Friday, May 6, 2011

Kita Bangga Bila Dipuji, Rasa Keji Bila Dihina (2)

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan tuntunlah hatiku

Kenapa ni Cda? Apa yang dah jadi...? Minggu ni je banyak artikel di facebook kamu penuh dgn note tentang poligami. Kenapa? Kenapa?? 

Aku bukan nabi yang bisa sempurna kawan....ku tak luput dari dosa...tapi kenapa perlu aku diduga dgn perkara yg menabrak hatiku ini??

Astaghfirullahala'zim..kuat Cda kuat...kamu bukan baru hari ini diuji...cuba ceritakan...

******************************************************************************************

Suka ke jadi bini no 2? SENSASI DAN HANGAT. mesti ramai yg tak suke persoalan tadi. bg cda..cda tak mahu. cda tidak memilih jawapan tidak suka. kerana poligami bukan sesuatu yg buruk..tetapi ia membahagiakan apabila kena pada caranya. 

So, kesimpulannya nk bgtau....suami org, tlglah jgn dekati aku. Banyak hati yg perlu aku jaga. Ibu ku ayah ku...Janganlah datang ke dalam hidup aku dan keluarga aku untuk berdusta. Sebab aku dh terlalu banyak menanggung cerita..Kanvas putih aku juga dah penuh dgn warna hidup yg aku tempuh setiap hari. Janganlah syarahkan aku tentang kebaikannya poligami itu. Aku sudah tahu. Tapi inilah pendirianku. Bukanlah aku menidakkan. Cumanya aku tidak rela menangis penyesalan dikemudian hari. Biarpun kau melihat aku sengsara atau menderita...ia bukanlah alasan untuk kau berdusta. Dan itu hanya menambah sakit dihati ini....Tolonglah jauhi dari menyakiti hati wanita ini lagi..Dan aku tidak perlukan simpati. Cukup dgn doamu untuk aku. Dan tidak perlu sia-siakan dirimu dgn menyakiti aku. T_T

******************************************************************************************

Ini yang cda cuba beritahu..

Apabila Satu Jiwa Satu Impian Diminta Menjadi Dua Jiwa Dua Impian....

oleh Fastabiqul Khoirat pada pada 05hb Mei 2011 pukul 10.01 ptg


 Dup Dap Dup Dap....
'Aku Terima Nikahnya'

Saat ungkapan itu dilafazkan, jantung berdegup pantas. Peluh menitik-nitik gara-gara rasa gelabah dan tak tentu arah. Al-maklumlah tangan digenggam kuat oleh Tok Kadi beserta jelingan tajam. Dikerumini pulak dengan ribuan telinga yang mendengar. Senyap sunyi bagai malaikat melintas. Kedengaran jelas getaran suara sang Adam melafazkan akad yang di akhiri dengan iringan doa dan senyuman tanda kesyukuran.

Alhamdulillah, termeterai sudah janji ikatan hati dua merpati sejoli. Eh, merpati ke?. Bahasa kiasan tu. Leretan senyuman  yang tak lekang dari bibir. Menampakkan kegembiraan yang tidak mampu dimadah dengan mana-mana perkataan. Bahagia diharapkan menanti sehingga ke syurga firdausi. Amin.

Kebahagiaan yang dinanti kadang-kadang disinggahi dengan taufan yang tidak pernah diundang. Meniup dan melenyapkan hati sang kekasih sehingga tsunami meruntuhkan tangga pada rumah yang terbina. Aduhai, sakitnya hati, sengsaranya jiwa tatkala kasih yang diseru menyinggahi hati yang lain. Apabila suami mengungkap kata 'bermadu', si isteri mengangkat tangan dan kaki. Berlari ke dapur mencari pinggan, mangkuk, periuk belanga dan segala macam barang yang sesuai untuk dilemparkan tanda protes. Tiada satu perkataan lagi yang dapat dikeluarkan melainkan airmata dan hentakan jiwa yang tak ketahuan. Bagaikan orang yang tiada akalnya akibat jiwa melayang bersama kasih yang terlerai.

