Assallamualaikum, Sahabat-sahabat, saudara saudari seIslam yg amat cda kasihi....
Berat untuk menaip entry terbaru ini. Bukan kerana tidak sudi. Tetapi kekoknya tebal seinci. Lihat sajalah entry terakhir sebelum ini, berdepa lamanya ditinggalkan kosong. Meninggalkan seribu pertanyaan dari sahabat-sahabat kemana menghilang Cda selepas episod putus tunang dan sakit ujian dari Allah swt. Alhamdulillah, 'tsunami' itu tidak singgah lama. Alhamdulillah juga sudah ada jalannya.....
25hb Disember 2010, terlepasnya gadis ini dari tali yg digantung samada tunangan org atau tidak. Terima kasih pada pihak yg terlibat. Kerana memberi penghidupan baru pada ana. Allah sudah menetapkan jalan yg baik utk ana redahi sepanjang episod kelam itu. Ana akui, ana melarikan diri dari teman-teman facebook, group usrah fastabiqul khoirat dan teman-teman rapat ana..bahkan sahabat-sahabat satu sekolah ana yang mencari-cari di sms, call dan datang kerumah mencari ana...maafkan ana. Pakej suram tu termasuk sekali dengan jiwa......
Banyak yg ana timba, antaranya mengenali sahabat terulung a.k.a. sahabat susah senang, org yg cakap belakang, sistem jatuhkan kawan sesama sendiri sehinggalah ke penghasut paling terror! Apatah lagi ada satu ketika ana membuka satu lagi laman facebook atas nama ana yg lain. Ada yang menghina, ada juga yg hilang kepercayaan. Ramai yang tidak tahu ana bermula dari 'sifar'. Ana lahir di ibukota bandaraya Kuala Lumpur dimana 97% anak muda belianya yang jauh dari agamanya sendiri yakni Islam! Ana dibesarkan bukan dari keluarga yang dikategorikan berpendidikan agama yg tinggi. Bahkan abi ana bukan seorang ustaz, umi ana juga tidak berniqab. Malah ana akui umi ana tidak suka ana membuat keputusan bertudung labuh dan berniqab. Apatah lagi umi suka melihat ana berkebaya, berseluar ranggi satu masa dahulu. Ana harus akui itulah diri ana satu masa dahulu. Ana juga harus akui, ana juga pernah berada didalam kelompok anak remaja KL yang bersendikan cahaya malam. Dikala berusia belasan tahun, ana akui ana hidup dalam dunia yg diciptakan warga kota ini sendiri. Kerana pengalaman itulah ana bentangkan pada adik-adik. Ana sendiri terpanggil utk berubah dan seterusnya membantu adik-adik yg terperangkap dalam dunia yg mereka sendiri cipta.
Ana cemburu pada mereka yang punya keluarga yang mendidik mereka dari kecil sekolah agama, maahad, pondok dsbnya. Ana di Kuala Lumpur terpaksa belajar sendiri. Jika punya inisiatif sendiri utk belajar, maka terpaksa lah pohon tumpang belajar agama dikelas-kelas agama. Jika tidak memandang kearah bantuan rohani sendiri, maka tersasarlah kearah jalan yg tidak diredhai Allah. Ana memacu langkah sebagai pelajar jurusan agama di SMK Subang, dgn duit belanja RM2 sehari, ana pinjam nota dari ustazah praktikal. Sekolah ana dlu tidak ada kelas khas utk bahasa arab, pengajian sunnah & alquran serta tasawwur islam. tapi kerana minat yg mendalam utk matapelajaran PAI, ana tekad utk pohon pihak sekolah mengadakan subjek tersebut. Dan ana berjaya dalam SPM walaupun sebagai pelajar luar.
Natijahnya, ana seorang shj sebagai pelajar jurusan agama. Sedangkan sahabat-sahabat sebaya ana bidang2 kejuruteraan, mekanikal, sastera dll. Akibatnya, ana terumbang ambing sekali lagi dalam mencari arah kemana akan aku pergi selepas ini........
