Friday, October 12, 2012

Apakah itu syirik?

Apa itu Syirik?

Anda tahu apa itu syirik? Mungkin ada sebahagian orang yang akan mendefinisikan syirik dengan “Menyekutukan Allah”. Ada pula yang berkata “menyembah selain Allah” dan mungkin ada juga yang berkata “percaya kepada selain Allah”. Inilah antara jawapan yang sering kita dengar bagi makna syirik.

Untuk semua jawapan di atas, maka itulah antara definisi syirik. Dalam risalah yang serba ringkas ini, saya cuba menerangkan apa itu definisi syirik. Wallahul Musta’an

Definisi Syirik

Syirik ialah menyekutukan Allah Ta’ala dengan sesuatu apapun. Hal ini terbahagi kepada 3 bahagian :

Pertama: Jika seseorang itu menganggap bahawa ada Pencipta selain dari Allah maka dia telah mensyirikkan Allah. Inilah yang dipanggil syirik dalam Rububiyah-Nya. Lawan kepada syirik dalam Rububiyah adalah Tauhid Rububiyah iaitu mengakui bahawa Allah adalah Pencipta segala sesuatu.

Kedua: Jika dia menganggap ada sesuatu yang layak disembah selain Allah, maka dia telah mensyirikkan Allah dari segi Uluhiyah-Nya. Lawan kepada syirik ini ialah Tauhid Uluhiyah iaitu mengakui bahawa Allah adalah satu-satunya Dzat yang layak disembah sedangkan penyembahan yang dilakukan oleh manusia kepada selain dari Allah adalah batil.

Ketiga: Jika dia menganggap ada sesuatu yang sama dan setara dengan Allah maka dia telah mensyirikkan Allah dari segi asma` wa sifat-Nya. (Ensiklopedia Islam Kamil Syaikh Muhammad bin Ibrahim bin Adullah at-Tuwaijiri dengan sedikit perubahan)

Syirik Terbahagi kepada 2

Pertama: Syirik Akbar (Syirik Besar). Contohnya seperti menyembah kayu,batu, juga seperti dalam definisi di atas.

Kedua: Syirik Asghar (Syirik Kecil). Contohnya seperti riya’ (berbuat sesuatu kerana ingin dilihat orang). [InsyaAllah akan dibahas lebih lanjut pada perbahasan yang akan datang biiznillahi ta’ala]

Bahaya Syirik Kecil?

Syirik Kecil dapat mengurangi nilai tauhid dan dapat membawa kepada syirik yang besar dan pelakunya menjadi hina. (Ighatsatul Lahfan, Ibnul Qayyim dan al-Kamil dengan sedikit ringkasan)

Bahaya Syirik Besar?

1) Lawan dari tauhid ialah syirik, dan syirik merupakan kezalimaan yang paling besar. Sedangkan tauhid adalah keadilan yang paling besar.

Allah Ta’ala menyebutkan nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya di dalam firman-Nya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (menysirikkan) Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (QS. Luqman 31:13)

Islam adalah agama yang mengajarkan keadilan. Berlaku adil sesama manusia, adil kepada makhluk yang bernyawa dan yang paling utama yang diajarkan ialah agar manusia berlaku adil kepada Allah iaitu hendaklah mereka mentauhidkan/ mengesakan Allah Azza Wa Jalla. Inilah inti ajaran Islam, iaitu supaya manusia hanya men-Esakan Allah dengan cara hanya menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya walau hanya sekali.

2) Tidak diampuni dosanya dan haram ke atasnya syurga. Firman Allah :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (QS. an-Nisa’ 4:48)

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (QS. al-Maidah 5:72)

3) Dihapuskan seluruh amalan kebaikannya. Firman Allah

“Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (QS. az-Zumar 39:65)

4) Kekal di dalam neraka

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.” (QS. al-Bayyinah 98:6)

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

Barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia mengambil sembahan selain Allah sebagai tandingan (sekutu), maka dia masuk neraka.(Muttafaqun ‘alaihi)

Berfikirlah wahai Insan

Lihatlah wahai saudaraku, akibat dari melakukan kesyirikan memberikan pengaruh yang sangat mengerikan. Jika ditanyakan kepada kita, “siapa yang ingin masuk ke neraka?”. Pasti tiada yang ingin duduk di dalamnya walaupun sesaat. Namun, apakah kita tahu diri kita telah terbebas dari melakukan kesyirikan? Adakah kita tahu jalan-jalan yang dapat membawa kita kepada kesyirikan? Ketahuilah bahawa syirik itu mempunyai beberapa jalan, hanya dengan mengetahui jalan tersebut barulah kita terbebas dan menghindari dari dosa syirik.

