Semalam adalah satu memori yang tidak akan ana lupa sampai bila-bila. Perkenalan kami bermula dari rangkaian facebook. Kebetulan pula ana menjual niqab dan tudung labuh keluaran i-Nur. Jadi customer ana berbilang usia. Ditambah dengan kemesraan seorang gadis berusia 17tahun yang ana panggil adik dayah.
Nak dijadikan cerita, ana berbual maya dengan beliau dalam wall ana. Dia bertanyakan perihal tudung labuh. Sebab hati beliau terpaut dengan kecantikan tudung ini. Ana pun jadi makin excited sebab ana memang suka dengan 'ahli baru' utk adik-adik atau anak-anak kecil yang berjinak-jinak kearah nak menutup aurat ni.
"Akak, adik nak beli lah tudung yang akak jual ni. Berapa harganya."
"Yang paling murah RM30 dik. Adik nak warna apa?"
"Adik kena tanya ayah dulu. Nanti adik bagitahu akak balik."
Hati ana terdetik. Ada sehelai tudung pemberian nenek bersaiz 32' yang ana tak pakai. Cadang hati memang nak bersedekah pada sesiapa yang nak memilikinya tapi tak berkemampuan. Tambahan pula, tudung ini kecik pada ana.Kalau adik dayah ni tak dapat kumpul duitnya, tak mengapalah. Ana niatkan untuk bersedekah sahaja pada beliau. Dan ana lalui kembali hari-hari tanpa khabar dari adik dayah tu. Sehinggalah dia ada maklumkan dalam mesej yang ayahnya tak benarkan beliau beli tudung. Dan ana sempat inform beliau yang ana mahu beri dia tudung. Tapi dalam mesej nya, ayah beliau tak benarkan dia ambil tudung dari orang yang tak dikenali. Hampa memang jelas. Tertangguh lagi niat nak menyedekahkan tudung labuh ini.
Kelmarin adik dayah ni call ana. Ana agak terkejut sebab menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Rupanya dia nak bertanyakan pendapat dan pandangan ana dalam presentation ceramah beliau yang bakal berlangsung 2 hari lagi (yakni hari ini dimana hari ana menulis cerita ini). Disebabkan ana memang ada pengalaman menjadi facilitator semasa mengikut MBPJ dan MPAJ bersama JAIS dahulu, tambahan pula semasa di alam persekolahan ana juga mengikuti berbagai-bagai jenis dan bentuk public speaking, maka niat ana dituruskan kepada ingin mencurahkan pengalaman kepada seseorang yang ana anggap macam adik kandung, ini kerana ana tidak punya adik dan kakak. Bila berbual dan bertukar pandangan dalam telefon, perkara yang cuba ana sampaikan tak sampai. Apatah lagi, konsep yang hendak dibawa adalah 'adab berjuang dalam Islam'. Ada point topic seperti bab couple,ekonomi, definisi dan bentuk-bentuk jawapan dari soalan penonton yang beliau tak faham dan 'nampak' menyebabkan ana mengambil keputusan untuk bertemu dengan beliau in person. Maka disitulah bermulanya cerita.....
Memangkan ana ada roadshow student rapidpass di Seksyen 2, Shah Alam. Waktu keluar ana jam 4petang. Ana dah lebih 5 tahun tak pusing-pusing area Shah Alam. Lebih-lebih lagi sekitar 18,19 dan 20. Walaupun ana pernah bersekolah di Seksyen 19 dulu. Makanya ana sampai di SMK Seksyen 18, jam 5 petang. Kasihan dayah......
Dalam kereta ana nampak dia sugul sangat. Macam risau. Mungkin dia risau takut-takut ana bawak dia lari. Hehehe.....Tak pernah terlintas. Dari culik dayah, baik culik baby. Lagi syiok! Dapat dukung dia. Ermm..pada mulanya kami bercadang nak berdiskusi di kedai buku shj. Sebab senang nak menelaah hadis-hadis atau dalil berkenaan berjuang. Tapi Dayah mencadangkan berdiskusi dirumahnya sahaja. Kebetulan ayahnya berada di Kedah. Ana pun tak fikir panjang terus mengiyakan.
Sampai dirumah kami sempat berbincang sedikit sebelum azan maghrib masuk. Masa tulah ayah dayah call. Dan ada sedikit konflik tercetus semasa dayah bercakap menerusi telefon. Hati ana dah mula rasa macam 'dup-dap dup-dap'.
Dayah datang ke meja diskusi. Diam. Berteleku. "Ayah marah. Ayah cakap kenapa bawa orang tak dikenali masuk rumah. Kenapa Dayah nak fokus sangat bab-bab tudung labuh ni. Lepas SPM pakailah. Sekarang tumpukan pada akademik Dayah." Ana termangu. Macam ada yang silap aje dengan kedatangan ana ke rumah ni rasanya.....
Kemudian Dayah minta ana bersolat di biliknya diatas. Ana selesaikan solat maghrib dibiliknya dan turun semula. Kali ini, Dayah berniat telefon ayahnya semula untuk meminta maaf. "Baik budak ni....susah nak jumpa budak dalam usia belasan tahun yang menghormati ibu bapa, walaupun berniat baik nak menutup aurat dengan sempurna dihalang." Getus hati ini dengan tiba-tiba. Kali ini ana nampak airmata Dayah tumpah lebur mencurah-curah sambil bercakap dalam telefon dengan ayahnya. Dan penghujungnya telefon dimatikan dan duduk dihadapan ana dengan mata yang merah dan bengkak. Ana menghela nafas yang panjang. Sungguh kehadiran ku tidak diundang kerumah yang besar dan mewah ini.....
