Monday, December 26, 2011

Msuk wad lagi, yeaaay ~


Apa khabar sahabat-sahabat semua? Maaf tak inform kenapa senyap je kebelakangan ni. Nak dengar cerita terbaru? Yeyeayyy....kite masuk wad lagi...yeyeaayy.... (Bunyi mcm seronok je kan?)

Seronok...sebab dah lama tunggu nak masuk wad. Nak release kan tension yang berserabut dalam kepala. Akhirnya Allah tunaikan. Betul-betul release. Dijaga rapi. Kali ni ada alat tambahan. Ada monitor oxygen. Yeahhh...Memang sakit la kan masa nak masuk air. Bukan 1 beg. Tapi 3 beg!!!! Cara masuk? Bukan dengan tunggu air tu bertakung dan seret besi panjang kalau nk pi toilet tu. No,no,no......MA tu cucuk masuk terus kat tangan tu. Mcm dalam gambar yang di attach ni la....tapi memang best. Sekali masuk, terus tak sedarkan diri. Sedar2 pkul 6pg tu rupanya dh 3 beg dia cucuk dalam badan.



Keputusan dari pemerhatian. Sy allergic panadol. Tapi gi telan actifast sebab nk baikkan selsema. Pandai kan sy ni? Dengar doktor bersyarah......rasa penuh bermotivasi. Pastu masa nurse tarik benda alah kat tangan tu...memancut mancut darah...kesian aci cleaner tu. Kena lap darah yg bersepah sepah kt lantai hospital. Sy jatuh lg pasal pitam tgok darah yg pekat...fuiyooo....



Selepas tu, sy diminta balik kerumah dan berehat secukupnya. Abislah paper exam haritu kena skip. Sampai kena tunjuk surat sah dari hospital. Ramai jugak yang datang melawat. Sbb masa kat hospital mmg sy taknak org melawat.......

Kesimpulannya, jangan makan PANADOL....nanti kena cucuk lagi....hee :)

Tuesday, December 20, 2011

Indahnya bila setiap hari,jam & minit kita menyebut namaNya - asmau'l husna~

Assalamualaikum warrah matullah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian...

Harini cda nak kongsi dengan sahabat semua rahsia di sebalik menyebut nama-nama Allah didalam solat,sujud kita,solat sunat,solat fardhu dan setiap perbuatan kita. Cda nak kongsi ni hasil daripada eksperimen dari dalam diri Cda sendiri melalui bacaan satu buku kecil bertajuk "Mukjizat Zikir-Zikir Asmau'l Husna" hasil karya Sharifah Nadiah dari Al-Hidayah Publications. Bukunya sangat kompak. Dan mudah untuk diikuti. Susun kata pengantar yang menambat hati. Dan berwarna pink pilihan ramai wanita-wanita...Apatahlagi isinya sangat bermanfaat dan mustajab utk pedoman hidup,muhasabah diri sehari-hari...

saiznya kompak dan mudah diletak kedalam poket.

Mari kita lihat apa yang selalu saya praktikkan bermula dari waktu Solat Fardhu - Subuh :-

Sebelum matahari terbit (sekitar jam 5pg - 6.30pg) :

1. Berzikirlah 'Yaa Hayy' sebanyak 500 kali - bagi memperoleh kedamaian
    * Kesannya : alhamdulillah, sepanjang hari sy lebih byk tersenyum dan berfikiran positif.

2. Berzikir 'Yaa Rahman' sebanyak 100 kali - bagi menghilangkan sifat lalai dan pelupa
    * Kesannya : alhamdulillah, sy tidak lupa untuk membaca al-quran, melakukan perbuatan mengikut      tertib bila melakukan kerja dirumah dan di tempat kerja. Bila ditanya satu2 soalan, lebih mudah mengingat dari yg sebelumnya - membaca al-quran selalu juga blh menguatkan daya ingatan kita :)

Selepas menunaikan Solat Subuh :-

1. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon kepada Allah agar diri kita disukai oleh semua makhluk Allah.
    * Kesan : Bila sampai dipejabat, alhamdulillah rakan-rakan yang tidak pernah bertegur sapa, menyapa dan bertanya dari jabatan mana. Berbual mesra. Menambahkan hubungan ukhuwah antara rkn seperjabat. Org-org yang bertemu lebih mudah menawarkan senyuman terhadap kita, dan kita juga jd tertarik tersenyum sama. Dan sikap positif ini melahirkan rasa semangat bekerja dan ikhlas dalam beribadah krn Allah Ta'ala atas perkara-perkara positif yang sampai.

