Sunday, September 26, 2010

Jika ku imbas kisah lama.....

Semuanya indah semua....
Aku ini manusia biasa.
Punya hati dan perasaan.
Punya rasa marah dan kecewa.
Mudah sungguh orang menghukum diri ini
tanpa rasa hidup ini bagai roda..
Ia berputar.
Dan satu masa nanti roda itu akan kembali ketempat asalnya...
Ketahuilah..
Hari ini kau menyakiti hatiku dan keluargaku..
Satu hari nanti,
Allah akan menyakitkan hatimu lebih dari ini...
Aku percaya kesakitan ini tidak akan lama..
Aku tidak mengerti apakah salahku..
Sehingga dimalukan sebegini..
Hingga aku dipersendakan sebegini rupa..
Kenapa?
Kerna kau tidak dapat melihat wajahku?
Kerna aku tidak seperti mereka yg kau anggap dewi dunia?
Aku kecewa..
Harusnya kau yg paling mengerti..
Rupanya aku bersandar pada yg tidak punya harga...

Monday, September 20, 2010

Sabar Itu Ada Kemenangan!

Yakinlah janji Allah SWT. Itu kata-kata yang selalu meniti dibibir ini.

Jam 0430am :-

"Astaghfirullahala'zim...petunjuk apakah lagi ni Ya Allah". Ana tersedak semasa tidur secara tiba-tiba. Terus sesak nafas seperti dipijak orang didada. Ana biarkan mata melewar sehingga ke jam 0950am melayan kerenah sahabat-sahabat di facebook....

Jam 1015am :-

Dada terasa di hentak-hentak. Terus capai handphone, beritahu abah yang ana diserang asma. Walhal abah sedang melayan tetamu diluar. Bersiap dgn tshirt muslimah, bertudung labuh dan sarungkan niqab. Batuk semakin menjadi-jadi. Berkokoh-kokoh tanda ada kahak.

Jam 1100am :-

Athma Bay, Hospital Sg Buloh. ibu menolak kerusi roda dan doktor mencapai Nab 365. Dah 30minit menyedut gas. Machine nadi dan oksigen tetap menunjukkan petanda tak bagus. Doktor menambah satu dos lagi. Masih tak surut sesak ini. Doktor inject di kanan tangan. Masih sesak. Akhirnya di inject kali kedua. Ana jadi lemah....

Jam 1730pm :-

Akhirnya doktor di Athma Bay menendang ana ke bilik pemeriksaan. "Lung okay, breath okay. Awak okaylah. Jangan main-main sakit ni." Doktor mengerut dahi. "Doktor, tahanlah saya di wad untuk pemeriksaan lanjut. Saya tahu saya sakit. Teruk doktor.." Tersekat-sekat ana bercakap krn sesak nafas. "No. Saya tak boleh tahan awak suka-suka. Awak sihat. Nak tahan apa? Kita tunggu perkembangan selanjut nanti. Jangan lupa, pam warna coklat 2x sehari. Warna putih pam setiap 1 jam. Dan ventolin yg biru, pam ketika kena attack". Doktor terus menyerahkan kad. Hati bertarung dengan hampa. 'Ya Allah...sungguh aku tak menipu!'

Jam 1830pm :-

"Kita pegi makan dulu ye. Dari pagi tak makan." Abah mengajak pekena roti canai. Ana pandang roti canai tu dah sama macam pam asma ana....No Appetite. Habis sahaja makan, berjalan dikit-dikit sebab nadi dan nafas laju macam nafas katak tercungap-cungap. Buka saja pintu kereta, habis muntah lendir kuning semua keluar. Hati berdetik...'Sakit lama aku datang balik ni. Siapalah yang khianat lagi ni. Ya Allah, berilah mereka hidayah Ya Allah. Jika mereka bahagia lihat aku derita, aku redha Ya Allah. Engkau Yang Maha Mengetahui..'

