my life.....