Thursday, January 31, 2013

Eh dah nikah? Part 2

*Tak suke jangan baca. Entri kalini memenuhi permintaan rakan-rakan yang tanya macammana saya boleh nikah dengan Mr. Momo aka Johari tu. Dan kenapa senyap je. Hehe =)

Ok, saya nak cerita selepas saya bertunang la kan. Sebab apa nak cite lepas tunang? Ala..tunang kali ni simple je. Tak macam dlu. Abah saya sampai buka khemah nak jamu orang makan. Majlis kalini mak & abah alhamdulillah dengar nasihat saya. Saya minta cuma mak, n abah, dan keluarga saya sahaja. Tanpa saudara mara lain. Atau sekampung yg datang. Saya taknak jadi buah mulut lagi. Akhirnya mereka akur. Alhamdulillah..semuanya simple. Saya beli kain satin kosong merah. Jahit baju kurung biasa. Beli tudung labuh awning, jahit veil sendiri yg kosnya RM25 dan mekap sendiri. (=

Bulan satu saya start belikan kasut untuk hantaran.

Bulan kedua telekung, al-quran dan sejadah =)

Bulan ketiga gadget.

Bulan keempat beli beg, jam, buku.

Bulan kelima jatuh sakit. Masa nak ambil ubat di KJMC, saya jatuh dan pengsan. Kena tahan wad. Zauj saya masa tu menangis tunggu saya. Saya tau pun dari nurse Hazwani. Sikit² nangislah tunang aku ni. cakap mcm tu dalam hati. Haha! Dia beli mee goreng, sebab saya tak lalu makan nasi yang ada ubat. Terok kan! Hari-hari kena masukkan tiub kat badan sebab susah bernafas. Bila dia tengok, mesti dia nangis. Hehehe...biar dia sedih tengok. Sok kalau dah takde, dia xlah nangis lagi. Dah bese tengok saya sakit. Dia kena biasakan diri. Sbb sya dah bgtau, dia kena tabah hadapi org yg sakit. =)

bulan keenam birthday saya. Dia belikan hp. Tapi tak boleh pakai. Tu utk hantaran katanya. Start booking pakej. Start discuss dengan company utk dapatkan tajaan sbb saya bercita-cita nak promosikan bas OKU rapidkl pada masyarakat melalui walimah saya. Hehe...dan permohonan diluluskan.

bulan ketujuh, mak saya dah start bagi kata putus. Dia tak mahu saya nikah pakai niqab. Sob..sob..saya akur sebab masa tu zauj pun sokong..masa tu saya rasa nak lari. Saya kecewa. tapi saya tak tunjuklah. Kenapa x boleh. zauj saya cakap, dia akan bagitahu selepas nikah. Sebab kalau saya tahu sekarang, dia takut saya tak faham. Saya sabar tunggu. ada lagi 5 bulan lagi...nak putus boleh je nie saya fikir..ughhh susahnya.

Saya dah 7 bulan hidup mcm hidup yg dulu, tanpa niqab. Rasa sedih je. tapi takpe. niqab tak wajib. pujuk hati kuat gile -.-

Bulan ke tujuh, saya beli kain baju utk perkahwinan. dan semua set hantaran saya dah start siapkan utk dua-dua belah pihak. ujian HIV. mashaallah...susahnya. padahal ujian ni senang je pn nak buat. bayangkan, kena tgu sebulan katanya? saya terus refer klinik panel, dia suh ambik di klinik saya buat checkup, lpas tu endorse pn klinik yg buatkan. ambik cuti sehari. tgu giliran pyalah lama kat klinik kjaan. pufffffggrrrr.... 0_o padahal rupanya nak sign tu x sampai 10 second???? pastu HIV form settle. ok. semua dah ready.

bulan ke lapan saya booked photographer, design, banting banner, photobooth, gift semua buat sendiri!!! Super woman la masa tu T_T

masuk bulan ke sembilan, saya jatuh sakit lagi. kali ni, saya kena tahan lagi lama. zauj jarang jaga, sebab dia ada latihan terbang masa tu. dugaannya. dalam saya dok wad, apply borang nikah. nasib zauj tlg bawakkan lappy ke wad sebelum tu. dah submit semua, saya keluar uruskan borang. beri pada zauj untuk pengesahan dari TUDM.

bulan sepuluh saya just check list utk pastikan semua dah settle. mmg dah settle. tau tak apa yang tak settle lagi? borang nikah...dengan kad kahwin!!!!!

terus drive ke melaka sbb cawangan di kl lembab. hanya kerana kad yang saya order RM0.19 sekeping dorg buat sambil lewa je. menangis-nangis ke melaka. saya ditemani mak dan zauj masa tu. mengamok-ngamok. ok, dia janji pada 1hb november, kad akan delivery. dia janji tau!! saya balik KL.

