Monday, May 16, 2011

Bilamana wanita itu tidak dihormati lagi, maka kenalilah ia dahulu...

*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali.
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...

******************

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!


Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat  kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!

kredit to ukhti princess asrar. thanks ukhti ^_^


JIKA AKU SUDAH TIADA....

Bertebaran daun kering dalam perjalanan selepas gugurnya dari dahan....
Mungkin kita bersama hari ini..
Tapi tidak kupasti bagaimana kan terjadi hari esok...

Bilamana aku sudah tidak lagi disisi,
Jangan diratapi cinta yg bukan milik kita..
Semua harus berakhir namun bukan ditangan kita bagaimana ia berlalu...
Yang pastinya jangan ditangisi pemergian itu..
Mungkin nanti kita bersama diatas sana..
Biar aku setia menjaga cintamu sahabat....

Aku pinta, yg baik semasa hayatku kau titip sebagai kisah pedoman..
Dan yg buruk itu kau kuburkan terus bersama air kasih sayang dipusara ku...
Selamanya..

Bilamana jasad ini sudah kaku,
Satu yg banyak manfaatnya kupohon..doakan aku mengadapNya dengan penuh keyakinan..
Doamu kepada pemergian aku kepadaNya yg lebih aku mahukan...

Khabarkan pada teman-teman seperjuangan..
Gugurnya bunga mawar dalam juangnya srikandi itu..
Bukanlah beerti lilin nya terpadam sekali...
Nyalakan ia agar gegak gempita itu sampai biar hingga ke pelusuk lorong yg gelap..
Agar apa yg berguna itu sampai...
Jangan kau lupa sahabat-sahabat..Jika aku sudah tiada,
kenangan itu akan tetap tersemai didalam jiwa masing-masing..
Untuk saat ini didunia ini, mungkin kita tidak bersama lagi....
Tapi kita yakinlah berdiri diatas tali yg sama...
Pasti akan bersua suatu hari nanti..
Biarpun kita tidak akan kenal satu sama lain dimasa itu nanti...

Apa yg kutorehkan...harap ampunkan aku..
Apa yg ku terambil...harap dihalalkan...
Apa yg aku perkatakan....moga tidak merentap sanubarimu...
Izinkan aku mengucap sayangku pada kalian kerana menjadi sebahagian dari warna hidupku....
Inilah yg aku harapkan pabila aku sudah tiada....

As-syahida 11:53pm 15.5.2011

Sunday, May 15, 2011

Itulah tandanya sayang....


Assallamualaikum....have a nice weekends ye sahabat2. Ana baru keluar wad ^_^ maaflah pada sahabat2 yg kirim email dan msj di inbox fb. Ada soalan-soalan yang ana tak dapat nak update jawapan lagi. Masalah keuzuran yang tak dapat dielakkan.

Eh, kenapa penulis pilih tajuk sayang ni? Kalau yang jenis taksub ni...confirm "euwww pakai niqab sayang-sayang lagi...". Rileks..chill dear sahabat2ku. Sayang ni scoop dia besauu..Kenapa kali ni entry pilih title sayang? Senang je, bulan Mei ramai org tau hari ibu dan hari guru. Eventhough org cakap kita tak boleh merayakan hari ibu sebab (baca lah note2 kawan kita ye). Oke. Enough la hal program merayakan hari ibu ni. Yang intipatinya adalah ibu. Jasa ibu itu terlalu tinggi nilainya. Sedangkan wang ringgit bukanlah ukurannya. So, apa yg kita dah buat untuk ibu kita? Bagi ana, tak salah nak bawak ibu kita keluar pergi makan, bsiar-siar dan melebihkan masa pada hari tersebut kerana kalau bagi anak-anak yg berkerjaya mungkin saat-saat ini mereka peruntukkan untuk ibu 'satu hari suntuk'. Samada pegi tgok wayang, candle light dinner atau beli cake kecik dan makan bersama ibu. Itu atas diri masing-masing. Memang betul jugak hari ibu bukan hari itu sahaja. Tapi hari-hari adalah hari ibu. Ana bersetuju sangat.....Tapi kisah yang ana nk kongsi ni mungkin org lain dah merasainya.