Dari pengalaman mencari diri sendiri itulah ana mengkaji tudung-tudung dalam Malaysia yg dikatakan sudah menutup aurat. Disitulah ana mengenali tudung yuna, tudung ct, tudung ekin, tudung syria dll. Kerana ana pernah menggunakannya. Sehinggalah suatu hari ana berkhidmat di Syarikat telekomunikasi celcom, ana jatuh sakit di pejabat. Ana koma pada hari raya kedua pada tahun 2008. Punca akibat masalah pernafasan kerana ana mempunyai sakit athma semenjak berusia 12tahun. Dan ana tidak sedarkan diri hampir seminggu. Dalam koma ana, ana bermimpi bertemu seseorang dan kejadian itulah yang merubah seluruh hidup ana sehingga kini......
Ana akhirnya ditemukan oleh Allah keatas blog sahabat ana, Jie Nazirah. Dan dari dia lah ana mendapat jawapan kepada satu persoalan "kenapa aku tidak pernah merasa selesa bertudung yang org lain suka pakai di KL". Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yg kita tidak bisa hadapi..ana bertekad untuk bertudung labuh...terima kasih ya Allah kerana kurniakan Jie sahabat dunia dan kalau blh hingga ke syurga,insya'Allah....hingga kini ana terlalu menyayangi sahabat ini..
Dari perubahan itulah ana mula melalui liku-liku cabaran sebagai seorang muslimah yang berkarier dan muslimah yg berubah perilaku. Ana mula mencari guru dan belajar. Jie banyak membantu ana. Dan dia kenalkan ana dgn sahabat-sahabatnya yang lain...Dan cabaran pertama yang ana terima adalah dari keluarga. Umi ana berkeras minta ana berfikir untuk bertudung biasa kerana dikhuatiri menjadi buah mulut masyarakat. Ana tetap bulatkan tekad. Setiap hari didesak, diminta...ana cuma membatukan diri. Ya,tidak. menggelengkan pun tidak. Pendek kata ana hanya senyum dan berlalu. Ana tak mahu melukakan hati umi dan hati sendiri. Dan ana panjatkan doa setiap hari utk umi dan abah menerima perubahan satu-satunya anak gadis mereka....
Cabaran kedua yg digalas adalah dari majikan ana sendiri ketika itu. Perlahan-lahan ana dipinggirkan dari aktiviti pejabat. Ruang rehat yg panjang dihari jumaat utk ana bertadarrus sudah dipendekkan. Ana dan rakan sekerja wanita yg lain tidak dibenarkan rehat dari jam 12.30 - 2.30 ptg lagi. Ana akur. Kemudian ana diberi notis utk tidak lagi memasang ayat suci al-quran di pc ana dan tidak dibenarkan mendengar radio-radio islamik. Sungguh mencabar cabaran kedua ini. Sehinggakan sekecil-kecil kesalahan ana dipertikaikan. Ana pernah dimaki, dihina, dicaci dihadapan khalayak ramai hanya kerana ana sudah mula berjubah dan bertudung labuh. Ana juga pernah digelar membawa ajaran sesat ke pejabat dan ajaran al-arqam. Apabila ana masuk keruangan mesyuarat pekerja, ana pernah dilabel "ahli tarbiyyah". Kecil hati, terasa hati, sedih terluka semua ana sudah lama campak ketepi. Jie pernah beritahu berat cabaran untuk berubah. Dia juga pernah kata, "Kalau Jie, mgkn Jie tak sekuat cda. kerana Cda bukan mcm Jie yg memang dari kecil Jie macam ni. Tapi Cda melalui macam-macam dan baru sampai ketahap ni..."
Semasa tempoh cabaran kedua itu...ana tidak sedar rupanya ana sedang sakit diuji oleh Allah swt lagi. Akhirnya pengakhiran ana di syarikat itu, ana meletak jawatan dan jatuh sakit lagi. Cabaran ketiga menyusul. Kali ini lebih dahsyat, ana lumpuh seluruh badan. Ana tidak mampu bercakap. Bahkan mandi pun umi yang angkat dan mandikan....Makan juga bersuap. Setiap hari ana muntah darah. Sehingga sahabat-sahabat yang datang tidak mengenali Cda yang satu masa dahulu ceria dan berisi.....Abah membawa ana bertemu kiyai di Kajang. Disanalah akhirnya kami ketahui ana sudah disantau....Seksanya disantau hanya Allah yang tahu. Sakit pedihnya kerongkong bergesel dgn bulu,kaca dan sbgnya juga hanya Allah yang tahu...Tetapi sebagai orang yg berjanji mahu berubah kejalanNya, ana tetap harung dan ana pulih dari sakit ini...
