Monday, September 20, 2010

Sabar Itu Ada Kemenangan!

Yakinlah janji Allah SWT. Itu kata-kata yang selalu meniti dibibir ini.

Jam 0430am :-

"Astaghfirullahala'zim...petunjuk apakah lagi ni Ya Allah". Ana tersedak semasa tidur secara tiba-tiba. Terus sesak nafas seperti dipijak orang didada. Ana biarkan mata melewar sehingga ke jam 0950am melayan kerenah sahabat-sahabat di facebook....

Jam 1015am :-

Dada terasa di hentak-hentak. Terus capai handphone, beritahu abah yang ana diserang asma. Walhal abah sedang melayan tetamu diluar. Bersiap dgn tshirt muslimah, bertudung labuh dan sarungkan niqab. Batuk semakin menjadi-jadi. Berkokoh-kokoh tanda ada kahak.

Jam 1100am :-

Athma Bay, Hospital Sg Buloh. ibu menolak kerusi roda dan doktor mencapai Nab 365. Dah 30minit menyedut gas. Machine nadi dan oksigen tetap menunjukkan petanda tak bagus. Doktor menambah satu dos lagi. Masih tak surut sesak ini. Doktor inject di kanan tangan. Masih sesak. Akhirnya di inject kali kedua. Ana jadi lemah....

Jam 1730pm :-

Akhirnya doktor di Athma Bay menendang ana ke bilik pemeriksaan. "Lung okay, breath okay. Awak okaylah. Jangan main-main sakit ni." Doktor mengerut dahi. "Doktor, tahanlah saya di wad untuk pemeriksaan lanjut. Saya tahu saya sakit. Teruk doktor.." Tersekat-sekat ana bercakap krn sesak nafas. "No. Saya tak boleh tahan awak suka-suka. Awak sihat. Nak tahan apa? Kita tunggu perkembangan selanjut nanti. Jangan lupa, pam warna coklat 2x sehari. Warna putih pam setiap 1 jam. Dan ventolin yg biru, pam ketika kena attack". Doktor terus menyerahkan kad. Hati bertarung dengan hampa. 'Ya Allah...sungguh aku tak menipu!'

Jam 1830pm :-

"Kita pegi makan dulu ye. Dari pagi tak makan." Abah mengajak pekena roti canai. Ana pandang roti canai tu dah sama macam pam asma ana....No Appetite. Habis sahaja makan, berjalan dikit-dikit sebab nadi dan nafas laju macam nafas katak tercungap-cungap. Buka saja pintu kereta, habis muntah lendir kuning semua keluar. Hati berdetik...'Sakit lama aku datang balik ni. Siapalah yang khianat lagi ni. Ya Allah, berilah mereka hidayah Ya Allah. Jika mereka bahagia lihat aku derita, aku redha Ya Allah. Engkau Yang Maha Mengetahui..'

Jam 1915pm :-

Nafas makin pendek. Betul-betul macam katak dah kali ni. Kalau muntah toksah kata. Semua jenis cecair keluar. Siap berbulu-bulu pula yang melekat ditekak. "Mak...tolong hantar kan kita balik ke Kajang. Kita nak jumpa Pak Kiyai yang buang santau kita dulu...Memang dah datang balik ni.." Mak mengangguk. Abah bergegas balik rumah. Kasihan abah. Satu hari dia terpaksa ulang-alik dari tempat kerja. Bawa ke hospital. Sampai tertidur abah di ruang menunggu dek kerana terlalu lama. Ini pula nak ke Kajang. Sungguh, tiada yang dapat mengganti mak abah ana. Mereka payung terunggul tempat redup kasih ana dunia akhirat. Semoga dilimpah kurnia kasihNya RahmatNya pada kedua orang tua ku. amin.

Jam 2130pm :-

"Astaghfirullahala'zim....perempuan yang menghantar ni. Saudara mara kau jugak. Dia tahu kau dah sihat dari sakit dulu. Dia tunggu masa kau haid. Sebab pada yang Kiyai nampak, sepanjang kau bersih, dia tak dapat hantar. Sebab tadarrus dan solat kau membantu menjauhkan perbuatannya." Kiyai bercerita. Ana tengah terbongkok-bongkok masa ini mendengarnya. Alhamdulillah cepat ana kesan melalui rasa hati. "Kerapkali sebelum datang haid Kiyai, saya selalu mimpi, saya pakai telekung baru. Cantik berseri-seri. Hati saya tak sedap sangat. Petunjuk apa yang Allah nak bagi pada  saya." Saya terangkan lebih lanjut. Pak Kiyai mengangguk. Dipulangkan. Melawan pada saya. Sungguh letih bertarung...Ana takla jadi mcm dalam tv oasis tu sampai menjerit-jerit.Alhamdulillah, lapang dada ana. Allah itu Maha Besar! Ditambah pula dengan khabar tunang ana mengirim sms bertanyakan khabar...Ya Allah Ya Rahman. Tidak sia-sia aku diuji Ya Allah!! Ana menangis sepuasnya. Sungguh ana yakin dengan janjiNya! 'Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Pada wanita yang memecah belahkan hubungan ana dengan  khitbah semenjak 2 bulan yang lalu. Sungguh, ana maafkan. Tidak ada simpan dihati...Doaku, agar Allah tunjukkan dirimu hidayahNya dan semoga jodohmu dipermudahkan. Janganlah dihantar lagi ilmu pengasih dan penunduk pada tunangku..Kasihanilah dia.