2. Berzikirlah 'Yaa Rahim' 100 kali - bagi memohon dihindari dari malapetaka dan bencana.

3. Berzikir 'Yaa Samad' 125 kali - setelah solat Subuh dan sebelum matahari terbit dalam keadaan sujud, bagi memohon ditunjukkan kebenaran. Insya'Allah akan tampaklah kebenaran dalam diri seseorang.

4. Dalam keadaan masih berwudhu' berzikir 'Yaa Ahad' 19 kali - Insya'Allah do'a kita akan dikabulkan.

Selepas melakukan solat Dhuha :-

1. Berzikir 'Yaa Samii' setiap hari khamis sebanyak 50 kali atau 500 kali - memohon agar dimakbulkan do'a oleh Allah swt.
    *Kesan : Alhamdulillah, banyak kerja yang ditugaskan banyak yg dilaksanakan.

Dan...ada banyak lagi. Banyak manfaatnya bila menyebut nama-nama Allah yang kita cintai ini....Carilah buku ini. Dan manfaatkan apa yang difahami......Insha'Allah. Allah ada membantu kita dalam serba-serbi hal.. :)


Friday, December 16, 2011

MALULAH DISAMAKAN DGN ORG KAFIR~

Cerita di hari jumaat yg penuh barokah :-

Pada suatu pagi, ada seorang pelancong dari Amerika Syarikat(US) yang dtg melancong ke Malaysia keluar berjalan kaki disekitar bandaraya KL. Sudah menjadi kebiasaan beliau, setiap pagi di US beliau akan ke gereja untuk berdo'a.

Dalam pencarian beliau ke destinasinya, beliau bertemu seorang wanita tempatan. Lalu beliau bertanya kpd wanita tsebut yg membawa maksud : - (ENGLISH TO MALAY)

"Boleh sy tahu dimana gereja yg terdekat,disini?"

Lalu wanita itu berkata :

"Maaf, saya seorang Islam."

Pelancong US itu segera memohon maaf berkali-kali dan berkata :

"Maafkan saya. Sy ingatkan kamu Kristian. Krn di negara sy, org Islam memakai tudung labuh dan menutup seluruh tubuhnya. Berlainan disini. Sy tidak dapat bezakan org Islam dan org Kristian. Maafkan sy sekali lagi,cik." Lalu pelancong itu berlalu pergi.



PESANAN BUAT SAHABAT : JIKA TERKENA PADA KITA YANG TIDAK BERTUDUNG/MENUTUP AURAT, TIDAK KITA BERASA MALU KERANA DISAMAKAN DENGAN ORANG-ORANG KAFIR? NAUDZUBILLAH...........berubahlah~



as-syahida

Thursday, December 15, 2011

Rasa rezeki sempit? DHUHA kan ada.....

Seringkali kita berasa susah,kesempitan wang,sukarnya bekerja siang malam tetapi masih rasa susah.
Sahabat-sahabat, wang itu tidak semestinya rezeki.
Anak, kejayaan, kesihatan itu juga adalah rezeki.
Rezeki ini sesuatu kebaikan yg diberi oleh Allah swt.
Maka itu kenapa kita harus mengeluh?
Masih lagi berasa sempit dlm rezeki..?
Nah ini sy ringkaskan cara komunikasi dgn Allah mohon dibukakan/diluaskan pintu rezeki.....
DHUHA!