"Seorang ibu boleh menjaga 10 org anaknya, tapi 10org anak itu belum tentu dapat menjaga ibunya dengan begitu baik..." Kenapa peribahasa ini dipilih? Pernah ke kita menjejakkan kaki di rumah penjagaan orang-orang tua? Pernah kah kita menyuapkan nasi kemulut org tua yg bukan ibu kandung kita sendiri? Ana dari usia 7 tahun telah dididik oleh abah ana singgah ke rumah pusat penjagaan orang tua di Kuang, Selangor berhadapan dengan rumah nenek ana. Abah ana mendidik kami adik beradik apabila ada rezeki lebih, singgah dan suapkanlah mereka nasi biarpun mereka dijaga baik oleh penjaga-penjaga disana. Kerana apa sahabat2? Kerana dari tangan yg menyuapkan inilah lahirnya kasih sayang....Sehingga ke hari ini, orang-orang tua ini masih menanti dengan penuh harapan agar anak-anak mereka datang dan menyuapkan mereka dgn tangan mereka sndr. Adakah kita sedar, bahawasanya hari ibu, hari bapa itu sangat dinantikan oleh mereka yang kurang bernasib baik ini dengan penuh pengharapan agar anak-anak mereka datang dan menghulurkan kasih sayang?? Cukuplah sekadar bertanyakan khabar ibu mereka...Apatah lagi luluh hati seorang wanita tua apabila dihantar ke Pusat Penjagaan ini kerana dianggap sial menyebabkan kematian anaknya sndr, namun wanita tua itu masih mengharapkan anak menantunya datang lebih-lebih lagi pada hari istimewa. Mungkin kita dengan angkuh berkata "dulu banyak dosalah tu, makanya Allah nak turunkan balasan yang setimpal.." sungguh kejam perikemanusiaan insan kini. Bukanlah ana suruh kita pegi sana semata-mata nak tunjuk kasih sayang kita. Tak perlu. itu hanya sekadar bingkisan cerita dari epilog kita mengharamkan hari ibu. Mungkin hari-hari adalah hari ibu...Tapi bagi wanita-wanita tua disana, itulah hari yg dinantikan agar anak-anak yg dilahirkan itu mengenang kesakitan mereka melahir dan membesarkan. Kalaulah kita ada sedikit kesedaran, melihat jalur tua diwajah mereka juga akan membuat kalian sebak...Adakah kita sedar, apa yang kita ada hari ini tidak ada pada orang lain? Selagi kita punya ibu, hargailah mereka...Jangan disakiti hati mereka. Biarlah seburuk mana pun, dia tetap ibu kita.

Teringat pula kisah dalam novel karya Kak Ha (Ustazah Fatimah Syarha) dalam tautan hati. Walaupun si anak seorang yang disegani dalam agama, ibunya yang jauh dari paksi agama tidak pernah diabaikan. Malah bilamana adik-adik juniornya mengutuk ibunya sendiri dia tetap menyanjungi ibunya. Dan dalam masa yg sama dia masih mendoakan hidayah buat ibunya. Adakah kita sudah menimbal iman kita dalam melihat setiap kesilapan kita dalam berkata-kata? Menunding kesalahan orang sedangkan kita berpeluk tubuh dan langsung tidak peduli dalam sensitiviti orang lain? Tanyalah diri sendiri, apa yg kita dah buat utk masyarakat. Adakah duduk didalam fb, post status-status keagamaan. Berbangga dengan orang lain bahwasanya kita hebat, kita mampu tegur orang dengan lantangnya dan kemudian disokong, di'like' postnya beratus-ratus orang. Hakikatnya, bila kita berdepan dengan masyarakat, kitalah yang paling kecil, kitalah yang paling kebelakang. Ayuh sahabat-sahabat...dekatlah dengan masyarakat. Kamu boleh mulakan dengan mereka yg tidak bernasib baik ini dgn hulurkan kasih sayang. Adakah sayang itu hanya luahan atau benar-benar keikhlasan?

Disini, ana ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada bonda ana yg tercinta. Biarpun berkali-kali jatuh sakit sampai meruntuhkan benteng kelopak matamu mak, mak tetap kuat menjaga anaknya. Tak sudah-sudah anakmu menyusahkan hati mak..Tapi mak tak pernah mengeluh. Cuma mak berkali-kali sebut "Inilah tandanya sayang mak pada adik...bila mak sakit, adakah adik akan buat ape yg mak buat pada adik ni? Sanggup ke adik jaga mak siang dan malam. Dan tak abaikan mak....". "Mak, biar susah mana pun kita...adik takkan tinggalkan mak dengan orang lain, walaupun ketika itu mak ditakdirkan tidak lagi mampu bjalan..Adik akan jaga mak mcm mana mak jaga kami adik beradik ketika susah dan senang mak. Ketika sihat dan sakit kami...Adik sayang mak..".