Jam 1915pm :-

Nafas makin pendek. Betul-betul macam katak dah kali ni. Kalau muntah toksah kata. Semua jenis cecair keluar. Siap berbulu-bulu pula yang melekat ditekak. "Mak...tolong hantar kan kita balik ke Kajang. Kita nak jumpa Pak Kiyai yang buang santau kita dulu...Memang dah datang balik ni.." Mak mengangguk. Abah bergegas balik rumah. Kasihan abah. Satu hari dia terpaksa ulang-alik dari tempat kerja. Bawa ke hospital. Sampai tertidur abah di ruang menunggu dek kerana terlalu lama. Ini pula nak ke Kajang. Sungguh, tiada yang dapat mengganti mak abah ana. Mereka payung terunggul tempat redup kasih ana dunia akhirat. Semoga dilimpah kurnia kasihNya RahmatNya pada kedua orang tua ku. amin.

Jam 2130pm :-

"Astaghfirullahala'zim....perempuan yang menghantar ni. Saudara mara kau jugak. Dia tahu kau dah sihat dari sakit dulu. Dia tunggu masa kau haid. Sebab pada yang Kiyai nampak, sepanjang kau bersih, dia tak dapat hantar. Sebab tadarrus dan solat kau membantu menjauhkan perbuatannya." Kiyai bercerita. Ana tengah terbongkok-bongkok masa ini mendengarnya. Alhamdulillah cepat ana kesan melalui rasa hati. "Kerapkali sebelum datang haid Kiyai, saya selalu mimpi, saya pakai telekung baru. Cantik berseri-seri. Hati saya tak sedap sangat. Petunjuk apa yang Allah nak bagi pada  saya." Saya terangkan lebih lanjut. Pak Kiyai mengangguk. Dipulangkan. Melawan pada saya. Sungguh letih bertarung...Ana takla jadi mcm dalam tv oasis tu sampai menjerit-jerit.Alhamdulillah, lapang dada ana. Allah itu Maha Besar! Ditambah pula dengan khabar tunang ana mengirim sms bertanyakan khabar...Ya Allah Ya Rahman. Tidak sia-sia aku diuji Ya Allah!! Ana menangis sepuasnya. Sungguh ana yakin dengan janjiNya! 'Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Pada wanita yang memecah belahkan hubungan ana dengan  khitbah semenjak 2 bulan yang lalu. Sungguh, ana maafkan. Tidak ada simpan dihati...Doaku, agar Allah tunjukkan dirimu hidayahNya dan semoga jodohmu dipermudahkan. Janganlah dihantar lagi ilmu pengasih dan penunduk pada tunangku..Kasihanilah dia.

Jam 0030am :-

Selamat sampai dirumah. Sudah mampu berbual dengan ibu dan ayah tercinta. Sungguh, balasan yang Allah tunjukkan hari ini tidak akan ana sia-siakan. Sahabat-sahabat tersayang tak putus-putus mendoakan. Kalian tahu atau tidak? Kalian anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk ana tidak tersesat jalan. Ketahuilah, cukup Allah bagiku..dan cukuplah kalian penyeri hidupku.

Tahajjud malam itu mendidik kita melepaskan lelah padaNya untuk bersujud dan menangis sepuasnya akan kelalaian pada hari itu dan sebelum-sebelumnya. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Allah juga menjanjikan yang terbaik buat hambaNya yang tidak berpaling dariNya walau diuji sekeras mana. Bohonglah jika ana katakan ana tidak pernah menangis keletihan dgn ujian. Tapi, kerana kata-kata sahabat...Ana bangun. Ana yakin ini semua akan berlalu. Allah Maha Melihat. Dia takkan bebani kita dengan perkara yang tidak mampu kita galas. Sahabat, biarlah diuji. Biarlah dugaan itu berat. Allah tahu dimana tempat yang lemah pada diri kita untuk diuji. Semuanya adalah kerana apa? Caranya Allah untuk melihat sejauh mana ketebalan taqwa kita padaNya. Tebal mana keimanan kita padaNya. Sahabay, jika ana mampu capai bintang di langit, sungguh...pagi ini juga ana kutip untuk hadiahkan pada kalian. Aku menangis kerana punya anugerah semahal ini dari Allah SWT.

Dan beringatlah pada yang menyekutukan Allah SWT. Tidak ada jalan bahagia selain kembali padaNya. Dia adalah segala-galaNya bagi. Selagi pintu taubat belum tertutup, bersujudlah padaNya. Akuilah dosa-dosa kita. Agar Dia pinjamkan kebahagiaan dan kekuatan pada diri kita.

