Tuesday, August 31, 2010

Bergembiralah Walau Diduga..


RAMADHAN YANG BERLALU

Asyik menatap keratan gambar tahun lepas. Tak sedar airmata menitik laju deras. Ana terbayang akan kisah-kisah yang dilewati pedih hingga ke saat gembira. Betapa jauh sudah menapak,mendaki dan lelah itu diusap merdu oleh bisikan hidayah dari Allah swt. Sungguh Dia tak pernah menghampakan hati ini dalam mendidik jiwa supaya kembali padaNya.....

Ramadhan lalu juga saksi perubahan yang ana lakukan demi suatu penghijrahan yang tak bertepi. Teringat kisah selepas berbuka bersama rakan sepejabat semasa berkhidmat untuk Distributor Celcom dulu. Ana,boss department, Hana dan Ayu berbuka di One Utama. Restoran Jetty itu masih berbuku dalam sanubari. Detik bermulanya ada tergelincir dan kepala belakang terhentak kuat di lantai batu....

Raba belakang kepala takde kesan darah. Cuma berdengung ditelinga sedikit. Dibiarkan sahaja. Sehinggalah setahun selepas kejadian, ana mengalami simptom-simptom yang kurang enak. Mula-mula sakit yang keterlaluan dibahagian belakang kepala. Dan akhirnya sehingga menangkap bahagian mata. Sakitnya sekarang sudah tidak ikut masa. Ikut 'dan dia' lah nak datang time bila.

BUKAN ALASAN

Walaupun lama menderita. Hati ini kuat mengajar jiwa. Apapun yang berlaku, jangan abaikan segala yg diusaha utk penghijrahan dlm hidup. Jgn berhenti ta'aruf dengan sesiapapun agar memupuk hati yang kosong dengan ilmuNya. Ana tetap berdiam diri dan berdiam menceritakan siapa diri ini satu masa dahulu. Memang payah semasa mula-mula cuba meyakinkan masyarakat akan penghijrahan ini. Sehingga pernah dilabel 'sesat' oleh teman-teman sepermainan. Tidak kurang juga dengan jolokan 'sudah insaf'. Ye, mmg ana insaf. Insaf dari hidup dalam kejahilan. 

Sehingga ana disihir dan berbulan tidak bekerja, tidak mampu mengangkat tangan sendiri. bahkan mandi pun ibu yang terpaksa angkat dan siramkan. Betapa dugaan Allah benar-benar menguji iman. Tapi disebalik ujian terselit hikmah yang sangat bermakna. Sehinggakan sebaldi darah dimuntahkan pun, ibu ana tak pernah mengeluh. Dialah ibu tempat mencurah segalanya. Isi hati ini juga dia yang simpan jauh dalam lubuk hatinya. Walaupun ibu pernah tidak bertegur seharian kerana menanam niat untuk berniqab hingga akhir hayat. Akhirnya kerana dia ibu dan dia mengerti inilah yang terbaik buat anak bongsunya. 

Pernah di umpat fitnah dari jiran sekeliling. Dikatakan mengamal ilmu hitam. Malah diejek berwajah hodoh selepas putus tali pertunangan dahulu; disumpah orang. Ya Allah, itu dugaan yang bersilih ganti dimana terpaksa ibu dan abah menanggung, apatah lagi abg long membawa diri merajuk di kawasan ini hingga membeli rumahnya yg baru.Abg Ngah pula, berminggu-minggu tidak menegur sapa dek kerana mulut yang mencaci adiknya dgn penuh dusta dan fitnah.

Tapi kami tidak menyalahkan mereka. Situasi perit itu yang membuka jalan mereka bersyak wasangka. Biarlah, akan terpadam nyalaan ghibah itu satu hari nanti fikirku...

CAHAYA KUNJUNG TIBA

Setahun menimba pelbagai pengalaman, onak dan duri. Dari satu tingkat ke tingkat yang seterusnya. Allah bukakan jalan membina masjid atas cintaNya. Ditakdirkan ana ditunangkan dengan lelaki yang pertama kali bertemu dia melamar ana pada ibu dan abah. Akhirnya kami ditunangkan pada 19hb June 2010. Walaupun ada suara yang mengatakan ana gila kerana menerima lelaki yang tidak dikenali dan menerima pelawaan ibu abah yang juga baru mengenali dia. Tapi ana yakin, inilah jawapan istikharah yg Allah berikan. Bagi ana, bercintalah selepas nikah. Biarlah apa yang mereka katakan tentang pilihan ana.

Tapi setenang air dikolam, pasti ada gelora. Ana juga tidak terlepas dalam gelombang bikinan manusia. Tapi hati ini pasrah. Pasti ada sesuatu yg berharga Allah mahu sampaikan. Mungkin ujian ini yang Allah nk tunjukkan sebelum memasuki bahtera yang lebih besar. Ana palingkan jiwa meratap padaNya. Kuserahkan segalanya pada Dia. Pandulah iman ini dalam menuju jalanMu. Amin.