Jalan-jalan yang membawa kepada kesyirikan

Pertama: Kejahilan adalah merupakan jalan utama yang membawa manusia kepada kesyirikan. Allah Azza wa jalla berfirman :

“Katakanlah: "Maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang yang tidak berpengetahuan?"”(QS. az-Zumar 39:64)

Kedua, kerana dia meletakkan kepercayaan atau dia bergantung kepada selain Allah adalah antara sebab yang membawa kepada kesyirikan. Namun poin kedua ini timbul akibat daripada kejahilannya tentang Allah Ta’ala.

Ketiga, berlebih-lebihan dalam memuji. Seperti perbuatan Kaum Nabi Isa berlebih-lebihan dalam memujinya sehingga menjadikan Nabi Isa sebagai Tuhan.
Inilah antara definisi syirik yang dapat saya sampaikan secara ringkas. Semoga Allah memelihara kita dari dosa syirik. Allahul Muwaffiq
 
Dewasa ini kita melihat semakin galak sahabat² mengupdate fb seperti bersaing dalam perniagaan pula caranya. Nak kemana, nak buat ape, dengan siapa. Tengah buat ape. Sampaikan mandi, makan, berlari, bertinggung pun nak cerita. Sehingga dalam hidup tidak ada satu hijab atau dinding kepada orang lain. Apatah lagi seronok bila yang di update itu di like beribu-ribu manusia. Berhamburan kata² pujian dan melangit hidung ni kalau di puji samada mengikut situasi atau pun tidak. Inikah yang kita katakan beriman? Iman itu boleh dilihatkah? Adakah jika kita tulis di dinding facebook "aku beriman kepada allah dan rasul" maka tercetus di dahi "AKU ORANG YANG BERIMAN" secara terang?? Kerana itu Raihan pesan dalam lagu iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai, walau apapun caranya jua engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau meredah lautan api, namun tak dapat jua dimiliki. JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH. Bagaimana nak rasa manisnya iman? Kurang-kurangkan lah fb. Kurang-kurangkan lah update fb. Kurang-kurangkan lah. Bila kurang yang bertambah itu iman. Yang berkurang itu riyak. Yang berkurang itu buang masa. Yang berkurang itu umpatan. Yang berkurang tu nampak salah org. Yang berkurang tu lagha. Saya pun mengaku ada dan ada buat Syirik Asghar ni. Saya berharap saya tinggalkan. Dan saya pun taknak hidup dalam keadaan riyak dan syirik asghar dimana mampu menghumban saya ke syirik yang lebih besar. Bukanlah suruh log out selamanya fb. Saya pun orang meniaga. Perlukan medium fb utk bertemu pelanggan. Tapi sedarilah, kita nie tak sedar yang kita sedang menduakan Allah.
 
Kenapa saya cakap macam tu? Pernah tak baca sahabat-sahabat kita berdoa di fb? Dengan harapan.......orang yang baca pun dapat rahmat bersama-sama. Niat kita baik. Tapi niat tidak akan menghalalkan cara. Tidak semestinya ia menghalalkan perbuatan ye. Kerana apa?? Kita dah rungkaikan sebelum ni kenapa Mark Zuckerberg dengan sengaja mencipta post fb dgn nama "wall". Kenapa ye??? Kerana dia seorang bangsa yahudi. Yahudi!!! Dan bagaimana yahudi ini menyembah tuhannya?? Dengan meratap, bersedih-sedih, berdoa dan bercakap sendiri di 'dinding jerusalem'. Nah..tahniah muslimin muslimat. Kita dah tergolong dalam golongan yang berdoa di dinding. "Ya Allah, Ya Tuhanku....Semoga aku berjaya dalam peperiksaan SPM 2012. Dan semoga aku menjadi insan yang solehah. Amin". Pada siapa kita mengaminkan tu? Dinding?? Wall?? Dimana afdhalnya doa kita ini?  Di dalam handphone kah? di dalam facebook kah? di dalam blog kah?? di dalam tweeter kah? Inilah yang dimaksudkan Baginda Rasulullah SAW :
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Rujukan :Ensiklopedia Islam al-Kamil Syaikh Muhammad bin Ibrahim bin Adullah at-Tuwaijiri terbitan Darus Sunnah
Tahdzib Syarah ath-Thahawiyah jilid 1 terbitan Pustaka at-Tibyan
Tafsir Ibnu Katsir jil 3 Pustaka Imam Syafie 
 
Terima kasih kepada maktabah islam yang mengingatkan saya, saya mengambil segala ilmu yang haq sahaja, yang bathil saya pulangkan. Sekian wassalam.

4 comments:

Akhir Jaman said...

artikel yang bagus, Ukhti. Mohon ijin copy paste boleh ya,...

Jazakallah Khair

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Mohd Harees Masian said...

Saya setuju.. Kejahilan tentang ilmu aqidah adalah jalan utama menuju syirik tanpa disedari.