1262 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang Sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seakan-akan air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerah-merahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya .



Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Jauhilah tujuh perkara yang membawa kepada kehancuran. Para sahabat bertanya: Apakah ketujuh perkara itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab: Yaitu: syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan agama, memakan riba, memakai harta anak yatim, membelot dalam peperangan dan melontar tuduhan zina terhadap wanita yang terjaga dari perbuatan dosa, tidak tahu-menahu dengannya dan beriman .

Cukuplah Allah penyelamat dan pelindung bagi kita semua. Amin.

Saturday, September 18, 2010

Niqab dan Gaya Hidupku

"Macam mana awak makan, pakai penutup muka ni?"


"Saya makan macam mana orang lain makan, macam mana awak makan? Macam tulah sy makan. Tak tahulah kalau awak makan pakai tiub hospital.."


******************************************************************

"Boleh bernafas ke pakai macam ni?"


"Tak pernah pulak dengar doktor pakai mask utk bedah org, tiba-tiba mati mengejut sbb tak dapat udara cukup? Org yg takutkan H1N1 pn okey je berjalan...Apatah lagi kain ni labuh dan ikut sepoi-sepoi angin."


*****************************************************************

"Fanatik. Extreme. Menjauhkan bukan islam pada islam."


"Saya fanatik pada apa? Kain ni tak sampai semeter. Lainlah kalau saya buat niqab dari bendera Malaysia dan buat satu bendera jadi jubah saya..itu namanya fanatik. Extreme? Saya tak pernah keluar bawak M-16 atau Hk Gun. Macam mana nk katakan sy extreme?? Menjauhkan? Islam tidak lahir dari pakaian. Jadi mengapa perlu lari darinya? Dan mana yg awak fikir menjauhkan....memakai skirt pendek, masuk club dan bercumbuan padahal IC trang tang tang ISLAM, atau berniqab?"


*******************************************************************

"Org pakai niqab ni tunjuk baik je. Padahal lebih teruk. Saya ni pakai tudung labuh jugak. Tapi takdelah sampai taknak berkawan dengan org lain. Mcm awak tu seorang je yg fasih agama. Nak cari yg geng dgn dia aje.."


"Bergantung pada niat seseorang. Pakai niqab kerana apa. Pandangan manusia? Pandangan ilmu? Pandangan hati? Atau semata-mata krn utk pandangan Allah swt? Jangan kita biasakan menunding pd org, tak perlu salahkan org lain, salahkan diri kita dahulu. Berlapang dadalah..Jika rasa mampu untuk menegur, tegurlah dgn penuh hikmah. Memakai niqab bukan untuk tunjuk diri lebih bijak dari org lain. Tapi utk menghijabkan diri dari yg fatamorgana. Cubalah duduk memecah kesayupan hati gadis berniqab. Mereka mahukan tarbiyyah, bukan tundukan semangat.."


*******************************************************************

"Wajib ke pakai ni? Bagi hadis ke apa2 yg boleh mengukuhkan hujah korang pakai benda ni? Mengarut dan dianggap macam bida'ah. Takde dalam al-quran. Dan hadis pun. Bukan ke wajah dan tapak tangan bukan aurat? Yang nak tambah2 perkara ni dalam Islam buat ape?"


"Berlapanglah dadamu wahai sahabat.....Aku titipkan hadis yg dikutip dari perkongsian bersama sahabat-sahabatku..:



Hukum wanita menutup muka dengan menggunakan niqab semasa ihram haji atau umrah adalah tidak boleh berdasarkan hadis Rasulullah saw :

لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين

Janganlah wanita yang sedang berihram (haji / umrah) menutup mukanya (memakai niqab) dan memakai sarung tangan.

(Hadis Imam Bukhari : 1012 dan Imam Malik dalam al-Muwattho : 633)

Maka berdasarkan kepada hadis di atas , seseorang wanita yang sedang ihram haji / umrah itu tidak boleh menutup mukanya.

Adapun tentang hadis Saidatina A'isyah r.a yang menutup mukanya ketika berada bersama-sama dengan lelaki ketika ihram sebagaimana hadis dibawah boleh dijadikan hujjah untuk para wanita menutup muka :

كنا إذا ساوى بنا الرجال أسدلنا على وجوهنا وإذا سبقناهم كشفنا وجوهنا

Ketika kami berada bersama-sama (sebaris) dengan lelaki , kami akan menutup wajah kami , dan ketika kami mendahului mereka , kami akan membuka wajah kami.

