Monday, November 14, 2011

From Damansara with love to Jie Nazirah..

Blog ke blog menemukan kita...
Waktu itu aku tandus dalam segala hal..
Lalu kau pimpin aku membetulkan cahaya...
Banyak kenangan antara kau dan aku.
Aku benar kagum pada kau.
Kerana kau, aku letakkan dikedudukan sahabat yg mengingatkan aku pada Allah...
Lalu aku gelincirkan jiwa mendengar bait-bait nada nasihat..
Ziarah demi ziarah merapatkan ukhuwah kita...
Lalu aku menjadi semakin sayang...
Sayang atas dasar cinta bersama haluan kearah hakiki Illahi....
Sayang sekali sahabatku....
Bukanlah aku seorang yg kuat..
berkali ujian kau dan yg lain penebar semangat yg indah..
Lalu aku diamkan seketika..
Kerana aku sudah tewas...
Muncul pula derita yg lain..
Lalu hingar cerita yg buruk.
Bukanlah aku bencikan kau sahabat.
Bukan jua aku buang kau dari lipatan sejarah.
Tidak pula sekali kali aku menghenyak kau keluar dari hati ini...
Cuma aku malu....
Malu semalunya...
Kerana bukan dari bibir aku yg katakan "buruknya aku dahulu..."
Maafkan aku kerana terpaksa meminggirkan kau wahai sahabat..
Bukan aku minta.
Tapi hati masih belum bersedia..
Aku gusar...airmata aku gugur kerana aku tidak bisa berdiri lebih lama menatap wajah2 kesayangan aku...
Terima kasih utk segalanya.
Do'akanlah aku disini masih tegar seperti yg dlu..
Aku tidak pernah lupakan kau.
Cuma bantulah aku memperbaiki rasa malu ini...
Satu hari pasti aku akan sentuh erat semula tanganmu sahabat.

cda