Wednesday, August 25, 2010

RAGAM RAMADHAN


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ramadhan tiba lagi. Semasa ana menulis, Ramadhan sudah 15hari menjengah. Nabi s.a.w. ada menyatakan sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan ia dijauhkan dari api neraka!


ramai jemaah tarawikh malam ramadhan


Seperti biasa rumah Allah pasti penuh,padat dan bersesak-sesak tatkala tibanya malam sebelum 1 Ramadhan. Sayangnya, tidak dapat diketahui, mengapa ye 10 malam terakhir Ramadhan, sukar dilihat kelibat anak-anak belia, muda remaja berkunjung kerumah Allah ini malahan melipatkali gandakan amal ibadah justeru dapat mengaut untung pahala berganda dari Yang Maha Esa pada masa ini...


selamat dah yang lain-lain pegi mana entah..



Sedangkan kompleks-kompleks membeli belah, bazaar-bazaar di ibukota semakin rancak hingga ke pagi. Sehinggakan tiada ruang seinci pun untuk bernafas segar. Fahamlah ana bahawasanya sibuk bershopping raya. 


kak cik, tok lang, mek ngah sume kena beli ni..



Kita sedia maklum, Ramadhan ini memang dinanti-nantikan ramai pihak. Tapi dari kategori yang berbeza. Apa yang berbeza tu sahabat-sahabat? :-

a. Menanti Ramadhan untuk makan juadah yg dibulan puasa shj.
b. Dapat main mercun dan bunga api.
c. Dapat balik awal kalau kerja waktu office hour.
d. Dapat menipu atas nama Ramadhan dan Syawal.
e. Mengejar pahala wajib (puasa + solat) dan pahal sunat (tarawikh,dhuha dsbnya).
f. Dapat melebihkan masa untuk bertadarrus.

APE NAK JADI NI. MAMPU,ISLAM TAPI TAK MAHU PUASA?!

Tak kiralah apa jua asbabnya, hanya si empunya diri dan Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Sedar atau tidak, bilangan yg menanti Ramadhan ini lebih kepada persiapan menanti Syawal. Tak sabar-sabar nak siapkan baju raya, beli sehingga 7-8 pasang walhal duit simpanan sudah kering akibat ditarah selalu. Itu tak termasuk langsir, alas meja, alas kaki, sofa baru itu dan ini serba baru. Al-maklumla, budaya masyarakat Melayu ni lebih kepada bangga dengan sesuatu yg baru dan mahal walaupun membazir. 'Biar pape, asal begaye' bak kate Si Yob!

DISPLIN KITA

Jam 7.30ptg macam satu target bom. Sampai azan dilaung, maka meletup la ia! Benar, makruh melambat-lambatkan waktu berbuka. Tapi kalau dah sekali buka dilantaknya ayam golek seketul, murtabak 4 keping, kuih 5 biji, air sirap 3 gelas, nasi lauk ikan bakar dan mcm2 lagi, dimana perginya nikmat puasa tu. Apa pengertian kita mengenai menahan lapar, dahaga & nafsu? Sedang enak menjamah juadah, dimana letaknya keprihatinan kita pada mereka yg tidak merasa lazatnya makanan yg kita sedang enak santap?? Sayangnya, mudah kita cemari displin yang siang tadi kita berusaha mendakinya. 


sapedek ke melantak ni



Akhirnya, tergadailah solat Maghrib dek kerana bulatnya perut berifthar ikut nafsu.

SIAPA KITA DI BULAN RAMADHAN?

Apa yang anak-anak pelajari, mereka tahu tahan lapar dan dahaga sehingga waktu berbuka. Yang anak-anak WAJIB tahu juga sebenarnya, menahan nafsu dan gelora nafsu! Apa yg dimaksudkan oleh ana ni ye? Sahabat-sahabat, kita sedia maklum, dugaan dan cabaran kaum lelaki amatlah berat. Mengapa? Disana sini aurat wanita terbelah sana, terbelah sini. Terbonjol sana, terbonjol sini. Baik yang Islam, lebih lagi yang bukan Islam. Yang Islam (dalam IC ada ugamanya) trang tang tang sudahlah tidak berhijab (maaf jika kasar sedikit), jaga lah susur galur benang baju kalian sahabat. Sudah hari ke-15, seperti akal manusia dizaman batu. Orang zaman batu sahaja yang pakai pakaian tak cukup menutup yg patut diselindungkan. Malu-malulah pada pandangan mata yang liar. Kalau tak malu pada mereka, malu-malulah pada Allah. Kalau tak malu juga, simpan diri dalam kotak dan courierkan aje diri ke United States. Kan mudah. 

aurat sy, yg berhak je dpt tgok. rugi sy bg org lain tgok!

Kenapa ana begitu marah dengan tindakan membuka aurat ni? 

a. Kasihan yang berpuasa (lelaki) kurang pahalanya melihat yg tak sepatut dilihat. Malah dipujuk nafsu melihat lagi...

b. Kasihan yang berpuasa (pbuka aurat) menanggung dosa mbuka aurat, malah menanggung sebahagian lagi kerana penyebab kpd si (lelaki) berpuasa mdapat habuan lihat auratnya.

c. Kasihan yang mengumpat. Tak pasal-pasal dapat habuan free atas kelancangan lidahnya.

