Monday, June 28, 2010

Secebis hati yg sukar di didik...

"AWAK KATA AWAK BERDAKWAH. KAN SAYA DAH POST KAN BLOG MENGENAI PEREMPUAN BERPURDAH JANGAN TAYANG MUKA DEKAT MANA-MANA LAGI DALAM INTERNET? KATA NAK TUTUP FITNAH. TAPI NI TERGEDIK-GEDIK LAGI AMBIL GAMBAR SENDIRI...!!"

Terbelalak mata baca SMS teman baik ana. Sadis sungguh ayat beliau. Hurmm...Ini dah kes memaksa ni. Macam salah sampai kena hukum gantung pulak rasanya kesalahan letak gambar sendiri ni. Isk isk isk....Kasihan ye, sampai gambar pun orang nak kawal. Apalagi ayat yang nak dicakap nanti. Kena kawal juga ke? Uihh..melampau tu yobb!

Teman ana memandang ana, berkaca matanya. Ana membalas pandangan memahami apa yang terisrat dihatinya. Ana faham, kecil hati pasti tersirat sementelah membaca isi kandungan SMS itu. Manakan tidak, orang lain yang membuat bencana, orang lain pula yang terpaksa menahan pedihnya. Lalu berpaut lengan ana pada bahunya. 

"Sabarlah Aisyah. Allah menduga hambaNya dengan berbagai cara. Mungkin ini salah satu ujian Allah swt untuk menerka sejauh mana keimanan kamu padaNya. Mesti Allah nk duga kesungguhan Aisyah benar-benar berniqab kerana Allah, kan? Insan terpilih tau...!" Tersenyum Aisyah bila kata ransangan ini ana beri. Benar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah, yakin dengan janji Allah pasti si penerima akan tersenyum :)

"Kenapa mereka menggertak sehingga begini rupa ye Sya..?" Aisyah memandang ana seperti pandangan anak kecil yang menanti jawapan.

"Kerana mereka tidak berada ditempat kita Aisyah.." Ana menjawab sambil tangan melipat kain yang berlonggok di depan mata. Sesekali memandang wajahnya yang sugul ke arah handphonenya.

"Bila agaknya mereka akan memahami?" Penat ni nak menjawab soalan dia yang berkisar benda tu sahaja. Kalau jumpa budak yang SMS tu, mau je tempeleng. Astaghfirullahal'azim...Kerana SMS ana hilang kawalan? Azazil...Azazil..mudah kau datang dalam jiwa ni!

"Aisyah, delete aje SMS tu. Kemudian ambil wudhuk dan masuk tidur. Istighfar banyak-banyak. Percaya, Allah akan bantu kita kalau kita jujur dan ikhlas. Aisyah bukan ambil gambar sambil muncung mulut kedepan. Aisyah pun bukan ambil gambar berpeluk dengan siapa-siapa. Jauh sekali ambil gambar posing maut macam artis. Jadi jangan ambil kisah mulut orang. Mereka tak bayar duit sewa rumah ni. Mereka tak bayar yuran kamu. Mereka takde pun masa ummi kamu dekat kampung takde beras nak makan. Ada deme tolong kamu?? Rentikanlah aisyah oi...Udah. Pegi tidur..!!" Akhirnya ana bertindak 'ceramah umum' kan Aisyah sebab dah tak tahu nak jawab apa lagi. Itu yang terbuku dihati. Itulah yang terkeluar....Hehehe sampai bahasa Perak pun terkeluor same katenye ye!

Selesai melipat kain, ana bingkas ke kamar untuk browse facebook & myspace. "Nah, tu dia....aku pun dapat mesej macam si Aisyah." Geleng kepala membaca dan membelek gambar 'editing super impose' yang dikirim. Astaghfirullahal'azim.....mengucap panjang. Macam-macam spekulasi timbul. Bila difikirkan kembali....gambar tersebut tak pakai niqab pun. hurrmmmff. Bungkam dan berteleku. Pening memikir sehingga tak sedar dah berlayar hingga ke subuh. 