Semoga Allah kurniakan mak hati yg kuat, kesihatan yg baik dan keteguhan iman dalam diri mak. Semoga mak dapat berdiri setiap hari mengadap Allah dan mak terus jadi srikandi keluarga kita. Selamat hari ibu mak...didikan mak tak pernah adik.along dan angah lupa. Terima kasih mak.

Terima kasih pd adik wafa yg jaga kak cda sepanjang kak cda sakit. Yg inform pd kawan2 yg sms..terima  kasih byk2. Jasamu dikenang syg... >,<

Friday, May 6, 2011

Kita Bangga Bila Dipuji, Rasa Keji Bila Dihina (2)

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan tuntunlah hatiku

Kenapa ni Cda? Apa yang dah jadi...? Minggu ni je banyak artikel di facebook kamu penuh dgn note tentang poligami. Kenapa? Kenapa?? 

Aku bukan nabi yang bisa sempurna kawan....ku tak luput dari dosa...tapi kenapa perlu aku diduga dgn perkara yg menabrak hatiku ini??

Astaghfirullahala'zim..kuat Cda kuat...kamu bukan baru hari ini diuji...cuba ceritakan...

******************************************************************************************

Suka ke jadi bini no 2? SENSASI DAN HANGAT. mesti ramai yg tak suke persoalan tadi. bg cda..cda tak mahu. cda tidak memilih jawapan tidak suka. kerana poligami bukan sesuatu yg buruk..tetapi ia membahagiakan apabila kena pada caranya. 

So, kesimpulannya nk bgtau....suami org, tlglah jgn dekati aku. Banyak hati yg perlu aku jaga. Ibu ku ayah ku...Janganlah datang ke dalam hidup aku dan keluarga aku untuk berdusta. Sebab aku dh terlalu banyak menanggung cerita..Kanvas putih aku juga dah penuh dgn warna hidup yg aku tempuh setiap hari. Janganlah syarahkan aku tentang kebaikannya poligami itu. Aku sudah tahu. Tapi inilah pendirianku. Bukanlah aku menidakkan. Cumanya aku tidak rela menangis penyesalan dikemudian hari. Biarpun kau melihat aku sengsara atau menderita...ia bukanlah alasan untuk kau berdusta. Dan itu hanya menambah sakit dihati ini....Tolonglah jauhi dari menyakiti hati wanita ini lagi..Dan aku tidak perlukan simpati. Cukup dgn doamu untuk aku. Dan tidak perlu sia-siakan dirimu dgn menyakiti aku. T_T

******************************************************************************************

Ini yang cda cuba beritahu..

Apabila Satu Jiwa Satu Impian Diminta Menjadi Dua Jiwa Dua Impian....

oleh Fastabiqul Khoirat pada pada 05hb Mei 2011 pukul 10.01 ptg


 Dup Dap Dup Dap....
'Aku Terima Nikahnya'

Saat ungkapan itu dilafazkan, jantung berdegup pantas. Peluh menitik-nitik gara-gara rasa gelabah dan tak tentu arah. Al-maklumlah tangan digenggam kuat oleh Tok Kadi beserta jelingan tajam. Dikerumini pulak dengan ribuan telinga yang mendengar. Senyap sunyi bagai malaikat melintas. Kedengaran jelas getaran suara sang Adam melafazkan akad yang di akhiri dengan iringan doa dan senyuman tanda kesyukuran.

Alhamdulillah, termeterai sudah janji ikatan hati dua merpati sejoli. Eh, merpati ke?. Bahasa kiasan tu. Leretan senyuman  yang tak lekang dari bibir. Menampakkan kegembiraan yang tidak mampu dimadah dengan mana-mana perkataan. Bahagia diharapkan menanti sehingga ke syurga firdausi. Amin.

Kebahagiaan yang dinanti kadang-kadang disinggahi dengan taufan yang tidak pernah diundang. Meniup dan melenyapkan hati sang kekasih sehingga tsunami meruntuhkan tangga pada rumah yang terbina. Aduhai, sakitnya hati, sengsaranya jiwa tatkala kasih yang diseru menyinggahi hati yang lain. Apabila suami mengungkap kata 'bermadu', si isteri mengangkat tangan dan kaki. Berlari ke dapur mencari pinggan, mangkuk, periuk belanga dan segala macam barang yang sesuai untuk dilemparkan tanda protes. Tiada satu perkataan lagi yang dapat dikeluarkan melainkan airmata dan hentakan jiwa yang tak ketahuan. Bagaikan orang yang tiada akalnya akibat jiwa melayang bersama kasih yang terlerai.

