Friday, April 23, 2010

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...(bidadari syurga)




Bismillahhirrahmanirrahim..

Ya Allah, jika aku dikurniakan seorang suami. Kurniakan aku seorang suami yg beriman dan bertaqwa keatasMu Ya Allah.Agar aku bisa memanpan diri sebagai seorang wanita solehah. Mana mungkin judul isteri solehah bisa kugapai jika suami ku tidak mgharapkan aku menjadi sayap kanan dan kirinya utk ke syurgaMu. Dan jika aku dipilih menjadi wanita solehah, izinkan aku menjadi Ketua bidadari buat suami ku. Izinkan aku tetap menjadi bidadari suamiku didunia dan disyurga Ya Allah..Semoga doa ku didengar olehMu.Amin Ya Rabbal A'lamin.....

Saya nak cerita sikit mengenai Ainul Mardhiah..kenapa sy mahu jadi bidadari kepada bakal suami sy seperti Ainul Mardhiah..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Kita tahu bidadari itu cantik..bidadari itu sempurna. Kalau blh nk jadi isteri solehah. Kalau blh nk kirim diri jadi seperti Ainul Mardiah. Ainul Mardhiah nie memang wujud, tp dia bukan org bumi (maksud saya dia nie bidadari la)..dan dia adalah antara ganjaran yg paling besar utk lelaki yang berjuang dan berperang sebaik mungkin di jalan Allah..Dia nie adalah ketua utk semua bidadari.. tersangat2 lah cantik wanita nie sebab sedangkan kalau seorang pengikut dia turun ke bumi, maka akan bertarung bermati-matian lah kaum adam (mana2 lelaki) utk dptkan pengikut dia tue..

Wallahu wa'lam

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

P/S: Utk kaum isteri, jgn sesekali derhaka terhadap suami (lagi2 kalau suami korg tergolong org yg beriman).. sebab, setiap kali korg singgung perasaan dia, seorang demi seorang bidadari kat syurga akan ckp mcm nie "Wahai lelaki beriman, kami akan sentiasa menunggu kehadiranmu.."

Selebihnya, Wallahu'Alam..

3 comments:

Anonymous said...

wahh kalau lelaki bidadari dy ainul mardhiah..utk perempuan apa pulak? bukan ada bidadara utk perempuan jugak ? hee mesty hensem2..:)

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

fara : wanita adalah seseorang atau lebih buat dia kalau dia berusaha dan berjaya menjadi wanita solehah semasa didunia..insya'Allah..itu janji Allah buat para syuhada..

azie.iya said...

suami wajib diberi keutamaan :) semoga suami solehah yg akan menemaniku hingga ke dunia akn dtg , amin