Saturday, September 18, 2010

Niqab dan Gaya Hidupku

"Macam mana awak makan, pakai penutup muka ni?"


"Saya makan macam mana orang lain makan, macam mana awak makan? Macam tulah sy makan. Tak tahulah kalau awak makan pakai tiub hospital.."


******************************************************************

"Boleh bernafas ke pakai macam ni?"


"Tak pernah pulak dengar doktor pakai mask utk bedah org, tiba-tiba mati mengejut sbb tak dapat udara cukup? Org yg takutkan H1N1 pn okey je berjalan...Apatah lagi kain ni labuh dan ikut sepoi-sepoi angin."


*****************************************************************

"Fanatik. Extreme. Menjauhkan bukan islam pada islam."


"Saya fanatik pada apa? Kain ni tak sampai semeter. Lainlah kalau saya buat niqab dari bendera Malaysia dan buat satu bendera jadi jubah saya..itu namanya fanatik. Extreme? Saya tak pernah keluar bawak M-16 atau Hk Gun. Macam mana nk katakan sy extreme?? Menjauhkan? Islam tidak lahir dari pakaian. Jadi mengapa perlu lari darinya? Dan mana yg awak fikir menjauhkan....memakai skirt pendek, masuk club dan bercumbuan padahal IC trang tang tang ISLAM, atau berniqab?"


*******************************************************************

"Org pakai niqab ni tunjuk baik je. Padahal lebih teruk. Saya ni pakai tudung labuh jugak. Tapi takdelah sampai taknak berkawan dengan org lain. Mcm awak tu seorang je yg fasih agama. Nak cari yg geng dgn dia aje.."


"Bergantung pada niat seseorang. Pakai niqab kerana apa. Pandangan manusia? Pandangan ilmu? Pandangan hati? Atau semata-mata krn utk pandangan Allah swt? Jangan kita biasakan menunding pd org, tak perlu salahkan org lain, salahkan diri kita dahulu. Berlapang dadalah..Jika rasa mampu untuk menegur, tegurlah dgn penuh hikmah. Memakai niqab bukan untuk tunjuk diri lebih bijak dari org lain. Tapi utk menghijabkan diri dari yg fatamorgana. Cubalah duduk memecah kesayupan hati gadis berniqab. Mereka mahukan tarbiyyah, bukan tundukan semangat.."


*******************************************************************

"Wajib ke pakai ni? Bagi hadis ke apa2 yg boleh mengukuhkan hujah korang pakai benda ni? Mengarut dan dianggap macam bida'ah. Takde dalam al-quran. Dan hadis pun. Bukan ke wajah dan tapak tangan bukan aurat? Yang nak tambah2 perkara ni dalam Islam buat ape?"


"Berlapanglah dadamu wahai sahabat.....Aku titipkan hadis yg dikutip dari perkongsian bersama sahabat-sahabatku..:



Hukum wanita menutup muka dengan menggunakan niqab semasa ihram haji atau umrah adalah tidak boleh berdasarkan hadis Rasulullah saw :

لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين

Janganlah wanita yang sedang berihram (haji / umrah) menutup mukanya (memakai niqab) dan memakai sarung tangan.

(Hadis Imam Bukhari : 1012 dan Imam Malik dalam al-Muwattho : 633)

Maka berdasarkan kepada hadis di atas , seseorang wanita yang sedang ihram haji / umrah itu tidak boleh menutup mukanya.

Adapun tentang hadis Saidatina A'isyah r.a yang menutup mukanya ketika berada bersama-sama dengan lelaki ketika ihram sebagaimana hadis dibawah boleh dijadikan hujjah untuk para wanita menutup muka :

كنا إذا ساوى بنا الرجال أسدلنا على وجوهنا وإذا سبقناهم كشفنا وجوهنا

Ketika kami berada bersama-sama (sebaris) dengan lelaki , kami akan menutup wajah kami , dan ketika kami mendahului mereka , kami akan membuka wajah kami.

Wa Allahu A'alam.
 