SABARLAH DENGAN UJIAN

Belum pun reda dengan gelombang, satu hari selepas balik dari kerja diparking staff Stesen LRT Kelana Jaya. Ana pengsan sehingga jam 8.45mlm. Walau berseorang, ana tahu ana tidak sendiri. Allah bantulah diri ini. Ana memandu kereta pulang kerumah. Takut kejadian berulang lagi. Ana telan bermacam-macam pil. Poston, Panadol dan air panas bergelen-gelen. Dan mata tertidur dek kerana kesan ubat.

Keesokannya di kaunter, ibu ana menelefon mengkhabarkan abah dirompak. Kepala ni terus jadi berpinar. Ya Allah, selamatkanlah ibubapa ku. Janganlah mereka diuji pula. Biarlah semua itu hanya di letak padaku. Hati jadi tidak tenang dalam menjalankan tugas. Resah gelisah bersemadi dalam hati. 

Balik kerumah terus tanya keadaan. Banyak juga yg habis dirompak. Sungguh ujian kami selepas abah sudah ditamatkan kontrak dengan RapidKL. Roadtax kereta ana dan abah pula tamat pada tarikh yang sama. Kebetulan lusa abah ada interview dan kemungkinan akan diterima masuk bekerja terus. Maka ana pun terpaksalah berkorban lagi demi kekuatan mencari rezeki untuk diri dan keluarga.Pinjam duit abang-abang dan ibu. Alhamdulillah, Allah tetap mengizinkan rezeki itu datang. Abah diterima kerja, ana pun dapat OT lebih.

Tapi sangka panas hingga kepetang, ibu pula pitam kerana darah tinggi naik mendadak. Pagi itu tugas mula jam 8.30pg. Kunci kaunter pun pada ana. Kredit pula sudah nazak. Mahu tak mahu, ana gagah juga hantar ibu di hospital. Dan terpaksa tinggalkan ibu dan minta dia pulang sendiri. Mungkin pagi itu nasib tak berapa nak baik, ada customer buat panggilan complain kata kaunter lambat buka.Ana pasrah bila di keluarkan warning letter. Malah menerima juga apabila dikatakan sebagai seorang yang bodoh kerana diupah sebagai pekerja. Ana terima, kerana memang salah ana. Tidak memberitahu boss ana, ada hal kecemasan. Panik sungguh ya bila ibu sendiri sakit dan kita sendiri. Abah baru memulakan tugasnya. Tak sampai hati nak menganggu masa kerjanya. Biarlah..

Akhirnya, ana terpaksa akur krn kesilapan ini ana terpaksa menanggalkan tudung labuh dan niqab dari kerja. Dan terpaksa memakai tudung singkat utk memenuhi citarasa boss dan company. 'Ya Allah sekali lagi, ampunkan diri ini. Izinkanlah aku merasa nikmat menutup aurat ini lagi. Janganlah ditarik nikmat ini. Betapa pedihnya menerima hukuman ini...'

Ana cuba mencari teman perkongsian, tapi sahabat-sahabat ana dalam exam dan presentation. Tak mungkin hati ini tega mengganggu mereka. Ana cuba telefon tunang ana. 'Ahh...aku hanya tunang. Mengapa harus dilebihkan. Selesaikanlah sendiri'. Biarlah. Laluilah sendiri. Memang kami jarang berhubung kecuali bertanya khabar keluarga masing-masing. Tidak ada istilah romantis antara kami. Hanyalah satu ikatan perkenalan keluarga kami. 

BERSILIH GANTI 

Akhirnya, kemuncak kesakitan dikepala ana berkeputusan untuk leraikan. Ana segera buat check up. Head scanning mengesahkan darah beku yang menyebabkan darah berkumpul dan menyebabkan ada yang pecah sehingga menyebabkan ana haid sehingga tiga minggu akibat saluran yang tidak sempurna. Doktor memberi ana ubat pil untuk memecahkan darah beku. Mereka beri ana masa 30 hari untuk menjamin kesahihan darah itu pecah atau dibedah.

