Sunday, June 27, 2010

Sanah Helwa Syahida!

Dari pagi ditunggu khabar berita dari tunang tersayang.

"Kemana lah abang Firdaus ni ye. Biasanya pagi-pagi subuh dah mesej gerakkan solat subuh. Tapi ternyata dia dari pagi senyap sunyi sepi tanpa berita." Hati tertanya-tanya membisik kemana gerangan si empunya diri dah pergi.

Doktor beri satu injection dan ubat-ubatan untuk menjadi teman ana dikala kesakitan kembali menyerang seperti semalam. Sehari semalam tidak lena tidur akibat serangan lelah yang semakin menyesak. Nanie sahabat baik ana kebetulan pula bermalam sama. Mungkin dia pun tidak dapat tidur lena akibat bunyi kuat dari pernafasan ana yang membingitkan....

Kembali berteleku dibalik tirai jendela yang senantiasa tertutup rapat dikamar sepi. Seperti tahun-tahun yang sudah, sememangnya ana menyambut sepi panggilan ulangtahun sendiri. Setiap tahun akan ada sahaja kek yang dibeli dan dibawa ke Taman Rekreasi KLCC untuk dijamah bersama kanak-kanan riang yang asyik bermain disana...Tidak seperti tahun ini. Allah swt menurunkan hikmah iaitu diserang demam panas dan lelah agar Syahida kekal tinggal perosok didalam rumah. Jangan sedih-sedih seperti tahun lalu. Sayangnya, rasa sunyi itu tetap kunjung tiba....

Jam dah menunjukkan angka 5.00 petang, yang ada cuma sms dari abang Firdaus mengkhabarkan selepas Maghrib kita bertolak untuk dinner sama. Hurmm....kenapa dgn hati ni. Kurang enak saja? Bisik benak hati.

Tangan dah penat mengayuh larian keatas keyboard menulis bog dan menari-nari kealam facebook dan myspace. Sesekali menarik hela panjang apabila terasa sesak nafas di dada. Tak sihat aku ni, tak boleh bersolat pula. Mata dah kuyu melayan kesan ubat selsema tadi. Sedar dan tidak, rupanya terlena hingga jam 7 petang. "Lamanya berlayar.." Bentak hati kecil.

Di jenguk sms di handphone. Tidak ada tanda misscalled mahupun sms dari sesiapa. Bingkas dari katil mencapai tuala. Siap membersihkan diri, duduk berteleku kembali ditepi jendela sambil membuka lembaran masthurat di tepi meja. Setelah habis membacanya, kembali menziarah laptop yang tak pernah padam. Kalau mampu bersuara, agaknya dah macam-macam yang dibahaskan mengenai diri ini perilaku terhadapnya.

Bunyi telefon membuat ana bingkas pantas mencapainya. "Assallamualaikum, mungkin kita akan kerumah Pak Teh dahulu la Syahida. Siap-siap ye. Abang ada belikan Dunkin Sandwich Chicken Mayo ni.." Ana terus tersentap. Barangkali takde sambut apa-apa ni. Tak mengapalah. Yang penting minda ni tak terpahat dirumah semata. Inform terus pada ummi ana..dan dia cuma mengangguk tanda faham. 

Dari jam 8 sehinggalah jam 9 malam. "Lewatnya....." Bisik hati ini. Akhirnya sampailah abang Firdaus dimuka pintu. Semasa kami bergerak, abang Firdaus cuma beritahu tidak jadi ke rumah Pak Teh. Mengangguk tanda faham info. Maknanya ada peluang makan..hehehehe. Lapar sungguh, dari petang tidak makan. Cari bermacam-maca kedai. Tidak ada satu yang pun kami singgah, sehinggalah kami decide untuk makan sahaja Dunkin Sandwich tadi. Dan kami berbual panjang di tepi highway Jejantas Sungai Buloh bersaksikan ramai sahabat-sahabat didalamnya...