Selepas selesai subuh dan sarapan, fikiran ini masih menerawang perihal SMS Aisyah semalam. Apakah konklusinya? Satu lagi bentuk ketidakadilan terhadap niqabis. Mengapa ia terjadi? Bagaimana ia terjadi? Siapa punca ia terjadi? Pasti...Niqabis jugalah puncanya. Hurmmf....

Berdiri ditepi balkoni sambil memandang tepat kelangit.......

"Ya Allah, berilah kekuatan pada niqabis-niqabis ini....jika gambar itu menyebabkan orang membenci golongan ini tunjukkanlah laluan yg benar..." Memejam erat mata yang kuyu.

Tiba-tiba akal dan hati bersatu. Terpacul berbagai soalan :-

1) Bila lelaki Yahudi berjambang,berjanggut serabut dikatakan pendirian mereka,agama mereka,tradisional Yahudi. Tapi mengapa pandangan masyarakat kearah lelaki Muslim yg berjanggut kemas,rapi dikatakan 'pengganas' atau 'terrorist'?

2) Bila rahib gereja atau Nuns; perempuan memakai scarf yg 'sejibik' macam tudung ekin@arianni@RM2 dikatakan wanita yang mentaati dan dekat dengan tuhan mereka (Kristian), tapi mengapa pandangan masyarakat terhadap gadis-gadis muslimahh bertudung labuh dan berniqab dikatakan kolot dan tidak bertamadun. Malah digelar tidak up-to-date dan memalukan??

3) Bila wanita-wanita Eropah/barat memilih untuk berhenti kerja dan menjaga anak-anak dirumah, mereka menggelarkan wanita ini wanita yg terunggul dan terbaik dalam membentuk institusi kekeluargaan yg lebih baik. Tapi mengapa bila wanita-wanita Muslimah (plus yg berniqab) sememang dari disunting sudah meninggalkan kerjaya dan menjadi surirumah sepenuh masa malahan mentaati suaminya dipanggil penderaan emosi dan penindasan wanita?

4) Bila bermacam fesyen; bertindik sampai berpuluh-puluh dimuka. Bersolek macam hantu kubur, baju macam dah takde stock kain dikedai berada didalam universiti dan diketengahkan oleh pelajar-pelajar universiti dikatakan "HAK ASASI MANUSIA" kerana ia adalah hak peribadi seseorang. Tapi mengapa tudung yang tidak mampu mengorek biji mata mereka dijadikan alasan untuk tidak dibenarkan mendapat pendidikan di institusi mereka?

Hati nak tanya lagi. Tapi rasanya kalau diaju kan pada orang ramai, mereka sendiri dapat mengagak awal...Diskriminasi terhadap orang Islam. Usah katakan gambar, bahkan ekonomi kita, berbagai hasil keluaran orang Islam dan apa sahaja yang diusahakan oleh orang Islam adakah diiktiraf oleh orang-orang ini? Akhirnya, sy mendapat konklusi sendiri. Selagi kita mengikut telunjuk mereka, selagi itu mereka memang suka menakut-nakutkan kita. Biarkan hidup kita dalam kekalutan dan meletakkan kita sebawah-bawah kategori manusia. Adakah kita ini layak dipanggil orang yang berjuang bila usaha-usaha busuk mereka kita tunduk?