Pagi tadi kepala memang macam nak pecah. Diiringi demam panas. Ana bertindak mengambil MC dan buat checkup sekali lagi. Surat dihantar ke hospital pakar. Dan keputusannya harus ditunggu lagi untuk pemilihan tarikh dibedah. 'Ya Allah aku terima jika ini yang terbaik. Aku terima jika ini caranya menebus dosa-dosaku yang tidak terhitung dijari. Bahagiakanlah kedua ibubapaku. Bahagiakanlah sahabat-sahabatku.Bahagiakanlah setiap teman-teman yang tidak putus membina semangat ini Ya Allah. Jika tanpa mereka, mungkin aku terus kesunyian dalam melalui ujian-ujianMu. Sungguh Ramadhan ini sangat bermakna dalam hidup ini. Macam-macam perkara yang kupelajari dariMu melalui mereka-mereka. Terima kasih Ya Allah, jika tanpa ujianMu ini pasti aku leka. Lalai dengan dunia yang fatamorgana'

BERBAHAGIALAH HATI

Walaupun kita diuji diduga, jangan merasa diri paling sedih, diri paling malang. Ada ramai lagi insan yang lebih menderita dari kita. Inilah tarbiyah yang ana terima dariNya. Bahagialah hati jika diuji kerana ini tandanya Dia mengasihi dan menyayangi kita. Dia memelihara kita dari rasa riak, ujub, takabur dan bangga dengan siapa diri kita. Maka berbahagialah hati dengan segala yang dikurniakanNya. Selagi Dia mengizinkan kita berada disini dibumi milikNya....


8 comments:

♥dalila ramli♥ said...

salamun alayki ya ukhti...

sungguh, bergenang air mata bila membaca kesusahan orang lain. dalam pada diri sndri bermasalah, baru sy sedar, masih lagi ada yg lebih bermasalah... cuma, kita sama- sama ingat, bahawa, Allah itu Maha Bijaksana. Semua dugaan yang diturunkan atas kita adalah kerana kita mampu mengatasinya.

Subhanallah... Moga Allah melindungi hidupmu, keluargamu, kesihatanmu, ukhti...

Fastabiqul Khoirat said...

waalaikumsalam syg...

amin Ya Allah..

mrsfadli said...

aslmkm.. semoga Allah mempermudahkan anda. amin :)

Unknown said...

assalamualaikum cda.
kakchik rasa sangat sedih dan terharu membaca luahan cda. ni. bukan mudah nak tuliskan semua ini dan mungkin akan ditafsirkan macam2 oleh pembaca.
rupanya kesakitan cda tu akibat dr tergelincir. luka di dalam seperti lebam atau pecah kesannya boleh membahayakan. tapi kakchik tahu cda sdh lekas dapatkan rawatan. jika pembedahan adalah jalan terbaik memulihkannya, kakchik doakan cda selamat menjalaninya dan akan sihat kembali seperti dulu.
tabahkan hati dan banyakkan sabar ya dik, ujian Allah kadang tu datang bertimpa-timpa di saat yang kritikal. gagahi diri untuk menempuhnya. orang sekeliling kata apa pun, ingatlah cda masih punya sahabat, masih punya keluarga dan sudah pasti Allah itu sentiasa ada di mana2 saja.
mari kakchik peluk cda kuat-kuat. insyaallah cda mampu lalui semua itu.

Fastabiqul Khoirat said...

mrs fadli : terima kasih atas doanya.waalaikumsalam.

kakchik : sungguhnya dakapan kakchik lama cda rasakan...sahabat2 spt kakchik dan yg lain2lah kekuatan cda..benar kakchik, cda sudah mengerti..Allah takkan menguji seseorng hamba tanpa kemampuannya.dan cda juga percaya kakchik..semua ini adalah ujian keatas kekuatan iman hambaNya...cda taknak bedah..biarlah. cda ada banyak komitmen lain...kerja cda, ibu cda..adik2 yg perlukan cda...cda taknak tinggalkan ini semua terlalu lama...

naasiha said...

ujian Allah tidak sebesar mana jika nak dbandingkan dgn nikmat yg telah DIA kurniakan kat kita..

Fastabiqul Khoirat said...

yew, mmg tak besar mana kalau kita bandingkan dgn nikmatNya..tapi dgn melihat ujian Allah itulah kita sbg hamba kena belajar mengenali Tuhan dan juga sahabat sekeliling. jgn kita buat sikap tinggi diri...Insha'Allah, doa org2 yg sygkan kita..akan buat kita lebih bsemangat..^_~

Anonymous said...

sedihnya bc kisah ni. sy kini pun sama menerima dugaan. setelah bcinta setahun dgn seseorg yg terlalu baik dan serasi dgn diri dan sudah ada perancangan ingin bertunang ujung bln 2 tp tup2 hadirnya pihak ketiga. perempuan tu merampas kekasih sy dgn cara ilmu hitam- ilmu pugai yg femes di sabah dan dlm sekelip mata kekasih ku hilang. hanya Allah yg tahu situasi ku kini. sudah hilang kekasih yg mengambil berat hal ku setiap hari. terlalu byk kenangan terindah dan tiada cacat cela sikapnya dlm phubungan. terlalu sedih dan ssh untuk melupakannya.Allah telah dtgkan ujian ini padaku dan menarik nikmat yg diberi secara cepat smpai aku meroyan seketika. namun cepat2 ku mengadap ilahi semula..mencari semangat kembali..tp jujur bkn mudah huhu..