Apa kita ni suka ke jadi buah mulut orang? Janganlah sahabat. Inikan bulan Ramadhan. Hrmatilah kedatangannya. Tapi itu tak bermakna, bulan lain boleh buka aurat. Perintah tetap WAJIB dilaksanakan. 

MATA,HATI,JIWA DAN LIDAH TINGGAL DIRUMAH

Kalau boleh lah tinggal semua ni dirumah dan kita keluar, dah tentu mudah perjalanan menghadapi pancaroba Ramadhan tak gitu sahabat-sahabat? Tapi kalau tanpa ini juga, susah lah kita nak meneruskan perjalanan kita ye dak! 

Mata : Bukan suruh jalan pandang bawah semata, nnt terlanggar divider office, gamat satu company. Tapi alihkan pandangan dari melihat 'silap mata' sebab silap-silap juling mata ^_^'

Hati : Buang jauh-jauh rasa nak mencebik dalam hati. Bukan suh takde hati langsung. Tapi kawal hati dari bersangka buruk dan cakap buruk kat org. Kan pedih kalau kita tau org yg kita kata tu pun buat perkara yang sama kat kita (tu pn kalau ada kuasa psikik la...)

Jiwa : Sudah-sudahla sentimental tak kena tempat ni. Jiwang karat, melayan lagu macam nak pengsan. Kan baik jika jiwa kita diselaputi ayat suci al-Quran dan dzikrullah. Al-Mathurat juga bkesan boleh dikendong kemana-mana. 

Lidah : Inilah yang paling UTAMA susah nak dijaga. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Siapa? Byk persoalan kan? Pokoknya dari diri sendiri. Sudahlah berpuasa. Jangan dikurang-kurangkan pahala puasa tu. Silap-silap kita cuma lapar dan dahaga sahaja. Tapi habuannya ayoyo yilekk...So, apa yang kita kena buat? Mulailah cari dan gali aib kita sendiri dulu, perbaiki dan berhentilah bercakap buruk tentang orang samada perkara itu benar atau tidak. Untuk mengetahui dimana silap kita, rajin-rajinlah tanya pada musuh. Apa yang silap pada diri kita. Insan yang berhati mulia, takkan mudah melatah dengan kritikan yang diberi. Kerana setiap kritikan akan membentuk jati diri. 

psst...dah la itu,ini pulak!!
Sahabat yang dihormati, Taqwa adalah kekuatan dalam anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya yang ikhlas beribadah semata-mata mencari keredhaanNya, semakin tinggi taqwa kita, maka semakin hampir dan mulia kita disisi Allah s.w.t.



Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, " Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar."


Jadikanlah madrasah Ramadhan ini untuk sahabat bersihkan hati dari dosa-dosa dan jinakkanlah nafsu yang liar supaya ia ikut arahan iman, berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Apabila puasa mengikut sunnah Nabi, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim akan lebih teliti dalam tindak tanduknya.

Apabila sahabat berpuasa, puasalah segala-galanya :-
  • Berpuasa pada perut ialah tidak makan dan minum
  • Berpuasa pada lidah ialah tidak bercakap perkara lagha (sia-sia) atau mengumpat
  • Berpuasa pada telinga ialah tidak mdengar muzik lalai atau pbualan lagha atau lucah
  • Berpuasa pada mata ialah tidak memandang yang bdosa seperti aurat dan pndgn marah
  • Berpuasa pada kaki tidak menuju ketempat maksiat dan sia-sia
Jagalah masa sahabat, tinggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Bila sahabat dimarahi, bersabarlah dan katakanlah "Saya sedang berpuasa /  Aku berpuasa hari ini". Gunakanlah masa sahabat untuk membaca al-Quran,zikir selawat,solat2 sunat dsbnya. Tambahkanlah ilmu dengan mbaca hadis, tafsir al-Quran, buku-buku ulama' muktabar dan hadirilah mana-mana majlis ilmiah yang bermanfaat.

PERTOLONGAN CEMAS DI BULAN RAMADHAN

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, banyakkanlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Kerjakanlah solat tarawikh sepenuhnya 20 puluh rakaat (tidak ada salah pada 8 rakaat >,<) termasuk 3 witir. Janganlah kita merasa beban dengan ibadah sunat, kerana sesungguhnya satu amalan sunat yang saudara kerjakan akan mendapat pahala satu amalan fardhu. Dan satu amalan fardhu akan digandakan Allah SWT kepada 70 kali ganda. Inilah rahmat Allah swt kepada hamba-hambaNya dibulan paling berkat dan mulia ini.


"kumahu pahala itu Ya Allah"


Jangan lupa, intai-intailah malam Lailatul Qadar kerana dimalam ini amalan kita lebih baik dari seribu bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan ^_^


Jgn asyik ingat raya aje tau kawan2!!


as-syahida


No comments: