Sunday, January 13, 2013

Mengapa Bertudung Labuh?

Labuhnya tudungku bukan untuk pujian,
Labuhnya tudungku bukan untuk menukar title kepada ustazah,
Labuhnya tudungku bukan kerana paksaan.....



Adakah ini yang muslimah-muslimahku sayang selalu perkatakan? Kalau benar, syukur Alhamdulillah. Saya bangga ada sahabat seperti muslimah-muslimahku sayang.

Entri kali ini saya nak berkongsi selembar cerita yang biasa-biasa sahaja. Tidaklah se-gah blogger-blogger yang top hingga masuk surat khabar dan jadi model-model ngetop tu. Cukup sekadar saya isi ruang-ruang ilmu kita bersama.

Tudung Labuh. Lagi-lagi tudung labuh. Saya akan tetap berkongsi sehingga muslimah-muslimahku sayang naik bosan. Biarlah bosan dan muak. Asalkan apa yang saya nak sampaikan dah bernanah dimata muslimah-muslimahku sayang. Ceritanya begini.....

Satu pagi yang tenang di waktu dhuha dalam surau pejabat saya.....

Staff praktikal 1 : "Kakak memang ke tempat kerja pakai tudung labuh ye?"
Cda : "Insha'Allah yea.."
Staff praktikal 1 : "Takpe ke pakai tudung labuh kat sini?"
Cda : "Hehe..kenapa pula mcm tu bunyi soalannya?"
Staff praktikal 1 : "Takdelah...sini kan moden. Banyak org yg pakai ikut fesyen. Takkan dorg x pandang pelik?"
Cda : "Dah biasa dah....sejak 3 tahun lepas. hehe...."
Staff praktikal 1 : "Kalau mcm tu, bolehlah saya mohon terus berkhidmat dekat sini lepas praktikal nanti. Ada kawan nak bertudung labuh."
Cda : "Siapa nama adik?"
Staff praktikal 1 : "Minah" (bukan nama sebenar).
Cda : "Minah....nnt pohonlah kerja disini. Ada dua perkara sebelum pohon utk disemai dalam diri.."
Staff praktikal 1 : "Apa dia kak?"
Cda : "Pertama.....kalau nak bekerja, niatlah sesungguhnya adik bekerja kerana Allah swt. Kerana rezeki datangnya dari Dia. Yang kedua, keluar hendaklah menutup aurat. Tutuplah aurat itu kerana Allah swt bukan ikut-ikutan. Kerana yang ikut-ikutan itu dipanggil trend..bila tiada lagi org ikutan, kita akan tinggalkan apa yang kita ikut. Tapi kalau kita yg ikut al-Quran, insha'Allah al-Quran tak akan luput sampai bila-bila."

Minah tersenyum mengangguk. Saya pun meninggalkan 'Minah' yang masih melipat telekungnya.

Di suatu petang sewaktu Asar bakal meninggalkan waktu lagi 2 jam.

Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Wehh..sah ke solat pakai mcm tu je?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Entahla...dah mcm ostazah aku tengokkan..."
Staff praktikal 2 : (Berbisik) "Pelik lah saya tgok kak....dia ni je yg selalu solat mcm ni?"
Staff lama 1 : (Berbisik) "Tunjuk alim la teww".

*Saya mendengar 'pujian' ini ketika saya sedang membetulkan sejadah dan belum lgi melafaz niat asar....Lalu saya tersenyum dan meneruskan solat walaupun suasana surau agak hingar*

Usai solat...

Cda : "Assalamualaikum...saya minta maaf sangat, tapi nak tegur sikit boleh? Saya harap sangat-sangat tak tersinggung."
Staff praktikal 2 : "Apesal??" (sambil dahi berkerut)
Cda : "Kalau boleh....lepas ni nak berbual, berbual la ditempat meja sendiri ye. Kasihan kawan-kawan, susah nak khusyuk bila dgr org berbual. Silap-silap bacaan pn tunggang langgang...Ini surau.."
Staff lama : "Yelahh...bukannya ckap ape pn...nko tu, cube bawak bertobat sikit. Solat pakailah telekung. Ikut sangat Amerika tu. Dorg tu ppuan pon boleh jadi imam lelaki. Berlambak telekung kt sangkut tu haa..pilih aje..Takyah nak tunjuk sangatla nko tu alim..."
Cda : "Maaf ye kak, adik...saya mmg ada telekung sendiri. Tapi saya hanya pakai dirumah. Kat luar memang saya pakai mcm ni. Tak perlu susah-susah nak lipat, nak bawa beg. Saya pun x perlu bawak beg make-up. Nak touch up itu ini. Cukup pakaian yang suami saya beli ni sebagai kain solat saya. Sebab syarat sah solat bukan telekung...tapi MENUTUP AURAT. saya minta maaf kalau saya tegur tadi tersinggung. Tapi tak elok. sebab kalau kita dalam masjid, buat hingar dan berbual perkara lagha...dah lama Nabi SAW atau para sahabat halau kita. Sebab masjid bukan pasar..samalah surau. Tempat beribadat...maaf ye."

Saya pun meninggalkan mereka yg sedang tacap menacap itu.

Mungkin silap saya menegur, tapi kalau saya tak tegur, hati saya akan memberontak kenapa saya tak menegur. Tapi inilah senario sebenar kita dekat mana-mana.