.....terfikir kah sahabat, bukankah ini sebahagian 'hint' dizaman Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi Saidatina Aisyah r.a. memang memakai niqab. Jadi kenapa mempertikaikan?? Lebih rela menegur wanita yang memberatkan aurat daripada membuka auratnya?"


*******************************************************************


Sahabat-sahabat, para pembaca blog yg disayangi...


Adakah ini yang bermain difikiran? Adakah ini yang ditanya selalu dalam kotak akal? Atau terfikirkah bagaimana untuk menangkis persoalannya? Jangan mengeluh dan menarik nafas panjang seperti sudah tidak keruan dengan segala permasalahan yang timbul...


Lumrah fitrah manusia, ada sahaja soalan yg nak ditanya. Ada sahaja perkara yang berbangkit dan pertikaian lidah dari satu bab ke bab yang lain. Sehinggakan kita merasa muak dengan sikap yg tak mahu berlapang dada dan duduk sendiri ditempat org yang kita pertikaikan. 


Banyak juga yang saya lalui. Dari sekecil-kecil ujian. Sehingga ke sebesar-besar (taklah besar mana pun kalau dibandingkan dengan zaman Rasulullah SAW dipukul, dilukakan etc). Tapi, setiap yang kita lalui, cuba kita buat satu analisis. Kenapa? Mengapa dan dari mana punca ia terjadi. Contohnya, macam mana boleh terbit soalan mereka bagaimana kita makan? Sedang mereka tu punya akal, kain kalau ditutup pun boleh diselak untuk makan atau minum. Practise makes perfect sahabat!

Kenapa mereka hairan? Kerana mereka tak pernah lihat. Jadi, saya kongsi kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat saya..Nahh, timbul cerita lain pula. Boleh kah beraktiviti dengan jubah labuh dan bertutup dari atas kebawah? Berpesanlah pada diri, kain tak sampai semeter ni tak pernah bersuara. Kalau mampu bercakap, mesti kain tu dah kata "Pakai duit sape beli kain ni yang sampai nk cebik tak tentu pasal?" Senyum pula kan....

Dari aktiviti mereka dah lihat, masih lagi timbul persoalan. Geng niqabis ni geng dgn geng2 dia aje.... Yeke? Anda pasti? Taknak tukar kata2? Taknak guna talian hayat? Anda silap....gadis berniqab ni juga bermula dari 'zero' dan dia berilmu dan menggali lagi ilmu. Bagaimana dia nak lupa asal usulnya? Sedang tak semestinya ibu, kakak, adik, saudara dan sahabat2nya berniqab. Kalau semua sama, apa yg ada dalam dunia ni? Tak ada warna la sahabat!

Conclusion nya, dah terang lagi bersuluh. Kita takkan mampu puaskan hati setiap manusia dalam dunia ni. Lagi-lagi orang yang suka menjatuhkan semangat berhijrah. Orang tua-tua kata, kalau anak-anak kecil banyak bertanya itu ertinya, dia mahu belajar pekara yang baru. Tapi kalau dah tua-tua tanya soalan dah depan mata, tu namanya nak minta di delete dari facebook. Eh betul ke ayat tu? Entah, ambil dari kawan je tu...

Buat sahabat-sahabat yang berniqab, teruskan usahamu. Istiqamah selalu...Jgn risau pandangan manusia, risaukan pandangan Allah. Buat sahabat-sahabat yang tidak berniqab tapi masih menutup aurat, buka minda, lapangkan dada....You're my friends. Kita takde jurang. Tetap sahabat hingga akhir hayat. Kalau boleh nak bersahabat hingga kesyurga. Kita kadang2 tersilap anggap, bila kita tak bertegur dan berbual suai kenal....sudi2lah menjengah ke teratak blog sahabat dan page fb beliau...Pasti ada cahaya ukhuwah disana. Takkan ada anak lupakan ibunya, dan takkan ada Muslimah yang menjauhkan diri dari sahabat Muslimahnya.

^_^ Cerialah.

Dari sahabatmu, as-syahida

11 comments:

Aniss Syahida said...

Assalamualaikum..
suke lah orang cerita2 pasal niqab ni..^___^
cerita lagi ye kak..hee~~
klu pi function/majlis2..yg campur laki perempuan..diner etc..
akak makan turunkan niqab x?