Wa Allahu A'alam.
 



.....terfikir kah sahabat, bukankah ini sebahagian 'hint' dizaman Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi Saidatina Aisyah r.a. memang memakai niqab. Jadi kenapa mempertikaikan?? Lebih rela menegur wanita yang memberatkan aurat daripada membuka auratnya?"


*******************************************************************


Sahabat-sahabat, para pembaca blog yg disayangi...


Adakah ini yang bermain difikiran? Adakah ini yang ditanya selalu dalam kotak akal? Atau terfikirkah bagaimana untuk menangkis persoalannya? Jangan mengeluh dan menarik nafas panjang seperti sudah tidak keruan dengan segala permasalahan yang timbul...


Lumrah fitrah manusia, ada sahaja soalan yg nak ditanya. Ada sahaja perkara yang berbangkit dan pertikaian lidah dari satu bab ke bab yang lain. Sehinggakan kita merasa muak dengan sikap yg tak mahu berlapang dada dan duduk sendiri ditempat org yang kita pertikaikan. 


Banyak juga yang saya lalui. Dari sekecil-kecil ujian. Sehingga ke sebesar-besar (taklah besar mana pun kalau dibandingkan dengan zaman Rasulullah SAW dipukul, dilukakan etc). Tapi, setiap yang kita lalui, cuba kita buat satu analisis. Kenapa? Mengapa dan dari mana punca ia terjadi. Contohnya, macam mana boleh terbit soalan mereka bagaimana kita makan? Sedang mereka tu punya akal, kain kalau ditutup pun boleh diselak untuk makan atau minum. Practise makes perfect sahabat!

Kenapa mereka hairan? Kerana mereka tak pernah lihat. Jadi, saya kongsi kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat saya..Nahh, timbul cerita lain pula. Boleh kah beraktiviti dengan jubah labuh dan bertutup dari atas kebawah? Berpesanlah pada diri, kain tak sampai semeter ni tak pernah bersuara. Kalau mampu bercakap, mesti kain tu dah kata "Pakai duit sape beli kain ni yang sampai nk cebik tak tentu pasal?" Senyum pula kan....

Dari aktiviti mereka dah lihat, masih lagi timbul persoalan. Geng niqabis ni geng dgn geng2 dia aje.... Yeke? Anda pasti? Taknak tukar kata2? Taknak guna talian hayat? Anda silap....gadis berniqab ni juga bermula dari 'zero' dan dia berilmu dan menggali lagi ilmu. Bagaimana dia nak lupa asal usulnya? Sedang tak semestinya ibu, kakak, adik, saudara dan sahabat2nya berniqab. Kalau semua sama, apa yg ada dalam dunia ni? Tak ada warna la sahabat!

Conclusion nya, dah terang lagi bersuluh. Kita takkan mampu puaskan hati setiap manusia dalam dunia ni. Lagi-lagi orang yang suka menjatuhkan semangat berhijrah. Orang tua-tua kata, kalau anak-anak kecil banyak bertanya itu ertinya, dia mahu belajar pekara yang baru. Tapi kalau dah tua-tua tanya soalan dah depan mata, tu namanya nak minta di delete dari facebook. Eh betul ke ayat tu? Entah, ambil dari kawan je tu...

Buat sahabat-sahabat yang berniqab, teruskan usahamu. Istiqamah selalu...Jgn risau pandangan manusia, risaukan pandangan Allah. Buat sahabat-sahabat yang tidak berniqab tapi masih menutup aurat, buka minda, lapangkan dada....You're my friends. Kita takde jurang. Tetap sahabat hingga akhir hayat. Kalau boleh nak bersahabat hingga kesyurga. Kita kadang2 tersilap anggap, bila kita tak bertegur dan berbual suai kenal....sudi2lah menjengah ke teratak blog sahabat dan page fb beliau...Pasti ada cahaya ukhuwah disana. Takkan ada anak lupakan ibunya, dan takkan ada Muslimah yang menjauhkan diri dari sahabat Muslimahnya.