Cahaya itu datang selepas suram. Ana dipanggil untuk interview di syarikat kini untuk mengisi kekosongan customer service utk pass pelajar. Ana diterima baik. Bekerja dengan baik dan tiada masalah dgn pemakaian berniqab dan bertudung labuh. Malangnya satu hari kerana umi sakit, ana tidak punya kredit utk inform ketua jabatan. Kaunter pass dibuka lambat dari biasa. Jabatan terpaksa menjawab aduan pelanggan. Dan ana dikenakan tindakan displin. Akibat dari kesalahan terbabit, ana menghadapi cabaran keempat. Ana diminta utk meninggalkan tudung labuh dan bertudung biasa kerana jabatan mengarahkan untuk memakai t-shirt pass sahaja semasa bekerja. Tidak dibenarkan berbaju kurung selain t-shirt yang dibekalkan. Sebak tetapi ini lah satu-satunya laluan rezeki ana buat masa ini. Ana punya tanggungan kereta apatah lagi abah ketika itu sudah tidak disambung kontrak oleh tempat kejenya..kehidupan kami makin perit bergantung pada bantuan ana. Dan ana redha. Ana melawan kes itu dan masih dalam penyiasatan. Ana berdoa sehingga kini moga penarikan tudung itu dipertimbangkan dan moga bakal-bakal staff syarikat kini selepas ini yg mahu bertudung labuh dibenarkan. Dalam masa yang sama, ana di beritakan oleh doktor panel ana, ana menghidap Arteriovenous malformation atau AVM Disease. Dimana ana diberitahu saraf di bahagian otak ana tersumbat dan dikhuatiri pecah. Rupanya setahun yg lalu kejadian kepala ana terhentak di lantai One Utama telah menyebabkan darah beku. Dan ana kerap sakit kepala yang statik sehingga pengsan. Ana cuba dapatkan bantuan syarikat, tetapi ana cumalah kontrak sebelum tetapan setahun kemudian barulah kos pembedahan akan ditanggung mengikut terma dan syarat....Dan ana padamkan niat utk bedah dan hanya bergantung dgn ubat tahan sakit. Itu lebih baik...
Ana jalani hidup seperti biasa. Dan ketika itu sudah bergelar tunangan org. Kali ini cabarannya lebih hebat. Cabaran kelima, hubungan ana dgn khitbah dilanda ribut taufan. Selepas 2 bulan bertunang, kami memilih mencari haluan masing-masing. Ana akur sekali lagi. Mungkin ada kesilapan ana, ya ana kurang sempurna. Dan mungkin juga Allah tahu, kami bukan jodoh yang sepadan....Tetapi ana menderita di gantung tanpa khabar selama lebih 4 bulan. Sedangkan perjanjian menikah akan berlangsung lagi sebulan (disember). Sudahlah sakit, putus tunang pula. Bakal kehilangan kerja kerana tidak berdisplin. Dan kesempitan wang. Bertimpa-timpa dugaan ketika itu. Kalaulah iman yang cetek,naudzubillah...mungkin berbagai-bagai perkara diluar jangkaan berlaku....Ana teruskan langkah belajar dan mengakui kesilapan....
Sepanjang cabaran-cabaran ini, ana tetap menimba pengalaman berniqab,bersahabat. Disitulah bermulanya episod kehilangan teman-teman burgurau senda. Mungkin penampilan sudah tidak seperti mereka. Malu untuk bergaul dgn keadaan ana ketika kini...Tapi Alhamdulillah, Allah gantikan ana dgn sahabat-sahabat yg memimpin ana dgn kata-kata tarbiyyah yg tiada penghujung....Walau dalam hati banyak perkara yg dihadapi.