Mungkin beliau perasan, dari riak mata ini jelas memandang keluar pandangan ada rasa sunyi. "Maaflah Syahida, masa harijadi abang, Syahida ada beli kek, kad dan buat macam-macam. Tapi harijadi Syahida abang cuma mampu bagi brownies sahaja. Itupun sebab kereta abang dah elok dari sakit...Mungkin abang tak macam orang lain. Tapi ini sahaja yang dapat abang tunaikan buat masa ini." Terseka air di mata, jangan runtuh sebab abang Firdaus sudah bersalah sangka. Sebenarnya, rasa ini mungkin kerana setiap tahun tidak ditemani sesiapa. Ummi sekalipun ada aktiviti beliau sendiri. Dan sedia maklum ana tidak punya adik atau kakak untuk menemani. Apabila tahun ini ada orang yang sudi menyambutnya walaupun dengan 3 potong brownies, ia tetap membuat diri ini betapa Allah mendengar keluh kesah hamba daif ini betapa sunyinya hati apabila tidak punya teman bercakap dan mendengar. Hanya Dia tempat meluah...tapi ana manusia biasa. Kadang-kadang tidak merasa puas bila bercakap tetapi tidak ada yang membalas balik apa yang dicakapkan..

Buat Abang Firdaus, terima kasih atas brownies nya. Terima kasih sebab bersusah payah datang kerumah beri mak dan abah bekalan untuk sarapan esok. Kami tahu abang sedang mencuba menjadi ahli baru keluarga kami yang terbaik. Bukan atas nilai brownies itu sebenarnya, tapi lebih pada peringatan dan penghormatan. Tidak perlu majlis yang begitu sempurna, ckupla sekadar secawan air milo panas dan secawan kegembiraan kita bercerita tentang hari-hari yang kita lalui. 

Mungkin tersentak apabila mengetahui lambat lagi tarikh pernikahan kita. Sebolehnya nak secepat yang mungkin. Bukan kerana aspek 'teringin nak kahwin' tetapi lebih kepada menjaga hati dan mata. Sudah berusaha mencuba menjaga hati dan mata. Takut kerana ikatan 'darah manis' ini betul2 dijaga rapi. Apakan daya, ana cuma wanita. Entah kenapa suara hati tidak pernah mendapat tempat. Teringat kata-kata seorang teman, "meningkatnya usia memang boleh dihitung, tetapi sampai bila ia akan meningkat tetap akan menjadi rahsia Allah swt." Sabarlah hati....jodoh itu sudah ada. Cuma ia belum tegar menjadi milikmu. Mungkin ada perkara yang menyebabkan Allah swt lebih mengetahui kenapa ia diberi tempoh setahun. 

Buat Syahida, usah sedih usah merasa diri kesunyian. Seperti tahun-tahun yang sudah, Allah jua yang menemanimu...jika dia tak mampu beri apa yang kau harapkan, pesan pada diri. Dia adalah manusia biasa. Kekurangannya dia kerana Allah tahu ada hikmah buat kelebihannya. Dan sampailah pesanan dari teman baiknya, "...nk cda sygnyi tunang cda seperti cda syg diri cda sendiri..." Pada Abdul Rani, terima kasih atas pesanannya. Ana terus tersedar dari lamunan panjang. Moga dia benar dicipta untukku Ya Allah..Insya'Allah, amin.


2 comments:

شاح اندرني said...

Salam.. Sayu Ana bacanya.. Tambah pula Ana tengah rasa sunyi dan sayu.. Moga berkekalan ea kakak.. Amin.. Ana doakan kakak..

Fastabiqul Khoirat said...

Waalaikumsalam Syah. Dugaan bertunang. Berdusta kalau kita tidak pernah merasa sunyi kan Syah. Cumanya perasaan ni kadang2 terlepas kawalan...Terima kasih atas doanya. Kakak pn doakan Syah insya'Allah ada pengubat sunyi dan sayu Syah satu hari nnt yg Allah beri...amin.