Hati bertanya lagi, kebanyakan niqabis malaysia kurang berbahasa Inggeris. kurang menonjol dalam perbualan dengan orang bukan Malaysia (eropah). Kebanyakannya lebih peka kepada negara-negara Arab seperti UAE,Pakistan etc. Melainkan gambar-gambar orang Arab. sememangnya English adalah bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan mereka. Atau adakah konspirasi jahat ini datangnya dari bangsa Malaysia itu sendiri? Kalau benar..bagi ana, sudah-sudahlah menakut-nakutkan niqabis. kalau nak serang orang yang kamu tak suka, cuba berterus-terang. Atau kalau dah tak tertahan sebab 'si dia' tidak mendengar syarahan kamu, maka delete dan buang jauh-jauh dia dan sifat 'si dia' dari benak otak kamu. Lupakah 'kamu' pada hadis ini :-

Daripada sebahagian sahabat Nabi r.a, Nabi SAW bersabda : "Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Memilihlah perkara yang wajar dibicarakan. Sealiran dengan Hadis Riwayat Al-Hakim; Daripada Abu Umamah al-Bahili, Nabi SAW bersabda : "Seseorang boleh berbohong walau hanya dengan menceritakan semua perkara yang ia dengar."

Dan kesan dari berbohong : Daripada Ibn Mas'ud r.a., Nabi SAW bersabda : "Berwaspadalah kamu dengan penipuan. Sesungguhnya penipuan membawa kepada maksiat. Maksiat membawa ke neraka. Seseorang itu akan berterusan dan bersungguh-sungguh menipu sehinggalah ia dicatatkan sebagai penipu." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Buat teman ana, Aisyah. Beberapa hadis buat peneman mu dikala mengubat hati yang lara :-

Daripada abu Said al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda : "Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar."

Mungkin teguran teman kamu itu sebenarnya mahu menyelamatkan kamu dari menjadi fitnah dunia, Wallahualam bim sawab ^_~

Sunday, June 27, 2010

Sanah Helwa Syahida!

Dari pagi ditunggu khabar berita dari tunang tersayang.

"Kemana lah abang Firdaus ni ye. Biasanya pagi-pagi subuh dah mesej gerakkan solat subuh. Tapi ternyata dia dari pagi senyap sunyi sepi tanpa berita." Hati tertanya-tanya membisik kemana gerangan si empunya diri dah pergi.

Doktor beri satu injection dan ubat-ubatan untuk menjadi teman ana dikala kesakitan kembali menyerang seperti semalam. Sehari semalam tidak lena tidur akibat serangan lelah yang semakin menyesak. Nanie sahabat baik ana kebetulan pula bermalam sama. Mungkin dia pun tidak dapat tidur lena akibat bunyi kuat dari pernafasan ana yang membingitkan....

Kembali berteleku dibalik tirai jendela yang senantiasa tertutup rapat dikamar sepi. Seperti tahun-tahun yang sudah, sememangnya ana menyambut sepi panggilan ulangtahun sendiri. Setiap tahun akan ada sahaja kek yang dibeli dan dibawa ke Taman Rekreasi KLCC untuk dijamah bersama kanak-kanan riang yang asyik bermain disana...Tidak seperti tahun ini. Allah swt menurunkan hikmah iaitu diserang demam panas dan lelah agar Syahida kekal tinggal perosok didalam rumah. Jangan sedih-sedih seperti tahun lalu. Sayangnya, rasa sunyi itu tetap kunjung tiba....

Jam dah menunjukkan angka 5.00 petang, yang ada cuma sms dari abang Firdaus mengkhabarkan selepas Maghrib kita bertolak untuk dinner sama. Hurmm....kenapa dgn hati ni. Kurang enak saja? Bisik benak hati.

Tangan dah penat mengayuh larian keatas keyboard menulis bog dan menari-nari kealam facebook dan myspace. Sesekali menarik hela panjang apabila terasa sesak nafas di dada. Tak sihat aku ni, tak boleh bersolat pula. Mata dah kuyu melayan kesan ubat selsema tadi. Sedar dan tidak, rupanya terlena hingga jam 7 petang. "Lamanya berlayar.." Bentak hati kecil.

Di jenguk sms di handphone. Tidak ada tanda misscalled mahupun sms dari sesiapa. Bingkas dari katil mencapai tuala. Siap membersihkan diri, duduk berteleku kembali ditepi jendela sambil membuka lembaran masthurat di tepi meja. Setelah habis membacanya, kembali menziarah laptop yang tak pernah padam. Kalau mampu bersuara, agaknya dah macam-macam yang dibahaskan mengenai diri ini perilaku terhadapnya.