1. nak pakai tudung labuh, tapi tunggu ada org pakai baru nak pakai.
2. telekung perkara wajib, kalau takde telekung, tak perlu solat.
3. rasa berdosa pula pakai tutup aurat dari buka aurat.

muslimah-muslimahku sayang.....jgn tunggu orang dah taknak kat kita baru nak pakai tudung labuh. baru nak ingat tuhan. Allah kan dah bagi tubuh cantik-cantik tak kira kurus atau gemuk. tahukah muslimah-muslimahku sayang bahawa saidatina aisyah r.a juga bertubuh gempal bersesuaian dengan kata beliau ketika baginda Rasulullah SAW menemani beliau ketika bepergian.

Aisyah berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila hendak safar (bepergian), baginda mengundi antara ister-isterinya. Maka siapa yang keluar undiannya, dialah yang safar beserta baginda." Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (2661) dan Imam Muslim (2770)

Bahawa Rasulullah SAW bersenang-senang bersama isteri baginda dalam perjalanan. Sesekali baginda berjalan bersamanya, dan sesekali baginda mendahuluinya.

Aisyah berkata, Aku keluar bersama Rasulullah (dalam sebuah perjalanan). ketika itu badanku masih kurus, lalu kami singgah disebuah tempat. Baginda lalu berkata kepada para sahabatnya, "Majulah kalian, yakni hingga tidak ada seorang pun melihat isteriku dan gerakannya saat berlumba". kemudian baginda pun berkata kepadaku, "Kemarilah hingga aku berlumba denganmu." Baginda lalu berlumba denganku dan aku mampu mendahului baginda. Kemudian dilain waktu aku keluar bersama baginda pada suatu perjalanan dan badanku ketika itu telah gemuk, lalu kami turun disebuah tempat dan baginda berkata pada para sahabatnya, "Majulah kalian." Kemudian baginda memanggilku, "Kemarilah, aku akan berlumba denganmu." Lalu aku katakan, "Bagaimana aku dapat berlumpa denganmu wahai Rasulullah, sedangkan keadaanku seperti ini?". Baginda menjawab, "Kamu pasti boleh melakukannya." Lalu baginda berlumba denganku dan baginda mendahuluiku. Kemudian baginda menepuk bahuku dan berkata, "(Kemenanganku) ini sebagai ganti dari (kemenanganmu dulu)." Hadis sohih, diriwayatkan oleh An-Nasa'i di dalam As-Sunan Al-Kubra (5/304) dan berada dalam kurung itu darinya. Dan lihat : Mushannaf Ibni Abi Syaibah (6/531) dan hal tersebut memiliki beberapa jalan (periwayatan).

Masha'Allah muslimah-muslimahku sayang, hebatnya baginda Rasulullah SAW ini. Walaupun Saidatina Aisyah R.A. itu gemukkah, kuruskah, baginda tetap menyayangi beliau tanpa belah bahagi. Malah tetap menjaga aurat isteri baginda. Lihat tu muslimah-muslimahku sayang betapa sayangnya Rasulullah SAW pada isterinya? Jadi mengapa perlu dipertikai gemuk atau kurus? hitam atau putih? jerawat atau licin? Yang pentingnya, siapa yang kamu pilih. apa yang kamu mahukan. siapa kamu dalam Islam? Semoga dapat menjadikan iktibar. Semoga kita semua istiqamah dalam menjadi muslimah yang disayangi Allah dan rasul.

Insha'Allah jumpa lagi next entri.

Assalamualaikum~

-sumber rujukan buku Indahnya Kehidupan Rumahtangga Nabi S.A.W. karya Sheikh Adib al-Khamdani-



5 comments:

~AtiQaH~ said...

sy suka tgk org pki tdung labuh... ada juga niat 1 hri nnti nak pki tdg lbuh... wt masa sekarang belum kuat lg tp sy brusaha untuk ttup aurat la.. labuh kan tdung, pki stokin.. boleh ke kalau mcm tu??

Fastabiqul Khoirat said...

sudah tentu la boleh adik atiqah :)
yg dituntut oleh Allah swt tu bukan tudungnya..tapi, auratnya...
manisnya bile dapat tgok adik² kakak ni menutup aurat, pakai stokin..kalau lengan baju pendek, pakai sarung lengan...aiwah...jamilah....tambahan pula jaga tutur kata, kalau ketawa pun kecik aje...takde berdekah-dekah. klu bjalan tu mata tak meliar..bagusnya kehidupan muslimah~

~AtiQaH~ said...

HEHEEE... thanks akak.... nak berubah sikit2 tp istiqamah.. yang penting menutup aurat......

Anonymous said...

Assalamualaikum ya ukhti...sy ingin bertanya...sy pernah ditanya oleh shabat sy yg tidak bertudung (free hair)..."Knp kau pkai tdung labuh sekarang ?bukan slama ni kau mmg dah pkai tdung ke? (tudung biasa,bidang <50)..jadi apa masalahnya?...utk makluman, sy baru shj berhijrah, mula berjinak2 dgn tudung labuh...bkan bermaksud sblum ni sy x b'tudung...sy bertudung, cuma tudung yg biasa shj..xlabuh pun...sy terkedu sbnrnya dgn soalan dia....awk rsa apa jwpan berhemah yg patut sy bagi dlm usaha mnyampaikan dkwah pd shabat sy itu?

thesarahmia said...

Salam , ur blog is totally inspired me! Jzk