pada bulan kesebelas, saya tak puas hati. kad saya tak delivery lagi. mgu kedua,pegi melaka, rupanya kad tak send lagi. dah siap pon. ok..saya ada dua minggu je nak send kad. rushing balik n9 utk edar kad, then balik KL. then post kad guna poslaju je esoknya. ada satu lagi masalah masa tu. apa dia?? BORANG NIKAH TAK DAPAT KELULUSAN LAGI...arghhh 2 minggu je lagi nak nikah ni. kenapa...kenapa...kenapa!!!

saya menangis semahu-mahu. saya dah cakap, taknak kawen. taknak kawen dgn keputusan buru-buru!! saya dah cakap, tak mahu org utara dah. saya dah cakap, tak alim pun takpe....saya taknak kecewa lagi. haa..sampai macam tu sekali saya pya kecewa...

zauj tenangkan kami sekeluarga. abah sampai naik HQ kat mindef,kl. jumpa pegawai-pegawai besar. diharuknya semua pegawai agama tak buat keje. dah sebulan fail atas meja tak sentuh. celik gak la mata pegawai sana. nama zauj terus jadi femes dalam kem. keh keh keh. tinggal seminggu je lagi nak nikah. saya pengsan kat rumah, sbb borang tetap x dapat. dikhuatiri saya tak jadi nikah pada 24hb tu. ambulans datang rumah. MA sedarkan dengan benda apa tah yang renjat saya. sakit tahap gaban punya. masa tu bilik dah tak rupa bilik. saya baling semua barang hantaran. saya buang baju kahwin. waaa..hebat tak saya amok? pastu pengsan...apepun tak bley -.-

MA tu maki² saya. dia maki sebab saya taknak bangun. saya lawan supaya biar saya pengsan. dia mrah..suh lawan perasaan kecewa tu. yelah MA....awak tak duk tempat saya. stress tau. org dah tau saya nak kawen, tibe² x boleh kawen. ini memang keje gileee...

saya sampai kat ICU, yang saya nampak semua penuh lampu. dorg korek mata macam saya ni tak nampak. tepuk bahu rasa nak tercabut. yang saya perasan, saya pekak masa dorg panggil saya. haha...nasiblah doktor, aku nak tidor lama.......x larat nak nangis dah. melainkan ko boleh sain aku pya borang nikah...

saya sedar, saya dah duk wad biasa. 2 hari je kt sg buloh, pastu zauj kata borang lulus. 2 hari lagi nak nikah. rasa nak kena ketuk je kepala pegawai tu. dah buat report dengan Zahid Hamidi pya fb baru nak jalan keje!

tibalah bertemu kadhi. tok kadhi saya mmg best. baik giler. sbb ape? Abah pencen TUDM, zauj TUDM, tok kadhi? bekas TUDM satu skuad dengan abah saya. so apa jadi? straight gileeee tgok borang. sampai cakap dengan penuh detail. ok baik sangat pakcik kadi nie. saya ni sakit tau. silelah kesian T_T

akhirnya settle. malam tu nk jumpa kakak saya. nak buat inai. tengah buat inai, mak andam saya call. dia bengang saya tak pick up fon seminggu, dia nak batalkan semua. baju nikah, pelamin, pakej semua lah. menangis lagi. aku sakit kau buat cengginih. zauj lah yang tenangkan. ok then settle. sampailah hari nikah. punyalah susah nak kahwin wehhhh...apesal org suka sangat nak kahwin???? kalau nak suh ulang balik, mmg takmau....tapi pastu baru saya sedar. Allah nak tunjuk sesuatu yang saya tak nampak selama ni hikmahnya.

