Monday, December 5, 2011

Bersabarlah sedikit waktu......

Patah hati bukan putus cinta.....
Terkilan rasa bukan krn pacar diambil orang....
Kecewa jiwa bkn dek cinta manusia....
Hampa hati kerana terobek dek dunia....

Bertahun memperjuangkan hak wanita bertudung labuh di syarikat korporat. Nyata tidak ada yang senang dengan penampilan itu. Dari saat mula-mula bertemu hidayahNya hinggalah kehari ini, masih ada cebisan dan rentetan penentangan terhadap penentangan. Aku kah yang tersilap langkah. Iya, banyak langkah sumbingku. Aku sedarinya.

Pernah aku dipaksa hentikan alunan bacaan ayat suci al-quran di pejabat lamaku. Ditohmahnya aku mengadakan suasana pengebumian kerana memperdengarkan ayat suci al-quran itu dipejabat. Seolah-olah aku diberi tamparan hebat tepat kemuka kerana memperdengarkannya. Bukanlah dibuka seperti kedai kaset ilmiah. Cukup untuk halwa telingaku. Tapi hinaan itu seperti aku membuat jenayah. Aku masih bersabar. Dikoyak pula cetakan-cetakan hadis yang aku tandakan di notis board aku. Terhiris rasanya hati ini bagai ditoreh dgn belati tajam. Ya Allah apa salahnya pada tulisan cetakan ini...bisik hatiku. Menjadi rutin harianku, masa terluang diantara jam 12.30-2.30 petang pada hari jumaat akan aku alunkan suaraku yang tidaklah semerdu mana namun tetap bertadarrus di surau kepunyaan syarikat. Namun pada suatu hari, pihak Sumber dan Manusia syarikat mengeluarkan notis pekerja wanita tidak diberikan lagi rehat 2 jam oleh kerana tidak bersolat jumaat. Makanya pada jam 1 tengahari baru masuk waktu rehat sehingga jam 2 petang. Mengalir airmata ini.......tak mengapa,bisik hatiku. Lepas waktu kerja pasti boleh beribadah lagi bukan? Tidak disini, pastinya dirumah. Timbul pula isu lain. Solat tidak boleh melebihi dari 10 minit. Membazir waktu kerja katanya...Ya Allah, bagaimanakan mungkin solatku itu akan khusyuk dgn menyebut satu persatu bacaan dalam solatku utk memuji keEsaanMu Ya Allah? Aku dipukul badai lagi kerana agama.....Besar ujian tatkala aku masih merangkak dalam mengenal cinta Allah..Disitulah aku belajar erti sabar dengan tohmahan manusia. Setiapkali adanya mesyuarat jabatan, aku dipanggil dengan berbagai nama. Al-Arqam,muslimah bulan,hantu kum-kum,dbkl dan paling menyakitkan....tukang tarbiyyah dan jemaah islamiah. Terrorist kah aku kerana menutup aurat? Terrorist kah aku kerana mendengar ayat suci al-Quran? Terrorist kah aku bila aku cara hidupku dari seorang yang lupa dengan janji pada Allah,lalu kembali pada perintahNya? Aku bertanya soalan itu setiap hari dalam hidupku.......Pernah aku dipanggil kekamar ketua syarikat. Dipanggilnya aku dengan ejekan jelek.."engkau ni tak ubah macam pengemis. mintak simpati kat syarikat ni dgn cerita karut kau,kononnya mimpi org bagi tudung,so engkau pakai tudung. Aku tak kisah lah kau nk pakai tudung,tp tak perlulah nk ajak org lain pakai tudung. Kau ingat ni syarikat muslimah ke?" Masih terngiang di telinga. Masih aku rasa torehan pedih kata-kata itu. Salahkah aku bertudung labuh? Salahkah aku bila aku katakan pada mereka yang bertanya, aku menerima hidayah Allah dari mimpi panjang aku setiap hari,walau itu hakikat sbnrnya? Dan salahkah aku,bila aku tidak menyeru..tetapi mereka yang tergerak hati melihat perubahanku. Jika aku mampu berubah,mengapa mereka tidak? Allah yang menggerak hati mereka. Adakah itu juga salah aku? Ya Allah...dimana silap ku lagi? Telah aku cuba diam dari melawan.....Akhirnya aku tewas lagi. Lalu aku mengambil keputusan,aku keluar dari jabatan dan meletak jawatan. Walaupun puas dipujuk ketua jabatanku. Maafkan aku...aku sudah mencuba. Tapi perubahanku nyata menjadi duri dalam syarikat itu...biarlah aku berundur sebelum lebih banyak penghinaan terhadap agama yang aku cintai, nabi yang aku kasihi...aku berlalu kerana tidak aku mahu menjadi punca bangsaku sendiri membenci perkara yang dituntut oleh syariah agamanya sendiri. Cukup-cukuplah sampai disitu nistanya...