POLIGAMI. 8 aksara yang mampu membuat lelaki ketawa tak berhenti, tersenyum sehingga menampakkan 32 batang gigi yang susunan nya belum pasti tersusun rapi. Namun 8 aksara ini memberi remukan jiwa buat sang bidadari. Bagai langit menghempap bumi, berdentum bersama kilat dan guruh yang bersatu menggegarkan tanah. Di sulami dengan hujan lebat berserta angin kencang yang mampu mengundang ribut taufan. Betapa dahsyatnya penangan 8 aksara itu buat para isteri. Aduhai. Mengapa kaum hawa begitu jelik dan marah apabila isu ini di suarakan?

Ramai lelaki yang menyalahtafsirkan erti sebenar poligami. Ramai juga yang menjadikan isu poligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi SAW. Wah, bab kahwin cepat pulak nak ikut sunnah, bab solat, puasa, zakat liat pulak nak mengikut. Poligami adalah satu hukum yang telah tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran yang membolehkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Firman Allah swt:

Dan jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil terhadap anak-anak atau perempuan yatim (jika kamu mengahwininya), maka kahwinlah dengan perempuan lain yang menyenangkan hatimu; dua, tiga, atau empat. Jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil (terhadap isteri yang terbilang), maka kahwinilah seorang saja, atau ambillah budak perempuan kamu. Demikian ini agar kamu lebih dekat untuk tidak berbuat aniaya” (An-Nisa` 3).

Merujuk kepada firman Allah SWT, poligami merupakan satu kemudahan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Seharusnya poligami dilaksanakan bukan atas tujuan nafsu semata. Poligami menuntut keadilan yang mana sikap adil itu amat sukar untuk dilakukan sebagaimana firman Allah SWT:

”…Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja…” (An-nisa':3)

Isteri yang satu pun belum tentu pasti dapat merasai keadilan dari suami, inikan pula seandainya memiliki isteri lebih dari satu. “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian…” (An-nisa:129).

Hati wanita ini sangat rapuh apatah lagi disaat kasihnya terpaksa dikongsi. Sifat cemburu yang ada dalam diri seorang wanita amat sukar untuk dikawal bila mana melihat kekasih hatinya berpacaran bersama si dia. Biarpun di bibir mengatakan ikhlas menerima, redha memadu kasih namun realitinya tidak. Malahan sifat kecemburuan ini turut terjadi pada Ummul Mukminin kita, Aisyah RA jua para isteri Nabi. Biarpun Allah memuliakan dan mengangkat darjat para isteri Nabi namun masih terselit juga perasaan cemburu dalam merebut perhatian suami.

Aisyah mengakui cemburunya pada Khadijah. Beliau pernah berkata, " Hanya pujian yang terbit dari bibir Nabi Muhammad setiap kali nama Khadijah disebut. Pada suatu hari, saya tidak dapat menahan rasa cemburu saya. Saya terus berkata, "Wahai pesuruh Allah, mengapa tuan asyik mengenang perempuan yang sudah meninggal itu? Bukankah Allah sudah memberimu pengganti yang lebih baik?" Nabi Muhammad menjawab,

"Allah tidak memberiku pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepada Allah semasa semua orang menidakkanku. Dia mempercayaiku semasa orang mengatakan saya berbohong. Dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa semua orang enggan memberi. Dan daripadanya Allah memberiku zuriat, sesuatu yang tidak Dia anugerahkan kepadaku daripada isteri-isteriku yang lain." (Hadis ini dicatat oleh Ahmad).

Inilah hati wanita. Betapa Aisyah mencemburui Siti Khadijah biarpun jasadnya tidak kelihatan. Betapa sukar dalam memahami hati nurani kaum Hawa. Begitu juga hubungan Aisyah bersama para isteri yang lain yang sentiasa mencemburui dalam meraih perhatian suami.