Semasa bgelut dgn masalah proses putus tunang itulah ana hilang arah. Ana mula menjauhkan diri. Mula bersifat pendiam. Mula mencari salah diri sendiri. Sugul,muram dan tidak berkeyakinan diri. Sehingga bertindak meninggalkan niqab seharian.....menangis sepuasnya. Minta dipimpin. Malahan dihimpit dgn desakan umi untuk bertudung biasa semula....Umi terus-terusan mengatakan penampilan ana,keputusan ana membuatkan tidak ada yg berkeyakinan pada ana...dan sekali lagi ana hilang arah....Sahabat-sahabat tidak lagi menjenguk. Ana hanya memandang sepi pada facebook dan blog ana. Kosong sekosongnya...Setiap hari pohon kepada Yang Maha Mendengar, permudahkanlah segala yg dilalui ini.....
Akhirnya sekali lagi, Allah membuat ana terfikir dgn segala yg Dia temukan pada ana. Dari setiap perjalanan yg ana lalui, apa yg ana tempuh selama ini. Perit jerih melalui cabaran dugaan ini. Kenapa mahu bertanya terus sedangkan insya'Allah ada jalannya.....ana akui laluan yg Allah beri walau nampak kecil, tetapi kadang-kadang itulah yg amat beerti dalam hidup ana. Ana tidak mahu tersasar lagi...Ana mengenali siapa kawan siapa lawan...tetapi dari situ juga ana belajar biarlah ia kawan, biarlah ia lawan. kerana kadang2 yang lawan akan jadi kawan, yg kawan bakal jadi lawan.....tohmahan,fitnah dan keperitan hidup tidak pernah mematahkan semangat gadis ini....
Diakhir tinta ini, maafkan ana jika ana tidak sesempurna sahabat-sahabat yg lain. Ana akui ana bermula dari sifar..tapi ana memaksa diri utk berdikari dan belajar mengenal Dia....apa yg ana perolehi kini adalah atas usaha mengenaliNya tanpa jemu. Kemana ana pergi, ana akan kenang apa yg ana pernah lalui..kerana itu, ana tidak pernah kekok dekatkan diri utk menegur anak-anak gadis yg merokok, anak-anak gadis yg berpeleseran dan bgaul dgn lelaki, dan anak-anak gadis yg terumbang ambing hidupnya. Kerana ana dibesarkan didalam suasana hiruk pikuk itu. Ana bersahabat dgn org2 itu. Ana pernah di anggap hina kerana bersahabat dgn org-org ini, tetapi jgn kita sesekali lupa......org yg dihina itu mungkin satu hari nanti lebih baik dari kita...Memang Allah Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Kaya.....jika Dia tidak menggerakkan hati ini.pasti ana masih hidup dalam buaian dunia.
Ambillah iktibar ini untuk sama-sama memperbaiki kesilapan masing-masing. Setiap kita tidak dilahirkan sempurna. Mungkin sahabat-sahabat punya cerita yang lebih perit. Mungkin cerita ana hanyalah sebuah cerita yang dipandang sepi....Tapi kronologi ini membuat kita semakin mengenali diri sendiri dan memahami maksud firman Allah swt : Sesungguhnya Allah Tidak akan Mengubah nasib Sesuatu kaum sehingga mereka Mengubah Keadaan yang ada pada diri mereka sendiri - Surah Ar-Ra'd (ayat 11)
Kerana lagu indah ini ana beranikan diri untuk kembali disini menaip secebis luahan hati....
"andainya kau rasa tak berupaya hidup sendirian tiada pembela, segalanya suram bagai malam yg kelam, tiada bantuan tiada tujuan, jgnlah berputus asa krn Allah bersamamu...insya'Allah, ada jalannya syahida...hati, sabarlah. ada hikmah Allah tetapkan tiap2 pjalanan utk kita jenguk kesilapan yg lalu dan utk kita akui kesilapan itu dan tidak mengulanginya lagi..disitulah yg kita panggil pengalaman. andainya dosamu berulang lagi, bagai tiada ruang utk kembali, dikau keliru atas kesilapan lalu, membelenggu hati dan fikiranmu, jgnlah berputus asa kerana Allah bersamamu!! insya'Allah...ada jalannya syahida!!"
