"Okey Emy, balik dulu.." Ana mengangkat tangan lalu melangkah dari kaunter meninggalkan Helmi selepas selesai bertugas pada petang Khamis itu. Seperti biasa, selepas menunaikan solat Asar di surau stesen, ana akan bergegas ke tandas untuk membetulkan tudung dan niqab. Semasa asyik membetulkan pin niqab, pintu dibahagian tengah tandas terkuak....
"Okay..nanti Rina call you balik ye. Iyelah honey...Rina pun tak tertahan menanggung rindu." Hampir nak termuntah ana mendengarnya walaupun tidak mengerling langsung siapakah gerangan yang menjawab telefon sambil menapak keluar dari tandas tersebut. Ana masih sibuk menarik-narik niqab agar tegang dibahagian batang hidung, iyelah..bersesak-sesak didalam LRT. Nanti, time tulah nk membetulkan niqab yg tak center. 'Si kelibat' ini berada betul-betul disebelah ana. Dari kerlingan tepi mata sedang asyik menapuk-napuk bedak sampai debu-debunya bertempiaran ke sinki tempat ana berdiri. "Melampau pulak dierrrr......" Getus hati.
Tiba-tiba mata ni seolah-olah macam teringin benorr nk memandang 'Si Kelibat" ni. Terbojol mata bila menyaksikan tepat kearah halkum dewata punya besar. Fikiran menerawang. Apesal bahu tak normal ni? Besar semacam...Dengan skirt pendek, betis besor. Aiik....Astaghfirullahala'zim..barulah ana perasan. "Makkk...Pondan!!!!" Jerit hari ana...Macam mana ni. Nampak akak cleaner ada sedang asyik mencuci tandas pertama.
"Eii...kamu ni lelaki kan? Kamu tau tak salah masuk tandas wanita? Tak malu ke?." Ana cuba memberanikan diri. Iyelah, nasib baiklah ana tak gondol pakai anak tudung je. Bukan ke tu nanti jadi kes aniaya? "I perempuan la nokk.." 'Wanita' celup ni dah mula menaikkan kening pada ana. "Astaghfirullahala'zim...jangan macam ni lah saudara. Awak ni Allah jadikan sempurna,elok,lengkap...Kenapa nk ubah2? Awak tau tak..kalau tadi saya betulkan anak tudung, awak secara free dh dapat tgok aurat saya, sedangkan itu bukan kerelaan saya kalau saya tahu awak ni lelaki. Kalau awak benar-benar nak jadi wanita sangat. Cuba pakai tudung! Saya nak tengok, agak-agak awak masih tak nak kekal sebagai wanita?? Awak ingat cantik ke jadi wanita macam ni? Terbonjol sana, terlopong sini...Ini bukan wanita...ini badut." Ana dah mula mencekak pinggang. Sikit berang sebab sudahlah dia melawan ana yg staff Stesen. Melanggar peraturan pula. Nak bicara soal jantina lagi tu...Isk..isk..isk...
"Kakak,makcik or whatsoever la...I ni dah lali dengan ceramah perdana you all's..You all's if nak buat forum, pegi tempat lain. Bagitau je yang you all's jealous dengan I, sebab I lagi mengancam dari You all's, kan? Katalah ape pun. Ada aku kisahhh...???." Beliau menapuk-napuk bedak lagi. "Fine,saya pun dah tak mampu cakap ape dah. Sebab bila kita nasihat pun, yang awak dan kawan2 jenis awak ni cuma nak dengar orang macam kami ni tak tergugat dgn clone mcm awak kan...Takpelah. Saya nasihat sbb sy rasa belum terlambat lagi. Tapi, macam yg saya selalu kata pada kawan-kawan 'lembut' sya lah..Sampai bila you all's ni nak stay jadi orang lain. Sampai satu saat dan masa, you all's akan kembali mencari yang benar. Tapi jangan sampai terlewat ye." Ana pun berlalu pergi.
Kemudian dalam train, nak dijadikan cerita. Semasa train singgah di Stesen KL Sentral, masuklah sekawan 'mak nyah' dan berdiri bersama dengan ana di palang tempat ana berpaut. Mereka ini tak sudah-sudah bercerita mengenai itu,ini dan sebagainya. Kejadian pertama, tangan mereka ini hampir mengena tangan ana. Dan ana sudah memberi 1st warning. Kemudian semasa train berhenti lagi, seorang dari 4 orang 'mak nyah' ini terlanggar ana.. "Hey, boleh tak jaga perlakuan kamu!." Ana mula mempertahankan diri. Tidak sudah dengan kisah di tandas wanita. Kini golongan ini bertindak biadap pula di dalam train. "Elehh..sesama pompuan pun nak kecoh!" Seorang dari 'mak nyah' ini mencebik ana. "Awak bukan perempuan.." Ana memandang tepat kearah mereka. Setelah selesai kes tersebut, ana terus berdiam. Tetapi ternyata 'mak nyah' ini berkomunikasi dalam english pula. Di ayam-ayamkan ana ibarat memakai niqab, maka jelas seperti ana ini kekampungan tidak tahu bahasa luar. "Excuse me, do we know each other exactly? Am i disturbing your 'honey bunny' till you disgrace myself on public? Shame on you,dude!." Mereka hanya terkebil-kebil memandang ana dan berlalu di stesen Taman Jaya. Ana menarik nafas lega..Fuuhh. Alhamdulillah. Allah memadamkan api kemarahan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah....
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
***************************************************************************
Setibanya ana di Stesen Kelana Jaya, ana menaiki lif dengan ramai wanita Muslim yang rata-ratanya memakai skirt pendek. Mereka memandang ana atas dan bawah. Aikkk..hairan. Aku yg patut dipandang pelik, atau kalian yang harus kukatakan seperti pondan ganazzz yg baru kutemui tadi...Ana cuma mengurut dada utk menahan kesabaran.
Benarlah kata teman ana. Kadang-kdang takde beza antara pondan/mak nyah dengan sahabat-sahabat wanita kita yang enggan menutup aurat. Kenapa pondan ini gemar berpeleseran? Selagi ada penasihat mereka. Selagi ada wanita asli pesaing mereka. Selagi wanita Muslim enggan menutup aurat ini masih tegar memilih kata 'belum sampai seru', selagi itulah kita tak dapat membendung kebiadapan si 'mak nyah'. Seperti yang ana jelaskan dari awal cerita tadi. Kenapa kita tak pernah lihat 'mak nyah-mak nyah' ini tidak bertudung lengkap menutup aurat ye??? Dah macam takde beza dah dengan wanita-wanita Muslim yang pergi keje, keluar shopping atau bersantai dengan skirt,short pant dan sebagainya. Kerana 'mak nyah' juga mampu menjadi mereka... itu pun wanita kita tak mahu sedar takde keistimewaan dah dengan membuka aurat. Malah memberatkan pandangan.
Pada 'mak nyah-mak nyah' yg tak diiktiraf dalam Islam ni. Sudah-sudahlah membelitkan fakta anda tu golongan 'TULEN'. Silap-silap ada yang keluar dalam surat khabar muka depan Metro. Siapa nak jawab tu nokkk.....?
1 comment:
Amacam... sy lembut suke pakai tudung... tudung labuh lagi tu...
Post a Comment