Friday, April 23, 2010

Perjalanan Mencari Mardhotillah




Bismillahhirrahmanirrahim....

Akhirnya tercapai juga nak punya blog sendiri dan berkongsi kisah-kisah atau cerita-cerita yang sy rasa boleh pembaca yg singgah sebentar nak bersantai ke page sy yg mana masih lagi bertatih dalam menghasilkan penulisan yg terbaik.

Nak bercerita panjang pun sy ni memang tak terlalu konservatif dalam penyampaian. apatah lagi memang tak petah sangat dalam berbahas. Jadi kalau ada salah dan silap dalam menyampaikan sesuatu cerita atau pendekatan yg saya bawa nanti, minta perbetulkan kesilapan-kesilapan sy sebagai manusia biasa.

Memilih agungnya cinta Allah sebagai main diskripsi penulis. Bukan untuk menonjol nilai penulis semata. Tapi lebih bersifat mengenali Allah yg Maha Agung dari diri yg penuh dgn berbagai kesilapan. Hari ini, akal sy berfungsi dgn mengeluarkan macam-macam idea untuk menaip adalah kerana Dia. Terpanggil untuk menulis pun adalah ihsan dari Dia. Mana mungkin sy membelakangkan Dia dalam setiap pengucapan saya kan..Ermm,panjang sangat dah mukadimah sy buat permulaan ni kan.

First thing yg sy nak buat adalah untuk menghuraikan banyak persoalan-persoalan dari setiap sahabat-sahabat baru sy "Bagaimana Asyeera boleh berubah hingga ke tahap ini". Saya takkan sentuh terlalu banyak mengenai sy. Tetapi 'Agungnya Cinta Allah' itu sendiri yg akan menjelaskan dari permulaan bertatih hingga punya ramai sokongan padu dari sahabat-sahabat yg tak pernah putus dalam urusan menabahkan hati ini. Terima Kasih Allah Ya Rahman, kerana setiap hari sy dikurniakan kasih dan sayang dari sahabat-sahabat yg telah dipertemukan buat sy mengenali erti menjadi manusia dan hamba yg sebenar!

Apa yg pasti selama saya tetap mencari diri sy. Tetap mencari Mardhotillah ini, sy berpegang teguh akan satu hadis : Dari Abu Musa r.a. dari Nabi saw katanya “Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat." (Riwayat Muslim)

Dan kerana inilah, sy percaya atas kerana Agungnya Cinta Allah, sy teruskan perjalan dalam mencari Mardhotillah...

3 comments:

Unknown said...

Salam,
Ahlan Wa Sahlan,
Semoga penulisan ukhti lebih bersemangat dan mampu menginsafkan hati-hati semua yang membaca.
Selamat maju jaya ye kak shahida.
Selamat berkenalan juga.
;)

Fastabiqul Khoirat said...

waalaikumsalam ukhti dyana...insya'Allah. selagi Allah swt mengizinkan jari ni menari atas papan keyboard lappy ni, insya'Allah..selagi itu, ana akan terus mengetengahkan isu-isu wanita muslim malaysia umumnya.lumrah wnita itu lemah. tmasuk kekuatan melawan dari segi fizikal mahupun mental..jadi insya'Allah ana akan cuba terus membuat kajian dan mcari penyelesaian permasalahan wanita..doakan ana diberi kekuatan dlm meneruskan tinta buat wanita..insya'Allah amin...

Anonymous said...

Askum.
Maaf sy minta blogx untuk di"ikuti"sebagai bhan renungan buat sy n tman2 saya.By aswan