Assallamualaikum. Pada akhowat dan ikhwan...dipersilakan jika mahu copy dan paste di wall2 antum..sbb ini salah satu cara kita menyampaikan perkara yg wanita2 kita suka sekali buat. Alasan2 yg x munasabah dan munasarawak lgsg..dan ini datang dari hati sy juga. Tidak ada niat nk menyinggung. Tapi terlalu banyak alasan sudah sy terima dari insan sejenis ana. Tolonglah ubah dan cuci akal anti/ukhti yg dah berkarat dek kerana gelapnya hati terima Islam yg sebenar! Berikut alasan dan kenapa kalian suka katakan :-
1. Mereka jahil tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.
2. Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?
3. Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?anda kata,pakai tudung mulut jahat,buat perkara jahat. anda kena faham. dia pakai tudung dan menurut perintah Allah. cuma sikapnya lebih kurang anda.tak faham erti sebenar kenapa anda ni dijadikan dalam dunia ni.nak jadi HAMBA ALLAH atau HAMBA DUNIA?. tak malu menegakkan dalil sndiri,padahal dah Allah tetapkan dan turunkan pakaian yg elok2 utk anda. kenapa mengingkar.mmg andalah manusia yg tak tahu erti syukur dicipta tu ape, malah blh pulak buat alasan pada Allah yg anda lagi baik dari org pakai tudung?mmg tak reti diuntung pada Sang Pencipta lah anda ni..
4. Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?ingat yea, kalau haji tu mmg dah dilonggarkan jika berkemampuan. adakah anda tak berkemampuan tak menutup aurat ni? kasihan..
5. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah. bila anda menghina ciptaan ALLAH tu, anda renung diri anda dalam cermin balik. siapa yang cipta anda? kalau anda percaya ALLAH yang cipta anda, maka yg anda hina tadi termasuklah anda sekali. seronok menghina diri sendiri ye....
6. Alasan tak munasabah seterusnya, "Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.jadi kehulu-kehilir lah anda dengan ic ISLAM, tapi jahil dalam mentaddburi surah An-Nur yang dah berkurun lama diturunkan.
7. Lagi "Apa baiknya menutup aurat ni?" Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?Mana anda tahu, kalau dah budaya yang anda ikut pun budaya bukan Islam.
8. Lagi alasan uneducated, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Emmm...kenapa anda nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.anda tak pernah dengar ye, diakhirat nanti bukan mrk-mrk tu yang bagi syafaat pada anda melainkan Allah Ya Rahman. kalau yg bertitle tu tak pakai tudung anda ikut. jadi kalau mereka terjun bangunan pun anda ikutlah? mudahnya prinsip hidup anda..macam dicucuk tali kat hidung aje.
9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?
10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.ayat selalu yg anda2 gunakan "kubur masing2 okay!" memang. tapi Allah akan tanya kami, kenapa tak tegur jiran kubur semasa hayat hidup kamu? saya memang nak masuk syurga ALLAH, tapi saya nak masuk bersama-sama anda. sebab saya sayang anda. kenapa saya sayang anda? kerana kita adalah saudara. kalau saya boleh sayang diri anda yg dah berii banyak alasan dalam melaksanakan perintah ALLAH SWT, kenapa anda taknak sayang diri anda sendiri wahai wanita?
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah
Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.
**Persoalan (alasan) di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya.
maafkan saya jika anda berkecil hati. saya rela dibenci anda kerana menegur perbuatan sombong anda. dari saya dibenci ALLAH SWT kerana tidak menegur anda. inilah tanggungjawab kita. sekian.
No comments:
Post a Comment