^_^ Cerialah.

Dari sahabatmu, as-syahida

Kejutkan aku bersujud dimalamMu, Ya Allah!

Kau datang ketika duka...
Dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga.....
Ku haus ditengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan..
Satu pedoman di kesesatan.
Ku sunyi dalam gembira...
Perit pedih tanggung derita,
Sungguh, aku bukan wali...
Yang suci dari hina dan benci.
Telah lama aku mencuba
Telah banyak cinta yang kudamba
Tiada sempurna hanyalah fana...
Tuhan ampuni hambaMu!
Ku rebah didada malam...
Memecah dendam yang lama diam.
Kutanggalkan baju dunia..
Dakapku dengan selimut syurga,
Ya Tuhanku hanya padaMu...
Tempat mengadu segala rindu,
Limpahiku rahmat kasihMu,
Dalam Tahajjud cintaku bersujud.....

Ya Allah....beri ku kekuatan untuk segala yg kutempuh...

Kekasih yg agung...Allah SWT. Sejauh mana pun kita berlari tinggalkanNya, Dia tak pernah tinggalkan kita walau sesaat. Kita leka dibuai mainan dunia. Tapi Dia sedikit pn tak pernah melupakan kita. Bahkan Dia sulami hari-hari kita dgn setiap petunjukNya agar kita berubah menjadi insan yg soleh dan solehah...agar tetap berdiri dalam paksi yg benar. Sungguh kita terkadang lalai. Tapi kita mengakui kelalaian tu. Mengapa kita berhenti?

Diri ini juga, bukan seorang yg berdiri tegak tepat dalam melaksanakan syariat. Ada yg tunggang langgang bak guli bertebaran dan terkadang org lain tersadung dek krn lalainya diri dan hati. Kerana itu, diri ini dan sahabat2 yg lain pasti perlukan bimbingan dan didikan. Mengapa kita menginginkan yg sempurna? Sedang kita tahu sempurna itu bukan milik kita? Tahukah anda, dan diri sndri..bahawa, banyak sudah hati merana kerana angkuhnya kita dibumi pinjaman Allah SWT?

Aku malu....malu dgn Allah SWT. Sungguh. Kerana tugas yg diberi tak pernah kugalas. Kalian sudi membantu? Jangan menggeleng. Bantuan tak mengira siapa dia..kenapa sukar untuk berlaku adil? Dan sujud di tikar sajjadah menjadikan kita insan yg mengakui dosa. Esakan kalian takkan mengubah sejarah lalu. Tapi yang pasti, menghimpunkan salahmu pada Dia akan meyakinkan ketaubatanmu padaNya. Dia rindu...sungguh kataku. Dia rindu akan rintihanmu wahai manusia..tapi kenapa kau ego tatkala ujian menghambur ke wajahmu?

Satu persatu ujianNya datang. Akankah goyah pendirianmu? Mengapa enak dibuai cinta yg fana...Mengapa kau tergugah krn cinta yg fatamorgana?? Kenapa kau lepaskan lelahmu pada tangisan yg penuh sia-sia. Menangislah hati kerana Allah, dan jika dirmu tak mampu menangis krn Allah SWT, maka kau menangislah atas ketidakmampuan mu itu. Sungguh kejam perilaku. Menonong hati tanpa rasa bersalah. Jiwa sudah pekak. Hati sudah bisu. Mengapa? Kerana dunia...

Dunia tak pantas ditangisi. Kerana ia bakalan musnah. Jadi mengapa kau berdiri sepi lagi. . . ?

Sabarlah..itu setiap ucapan dari sahabat2. Tapi yg menanggung ada yg lebih perit tidak terluah. Makanya, kau luahkan pada Dia! Jangan kita enak dibuai mimpi syaitan waktu itu. Cuba kawan, cuba saudara, cuba sahabat, cubalah diri!! Bangun dan kau akan rasa..sajjadah yg berhabuk, lama kau tinggalkan cukup  sejuk utk dicium dan menempelkan wajahmu atas sujud tahajjud cintamu...

Percayalah...yg sakit dihati akan berlalu pergi, dan yg tinggal kemanisan bercinta dgn Illahi.

Wassalam.

Warkah dari sahabatmu, as-syahida.