Saturday, October 9, 2010

DOSA LIDAH : Janji Bohong

Bencana Lidah : Janji bohong 

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)


Sabda Rasulullah s.a.w. pula:

Janji itu adalah pemberian.” 

Allah s.w.t, telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitabNya yang mulia dengan firmanNya:
“Sesungguhnya ia (Ismail) adalah benar janjinya.” (Maryam: 54)

Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata: Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahwasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku.

Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya: Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi Nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata: “Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu.

Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya ia akan berkata: Insya Allah. Cara beginilah yang lebih baik.

Sesudah berkata Insya Allah, jika ia memang faham bahwa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya, maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanat ia khianat.” 

Sabdanya yang lain:

“Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga ia menjauhinya lagi: Jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia mungkiri, jika membuat pengakuan ia belot dan jika menuntut ia curang.” 

Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, ia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya, ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.

Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orng itu tiadalah terkira seorang munafik, meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya, hendaklah ia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu, sebagaimana ia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga, iaitu dengan mencari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku, bila ia membuat sesuatu perjanjian, tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.



Sahabat..ketahuilah. Apabila dimungkiri itu, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri...

4 comments:

LadyBird said...

Manusia ni memang diciptakan dengan hati yang sentiasa berbolak balik dik..
Hanya yang membuat janji hanya kerana Allah dan berpegang teguh pada jalan Allah sahaja yg mampu menunaikan janji2 tersebut.. Janganlah kita tangisi sesuatu yang tidak elok tuk kite miliki.. orang yang memungkiri janji bukan seorang yang bagus.. Adik perlu bersyukur kerana tidak dijodohkan dgn seorang yang MUNAFIQ.

LadyBird said...

Salam Syahida.. lady tertarik dengan artikel ini dan telah mempublishkannya di iluvislam. ini linknya, http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1017-bencana-lidah-.html

andaikata syida x suke, syida boleh maklumkan pada lady di sejadah.cinta@gmail.com

lady nak bagitahu melalui facebook, tp tidak boleh hntr message di situ..

maafkan lady yer..

dyana shaifulhaq said...

Salam Kak syida.

Dah lama rasanya tak baca entry-entry akak.[last mungkin bln 3 atau 4 lepas]
Bila baca semua cerita akak, ada perasaan insaf kat situ, yg mana byknya dugaan yang Allah bagi utk akak tempuh dan Allah mahukan akak snetiasa dekat kepadaNya.
Percayalah.

dan kita percaya akak mempunyai hati yang lembut utk memaafkan, biarpun disakiti, biarpun perit untuk mengharungi segala ujian, percayalah jika mahu dibandingkan betapa sedihnya Nabi sewaktu dibaling batu oleh penduduk Taif, dicerca pula oleh kaum kerabat sendiri, Allah mahukan kita untuk sentiasa berharap kepadaNya, mengadu, merintih kepadaNya, kerana manusia sememangnya lemah utk mengatasi takdir.hanya dengan bantuan Allah lah kita melaluinya dgn berjaya, insyaAllah.

Dan memaafkan juga, adalah usaha yang murni utk diri, hati, benar, maaf itu rasanya pahit namun, hati akan tenang bila kemarahan hilang, dan menjadi kekuatan utk bangkit semula.

Semoga Allah merahmati akak dan keluarga sentiasa.
Semoga segala amalan kita, keimanan, dan ketaqwaan, membawa kita kepada Allah.
SubhanaAllah.
Ameen. InsyaAllah.~

Anonymous said...

teruskan ngan ape yg awak lakukan... smoga hidup awk dberkati Allah S.W.T.
saya doakan awk bahagia di dunia dan akhirat...