Sedap tau suara ust. bazli lagukan Do'a Dhuha..sy pn hari2 dengar x kira siang atau petang atau malam...
dapat pahala kan. lagi satu kita hafal dan tak perlu pegang kertas lagi ^_~
nak jugak copy do'a dhuha?
ok..copy yg bawah ni :)



mulakanlah esok,lusa dan seterusnya setiap hari.....
sama-sama kita memohon kpd Allah yg SATU!
ameen..ameen..ya robbal a'lameen...

p/s : terima kasih pd blog Abdullah (lanunsepet) sbb bg sy idea mcm mana nk sebarkan artikel beliau :)

Ku anggap ini pujian ^_^

Assalamualaikum sahabat2...

Nak share satu keratan nota saiz A4 yg ditampal di monitor pc saya. Pagi semalam pada jam 8.20 pg sy sampai seperti biasa dipejabat. Dan nota ini sy terima. Mula-mula tu sy mengucap panjang jugak, smpi terkeluarlah kata "astaghfirullahala'zim...binasalah org yg memfitnah aku ini ya allah...hina aku,dia menghina ciptaanMu jugak..."

Eh..eh..tiba-tiba terlintas di fikiran..apa yg sakit sangat hati mereka pd sy? Tak apelah...nak pujuk hati sendiri... "Ini kritikan membina...ini kritikan membina..." bisik dlm hati. wlaupun sebenarnya hampir nak pecah hati ni. Gangguan demi gangguan di tempat kerja. Berbagai dugaan tiba. Tapi, itulah tangga yang hendak didaki...Biarkan mereka tampal ape sahaja. Tapi sabar ini ada batasnya :) Jadi, nikmatilah gambar ini ^________________^

Ya Allah aku redha jika aku dipanggil pesakit mental pun..ini harga atas yang aku bawa..

Monday, December 5, 2011

Kenapa Wanita Mudah Menangis....?? Fikir-fikirkanlah~

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. “Ibu, mengapa Ibu menangis?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita”. “Aku tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas”. sang ayah menjawab, “Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan”. Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?”

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, “Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan”.

*semoga kalian lebih memahami mengapa airmata itu menjadi peneman wanita. bukanlah dia meminta simpati. tetapi dikala dia tidak lagi mampu melawannya..airmata itu sebagai benteng kepasrahannya...

Bersabarlah sedikit waktu......

Patah hati bukan putus cinta.....
Terkilan rasa bukan krn pacar diambil orang....
Kecewa jiwa bkn dek cinta manusia....
Hampa hati kerana terobek dek dunia....

Bertahun memperjuangkan hak wanita bertudung labuh di syarikat korporat. Nyata tidak ada yang senang dengan penampilan itu. Dari saat mula-mula bertemu hidayahNya hinggalah kehari ini, masih ada cebisan dan rentetan penentangan terhadap penentangan. Aku kah yang tersilap langkah. Iya, banyak langkah sumbingku. Aku sedarinya.