Bunyi telefon membuat ana bingkas pantas mencapainya. "Assallamualaikum, mungkin kita akan kerumah Pak Teh dahulu la Syahida. Siap-siap ye. Abang ada belikan Dunkin Sandwich Chicken Mayo ni.." Ana terus tersentap. Barangkali takde sambut apa-apa ni. Tak mengapalah. Yang penting minda ni tak terpahat dirumah semata. Inform terus pada ummi ana..dan dia cuma mengangguk tanda faham. 

Dari jam 8 sehinggalah jam 9 malam. "Lewatnya....." Bisik hati ini. Akhirnya sampailah abang Firdaus dimuka pintu. Semasa kami bergerak, abang Firdaus cuma beritahu tidak jadi ke rumah Pak Teh. Mengangguk tanda faham info. Maknanya ada peluang makan..hehehehe. Lapar sungguh, dari petang tidak makan. Cari bermacam-maca kedai. Tidak ada satu yang pun kami singgah, sehinggalah kami decide untuk makan sahaja Dunkin Sandwich tadi. Dan kami berbual panjang di tepi highway Jejantas Sungai Buloh bersaksikan ramai sahabat-sahabat didalamnya...

Mungkin beliau perasan, dari riak mata ini jelas memandang keluar pandangan ada rasa sunyi. "Maaflah Syahida, masa harijadi abang, Syahida ada beli kek, kad dan buat macam-macam. Tapi harijadi Syahida abang cuma mampu bagi brownies sahaja. Itupun sebab kereta abang dah elok dari sakit...Mungkin abang tak macam orang lain. Tapi ini sahaja yang dapat abang tunaikan buat masa ini." Terseka air di mata, jangan runtuh sebab abang Firdaus sudah bersalah sangka. Sebenarnya, rasa ini mungkin kerana setiap tahun tidak ditemani sesiapa. Ummi sekalipun ada aktiviti beliau sendiri. Dan sedia maklum ana tidak punya adik atau kakak untuk menemani. Apabila tahun ini ada orang yang sudi menyambutnya walaupun dengan 3 potong brownies, ia tetap membuat diri ini betapa Allah mendengar keluh kesah hamba daif ini betapa sunyinya hati apabila tidak punya teman bercakap dan mendengar. Hanya Dia tempat meluah...tapi ana manusia biasa. Kadang-kadang tidak merasa puas bila bercakap tetapi tidak ada yang membalas balik apa yang dicakapkan..

Buat Abang Firdaus, terima kasih atas brownies nya. Terima kasih sebab bersusah payah datang kerumah beri mak dan abah bekalan untuk sarapan esok. Kami tahu abang sedang mencuba menjadi ahli baru keluarga kami yang terbaik. Bukan atas nilai brownies itu sebenarnya, tapi lebih pada peringatan dan penghormatan. Tidak perlu majlis yang begitu sempurna, ckupla sekadar secawan air milo panas dan secawan kegembiraan kita bercerita tentang hari-hari yang kita lalui. 

Mungkin tersentak apabila mengetahui lambat lagi tarikh pernikahan kita. Sebolehnya nak secepat yang mungkin. Bukan kerana aspek 'teringin nak kahwin' tetapi lebih kepada menjaga hati dan mata. Sudah berusaha mencuba menjaga hati dan mata. Takut kerana ikatan 'darah manis' ini betul2 dijaga rapi. Apakan daya, ana cuma wanita. Entah kenapa suara hati tidak pernah mendapat tempat. Teringat kata-kata seorang teman, "meningkatnya usia memang boleh dihitung, tetapi sampai bila ia akan meningkat tetap akan menjadi rahsia Allah swt." Sabarlah hati....jodoh itu sudah ada. Cuma ia belum tegar menjadi milikmu. Mungkin ada perkara yang menyebabkan Allah swt lebih mengetahui kenapa ia diberi tempoh setahun. 

