Monday, November 14, 2011

Bila ada ujian, pasti ada HIKMAH~

Assalamualaikum.....apa khabar sahabat-sahabat cda yang berjalan-jalan singgah diblog-blog ni..? Harapnya sihat wal'afiat....insha'Allah mudah-mudahan ye.

Berkenaan dengan entry yg lepas. Isu suspek mencuri. Alhamdulillah, telah Allah kirimkan petunjuk..Nak tahu surah apa yang cda amalkan sepanjang mengahdapi keperitan diherdik,dimaki,dihina boss cda sendiri? Surah Sodh. Ya Allah, tak tahulah bagaimana nak terangkan. Usai solat maghrib pada 9hb November yg lalu, capailah tafsir kesayangan. Dengan niat nak tadarrus. (Oh, ada msg adik azrul minta dia pn sama2 tadarrus mlm tu. Hi navy officer!! How's ya day today adik?? Hee..Macrography ok!I know u're my blogger silent reader >,<). Ape yg terjadi...usai menghabiskan surah As-Soofaat, bacalah surah tu Sodh tu....baca sekali tafsir sebutir-sebutir...menitis airmata bila sampai ke ayat 17. Sungguhlah, ujian ana kali ini tidaklah sehebat para anbiyaa' terdahulu kan. Satu malam tu, mengulang baca hingga 10x bersama-sama tafsirnya. "Ya Allah, terima kasih kerana gerakkan hatiku begini.....aku tahu ini teguran dariMu untuk aku ingat dimana janjiku dulu.." ini bisik hati...mmg bergetar rasa hati. sayu je bila terdengar Surah ni dimainkan dalam MP3.

Tidak sampai seminggu..hari ini 14hb ana mendapat khabaran, bahawasanya kes isu pertikaian memakai tudung labuh ditempat kerja mengganggu tulisan baju mendapat sokongan daripada pegawai yg menguruskan isu ini. Ya Allah sekali lagi, "cepat sungguh harga nikmat kesabaran itu dibayar....". Menangis teresak-esak ana mendengar khabaran itu. "Ya Allah, peluang aku disini membela nasib hambaMu utk menjaga aurahnya....terima kasih Ya Allah..".

Begitulah perkhabarannya. 'Beliau' menutup pintu rezeki ana dgn tidak lagi memberi OT. Suspend dalam jabatan. Diberi pandangan yg buruk. Dilempar tuduhan yang negatif. Satu pesanan sahaja ana tinggalkan pada 'beliau'. "Iya,aku tahu...kau punya pengaruh banyak diluar sana, tapi jangan lupa..aku punya Allah...yg menggenggam setiap mereka diluar sana. Setitis lagi airmata ini keluar, aku berjanji ia hanya keluar atas tanda kemenangan menewaskan yg jahil...".

Banyak sudah tohmahan. Gambar ana terpampang sana sini. Cakap-cakap diluar sana banyak merobekkan hati. Tak cukup dgn itu, bercakaran sesama sahabat dek kerana rakus mengiyakan corat coret yang sengaja disensasikan. Itu kisah buku yg tercoreng....ana sedar dulu ana tidak sempurna mana...banyak cacat cela. Tapi byk juga yg ana cuba perbaiki. Bukan mudah ye sahabat-sahabat, payah sebenarnya nk menegakkan haq...ujian itu bersilih ganti, dari org2 yg kita sayang......

Walaubagaimanapun..bila sampai hari itu.....Biarlah insan-insan zalim ini tahu, gadis bertudung labuh bukan perkara yang boleh dianggap remeh dan boleh diperbudakkan. Do'akanlah kejayaan cda disana nanti....ameen.

3 comments:

...antikapel... said...

salam....
hai cda, selama ni jadi silent reader je...

kuat nya...semoga dikekalkan kesabaran dan kekuatan yang ada pada diri awak. da'ie kena la kuat. rasl pon dulu kena maki dan kena cerca, tapi nabi tetap sabar.

awak pon kena sabar ye. DIA bersama dengan awak. yang penting, jangan brhenti bersabar k...

with love,
gee

Fastabiqul Khoirat said...

waalaikumussalam gee,
terima kasih sudi baca..silent reader tu :)

betul..bertuahnya ada sahabat nasihat kat sini.sudi bg nasihat. mmg betul..kisah sy ni jauh dari kisah nabi. apalah sgt derita yg sy tanggung berbanding nabi kan...mrk bjuang habis2an...sy pn byk silap. sy anggap ini teguran Allah supaya sy jgn lalai lagi...allahu allah

...antikapel... said...

benarlah nabi kata, islam tu pada mulanya asing, dan ia akn menjadi asing di akhir zaman ini.

bukan senang nak jadi yang asing ni, orang tengok mcam orang asing je kan.

jadi, cuba-cubalah join "orang-orang asing" agar tak terasa terasing dan diasingkan.

Alhamdulillah atas segala nikmat.

:)