-Jazakallahu khairan katsira-
-Jazakallahu khairan katsira-
14 comments:
sungguh hebat cabran dan ujian yang melanda anti... ya Allah sungguh kuat kamu mengharungi sumenyer.. anti.. sesungguhnya Allah tidak akn menguji hamanya lbh dr ap y kita mampu... InsyaAllah.. moga2 anti sentiasa tabah.... walaupun ana jg bermula dr kosong... tp Alhamdulillah perjalanan ana smooth... walau ader y megritik... moga2 kita sama2 tabah dlm megharungi sumeni.. ameen....
teruskan cabaran itu sahabat. kita tidak keseorangan disini. kalaupun org tak sudi menjadi sahabat kita, tak sudi mendengar cerita kita...tp Allah ada. kita semua ada kisah tersendiri. samada kita mahu memilih untuk mengakui kesilapan sendiri atau terus menipu diri sendiri...itu sahaja..."Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak."
Akhirnya...post yg terbaru selepas hmpir berbulan tidak update...
Insyallah,,Allah maha mengetahui akan isi hati hambanya...ujian itu adalah kehidupan..moga tabah ilaliakhirah..
salam ukhwah kak....
setiap kali saya merayap2 di blog2 orang, pasti saya akan tertarik untuk membuka blog akak....hari2 saya menunggu entri dari akak sampai satu ketika saya dilanda kerisauan adakah akak diuji dengan kesakitan lagi???
Akak...untuk merasai kemanisan di akhirat bukanlah jalan yang mudah....seringkali kita akan diuji dengan berbagai musibah tak lain tak bukan sebagai salah satu cara Allah ingin mentarbiah jiwa kita..mendidik iman kita....
Dunia bukanlah satu tempat kerehatan....kehidupan di dunia memerlukan mujahadah....segala-galanya datang dari Allah....kita akan sentiasa bahagia bila kita dapat merasakan sesuatu yang menimpa kita adalah datang dari Allah sebagai tanda Allah ingin kita selalu berdamping denganNYA....bersyukurlah kerana Allah telah memilih akak untuk berjuang demi mencari redhoNya....
saya doakan kebahagiaan dan ketenangan buat akak...moga Allah memberikan kekuatan untuk akak lalui ujian2 yang mendatang....
sayang akak kerana Allah...
salamullohi 'alaik....
Assalamu'alaikum warahmatulah ya ukhti ...
Subhanallah walhamdulillahi wallahu akbar .
ssungguhnya bruntunglah ukhti krn dpilih Allah utk mnggalas ujian ini .
sgalanya aadlh sbg kifarah pghapus dosa insyaAllah .
moga ukhti terus tabah & thabat di jalanNya insyaAllah .
salam ziarah bersulam ukhuwwah ^^
alhamdulillah, kebangkitan itu yang ana tunggu. semoga ukhti tetap teguh dengan tali-Nya. teruskan meniti tinta-tinta berpena. dari tulisan ukhti pasti banyak yang dapat menyelami serta berubah.
sabar itu kunci kejayaan dakwah, dakwah terhadap diri sendiri juga orang lain.
salamun 'alaikum bima sabartum
salam perkenalan...apa yg saudari coretkan hampir sama saja seperti saya sblm ini.setelah memilih Islam, alhamdulillah ain makin tenang dengan keadaan kini.
slm pkenalan buat ain juga...
syukur alhamdulillah atas pilihan yg tepat...apabila kita mencariNya..Dia akan beri kita segumpal nikmat yg tak terhabis utk dijamah sepanjang hayat yg kita ada..begitu jugalah azam..jika kita bulatkan azam dan tekad, apa pun rintangan yg kita tempuh akan nampak mudah jika kita sentiasa mengingatiNya...tahniah ain.
salam. first time sy singgah sini. akak, chaiyok~ moga Allah permudahkan urusan akak. (:
allahu allah haq..dugaan yang mencabar..
salam..akak..first time sy bca blog akak..sy dh menitiskan air mta..ssunguhnya sgt besar ujian2 yg akak hdapi..smoga akak dpt mneruskan prjuangan akak dgn sbar..insyaallah...
waalaikumussalam adik. perjalanan ini hanyalah sekadar mengambil cebisan iktibar. ada sahabat2 kita yg lebih hebat ujiannya..tapi sbg hamba Allah, kita harus belajar dari kesilapan..supaya mengajar kita kejayaan yg lebih membina ^_~
Ada jalanNya.. :'-) sebak pula melihat pada situasi ukhti suatu masa dulu...
Post a Comment