Jam 0030am :-

Selamat sampai dirumah. Sudah mampu berbual dengan ibu dan ayah tercinta. Sungguh, balasan yang Allah tunjukkan hari ini tidak akan ana sia-siakan. Sahabat-sahabat tersayang tak putus-putus mendoakan. Kalian tahu atau tidak? Kalian anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk ana tidak tersesat jalan. Ketahuilah, cukup Allah bagiku..dan cukuplah kalian penyeri hidupku.

Tahajjud malam itu mendidik kita melepaskan lelah padaNya untuk bersujud dan menangis sepuasnya akan kelalaian pada hari itu dan sebelum-sebelumnya. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Allah juga menjanjikan yang terbaik buat hambaNya yang tidak berpaling dariNya walau diuji sekeras mana. Bohonglah jika ana katakan ana tidak pernah menangis keletihan dgn ujian. Tapi, kerana kata-kata sahabat...Ana bangun. Ana yakin ini semua akan berlalu. Allah Maha Melihat. Dia takkan bebani kita dengan perkara yang tidak mampu kita galas. Sahabat, biarlah diuji. Biarlah dugaan itu berat. Allah tahu dimana tempat yang lemah pada diri kita untuk diuji. Semuanya adalah kerana apa? Caranya Allah untuk melihat sejauh mana ketebalan taqwa kita padaNya. Tebal mana keimanan kita padaNya. Sahabay, jika ana mampu capai bintang di langit, sungguh...pagi ini juga ana kutip untuk hadiahkan pada kalian. Aku menangis kerana punya anugerah semahal ini dari Allah SWT.

Dan beringatlah pada yang menyekutukan Allah SWT. Tidak ada jalan bahagia selain kembali padaNya. Dia adalah segala-galaNya bagi. Selagi pintu taubat belum tertutup, bersujudlah padaNya. Akuilah dosa-dosa kita. Agar Dia pinjamkan kebahagiaan dan kekuatan pada diri kita.

1262 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang Sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seakan-akan air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerah-merahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya .



Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Jauhilah tujuh perkara yang membawa kepada kehancuran. Para sahabat bertanya: Apakah ketujuh perkara itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab: Yaitu: syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan agama, memakan riba, memakai harta anak yatim, membelot dalam peperangan dan melontar tuduhan zina terhadap wanita yang terjaga dari perbuatan dosa, tidak tahu-menahu dengannya dan beriman .

Cukuplah Allah penyelamat dan pelindung bagi kita semua. Amin.

6 comments:

Insyirah said...

Assalamu'alaikum kak.

Moga cepat sembuh, allahumma amiin.

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

waalaikumsalam syira syg..
insya'Allah..Dia yg mengizinkan dan Dia juga yg akan menyembuhkan =)amin

شاح اندرني said...

"Mereka payung terunggul tempat redup kasih ana dunia akhirat."

Salam Kakak.. Setuju dunia akhirat ayat di atas..

Kakak, semoga cepat sembuh ea? Shah pun kene dugaan tapi kakak punya dugaan lebih hebat... Syifakillah Kakak... La tahzan Inna'ALlaha ukhti

Syahida Mencari Firdaus Allah said...

waalaikumsalam syah.
klu ada apa2 masalah bgtau akak. akak ada 24jam utk bantu syah.

tanpa mrk, syah tak mgkn dpt kenal akak...apepun yg dianugerahkan, takkan mampu gantikan mrk didunia ni.

Soda(M) said...

Askum
Maaf kak,kakak asal dari mana dan boleh ikut baca2 blognya,ya.Maklum,saya orang muslim yang terlalu awan tentang agama.Sekarang ini saya sedang mempelajari agama lebih dalam lagi.Kakhttp://www.blogger.com/profile/06297497182592719733.Kak,boleh minta alamat emailnya ngak!?.Kalo boleh kirim ke email saya di sodafuni@yahoo.com Nama saya Aswandi warga negara indonesi umur 22,agama islam.Waskum.

hurul' ain muslimah said...

salam alaik k.cda...
akk sht?
doa ain moge akk kuat n tbh temph ujian nie....
kuat ujian dr DIA..tanda betapa DIA syg kat akk....
moge cpt smbh...ALLAHHUMMA AMEEN...