Buat Syahida, usah sedih usah merasa diri kesunyian. Seperti tahun-tahun yang sudah, Allah jua yang menemanimu...jika dia tak mampu beri apa yang kau harapkan, pesan pada diri. Dia adalah manusia biasa. Kekurangannya dia kerana Allah tahu ada hikmah buat kelebihannya. Dan sampailah pesanan dari teman baiknya, "...nk cda sygnyi tunang cda seperti cda syg diri cda sendiri..." Pada Abdul Rani, terima kasih atas pesanannya. Ana terus tersedar dari lamunan panjang. Moga dia benar dicipta untukku Ya Allah..Insya'Allah, amin.


Saturday, June 26, 2010

NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA

Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya : "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi yang berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka :-

1. Apabila engkau mengerjakan solat, beribadah kepada Allah swt maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kami menjaga lidahmu (perkataanmu).

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah swt.

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Untuk Renungan : Kisah Dalam Bulan Rejab

Di Baitulmaqdis ada seorang perempuan tua yang sangat rajin beribadat. Apabila tiba bulan Rejab dia akan membaca surah Al - Ikhlas sebanyak 12 kali setiap hari sebagai memberi penghormatan kepada keistimewaannya bulan tersebut. Di bulan ini juga dia meninggalkan segala pakaiannya yang mewah-mewah dan menggantikan dengan pakaian biasa.

Perempuan ini juga mempunyai seorang anak lelaki. Inilah sahaja anaknya yang masih ada. Anaknya yang lain telah pergi merantau jauh kenegeri orang. Segala kerja-kerja dirumah dan menjaga perempuan ini dilakukan oleh anak lelakinya sendiri. Itulah sebabnya perempuan itu sangat sayang pada anaknya itu.

Setelah beberapa lama dia beribadah, tiba-tiba pada suatu hari dia telah jatuh sakit. Penyakitnya itu sangat sukar untuk diubati. Kebetulan pada waktu itu tepat pada bulan Rejab. Oleh itu kerana terasa dirinya sudah hampir nazak dia telah berwasiat kepada anaknya.

"Anakku sekiranya aku mati nanti, kapankanlah mayat aku dengan kain biasa yang murah harganya."

Setelah sekian lama dia sakit, akhirnya dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah meninggal dunia, anak lelakinya menguruskan pengkebumian ibunya itu. Oleh kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarga dia sengaja lupa kepada pesanan ibunya tempoh hari. Kemudian mayat ibunya pun dikapankanlah dengan kain yang mahal.

Setelah dikebumikan, anak lelakinya terus pulang kerumahnya.

Pada malam itu, dia telah bermimpi bertemu dengan ibunya. Ibunya berkata kepadanya dalam mimpi itu : "Anakku! mengapa kau tidak melaksanakan segala wasiat ku dulu? Aku tidak rela diriku dikapankan denga pakaian yang mahal ini. Adakah kau masih mahu mendapat pujian orang?"

Habis saja ibunya berkata, dia terkejut dari mimpinya dan berasa ketakutan. Dia juga sangat menyesal kerana tidak membuat sepertimana wasiat ibunya dahulu.

Keesokan harinya selepas solat subuh dia bergegas ke kubur ibunya. Kubur itu masih merah tanahnya. Dengan menggunakan cangkul dia menggali kubur itu untuk menukarkan kain kapan ibunya dengan kain biasa yang murah harganya. Kain itu ada dibawa bersamanya. Namun sedalam manapun dia menggali, dia masih tidak dapat menjumpai mayat ibunya.

Akhirnya dia pulang kerumah dengan perasaan hampa. Segala peralatan yang mahu digunakan untuk mengkapankan ibunya dibawa pulang. Malam itu dia tidur, dan dia telah bermimpi mendengar suara yang berkata : "Orang muda! Tahukah engkau bahawa sesiapa yang mengagungkan bulan Rejab maka Allah tidak akan membiarkan dirinya bersendirian di dalam kubur."