POLIGAMI. 8 aksara yang mampu membuat lelaki ketawa tak berhenti, tersenyum sehingga menampakkan 32 batang gigi yang susunan nya belum pasti tersusun rapi. Namun 8 aksara ini memberi remukan jiwa buat sang bidadari. Bagai langit menghempap bumi, berdentum bersama kilat dan guruh yang bersatu menggegarkan tanah. Di sulami dengan hujan lebat berserta angin kencang yang mampu mengundang ribut taufan. Betapa dahsyatnya penangan 8 aksara itu buat para isteri. Aduhai. Mengapa kaum hawa begitu jelik dan marah apabila isu ini di suarakan?

Ramai lelaki yang menyalahtafsirkan erti sebenar poligami. Ramai juga yang menjadikan isu poligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi SAW. Wah, bab kahwin cepat pulak nak ikut sunnah, bab solat, puasa, zakat liat pulak nak mengikut. Poligami adalah satu hukum yang telah tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran yang membolehkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Firman Allah swt:

Dan jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil terhadap anak-anak atau perempuan yatim (jika kamu mengahwininya), maka kahwinlah dengan perempuan lain yang menyenangkan hatimu; dua, tiga, atau empat. Jika kamu khuatir tidak dapat berbuat adil (terhadap isteri yang terbilang), maka kahwinilah seorang saja, atau ambillah budak perempuan kamu. Demikian ini agar kamu lebih dekat untuk tidak berbuat aniaya” (An-Nisa` 3).

Merujuk kepada firman Allah SWT, poligami merupakan satu kemudahan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Seharusnya poligami dilaksanakan bukan atas tujuan nafsu semata. Poligami menuntut keadilan yang mana sikap adil itu amat sukar untuk dilakukan sebagaimana firman Allah SWT:

”…Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja…” (An-nisa':3)

Isteri yang satu pun belum tentu pasti dapat merasai keadilan dari suami, inikan pula seandainya memiliki isteri lebih dari satu. “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian…” (An-nisa:129).

Hati wanita ini sangat rapuh apatah lagi disaat kasihnya terpaksa dikongsi. Sifat cemburu yang ada dalam diri seorang wanita amat sukar untuk dikawal bila mana melihat kekasih hatinya berpacaran bersama si dia. Biarpun di bibir mengatakan ikhlas menerima, redha memadu kasih namun realitinya tidak. Malahan sifat kecemburuan ini turut terjadi pada Ummul Mukminin kita, Aisyah RA jua para isteri Nabi. Biarpun Allah memuliakan dan mengangkat darjat para isteri Nabi namun masih terselit juga perasaan cemburu dalam merebut perhatian suami.

Aisyah mengakui cemburunya pada Khadijah. Beliau pernah berkata, " Hanya pujian yang terbit dari bibir Nabi Muhammad setiap kali nama Khadijah disebut. Pada suatu hari, saya tidak dapat menahan rasa cemburu saya. Saya terus berkata, "Wahai pesuruh Allah, mengapa tuan asyik mengenang perempuan yang sudah meninggal itu? Bukankah Allah sudah memberimu pengganti yang lebih baik?" Nabi Muhammad menjawab,

"Allah tidak memberiku pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepada Allah semasa semua orang menidakkanku. Dia mempercayaiku semasa orang mengatakan saya berbohong. Dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa semua orang enggan memberi. Dan daripadanya Allah memberiku zuriat, sesuatu yang tidak Dia anugerahkan kepadaku daripada isteri-isteriku yang lain." (Hadis ini dicatat oleh Ahmad).

Inilah hati wanita. Betapa Aisyah mencemburui Siti Khadijah biarpun jasadnya tidak kelihatan. Betapa sukar dalam memahami hati nurani kaum Hawa. Begitu juga hubungan Aisyah bersama para isteri yang lain yang sentiasa mencemburui dalam meraih perhatian suami.

