Lama berhabuk blog ni. Semua gara-gara kesihatan yang silih berganti datang. Selepas melalui perjalanan yang memedihkan. Ana bangun dengan semangat baru. Hampir juga nak membuka niqab dan kembali menjadi apa yang ana sudah buang jauh-juah dari hidup satu masa dulu....
Allah lah yang mengirim kekuatan.
Diberinya pengertian dibalik semua ini. Ana redha dengan keputusan bakal kembali menjalani harian sebagai orang bujang tanpa berstatus istimewa. Dan tidak ada lagi tema 'darah manis' yang blh dileraikan dibibir-bibir manis sahabat-sahabat disisi. Mulanya, airmata memang jadi teman setia. Apatah lagi saat itu dilanda badai dugaan Allah, disantau orang, dan darah beku yang sudah tidak terbendung lagi hingga dimarah Neurologist mengatakan ana terlalu memikirkan perasaan orang yang sudah tidak ada gunanya dalam hidup...
Sekali lagi, Allah kirimkan mereka-mereka yang menguatkan hati.
Turun naik pejabat kaunseling. Malah, rasa tebal dimuka setiap kali bertemu kaunselor sudah makin tipis dek kerana airmata tak pernah kering tertumpah dipipi acapkali ditenangkan. Apakan daya, ana berhati wanita..Pasti akan tiba saat dimana kesabaran itu tertancap juga durinya...
Puas mengenepikan perasaan sendiri. Akhirnya, hati terpaksa akur. Jiwa,hati dan perasaan akhirnya kosong. Kosong sekosong tanpa lagi doa "dia jodohku..." Bukan berputus asa. Tapi inilah harga pada sebuah penantian. Harga diri yang bersemayam akhirnya roboh dimalukan dgn hati mereka yang sewenang-wenangnya menghukum tanpa bicara..
Tak apelah....hari ini pasti kau bahagia..Pasti kau gembira, ketawa berdekah-dekah dan puas dgn keegoan. Tapi ingatlah, jangan sekali-kali merasa bahagia diatas keperitan org lain. Sebab Dia menyaksikan segala perbuatan kita. Lambat,cepat bukan pilihan kita...Tapi selagi ada ruang bernafas, datanglah kerumah utk minta maaf....sebab aku tak pernah redha dengan apa yg kau lakukan terhadap maruah keluarga aku...
9 comments:
Assalamualaikum Kakak.. Ya Allah.. Nak menangis Shah baca.. Dia tinggalkan kakak? Sampai hati dia.. Rasa baru semalam kakak dan keluarga cuba baju nikah.. Dah Shah rasa macam semalam kakak impikan pernikahan sakinah "Gambar nikah purdah putih".. sampai hati dia.. Sebak Shah.. Menangis bila baca.. Kakak Sabar ea?? Siannya kakak.. Allah bersama kakak.. Shah sokong kakak.. La tahzan kak.. shah doakan kakak..
Assalamualaikum ya Ukhti..
Bersobar lah ye kak..InsyaAllah Allah lebih mengetahui siapa yang lebih layak untuk akk...jangan sedih..satu masa dia akan sedar apa yang dia dah buat.hidup ini seperti roda kan.
Usah bersedih..Allah berfirman di dalam Surat Taha "Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKU" Dan di dalam hadis sahih dari Imam Muslim r.a pula ada menyebut bahawa "Barangsiapa yang ingin ALLAH berkata-kata dengannya, maka bacalah al-Quran"
Tabahkan hatimu menerima ujianNya!
"Muslimah Smile in Trouble"
salam...sy selalu mengikuti blog saudari...terlalu byk yg suadari lalui...allah uji tanda allah syg...besabarlah atas ujiannya,...ada perjanjian yg baik utuk orang yg sabar....ku berdoa untuk mendapat semangat sepertimu.....
sabarlah awk.. lady doakan agar org tu kaan mendapat balasan setimpal dengan perbuatannya..
amiiinnn..
sabar...itu adalah perkataan yang biasa diluahkan bila sesorang ditimpa masalah.
kerna hanya itu yang mampu diucapkan.
sabar ye...sabar itu indah...
and remember! whatever happen it happen for good...
berlapang dada lah dan maafkan kesalahan dia.
mungkin dia tak sedar, yang dia buat silap besar.
moga diberi kekuatan hati...:)
salam. ni bru first sy bc blog akak...sabar ye akak...sabar tu kan cantik...saya pasti akak ni pasti seorang yang sangat baik, kalau tak,masakan Allah menguji akak dengan bermacam-macam dugaan...لا يكلف الله نفسا الا وسعها
sabar ye
ini jugak terjadi padaku…
“DIA BAHAGIA ATAS AIRMATA WANITA LAIN” (shortcut)
Bukan aku xmampu menerima takdir Allah… Semua ini telah tertulis sejak azali… Namun aku manusia biasa.. Aku juga perlu penjelasan kenapa?? Mengapa?? Dengan kejamnya kau yg bernama SITI FATIMAH MOHD KADRI meragut kebahagiaan wanita lain?? Bukankah kau sudah tahu dia sudah bertunang?? Saat ini.. Jika engkau tidak muncul mengganggu hidup kami pastinya aku dan dia sdg sibuk menyediakan persiapan hari bahagia kami… Keluarga sanak saudara turut sama membantu.. Indah kan??
Namun kini impian hanya tinggal kenangan…dan aku syukuri apa yg telah terjadi.. Hal ini menyedarkan aku.. Jika skrg dia boleh tinggalkan aku tanpa kata bergantung tidak bertali.. Xmustahil dia juga boleh tinggalkan aku dgn anak2.. Pastinya lebih perit dan menyakitkan…dan tak mustahil juga ini akan terjadi pada kau…. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah lebih sempurna…..bernafas pun kita meminta2 ehsan dari Allah.. Siapalah kita utk menidakkan takdir Allah??
Komen ini hanya utk menerangkan keadaan sbnr.. Nilai la dgn mata hati.. Bkn simpati yg aku minta.. Cuma sebuah pengertian dan kepercayaan…Bila ini terjadi semua menunding jari menyalahkanku atas semua kesalahan yg dilakukan oleh org lain….kerana aku tidak mempunyai watak seorang wanita muslimah… Biarlah aku jadi diriku yang sbnr dari hidup penuh kepuraan…
assalammualaikummm.. sya nk bertanya lbey lanjut berkenaan siti fatimah. adakh sma dgn pmpuan yg sya kenal
Post a Comment