Setelah tersedar dari mimpinya dia berasa sangat hairan. Walaupun begitu dia sangat gembira sekarang kerana ibunya sudah mendapat perhatian dari Allah swt kerana ibadahnya yang ikhlas dibulan Rejab. Dia pula sangat menyesal kerana pesanan ibunya dulu tidak dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan ibunya berbahagia disana, doanya di dalam hati.

Selain dari puasa di dalam bulan Rejab, puasa pada 10 Dzulhijjah juga ada kelebihannya. Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa; Tiada hari yang lebih besar disisi Allah swt dan lebih disukai untuk orang beramal dalamnya melebihi dari 1-10 Dzulhijjah. Oleh itu, perbanyakkanlah olehmu bertakbir, tahmid dan tahlil. Mujahid dari Umar r.a.

Puasa pada hari Aasyuura (10 Muharram) juga sangat digalakkan. Dan banyak peristiwa-peristiwa yang terjadi dan kisah-kisahnya dalam bulan Muharram (10 Muharram).




semoga Rejab tahun ini menjadi pemangkin kepada perubahan diri kita, amin.


HARI YANG PALING DIBENCI OLEH IBLIS LAKNAT


Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Wahai Aisyah, sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat beberapa gedung istana yang terdiri dari mutiara, batu permata merah, dan dari batu zabarjad, emas dan perak."

Kata Aisyah r.a. : "Wahai Rasulullah SAW, untuk siapakah istana itu?."

Kata Rasulullah SAW. : "Istana itu adalah untuk orang yang berpuasa pada hari Arafah."

Kata Rasulullah SAW lagi : "Wahai Aisyah, hari-hari yang sangat disukai oleh Allah ialah hari Juma'at dan hari Arafah, kerana pada hari itu terdapat rahmat (dari Allah) dan sesungguhnya hari-hari yang paling dibenci oleh Iblis ialah hari Juma'at dan hari Arafah."

Kata Rasulullah SAW lagi, : "Wahai Aisyah, barangsiapa yang pada pagi-pagi berpuasa di hari Arafah, maka Allah swt akan membukakan baginya 30 pintu kebaikan dan menutup 30 pintu kejahatan, dan apabila dia berbuka puasa dan meminum air maka seluruh peluh dibadannya itu akan meminta ampun untuknya dengan berkata : "Ya Allah belas kasihanilah dia sampai terbit fajar."

Tuesday, June 22, 2010

USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA...

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tak terhgga. Bg para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya krn mungkin Allah ingin bg ketenangan dulu buat anda utk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redhashj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam.

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga


Sumber:
Fatimah Syarha Mohd Noordin.
SOLUSI, Isu No. 2, pg 62

Monday, June 21, 2010

TAUBAT SEORANG GURU OLEH SALAH SEORANG MURIDNYA

SESUNGGUHNYA perhatian dan penjagaan terhadap hijab adalah langkah pertama untuk konsisten dan istiqomah bagi seorang wanita, yang bermaksud bukan hijab biasa dan ikut-ikutan sahaja yang justeru menambah fitnah bagi mata-mata liar.

Tapi yang kumaksudkan adalah hijab seperti yang sempurna menjadikan wanita terhormat dan dihargai, sebagaimana firman Allah swt tentang wanita-wanita mukmin dalam ayat hijab : "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu". 


Maka apabila orang melihat seorang wanita yang mengenakan hijab syar'i yang sempurna dengan cepat mereka boleh mengetahuinya sebangai seorang wanita yang baik-baik sehingga mereka tidak akan berani mengganggunya.