selepas je nikah, zauj suruh saya kuatkan hati pakai tudung labuh untuk ke pejabat. jangan takut dah. dia tak mau tgok saya pakai tudung awning lagi. saya takut. kalau kena benti keje camne? dia bgtau, cakap perintah suami. tapi zauj kata "u belum tanya lagi kan....insha'Allah boss u bagi." ok saya terima cadangan dia. malam tu majlis khatam quran. saya pernah cakap dengan dia. saya nak majlis khatam saya dikhatamkan oleh dia sendiri. dia setuju. so, malam tu saya pun dengar bacaan dia. pertama kali saya dengar......sampai bekas ustazah saya menangis sebak. doa khatam dan doa majlis juga disempurnakan oleh zauj. saya tahu dulu dia memang pelajar sekolah agama. tapi tak semua yg sekolah maahad tu bagus bacaannya. mak saya pun menangis. malam tu saya sedar, Allah dah pilihkan yang terbaik untuk saya. sebenarnya Allah bukan tak dengar doa saya dulu. Tapi, Dia sedang merencanakan yg terbaik. Ya Allah besarnya kekuasaan Allah swt. Masa nak balik saya bersalaman dgn kumpulan ustazah saya dan kumpulan marhaban, ustazah saya bisikkan "alhamdulillah, 12 tahun yang lalu, awak pernah bgtau saya, bolehkah saya nak suami saya khatamkan saya? saya jawab, kalau diizinkan Allah kan...saya sebak, bukan sahaja Allah izinkan. Tapi Allah tunjukkan pada saya, bukan semua askar itu buta agama kan....suami kamu baik, ustazah tahu, jagalah dia, jaga akhlak kamu, jadi isteri solehah." dia cium saya, airmata dia merembes ke pipi saya. Saya betul² menangis sama masa tu. Insha'Allah ustazah...insha'Allah.




keesokan harinya saya disandingkan dalam bas. hehe masuk paper metro,kosmo,malaysiakini,borneonews,utusan,bernama,tv3,astro awani. oklah, tercapai niat nak promosikan bas OKU tu...

maghrib tu, saya berjemaah. pertama kali saya rasa nikmat berjemaah sebagai suami isteri. tenangnya....selepas jemaah, zauj bagitau dia nak dengar bacaan saya semula. saya menurut perintah. banyak bacaan saya yg dia betulkan. selepas tu kami berhenti untuk solat isya'. begitulah rutin saya. maghrib bila dia ada dirumah, saya akan belajar membetulkan bacaan. zauj akan baca tafsir, dan menjelaskan maksud yg lebih difahami melalui tafsir. seminggu selepas bernikah, zauj panggil duduk sebelahnya. masa tu saya tengah kemas tempat tidur. zauj pegang tangan saya. "tahu tak kenapa abang tak benarkan berniqab?". saya geleng kepala. "sayang kecil hati ke?". saya angguk kepala. zauj genggam tangan lebih erat waktu ni. "sebab, abg taknak sayang memakainya tanpa ilmu. bagi abg masa betulkan bacaan sayang. betulkan pemahaman sayang. menitis airmata saya...baru saya tahu kenapa selama setahun ni zauj sangat-sangat ambil berat akan kesihatan saya. sangat-sangat ambil berat akan pelajaran agama saya. dia tahu, saya bukan macam dia. dari tahun 1 sampai menengah dia memang sekolah agama. saya bukan sekolah agama. tapi saya dalam aliran agama. "abang bersyukur sangat sebab sayang putus tunang,sebab dari dulu abg mmg dah berniat..nak bimbing sayang. sekarang sayang dah pun jadi isteri abg...abg tahu sayang kecewa sgt bila ramai org yg berpeluang pakai niqab, tpi dia sia-siakan peluang. isteri abg berusaha nak pakai niqab. ramai orang tentang niat dia..tapi abg bukan salah seorang dari mereka. abg nak sayang jaga dgn bermula dari ilmu." saya cium tangan zauj. saya tahu, Allah sedang tunjukkan jawapan yg saya tanya padaNya kenapa mereka menentang niqab saya. baru kini saya sedar. 

Saya pun tutup akaun fb saya. Dan saya tumpu pada fastabiqul khoirat kerana zauj mahu saya teruskan niat utk membantu sahabat-sahabat yang baru nak berniqab. Tapi dia mahu saya tekankan soal ilmu. Sebab itulah saya selalu tekankan kenapa ilmu tu sangat-sangat penting. Sebab itulah saya sangat-sangat tersentuh, bila ada sahabat yg menghukum suami saya tidak sesuai dengan saya kerana tidak berjubah, tidak berserban. Sedangkan saya lah orang yang patut malu dengan dia. Walaupun pakaian saya begini, ilmu saya sedikit sangat. 

Selepas nikah ni, saya lebih tenang. Betul lah kata kakak saya. "Sebelum nikah banyak dugaan, sebenarnya Allah nak beri bahagia selepas nikah...insha'Allah. Akak pn macam cda juga dulu...." Hati saya berbunga. tak kisahlah orang kata saya asyik cerita hal seronok kahwin. Saya tetap nak cerita mmg nikah itu seronok. Bukan sebab hubungan badan! Tapi kerana kita mencurahkan kasih sayang antara satu sama lain. Berkongsi banyak perkara. BetuL!

Cepatlah nikah ye...



1 comment:

Unknown said...

Salam. Saya membaca dengan penuh minat. Semoga Allah memberkati anda dan suami. Terima kasih kerana ilmu ini.