"Ayah marah. Dia kata berhenti berhubung dengan akak lagi. Delete nombor akak dari telefon. Delete account facebook. Jangan berkawan dengan akak lagi. Dayah kena fokus study. Jangan sibuk-sibukkan lagi dengan hal tudung labuh. Nanti lepas SPM baru fikir nak pakai tudung labuh. Ayah takut akak tipu adik." Menggeletar seluruh tubuh ana bila ayat ini diucap oleh adik dayah....
"Tak mengapalah dayah. Memang betul apa yang ayah dayah cakap tu. Mungkin sebab akak ni pakai purdah. Dia takut akak bagi anak dia ajaran sesat. Naudzubillah. Tak pernah niat akak macam ni selama ni. Setiap ayah pasti nak yang terbaik untuk anaknya. Macam ayah dayah juga. Tak ape. Insya'Allah, satu hari nanti kita akan bertemu juga. Sekarang dayah fokus dengan akademik dayah. Walaupun sekarang ni kita tengah berbincang hal pelajaran utk presentation dayah esok. Mungkin ayah tak tahu. Tak ape. Kita anggap ayah salah faham. Dayah buat apa yang akak suruh macam mana nak masuk masa mula-mula ceramah. Isi-isi seperti yang kita bincangkan. Dan penutup ceramah tu. And lastly, akak mta maaf sbb susahkan dayah & family. Kirim salam kat ayah dan bagitau dia akak minta maaf. Jaga diri baik-baik. Jangan menangis dengan perkara-perkara macam ni. Klu kita menangis beerti kita kalah. So tunjuk pada ayah yang dayah anak yang baik. Anak yg mendengar kata. Jangan sedih lagi."
Dan ana tinggalkan dayah dengan perasaan yang sayu........
Pengalaman yang terbaik buat diri ini. Biar macam mana sekalipun orang menganggap buruk dengan diri ini. Jangan pernah ada rasa kesal dengan apa yang kita pilih untuk menjadi seorang Muslimah yang tetap dengan pendirian. Jangan kerana orang kurang yakin menerusi penampilan kita, maka kita ikut rentak yang belum tentu cantik susunan iramanya. Cuma ana sedikit terkilan kerana niat murni gadis ini terhalang kerana kerisauan bapanya yang takut kerana pemfokusan si gadis untuk menutup aurat akan menggagalkan akademiknya. Pernah ana huraikan mengenai kasih sayang dan kecemerlangan ibu bapa bukanlah bergantung dari kecemerlangan akademik anaknya. Tapi sejauh mana kefasihannya mengenai rasa kasih dan sayang terhadap Allah SWT dan agama Allah SWT........dakwah ini belum berakhir disini. Ana mahu mencuba berdepan dengan si ayah satu hari nanti jika diizinkan....
Buat adik Wan Nur Hidayah....Kalau kita membina ukhuwah ini atas kasih sayang Allah SWT. Biar terpisah dengan cara apa sekalipun, dengan izin dariNya, insya'Allah bertaut jua ukhuwah fillah ini kembali.....
6 comments:
kakchik bangga dengan cda. semoga ayah adik dayah akan lembut hatinya untuk mengizinkan anak perempuannya menutup aurat dgn sempurna satu hari nanti.
satu ujian buat cda dlm berdakwah. prejudis orang terhadap muslimah berpurdah macam kita ni masih tebal terutama di kalangan org kaya berada.
tabah dan sabar ya.
terima kasih kak chik. hati ni Allah je yg tahu kak chik. tapi inilah pengalaman utk cda 'study' apa 'ramuan-ramuan' yg perlu diberi kalau berdepan lagi dgn situasi mcm ni. mmg sukar nk meyakinkan masyarakat zaman modern dgn penampilan kita. tp Allah menguji keimanan kita bukan dgn perkara yg mudah-mudah. Kalau mudah, bukan ujianlah namanya, ye tak kak chik. harap2 Allah izinkan cda akhiri dakwah ni dgn ayah adik dayah tu...mudah2an..insya'Allah.
Assalamu'alaikum..sy ade trbace blog syahida "biarkn apa org kata" sngt mnarik,mnyntuh hati sy n cite ni juga mmbuat sy mnangis..mf mungkin sy dh trtinggal trlalu jauh sbb bru bacekn..mmg btul jika niat d hati kta utk brshbt smuanya krn Allah..Insya Allah jika brpisah pun Allah akn mnyatukn smula..sy cube tuk add shida d fb tp x blh..mungkin rkn shida dh ramai..hmmm..smoga sbr n tabah dlm mnempuhi ujian dr Allah..tdk rugi org yg sabar krn Allah sntiasa bersama2 dgn org2 yg sabar..k Assalamu'alaikum :)
waalaikumusalam ukhti annur cahaya. sya pun jarang on fb tu...sbb bz nak lgsg walimah. boleh keep in touch dgn saya menerusi blog ni :)
insha'Allah..ukhuwah fillah abadan abada..
oh lupa nak beritahu cerita yg terbaru....adik dayah ni sudah pun berada di jordan....menyambung pelajarannya disana. dan niat berniqab beliau disegerakan Allah disana dan disempurnakan oleh beliau. sama2 kita doakan beliau bawa balik kejayaan agama :) amin..
Alhamdulillah..gembira dgr..insya Allah..Ameen..klu xkberatan smpaikn salam sy pd adeQ dayah ^^
Post a Comment