Alhamdulillah negara kita para wanitanya memakai hijab yang sempurna yang menutup wajah. Meskipun banyak usaha dari beberapa kalangan untuk melepas penutup wajah sebagai langkah awal dalam usaha jangka panjang melepas hijab seluruhnya akhirnya telanjang dan bercampur dengan lelaki lain ditempat-tempat umum, pantai-pantai dan sebagainya sebagaimana yang terjadi di banyak negara yang mereka telah berjaya merealisasikan keinginan mereka. Tetapi Alhamdulillah para wanita di negara kita sedar benar dengan apa yang direncanakan oleh para musuh meskipun mereka bertopengkan agama, dengan penampilan sebagai pemberi nasihat.

Kisah yang akan aku ceritakan kepadamu merupakan perumpamaan yang baik bagi gadis-gadis negeri Muslim ini.

Allah mengkehendakiku pergi ke Saudi untuk kontrak kerja dengan sebuah perusahaan. Pada awal-awal kerjaku, aku diharuskan mengikut adat dan kebiasaan negara setempat. Oleh kerana itu aku mengenakan penutup muka. Aku terus seperti ini sehingga waktu pulang ke negeriku.

Di bandar aku melepas penutup muka dan hijab, tiba-tiba ada seorang muridku yang akan bepergian ke negeriku untuk menghabiskan cuti. Aku sangat gembira melihat muridku, tapi setelah mengucapkan salam aku dikejutkan dengan ucapannya : "Wahai guruku, aku tidak pernah menyangka anda mengenakan hijab yang berbeza dengan sewaktu mengajar." Aku menanyakannya : "Mengapa kamu berkata demikian. Aku selalu menunaikan segala kewajipan-kewajipan agama seperti solat,puasa dan meninggalkan perbuatan mungkar." Dia menjawab : "Apa yang anda kenakan itu juga sebuah kemungkaran."


Pada waktu itu aku merasa bersalah kepada muridku yang belum genap berusia 16 tahun. Dialah yang menasihatiku dan menunjukkanku ke jalan yang benar.

Aku benar-benar merasa hina dan berharap seandainya aku ditelan bumi kerana sangat malu kepada Allah swt.

Sejak waktu itu aku memutuskan untuk mengenakan hijab sebagai bentuk ketaatan kepada Allah swt dan untuk menjaga kehormatanku dari pandangan orang-oran asing.

Alangkah baiknya apa yang dilakukan muridku yang baru berusia 16 tahun. Seharusnya setiap Muslim berasa bangga dengan adanya pemudi-pemudi sepertinya di masyarakat dan berdoa kepada Allah swt agar menjaga wanita-wanita muslim dan puteri-puteri mereka dari setiap kerosakan. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Monday, June 14, 2010

MANA MILIK KITA? MALULAH PADA ALLAH..






Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya


Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya


Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Monday, June 7, 2010

TAUBAT SEORANG PEMUDA DARI BERFOYA-FOYA

Dari Tsaabit Al-Bunaany : "Bahawasanya Shilah bin Asyiim keluar ke sebuah kubur Jabaan dan beribadah disana,dia lalui para gerombolan pemuda yg sedang mabuk-mabukan dan bergurau senda." Dia berkata pada mereka : "Wahai para pemuda ceritakanlah padaku tentang sesuatu kaum yang ingin bepergian namun mereka melalui waktu siang di jalan dan di malam hari mereka tidur, bila mereka akan sampai ke tujuannya?."

Setiap kali dia lalui jalan tersebut dia ucapkan nasihat itu sehingga suatu hari dia memberikan nasihat itu lalu salah seorang diantara mereka berkata : "Wahai kaumku! Sesungguhnya dia tidak berkata kecuali maksudnya mengarah pada kita kerana kita disiang hari berfoya-foya dan di malam hari tidur dengan nyenyak." Maka pemuda itu mengikut dia beribadah kepada Allah hingga wafat.

Sunday, June 6, 2010

Jika kau mahu berniqab...

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

ROZITA & SRIYANTI (INIKAH YG DIKATAKAN FESYEN)





BERNIQABLAH KRN ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UTK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SBNRNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...