Poligami bukanlah perosak kepada kehidupan alam rumah tangga. Janganlah kita sebagai khalifah Allah mengharamkan benda yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Atas kuasa apa yang menyebabkan kita menidakkan, memprotes soal poligami yang jelas diterangkan hukumnya dalam kalam Allah. Tetapi, marilah kita menafsir erti sebenar poligami yang dimaksudkan. Poligami dibolehkan atas tujuan membantu dan menyelamatkan maruah wanita seperti ibu tunggal, tahanan wanita di medan perang, menikahi atas kerana perlindungan dari segala bentuk kezaliman dan perzinaan. Buat para suami jua sang Adam, pemimpin yang dicipta oleh Allah dengan kelebihan akal dan kekuatan, renungkanlah kewajaran hatimu sebelum bertindak untuk berpoligami. Selidiki hatimu adakah jiwamu terdorong oleh nafsu sehingga membawa ke arah poligami? Adakah kamu menggunakan kelebihan ini sebagai satu platform untuk membangkitkan segala kelemahan dan keburukan isterimu? Adakah mampu untuk kamu memberikan keadilan yang sewajarnya sehingga hati isteri-isterimu tenang tanpa sebarang sengketa mahupun perbalahan jua tanpa setitik pun air mata mereka tertitis di pipi? :

Nabi Muhammad SAW begitu marah apabila melihat Fatimah menangis kerana mengetahui Ali bin Abi Thalib RA ingin berpoligami. Lalu Baginda berseru: " Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku, ku persilakan mengahwini puteri mereka. Ketahuilah puteriku itu bagian dariku, apa yang mengganggu perasaannya adalah juga apa yang menyakiti hatinya adalah hatiku jua."

 Buat para isteri jua bidadari duniawi, janganlah meletakkan hukum Allah ini sebagai kecaman. Memberontak dan membantah sekeras-kerasnya mengenai poligami. Seandainya itu terjadi, penuhi hati dengan kesabaran diri. Tahu, ianya amat sakit. Tahu, ianya amat pedih. Tahu, ianya bagai nyawa yang hilang. Tetapi kita harus ingat setiap yang ada di dunia bukan hak milik kita tetapi hak Allah. Semuanya kerana Allah. Apa guna kita meraung, merayu, menangis bagai 'Kassim Selamat'. Memperlihatkan kelemahan diri sebagai wanita yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Selidiklah segala kekurangan diri dan berbincanglah dari sudut hati ke hati. Jangan ada unsur serang-serangan sehingga meletuskan peperangan. Jangan. Banyakkan menginsafi diri dan serahkan pada Illahi. Kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perkara yang tidak kita ketahui.

Rasulullah SAW sebenarnya telah hidup secara monogami selama 28 tahun bersama isterinya Siti Khadijah. Pasangan ini hidup dalam rukun damai selama lebih kurang 25 tahun sehinggalah Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun dan ketika itu Baginda berusia 50 tahun. Selepas kematian isterinya, barulah Rasulullah memulakan hidup berpoligami atas kehendak Allah SWT. Namun isteri-isterinya terdiri daripada janda dan ibu tunggal melainkan Aisyah RA. Ini menunjukkan Baginda berkahwin bukan atas nafsu tetapi atas niat pembelaan dan perlindungan.

Marilah kita merenung sedalamnya apa yang diperkatakan mengenai poligami. Poligami bukan diharuskan tetapi dibolehkan. Dibolehkan bagi mereka yang benar-benar memahami konsep poligami yang telah di syaratkan ketetapannya. Ianya meliputi tanggungjawab, keadilan, didikan, kasih sayang yang tidak berbagi jua bebanan yang amat tinggi. Bagi yang merasakan diri mampu, maka di bolehkan tetapi seandainya ia mengheret kepada kesengsaraan dan penderitaan maka jauhkan. Hargailah perhubungan yang telah sedia ada kerana itulah ikrar janji yang pernah dilaungkan di dalam rumah Allah dalam meniti kehidupan bersama dunia jua akhirat. Wujudkanlah keluarga bertunjangkan agama kerana itu yang lebih utama.

Semoga Allah melindungi kita agar sentiasa berada di bawah naunganNya. Amin.

Nota: Janganlah di isukan lagi hukum-hakam mengenai poligami tetapi perhalusi makna dan kesannnya.

Syahida:
1. Gusar dengan dunia poligami.
2. Nasihat untuk diri sendiri walaupun diri belum dimiliki.
3. Bakal mujahid ku... mengertilah. Aku bukan nk ditonton tp didik aku sehingga aku menjadi isteri mu yg solehah...jika aku tidak baik, maka kau didiklah aku mjadi baik. jika aku tidak pandai, didiklah sehingga aku pandai...tegurlah agar aku sentiasa jadi mawar mekar dihadapanmu nnt....as-syahida T_T



No comments: