Assalamualaikum pada seluruh sahabat-sahabat cda.
Salam AidilAdha...salah silap harap dimaafkan. Hari yang penuh dgn pengorbanan. Masa dikorbankan. Nafsu dikorbankan. Sehingga kerja juga ada yang dikorbankan ye? Hehehe...lama tak update blog nie. Dah masuk banyak
email dari para sahabat 'bila nak update cerita baru cda..' Haaa..ni nak update la nie :)
Menjelang hari raya qurban ni ternyata ujian silih berganti datang melanda. Pada 30hb Oktober yang lalu, saya dapat
job untuk kerja kawen. Malangnya, hasil tangkapan gambar sepanjang hari itu
corrupted akibat laptop sahabat sy. Lalu tersembul la mesej '
Please format disk'. Menitik airmata wanita dirumah pengantin perempuan masa tu sebab terlalu penat membuat kerja. Hasilnya tiada. Fuhh! Termenung sekejap. Berfikir sejenak.......
"HAAAAA....pasangan..jangan tukar baju lagi. Posing balik mcm tadi, then taulah akak nk design mcm mana dalam
photobook korang nnt". Tersenyum lebar muka pengantin. Memberi
posing yang cukup memuaskan hati. Akhirnya selesai satu kerja. Nasib baik utk resepsi ada 2nd
photographer. Alhamdulillah. Penat tetapi amat berbaloi dengan bayarannya sekali. Orang dah beri amanah, kita perlu laksanakan dengan usaha kan :)
Selesai hal keje kawen, timbul pula masalah ditempat kerja. Ujian yang terlalu berat. Tapi sampai harini, apa yang perlu dilakukan adalah
cool....tak salah. Buat ape nk goyang kan..? Kisahnya begini, pada 3hb November yang lepas (baru lagi) ana buka kaunter Rapidpass macam biasa. Pukul 9 pagi dah ada
customer warga emas beratur dalam 3-4 orang untuk mendaftar diri. Tanpa melengahkan kerja, ana ambil
laptop syarikat dalam peti besi yang tak berkunci. Pada masa itu, ana sudah sedar yang hanya ada sebiji sahaja
laptop. Satu lagi entah kemana perginya. Tanpa bersangka buruk, ana buka kaunter pendaftaran dahulu, dan mencari
laptop terbabit kemudian. Dipendekkan cerita, rupanya pada malam kejadian rakan sekerja ana tu pulang lewat jam 8 malam. Jadi beliau lah yang bertanggungjawab memasukkan
laptop tersebut kedalam peti besi dan menguncinya. Namun beliau menyatakan bahawa beliau telah menyimpannya didalam peti besi. Tapi disisi pengurus ana, ana yang silap kerana tidak mengikut prosedur katanya.....maka jadilah pertelingkahan. Sehinggakan hal-hal tahun lepas diungkit kembali. Dan jadilah juga percakaran tikam lidah disitu. Sehingga melarat kebalai polis. Takut rupanya anak Melayu masuk balai ye. Takut kena tangkap masuk lokap rupanya. Alih-alih tutup kes polis, terserah pada syarikat. Dan jawapan pengurus ana "dua-dua kena bayar harga harta syarikat tu". Sedap ye mulut dia melafazkan keputusan. Mari kita lawan!! Pemimpin yang adil, adalah pemimpin yang bertaqwa dan membuat penelitian sebelum membuat keputusan. Baru 8 jam kes berlalu dah ada keputusan? Ajaib....!! Malah menatang minyak yang penuh orang yang bertanggungjawab menyimpan harta syarikat. Enakkk...!! Di anak tirikan pula orang yang hanya membuka kaunter dan sedar barang itu hilang. Oh itu rupanya konsep ADIL yea... Apa nak jadi, jadilah...ana akan lawan hingga ke mahkamah buruh. Jangan bermain dengan api. Ingat kita ni bertudung, boleh dipijak ye...Sesungguhnya ana percaya hikmah akan hadir disebalik ujian-ujian ini. Dituduh suspek mencuri harta syarikat? Biarkan.........Saya Syahida tidak hadap harta dunia...cukuplah dengan rezeki apa yang Allah berikan. Saya sudah cukup bahagia wahai Puan Pengurus...
Tapi itulah yang dikatakan graf kisah hidup kita. Pada tanggal 5hb November, 2011..Ana telah berjaya menandatangani perjanjian tukar nama syarikat abang ana yang sulung. Secara mutlaknya ana telah memiliki syarikat sendiri, bergerak diatas nama sendiri...Alhamdulillah. Allahuakbar, segala kebaikan hanya dari Allah. Jangan kita mengeluh dulu atas kepayahan, kita tarik nafas..........Dan kita kata pada diri "Aku boleh bila aku kata BOLEH". Datangla mana ribut pun, cuba kita tepis. Kerana kekuatan bermula dari diri. Selepas ini, segala kerja kawen, dari
photographer, make-over,wedding card design, produk kecantikan, spa dsbnya sudah berada dibawah label syarikat ana iaitu JC Bridal & Spa (SA-330630P). Muslimah-muslimah yang perlu pakar perunding untuk berkahwin jangan lupa
hire ana :)
Sekian watikah kali ini................selamat atas segala urusan ye...