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

waalaikumsalam..
x pun. suka makan pakai niqab :)
siap boleh makan sirloin steak..ngeh3..sila jeles dgn akak...hihi..aniss kena praktis banyak kalau nk makan tanpa buka niqab =) jaiyOu,jaiyOu!

♥dalila ramli♥ said...

Salam, kakakku sayang...

akak, sy kl mkan kat cafe mse kat kampus, tarik turun niqab.. tak reti la makan tak bukak. selalu jugak praktis mkn tak bukak... tp asyik tersuap kat hidung je... kadang, kat pipi... huhu. ^_^"

nak belajar lah jugak........

شاح اندرني said...

Salam.. Alhamdulillah.. Kak Syahida aka MJ Perjuang wanita.. Majulah Niqab dan aurat terjaga buat wanita.. Kak Syahida (Mj) contoh buat semua wanita...

sijubahputih said...

Salam Ya Ikhwan... Ana terpanggil utk mmbca post ini krn ianya mmg berlaku skrg yg mna perkara yg baik dipersoalkn tp perkara yg terang2 haram didiamkan. Nauzubillah..
Mmg tak salah memakai niqab kerana ia pernah diamalkan oleh Siti Aishah. Yang pnting jgnlah disbbkn krn hal kilafiyah ini kita bermusuhan sesama saudara islam....Wallau'allam.

illiyin_Adn said...

Alhamdulillah, subhaAllah entry yg paling baik setakat ney bg ana.. insyaAllah kita di kekalkan dlm iman yg baik.. amin...

nia said...

SALAM...
SAYA JUGA BERNIQAB...
MAKAN MACAM BIASE JER... SETAKAT NI X PERNAH LAGI MAKAN BUKA NIQAB....ALHAMDULILLAH SELALUNYA MAKAN PAKAI NIQAB PUN BOLEH KENYANG DAN MASIH MAKAN BANYAK LAGI...

shidah2020 said...

assalamualaikum . .
ye , tdk dinafikan rmai yg beranggapan purdah itu wajib . . mmg tak salah dan tak dosa pn . . tp , sbnrnye purdah wajib hanya untuk isteri Rasulullah , muslimah2 lain tak wajib . nak pakai tak salah , tak nak pakai pn tak dosa . cuba teliti btl2 tntng semua dalil2 tntng menutup muka tu . semuanya isteri2 Rasulullah kan ? teliti ye :)

pakai purdah harus ikhlas :)

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

terima kasih utk sahabat2 yg lain meninggalkan komentar.

buat shabat shidah2020: menarik juga kata2 anti. tak salah utk memakai,tak salah juga utk tidak memakai. selagi muslimah2 kesayangan kita tahu dan faham TUTUP AURAT itu bukan TUTUP URAT :)

MuRaBBi_CiNtA said...

...best la blog ni...huhu..(^_^)

bunga lily ♚ said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SAYA NK TANYA PENDAPAT,SY MASIH MERANGKAK DLM AGAMA,MENGAJI PON MERANGKAK2. TAPI KEINGINAN SY UTK BNIQAB TLALU TINGGI SMPAI KN SY ADA SATU NIQAB.TP NK PKAI NYA NTAH BILA.SY DULU2 FREE HAIR,LPS TU SY PERLAHAN2 BERUBAH,PKAI TUDUNG,SOLAT PUN TERKIAL2 KDANG SOLAT KDANG TDK,SKRANG ALHAMDULILLAH SY DA BOLEH JAGA SOLAT SY,SY DA MULA PKAI TDUNG LABUH.UTK PKAI NIQAB SY MASIH TAKUT.TAKUT ORG SEKELILING MEMPERSOALKAN KENAPA SY TIBA2 BRUBAH,LBH2 LAGI KELUARGA MERTUA.SB SY SBLM NI BKN WANITA YG BAIK2 SY SERING BERSOSIAL,NAUZUBILLAH TAK NK SEBUT LG,SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA SY. SY TAKUT IMAN SY TAK KUAT.BANTULAH SY,LG2 KWN2 SY SEMUANYA BIASA2,TIADA YG BNIQAB.