Pernah aku dipaksa hentikan alunan bacaan ayat suci al-quran di pejabat lamaku. Ditohmahnya aku mengadakan suasana pengebumian kerana memperdengarkan ayat suci al-quran itu dipejabat. Seolah-olah aku diberi tamparan hebat tepat kemuka kerana memperdengarkannya. Bukanlah dibuka seperti kedai kaset ilmiah. Cukup untuk halwa telingaku. Tapi hinaan itu seperti aku membuat jenayah. Aku masih bersabar. Dikoyak pula cetakan-cetakan hadis yang aku tandakan di notis board aku. Terhiris rasanya hati ini bagai ditoreh dgn belati tajam. Ya Allah apa salahnya pada tulisan cetakan ini...bisik hatiku. Menjadi rutin harianku, masa terluang diantara jam 12.30-2.30 petang pada hari jumaat akan aku alunkan suaraku yang tidaklah semerdu mana namun tetap bertadarrus di surau kepunyaan syarikat. Namun pada suatu hari, pihak Sumber dan Manusia syarikat mengeluarkan notis pekerja wanita tidak diberikan lagi rehat 2 jam oleh kerana tidak bersolat jumaat. Makanya pada jam 1 tengahari baru masuk waktu rehat sehingga jam 2 petang. Mengalir airmata ini.......tak mengapa,bisik hatiku. Lepas waktu kerja pasti boleh beribadah lagi bukan? Tidak disini, pastinya dirumah. Timbul pula isu lain. Solat tidak boleh melebihi dari 10 minit. Membazir waktu kerja katanya...Ya Allah, bagaimanakan mungkin solatku itu akan khusyuk dgn menyebut satu persatu bacaan dalam solatku utk memuji keEsaanMu Ya Allah? Aku dipukul badai lagi kerana agama.....Besar ujian tatkala aku masih merangkak dalam mengenal cinta Allah..Disitulah aku belajar erti sabar dengan tohmahan manusia. Setiapkali adanya mesyuarat jabatan, aku dipanggil dengan berbagai nama. Al-Arqam,muslimah bulan,hantu kum-kum,dbkl dan paling menyakitkan....tukang tarbiyyah dan jemaah islamiah. Terrorist kah aku kerana menutup aurat? Terrorist kah aku kerana mendengar ayat suci al-Quran? Terrorist kah aku bila aku cara hidupku dari seorang yang lupa dengan janji pada Allah,lalu kembali pada perintahNya? Aku bertanya soalan itu setiap hari dalam hidupku.......Pernah aku dipanggil kekamar ketua syarikat. Dipanggilnya aku dengan ejekan jelek.."engkau ni tak ubah macam pengemis. mintak simpati kat syarikat ni dgn cerita karut kau,kononnya mimpi org bagi tudung,so engkau pakai tudung. Aku tak kisah lah kau nk pakai tudung,tp tak perlulah nk ajak org lain pakai tudung. Kau ingat ni syarikat muslimah ke?" Masih terngiang di telinga. Masih aku rasa torehan pedih kata-kata itu. Salahkah aku bertudung labuh? Salahkah aku bila aku katakan pada mereka yang bertanya, aku menerima hidayah Allah dari mimpi panjang aku setiap hari,walau itu hakikat sbnrnya? Dan salahkah aku,bila aku tidak menyeru..tetapi mereka yang tergerak hati melihat perubahanku. Jika aku mampu berubah,mengapa mereka tidak? Allah yang menggerak hati mereka. Adakah itu juga salah aku? Ya Allah...dimana silap ku lagi? Telah aku cuba diam dari melawan.....Akhirnya aku tewas lagi. Lalu aku mengambil keputusan,aku keluar dari jabatan dan meletak jawatan. Walaupun puas dipujuk ketua jabatanku. Maafkan aku...aku sudah mencuba. Tapi perubahanku nyata menjadi duri dalam syarikat itu...biarlah aku berundur sebelum lebih banyak penghinaan terhadap agama yang aku cintai, nabi yang aku kasihi...aku berlalu kerana tidak aku mahu menjadi punca bangsaku sendiri membenci perkara yang dituntut oleh syariah agamanya sendiri. Cukup-cukuplah sampai disitu nistanya...



