Monday, January 14, 2013

Sharing Is Caring :)

"Kak Cda, boleh tak adik nak share artikel dalam blog akak?"

"Syukran, mohon copy paste di Facebook ana ya?"

Acapkali saya terima mesej² ini di facebook, di blog, di twitter dan private message saya. Terus-terang saya katakan, saya tiada masalah untuk menerima perkongsian dari sesiapa pun. Bahkan saya pernah mengarang sebuah puisi mengenai Jikalau Kau Mahu Berniqab. Hasilnya karya itu tersebar mewangi di blog-blog baik para sahabat, ikhwan wa akhowat dan siapa sahaja yang merasakan kata-kata itu menepati piawaian hati masing². 

Saya tidaklah berasa terancam dengan sharing sahabat² muslimahku sayang. Sekiranya tulisan saya memberi manfaat dan impak dalam hidup kalian, bukankah itu satu petanda yang baik untuk menyemai rasa kasih sayang kita semua?

Sahabat ikhwan saya, sayap timur selalu berpesan : "Kadangkala, teguran Allah itu datangnya dari Teman-Teman. Terimalah ia..". Memang saya akui. Kadangkala, saya juga terpukul dengan teguran sahabat². Makanya, jangan segan..jangan malu. Kalau nak share, silakan. Tidak ada had untuk sharing. Kerana saya tidak dididik untuk kedekut ilmu. Bahkan, sesiapa yang sudi untuk share ilmu dengan saya, amatlah saya hargai. Sejujurnya, ambillah...saya tidak berasa kecil hati ataupun berasa tercuri atau dicuri karya. bahkan saya berasa terharu kerana ada yang sudi membaca dan menerima nasihat saya.



Sekian Muslimah-Muslimahku Sayang.

Assalamualaikum...

1 comment:

Lys said...

assalamualaikum awak,saya nk tanya mcm mana awk berniqab yerk..maksudnya mcm mne kita nk tarikkn diri untuk berniqab..sebab selama ini sy mmg nk sgt berniqab..tp sy thu berniqab ni hanya untuk org2 yang taat kepada ALLAH SWT..BOLEH X tlg explainkn??