Poligami bukanlah perosak kepada kehidupan alam rumah tangga. Janganlah kita sebagai khalifah Allah mengharamkan benda yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Atas kuasa apa yang menyebabkan kita menidakkan, memprotes soal poligami yang jelas diterangkan hukumnya dalam kalam Allah. Tetapi, marilah kita menafsir erti sebenar poligami yang dimaksudkan. Poligami dibolehkan atas tujuan membantu dan menyelamatkan maruah wanita seperti ibu tunggal, tahanan wanita di medan perang, menikahi atas kerana perlindungan dari segala bentuk kezaliman dan perzinaan. Buat para suami jua sang Adam, pemimpin yang dicipta oleh Allah dengan kelebihan akal dan kekuatan, renungkanlah kewajaran hatimu sebelum bertindak untuk berpoligami. Selidiki hatimu adakah jiwamu terdorong oleh nafsu sehingga membawa ke arah poligami? Adakah kamu menggunakan kelebihan ini sebagai satu platform untuk membangkitkan segala kelemahan dan keburukan isterimu? Adakah mampu untuk kamu memberikan keadilan yang sewajarnya sehingga hati isteri-isterimu tenang tanpa sebarang sengketa mahupun perbalahan jua tanpa setitik pun air mata mereka tertitis di pipi? :

Nabi Muhammad SAW begitu marah apabila melihat Fatimah menangis kerana mengetahui Ali bin Abi Thalib RA ingin berpoligami. Lalu Baginda berseru: " Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku, ku persilakan mengahwini puteri mereka. Ketahuilah puteriku itu bagian dariku, apa yang mengganggu perasaannya adalah juga apa yang menyakiti hatinya adalah hatiku jua."

 Buat para isteri jua bidadari duniawi, janganlah meletakkan hukum Allah ini sebagai kecaman. Memberontak dan membantah sekeras-kerasnya mengenai poligami. Seandainya itu terjadi, penuhi hati dengan kesabaran diri. Tahu, ianya amat sakit. Tahu, ianya amat pedih. Tahu, ianya bagai nyawa yang hilang. Tetapi kita harus ingat setiap yang ada di dunia bukan hak milik kita tetapi hak Allah. Semuanya kerana Allah. Apa guna kita meraung, merayu, menangis bagai 'Kassim Selamat'. Memperlihatkan kelemahan diri sebagai wanita yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Selidiklah segala kekurangan diri dan berbincanglah dari sudut hati ke hati. Jangan ada unsur serang-serangan sehingga meletuskan peperangan. Jangan. Banyakkan menginsafi diri dan serahkan pada Illahi. Kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui segala perkara yang tidak kita ketahui.

Rasulullah SAW sebenarnya telah hidup secara monogami selama 28 tahun bersama isterinya Siti Khadijah. Pasangan ini hidup dalam rukun damai selama lebih kurang 25 tahun sehinggalah Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun dan ketika itu Baginda berusia 50 tahun. Selepas kematian isterinya, barulah Rasulullah memulakan hidup berpoligami atas kehendak Allah SWT. Namun isteri-isterinya terdiri daripada janda dan ibu tunggal melainkan Aisyah RA. Ini menunjukkan Baginda berkahwin bukan atas nafsu tetapi atas niat pembelaan dan perlindungan.

Marilah kita merenung sedalamnya apa yang diperkatakan mengenai poligami. Poligami bukan diharuskan tetapi dibolehkan. Dibolehkan bagi mereka yang benar-benar memahami konsep poligami yang telah di syaratkan ketetapannya. Ianya meliputi tanggungjawab, keadilan, didikan, kasih sayang yang tidak berbagi jua bebanan yang amat tinggi. Bagi yang merasakan diri mampu, maka di bolehkan tetapi seandainya ia mengheret kepada kesengsaraan dan penderitaan maka jauhkan. Hargailah perhubungan yang telah sedia ada kerana itulah ikrar janji yang pernah dilaungkan di dalam rumah Allah dalam meniti kehidupan bersama dunia jua akhirat. Wujudkanlah keluarga bertunjangkan agama kerana itu yang lebih utama.

Semoga Allah melindungi kita agar sentiasa berada di bawah naunganNya. Amin.

Nota: Janganlah di isukan lagi hukum-hakam mengenai poligami tetapi perhalusi makna dan kesannnya.

Syahida:
1. Gusar dengan dunia poligami.
2. Nasihat untuk diri sendiri walaupun diri belum dimiliki.
3. Bakal mujahid ku... mengertilah. Aku bukan nk ditonton tp didik aku sehingga aku menjadi isteri mu yg solehah...jika aku tidak baik, maka kau didiklah aku mjadi baik. jika aku tidak pandai, didiklah sehingga aku pandai...tegurlah agar aku sentiasa jadi mawar mekar dihadapanmu nnt....as-syahida T_T