Sebulan lamanya aku membuat kerja secara free-lance. Akhirnya aku diterima bekerja di satu jabatan anak syarikat kerajaan. Sungguh gembira. Kerana aku dapat menyambung perjuangan ayahku untuk berkhidmat kepada syarikat ini. Aku gembira pada awalnya. Dapat memakai pakaian yang aku sendiri mahu. Dapat memakai niqab bebas kemana sahaja. Malah aku bertemu pelanggan harian juga menggunakan niqab. Kerana prinsip ku adalah produk yang ingin aku perkenalkan bukannya wajah. 2 bulan lamanya aku senang dengan perkhidmatan disini. Syukur alhamdulillah. Namun, tidak aku sangka....ada yang irihati. Aku ditegur oleh pembantu jualan senior disana. Front line perlu mengikut etika bekerja. Tidak perlu memakai niqab. Aku pasrah. Aku pujuk hati. Niqab sahaja. Insha'Allah tidak ada apa-apa. Telah sampai ujian dari Illahi..aku diduga lagi. Kali ini lebih hebat. Pengurus Jabatan aku sendiri memaksa aku memakai tudung singkat dan t-shirt serta seluar kerana mengikut jadual kerja. Ya Allahuakbar.....betapa peritnya ujian yang perlu digagahi. Diwaktu itu ibuku selalu tidak sihat,ayahku tidak dapat menampung kos keluarga kerana tiada pekerjaan. Dengan kereta ku tertunggak bayarannya. Masalah pertunangan. Aku pula disahkan penghidap Arteriovenous malformation atau AVM Disease. (Pernah disiarkan artikel mengenai penyakit ini satu ketika dahulu). Peristiwa yang bertimpa ini ditelan sebulat-bulatnya demi mencari sesuap nasi ketika itu. Aku gagahkan diri biarpun pahit utk dijamah. Aku yakin suatu hari akan timbul hikmahnya bakal ditunjuk olehNya. Insha'Allah...sekali lagi aku pujuk hati untuk terima kepayahan ini. Badai pun tiba, kali ini lebih hebat. Bertahun aku dipalit dengan tohmahan rakan-rakan. Menyelar aku cakap tidak serupa bikin. Menyuruh orang lain berniqab,sedangkan diri sendiri tidak memakai niqab. Pernah aku ditegur oleh seorang sahabat semasa datang menziarahiku di stesen tempat ku bekerja. "Menipu ni tak baik. Janganlah depan orang kau tunjuk baik...Aku cuma nasihat." Ya Allah, cekalkan hatiku Ya Allah...aku terima jika sahabatku menujah kata seperti itu padaku. Demi keluarga, demi rezeki untuk teruskan jalan ini...izinkan aku berkongsi ilmu yang aku ada. Izinkan aku bercerita pada mereka, kerana mereka punya kelebihan..punya lebih ruang...punya waktu dan punya segalanya bahkan mereka tiada halangan untuk menutup aurat. Jika aku ini dianggap menipu dan kotor, aku rela asalkan apa yang aku tahu...orang lain mendapat manfaat dan tidak menjadi seperti aku. Siapalah aku jika tanpa keizinanMu Ya Allah...semoga ujian ini sebagai semangat untuk aku tersenum dengan nasihat sahabat-sahabat. Tidak mengapa jika mereka tidak mengerti. Aku bukan siapa-siapa untuk diketahui. Aku cuma punya impian....sebelum aku menutup mata, rakan-rakan hawa disekelilingku sudah tahu betapa berharganya aurat itu dimataku.......Jika punya kesenangan, janganlah dilengah. Tutuplah auratmu. Kenanglah insan-insan yang jerih menentang penindasan itu.  Itu yang aku ucap bila hijab kukenakan di kepalaku. Kini, aku sedang menunggu keputusan untuk dibicarakan. Aku redha. Jika aku menang, aku menang untuk sebuah perjuangan. Tetapi jika aku kalah, aku tahu dimata mereka aku ini orang bawahan yang senang dipijak. Tapi sebenarnya aku keluar dengan perasaan bangga api juanganku sampai juga disitu. Dimana-mana pun aku akan pertahankan auratku....dan biarlah ia bermula dari diam-diamku...kerana disitu ada kekuatan. Semoga kalian yang punya kesempatan dalam melaksanakan surah An-nur itu..lakukanlah serta merta. Tidak Allah mempercepatkan sesuatu atau melambatkan sesuatu kerana Dia Adil SeAdilnya.....Insha'Allah aku akan temui harga cemuhan,tohmahan ini satu hari nanti. Walaupun ketika itu tidak ada yang berada dibelakangku lagi. Akan aku nanti hari itu....Insha'Allah...


*Airmata jika dikumpul boleh penuh dalam tempayan, tapi jika dosa bila dikumpul..ia akan jadi nanah dan parasit dalam diri....Semoga bertemu kebahagiaan dalam perjuangan. Pahitnya perjuangan pasti kan bertemu manis kejayaan. Ameen.