Sebulan lamanya aku membuat kerja secara free-lance. Akhirnya aku diterima bekerja di satu jabatan anak syarikat kerajaan. Sungguh gembira. Kerana aku dapat menyambung perjuangan ayahku untuk berkhidmat kepada syarikat ini. Aku gembira pada awalnya. Dapat memakai pakaian yang aku sendiri mahu. Dapat memakai niqab bebas kemana sahaja. Malah aku bertemu pelanggan harian juga menggunakan niqab. Kerana prinsip ku adalah produk yang ingin aku perkenalkan bukannya wajah. 2 bulan lamanya aku senang dengan perkhidmatan disini. Syukur alhamdulillah. Namun, tidak aku sangka....ada yang irihati. Aku ditegur oleh pembantu jualan senior disana. Front line perlu mengikut etika bekerja. Tidak perlu memakai niqab. Aku pasrah. Aku pujuk hati. Niqab sahaja. Insha'Allah tidak ada apa-apa. Telah sampai ujian dari Illahi..aku diduga lagi. Kali ini lebih hebat. Pengurus Jabatan aku sendiri memaksa aku memakai tudung singkat dan t-shirt serta seluar kerana mengikut jadual kerja. Ya Allahuakbar.....betapa peritnya ujian yang perlu digagahi. Diwaktu itu ibuku selalu tidak sihat,ayahku tidak dapat menampung kos keluarga kerana tiada pekerjaan. Dengan kereta ku tertunggak bayarannya. Masalah pertunangan. Aku pula disahkan penghidap Arteriovenous malformation atau AVM Disease. (Pernah disiarkan artikel mengenai penyakit ini satu ketika dahulu). Peristiwa yang bertimpa ini ditelan sebulat-bulatnya demi mencari sesuap nasi ketika itu. Aku gagahkan diri biarpun pahit utk dijamah. Aku yakin suatu hari akan timbul hikmahnya bakal ditunjuk olehNya. Insha'Allah...sekali lagi aku pujuk hati untuk terima kepayahan ini. Badai pun tiba, kali ini lebih hebat. Bertahun aku dipalit dengan tohmahan rakan-rakan. Menyelar aku cakap tidak serupa bikin. Menyuruh orang lain berniqab,sedangkan diri sendiri tidak memakai niqab. Pernah aku ditegur oleh seorang sahabat semasa datang menziarahiku di stesen tempat ku bekerja. "Menipu ni tak baik. Janganlah depan orang kau tunjuk baik...Aku cuma nasihat." Ya Allah, cekalkan hatiku Ya Allah...aku terima jika sahabatku menujah kata seperti itu padaku. Demi keluarga, demi rezeki untuk teruskan jalan ini...izinkan aku berkongsi ilmu yang aku ada. Izinkan aku bercerita pada mereka, kerana mereka punya kelebihan..punya lebih ruang...punya waktu dan punya segalanya bahkan mereka tiada halangan untuk menutup aurat. Jika aku ini dianggap menipu dan kotor, aku rela asalkan apa yang aku tahu...orang lain mendapat manfaat dan tidak menjadi seperti aku. Siapalah aku jika tanpa keizinanMu Ya Allah...semoga ujian ini sebagai semangat untuk aku tersenum dengan nasihat sahabat-sahabat. Tidak mengapa jika mereka tidak mengerti. Aku bukan siapa-siapa untuk diketahui. Aku cuma punya impian....sebelum aku menutup mata, rakan-rakan hawa disekelilingku sudah tahu betapa berharganya aurat itu dimataku.......Jika punya kesenangan, janganlah dilengah. Tutuplah auratmu. Kenanglah insan-insan yang jerih menentang penindasan itu.  Itu yang aku ucap bila hijab kukenakan di kepalaku. Kini, aku sedang menunggu keputusan untuk dibicarakan. Aku redha. Jika aku menang, aku menang untuk sebuah perjuangan. Tetapi jika aku kalah, aku tahu dimata mereka aku ini orang bawahan yang senang dipijak. Tapi sebenarnya aku keluar dengan perasaan bangga api juanganku sampai juga disitu. Dimana-mana pun aku akan pertahankan auratku....dan biarlah ia bermula dari diam-diamku...kerana disitu ada kekuatan. Semoga kalian yang punya kesempatan dalam melaksanakan surah An-nur itu..lakukanlah serta merta. Tidak Allah mempercepatkan sesuatu atau melambatkan sesuatu kerana Dia Adil SeAdilnya.....Insha'Allah aku akan temui harga cemuhan,tohmahan ini satu hari nanti. Walaupun ketika itu tidak ada yang berada dibelakangku lagi. Akan aku nanti hari itu....Insha'Allah...


*Airmata jika dikumpul boleh penuh dalam tempayan, tapi jika dosa bila dikumpul..ia akan jadi nanah dan parasit dalam diri....Semoga bertemu kebahagiaan dalam perjuangan. Pahitnya perjuangan pasti kan bertemu manis kejayaan. Ameen.

3 comments:

~fam~ said...

awak kena bersabar.
tak dapat bayangkan macam mana keadaaan office yang memandang jelik wanita yang meninggikan maruahnya dengan bertudung labuh dan niqab sebagaimana pakaian ister-isteri nabi.

saya tak berniqab, tapi saya cukup marah bila mereka melakukan sebegitu kat awak.

moga-moga, hidayah ALLAH akan menyirami hati mereka satu hari nanti. insyaALLAH

awak harus berlapang dada dan maafkanlah mereka.

semoga awak terus tabah.

smile sista!:)

M.TAHIR said...

Sayangilah sesiapa sahaja di muka bumi, nescaya kalian akan di sayangi oleh sesiapa sahaja yang ada di langit [ Hadith Baginda Rasulullah]

Fastabiqul Khoirat said...

aja-aja fighting!!

jgn sedih2...kena senyum!!
ada hikmah dihujung perjalanan kan :)