Tuesday, June 28, 2011

Sanah Helwah Syahida!

Assallamualaikum sahabat handai,rakan taulan dan kaki rounding blogger....
Pejam celik,pejam celik, entry sanah helwah @ happy birthday buat diri sendiri dah 2x yea :)
Seperti tahun-tahun yang lalu, tak jangka pn akan ada surprise dari sahabat-sahabat meraikan ulangtahun ana. Iyelah, ana ni dh menjangkau 24tahun. Jika tahun lalu ditemani oleh tunang, tahun ini ana agak mungkin takde ape-ape yg nak dirai, yelah dgn sibuk kerja yg menimbun-nimbun dipejabat. Album-album customer yg tak siap di re-editing lagi, apalagi menyahut macam-macam lagi tugasan part time. Tapi ternyata, sahabat 'kipas susah mati' ana dah buat well-planned. Asalnya cadang nak jalan-jalan aje. Rupanya nak bermalam di Genting Highlands. Hehe...thanks a lot buddies~

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada rakan taulan di facebook yang banyak mengirimkan do'a, nasihat dan tak kurang jugak ayat-ayat lucu yang dikongsikan, video, lagu, gambar etc. Terkejut dan terharu dengan kata-kata kalian. Terima kasih banyak-banyak dan semoga do'a-do'a kalian, Allah membalas dan kembalikannya semula kepada kalian. Ameen. ^_~

Oh ye, terlanjur dah banyak omelan disini, ana nak menyusun 10 jari akibat kelewatan membalas pvt msg dan juga mengeluaran artikel-artikel terbaru. Maaf sangat-sangat. Bukan sebab taknak balas atau sengaja tak mahu balas dan menulis...Tapi ini semua kesan pada kerja-kerja ana yang banyak dan perlu segera diselesaikan. Apatah lagi, sekarang ana sedang menjadi admin facebook utk menjawab aduan pelanggan di portal syarikat ana berkerja. Jadi, ana sempat nk membalas 2-3 kerat msj dan selebihnya hanya di wall post.


Apepun, kalian tidak pernah ana lupakan dalam setiap do'a acapkali bertemuNya........syg ana pada kamu semua~ Inilah hadiah yg tidak punya matawang dan nilai ringgit, namun cukup mahal dan berharga dari ana utk kalian semua ^_^

Jadi dikesempatan ini, ana ucapkan Semoga Maju Jaya dan Jaga Diri Antum Wa Antunna baik-baik. Moga dipelihara Allah swt sihat sejahtera dan dijagai rapi imannya. Assallamualaikum~

No comments: