Friday, May 7, 2010

Apabila Niqab terus diprovokasi!

Hari ini tanggal 7hb May, 2010. Terpampang besar isu niqab didalam sebuah akhbar. setiap penulisan itu menoreh sedikit demi sedikit kelukaan dihati kecil saya. Entah kenapa gejolak rasa marah timbul sedikit demi sedikit juga....Astaghfirullahha'azim....bisik hati kecil saya. Sungguh licik iblis membisik kalimat kebencian dan kemarahan terus ke hati aku. Teringat pula pada pesanan bakal zaujun aku mlm tadi. "Kalau org membenci kan niqab kamu, itu kerana dia jahil dalam mentafsir niat seseorang. Kasihan kan lah dia. Krn dia tak tahu dan tak mengerti apa kebaikan niqab berbanding keburukannya. Tersenyumlah. Kerana adat manusia biasa, kita takkan mampu menyenangkan hati setiap org..." Sayu hati ini bila mengingatkan kembali pesanannya. Sungguh saya memang sudah terpukau dgn bisikan azazil....Masya'Allah.

Tapi mata ini tetap terus terpaku membaca keratan akhbar yg menjangkau 3 muka surat. Bercampur baur perasaan dihati. Baru dua hari lepas aku dikejutkan dgn seseorang yg bakal menjadi saudara iparku dgn berita dilarang berniqab. Sekaligus menarik hati aku dgn perasaan bersalah. Krn aku tahu dia mmg terlalu suka dgn penampilan 'gadis berpurdah'. Dan kebetulan pula aku mmg berniqab, secara tak langsung...pandangan org tuanya seolah menyela aku yg menjadi pendorongnya. Kata kunci "Biaq aku mati dulu, baru hang boleh pakai" membuat aku terpukul dan merasa akulah puncanya.....Apalah salah berniqab. Seperti yg aku selalu tulis dlm ruangan blog aku. Hati gadis berniqab : "Kami bukan ekstremis atau puak pelampau! Kami bukan ahli pengebom berani mati! Kami masih berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan as-sunnah Rasulullah SAW! Kami perlukan ruang seperti gadis-gadis yg lain! Kami punya hak sendiri dan ini adalah keputusan kami ut berniqab, tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu! Dan kami bukan mengamalkan ajaran sesat seperti yg diwar-warkan!" Inilah antara kata hati gadis-gadis berniqab. Cuba bayangkan jika hal ini diterbalikkan. Umat Islam kembali mengambil alih empayar dunia. Semua gadis berniqab...Dan kami mengecam gadis-gadis yg tidak menutup aurat dan tidak mematuhi peraturan aurat mengikut syariat Islam. MAHUKAH DAN DAPATKAH  ANDA MERASA,MELALUI  PENDERAAN PERASAAN INI JUGA? sudah semestinya kamu,kamu,kamu akan membawa ke muka pengadilan mengatakan kami melanggar hak asasi manusia. Tapi tak perlu sampai membayangkan pun kami yg berniqab ni belum ada kes lagi menggubal undang-undang supaya org bukan Islam (yg Islam pun ada juga ye...) supaya pakai tudung! Anda kata kami golongan berniqab ni kolot,kampung dan mundur. Andalah yg sebenarnya kuno dan kolot. Kami menimba ilmu dah sampai berbagai-bagai peringkat (perlukan bukti? di Malaysia pn cukup...cari di UIA dan jabatan hal ehwal Islam, tanya kedudukan taraf pelajaran mereka). Dan kami tidak pernah menganggap menutup wajah kami yg dianugerah Allah swt dgn elok dan baik ni satu beban!! Kami masih boleh bermain bowling. Kami masih boleh menaiki train utk kemana sahaja. Kami masih boleh bersolat untuk mengucap syukur pada yg Maha Esa. Kami masih boleh bergurau dengan rakan-rakan baik kami. Kami masih boleh menjalankan tugas karier harian kami. In fact, sudah terbukti gadis berniqab boleh menjadi pekerja Customer Service Assistant yg mengadap muka berbagai customer Islam atau non-Islam berhari-hari. Come on lah. Siapa yg kolot sebenarnya ni? Gadis berniqab di Malaysia dah lama maju jauh dari anda yg mengutuk dan mengeji kami! Niqab tidak pernah menghalang kami berkomunikasi dan menjadi diri sendiri!

Tolonglah tunjukkan bukti bahawasanya kami gadis yg berniqab ni didera mental supaya menjadi muslimah yg sejati. Kalau dipaksa semata-mata hanya utk jadi muslimah sejati, sy suggest mrk tu fikirkanlah diri sndr dlu, nnt nak mengadap Allah swt apa yg kamu buat utk diri sendiri. Tak perlu nak paksa org lain. Sbb atas dasar paksa memaksa ni lah, kami yg tak terpaksa ni dikecam sekali. APENI? Adil ke? Anda-anda yg mengadili kami sesungguhnya tidak adil langsung!! Saya buktikan...kalau anda tanya pada gadis yg rela berniqab : Tak rasa rimas ke pakai purdah ni. Bukan ke dalam Islam aurat tu terkecuali wajah dan tapak tangan? "Langsung tak rimas. Malah sy merasa terselamat dari menjadi punca fitnah kepada lelaki. Kalau lelaki tu cakap sy cantik dgn melihat wajah sy...bayangkan betapa dahsyatnya apabila zina hati dan mata lelaki itu perolehi. Kerana membayangkan kecantikan sy (sbb dia dh nampak wajah sy). Sy taknak jadi punca kepada fitnah yg mencampak lelaki itu kelembah neraka Allah swt. Naudzubillahhiminzalik..." Kalau tak panjang sikit pun mesti ada dari isi-isi yg sy beritahu ni. Tapi berbeza kalau anda tanyakan pada yg terpaksa. Mereka lebih senang menjawab : "(Ayah-suami-abang-keluarga) yg suruh sy pakai. Sy rimas. Seronok tgok kawan-kawan boleh pakai tudung Yuna, tudung ekin. macam-macam warna bleh try. Pastu diorang bleh pegi karaoke,tengok wayang dgn sape-sape pun. Yg paling best, ada boyfriend. Sy minat kat sorang ni. Tapi sebab takutkan ayah sy, sy lupakan niat...Nanti sy kena pukul dgn ayah sy.Lagipun ini kan melambangkan Islam. Keluarga sy memang kuat agama. Semuanya dari tabligh. Sy tak suka. Tapi selagi sy masih dgn keluarga sy, sy kena pakai utk kebaikan sy." Sy jamin, anda akan peroleh satu dari macam2 alasan diatas. Kami yg berniqab bukan insan yg fanatik. Bukan kerana faktor politik, fesyen arab atau untuk perhatian. Beruntunglah anda kalau faham dgn penjelasan sy. Sy faham tak semua org yg berniqab itu jujur dalam menegakkan semeter kain di muka ni. Tapi Islam itu menitik beratkan perpaduan dan JAGA HATI! kerana hati boleh mencerminkan diri seseorang. Kalau asyik sangka buruk tentang org, anda rasa anda punya akal tu dah maju ke? Anda lah org yg suka menunjuk jari telunjuk pada org, tapi 4 jari lagi tak sedar tak berusaha perbaiki diri sendiri. Jangan sibuk hal kain semeter ni. Org nak tambah beratkan aurat, bukan nak singkatkan lagi aurat! Macam di SEGi COLLEGE Masjid Jamek ni. Islam dgn Non-Islam dah sama taraf dah. Hari-hari kawasan Masjid Jamek ni 'banjir' agaknya.....Malulah pada tuhan, jangan malu pada pandangan org yg kata anda tak up-to-date!

Kesimpulan dari cerita sy, bantulah diri anda utk jangan terlalu provokatif dalam menilai gadis berniqab. Kami kasihankan anda kerana kejahilan tafsiran anda. Tapi sayangnya anda tak pernah kasihkan diri anda utk bermuhasabah diri. Tepuk dada, tanyalah akal...sepantas mana dh anda berfikir dan menilai fungsi dan kebaikannya lebih-lebih lagi apabila Allah swt tu turunkan ujian H1N1 ni..Manfaatkanlah kata hati seorang gadis berniqab mewakili gadis-gadis niqab yg lain. Terima kasih untuk luangan masa menyinggah. Wasalam..

5 comments:

Unknown said...

salam akak, ape khabar?
entry yang menarik.lepas bace blog akk ni, baru kite terdedah dgn purdah ni. selame ni rase mcm biase je purdah ni.
*rase teringin nak pakai kain semeter kat muka tu(purdah)*
InsyaAllah.:)

jemput singgah ke blog kite.
http://mysmile786.blogspot.com/2010/05/sebelum-saya-tinggalkan-anda.html

if ade pndgn, tulisla di komen.
-syukran-

as-syahida said...

waalaikumsalam adik...
baik alhamdulillah.
ye, terima kasih kerana keep reading my blog. dh penat sbnrnya nk pjelaskan pd org mengenai isu niqab. sbb org lain tak duduk di tempat ni, jadi mereka tak rasa kegeraman yg menahan dlm dada...jadi blog adalah salah satu cara meluahkan interpretasi mewakili gadis2 niqab yg lain...apalah salahnya pada kain semeter ni..tak buat salah pn pada mrk..

insya'Allah akak akan visit blog adik k...hya guna jari 'click-click-click' je dh sampai ^_^

sya_syi said...

beratnya.. fitnah yg ditanggung wanita berniqab ni.. :( saya harap suatu hari nanti.. saya kuat kan iman.. untuk berniqab penuh istiqamah.. amin*

sya_syi said...

salam.. kakak.. saya mohon copy.. nak sebar kat kawan2.. boleh??

Fastabiqul Khoirat said...

sya_syi : waalaikumsalam dik..silakan ^_^