Saturday, August 7, 2010

Bila Dah Depan Mata..


(SITUASI PERTAMA)

Si isteri : "Eh,eh sejak bila dia pakai purdah??"

Si suami : "Dia eksyen je tu..sekarang kan ramai yang macam ala-ala arab!."

Si kakak : "Ehh,,takla, dia dah lama pakai purdah. Lepas dia baik sakit dulu...."

Si isteri : "Akak tolonglah nasihatkan anak buah akak tu. Bukan ape, kita semua kenal dia tu macam mana dulu, tiba-tiba nak pakai macam ni. Drastic sangat. Bukannya apa, buat orang mengata aje. Akak mak sedara dia. Saya ni cuma menantu aje dalam keluarga besar akak kan..."

Si suami : ".........."

*******************************************************************

(SITUASI KEDUA)

Kawan A : "Alah dia tu...dulu dialah yang paling havoc. Macam-macam kelab dia masuk. Kawan dengan macam-macam lelaki. Pakai purdah??? Sampai bila, aku nak tengok!!"

Kawan B : "Ermmhh...pakaian je dah tukar. Jangan-jangan perangai sama je macam dulu. Ada hati nak nasihat kitorang. Dia pandai-pandai cakap kita ni buat itu tak boleh, ini tak boleh. Cermin diri dulu lahhh...Siapa kau nak nasihat org. Diri kau pun tak betul. Mak bapak aku pun tak bising wei!"

Kawan C : "Alahh, lantak dia lah."

Kawan B : "Masalahnya, sakit hati aku baca status kat facebook dia. Tunjuk kat orang macam alim sangat. Padahal org tak kenal dia tu siapa dulu!"

Kawan A : Betul tu. Aku sokong!! Dia ajak kita pakai tudung. Hak eleh, orang pakai tudung tu lagi banyak buat dosa lah!! Aku ni walaupun tak pakai tudung, tapi aku tau jaga maruah diri aku laa..Kau tengok berapa banyak kes buang bayi, kes khalwat..pakai tudung!!! Kaki skodeng dalam youtube tu sume pakai tudung. Jaga kain tudung sendiri sudahla..."

Kawan C : "Ermm...entahla.."

*********************************************************************

(SITUASI KETIGA)

Si ibu : Kenapa nak pakai tudung labuh dengan purdah pulak? Dah-dahlah dik..pakai tudung aje dahla...beli aje tudung jenis RM2 tu yg ada awning tu. Beli yang besar sikit. Tak payahlah pakai purdah. Macam ape dah mak tengok. Nanti apa pulak orang sekeliling kita cakap.

Si ayah : Biarlah nak pakai apa. Jangan tak pakai apa-apa dahla.

Si ibu : Ayah ni, sekarang ni bukan boleh percaya. Kot-kot sesat ke ape. Mana kita tau..

Si ayah : Kau (anak) nak pakai purdah ni, bukannya kau tu sekolah agama. Buat kena gelak kat orang ajelah. 

Si ibu : Nantilah...nanti takde lelaki nak kat adik. Muka pun tak nampak. Orang zaman sekarang nak tengok muka bagai..Kalau tak nampak muka macam mana nak bercinta??

*************************************************************

Dari 3 situasi ini, ada satu soalan utama sebelum soalan-soalan lain ana mahu tujukan pada pembaca atau yg pernah melontarkan kata-kata ini pada si penerima..

SOALAN : ADAKAH KESEDARAN MENUTUP AURAT HANYA PADA USIA TUA ATAU MASA AJAL TIBA, DAN SALAHKAH MENUTUP AURAT DENGAN LEBIH SEMPURNA?????

  • Adakah kita suka lihat aurat anak2 kita terbuka tak bertegur sampai dah tua?
  • Adakah kita ni tak sedar2 akan petunjuk yg Allah bg melalui dari sahabat kita?
  • Adakah kita punya kisah silam yg 'dulu2' benar2 bagus dari yg di kutuk??
  • Adakah kita ini tak sedar tanggungjawab menutup aurat itu hukumnya WAJIB?
  • Adakah bila ada org yg cantik penampilannya, menggugat jwatan ustz/ustzah kita?
  • Adakah yg pakai purdah ini semuanya sesat dan jahil agama?
  • Adakah yg pakai purdah ini semua kolot dan 'kampong'?
  • Adakah kita ini dah cukup sempurna sifat,akal dan amal ibadat sampaikan org nak berubah menutup dan memberatkan aurat pun kita LARANG,kita HALANG.??
  • Kenapa kita tak tanya diri sendiri, AKU INI SUDAH SEMPURNAKAH?

JAWAPANNYA : -

Pelajarilah bagaimana nak memperbaiki keaiban diri sendiri, daripada kita sibuk nak membuka aib orang lain. Bersyukurlah apabila mata kita, suami kita, anak lelaki kita, sahabat lelaki kita, dan kaum muslimin muslimat sekalian sudah dijaga dari melihat aurat!! Seharusnya kita ini menyebarkan kepentingan menutup aurat. Bahkan ana selalu berpesan pada anak2 buah ana yg ppuan. "Jika kita ini tidak menutup aurat, tidak ada bezanya diri kita ini seperti pondan." Bantulah diri mereka yg tergapai-gapai mencari cahaya. Bantulah mereka dalam melaksanakan hukum perintah Allah SWT. Secara tak langsung, ambil lah akan iktibar dari mereka-mereka ini. Betapa Allah sayangkan kita, maka Allah bukakan pintu hati mereka kembali kejalanNya. Inikah ajaran Rasulullah SAW yang kita pelajari? Bahkan Rasulullah SAW sendiri mengajak kita menyayangi sesama umat Islam. Mengajak kita melakukan perkara kebaikan. Amar Makruf Nahi Mungkar. Tapi kalau begini sikap kita, orang yang mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu menutup dan memberatkan aurat kita perlekehkan, kita jatuhkan semangat mereka, kita pulaukan mereka, berkata dgn ugutan dsbnya..Macam mana kita nk berdakwah dan menarik orang bukan Islam kepada Islam?? Kerana sikap ego kita inilah, Islam cacat dipandangan mata mereka...Anjaklah paradigma anda sekalian.....


Wallahua'lam.



8 comments:

anisssyahida said...

assalamualaikum, ukhti..
widget kat kiri skrin menggangu bacaan..
but there are no doubt both nice (^_~)

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

waalaikumsalam syg...
yg mana satu tu dik....sbb di lappy akak pya screen keluar oke. tak pasti lah kalau di pc.

z@i said...

salam...
sangat menarik. mmg ini yg berlaku sekarang. moga istiqomah dlm berpurdah. bkn mudah..utk dpt cinta Allah

Anonymous said...

Assalamuaalaikum ukhti..
mcm2 yg menarik dlm blog anti..n mcm2 ilmu yg ana dpt dr sini..
boleyh anti tulis lg ap2 psl niqab, ana suka bca psl 2... syukran.. =)

Anonymous said...

assalamualaikum ukhti..

ana suka baca blog anti..kisah kite pon da yg same..moga sye pon dpt kekuatan cm anti..doakan sy istiqomah dalam berniqab..amin..

ash_mza said...

Islam bermula dengan asing... dan akan berakhir dengan asing. Beruntunglah mereka yang menjadi asing itu...
huhu... sedihnya...

fatimah az-zahra said...

assalamualaikum..
kak ana mohon copy blh xartikel2 kak???^^

siputihkemerahmerahan said...

as salam. rasa terkilan bila baca entry yg neh. situasi 3 tuh btul2 kena kat btg hidung s'diri. T_T